Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Seorang insan Istimewa

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Seorang insan Istimewa"— Transcript presentasi:

1 Seorang insan Istimewa

2 sajak Dia tidak pernah meminta Untuk lahir sebegitu rupa Namun kecilnya diri Menyanggah takdir Yang Maha Esa Sebuah suratan tertulis sudah Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan Seorang insan istimewa Menapak dalam reda Menggalas payah dalam senyum terpaksa Betapa pun simpati mata memandang Pasti tiada bandingan Dengan derita diri

3 Seorang insan istimewa Anuegerah suatu ujian Amanah suatu tuntutan Biar sukar mesti disempurnakan luas buana Mereka tetap punya ruang Meneruskan kehidupan Selagi Tuhan mengizinkan Bantulah, bimbinglah Seiklas hati setulus budi Tuhan pasti merestui

4 Maksud setiap rangkap Rangkap 1: Penyajak menjelaskan bahawa tiada sesiapa yang meminta dilahirkan sebagai insan istimewa. Sebagai insan yang kerdil, kita tidak dapat menolak takdir yang telah ditentukan Tuhan kepada kita sejak azali. Walau apa-apa pun kehidupan perlu diteruskan. Rangkap 2: Insan yang istimewa perlu reda menghadapi sebarang kesusahan walaupun secara terpaksa. Penderitaan dan cabaran yang dihadapi tidak setanding dengan simpati yang ditunjukkan.

5 Rangkap 3: Kehidupan sebagai insan yang istimewa merupakan ujian dan anugerah Tuhan yang perlu dilalui dengan tabah. Masa depan insan istimewa tetap ada dengan keizinan Tuhan. Rangkap 4: Tuhan akan memberikan balasan kepada insan yang ikhlas bersimpati dan membantu golongan istimewa ini.

6 Tema Sajak ini bertemakan kemanusian, iaitu bersimpati, menolong, dan membimbing golongan yang cacat.

7 Persoalan Menghormati golongan yang istimewa, terutama golongan yang cacat anggota atau golongan yang kurang upaya. Orang kurang upaya juga merupakan makhluk Tuhan. Mereka mempunyai hak untuk meneruskan hidup seperti masyarakat biasa. Mempunyai sikap simpati terhadap golongan yang kurang upaya. Masyarakat ini memerlukan bantuan dan bimbingan yang sesuai dengan kemampuan mereka.

8 Bentuk Sajak ini mempunyai empat rangkap.
Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang berbeza. Bilangan perkataan adalahh antara 2 hingga 5 perkataan sebaris. Sajak ini dikateogarikan sebagai sajak bebas.

9 Gaya Bahasa Pemilihan kata/diksi
Metafora: terdapat gaya bahasa perbandingan yang terdiri daripada kata konkrit dan diikuti dengan kata abstrak. Inversi

10 Nilai Simpati: golongan yang kurang upaya tidak pernah meminta simpati daripada sesipapa pun. Kejujuran: seorang insan yang masih mempunyai kejujuran tatkala menjalani kehidupan sehariannya. Baik hati: masyarakat diminta membantu golongan istimewa. Rasional: masyarakat diminta berfikiran rasional apabila membantu golongan insan istimewa.

11 pengajaran Kita perlulah reda atau pasrah menerima ketentuan Tuhan
Kita hendaklah membantu golongan kurang upaya dengan bersungguh-sungguh Kita hendaklah memberikan hak-hak golongan kurang upaya Golongan kurang upaya janganlah berasa rendah diri atau tersisih kerana kekurangan diri Kita janganlah menyisihkan golongan kurang upaya


Download ppt "Seorang insan Istimewa"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google