Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 8: HARI-HARI YANG DILARANG PADANYA BERPUASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 8: HARI-HARI YANG DILARANG PADANYA BERPUASA"— Transcript presentasi:

1 BAB 8: HARI-HARI YANG DILARANG PADANYA BERPUASA
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 FIQH ISLAMI BAB 8: HARI-HARI YANG DILARANG PADANYA BERPUASA

2 MAKSUD HADIS Aidilfitri dan Aidiladha merupakan hari perayaan bagi umat Islam. Kita dilarang berpuasa pada kedua-dua hari tersebut. Sekiranya kita berpuasa juga, maka hukumnya ialah haram dan berdosa. 2008 KBM 2 FIQH BAB 8

3 HARI-HARI YANG DILARANG PADANYA BERPUASA
Di antara hari-hari yang diharamkan puasa ialah: Puasa pada dua hari raya Puasa pada hari-hari Tasyrik Puasa pada hari syak 2008 KBM 2 FIQH BAB 8

4 1. PUASA PADA DUA HARI RAYA
Para ulama bersepakat dalam larangan berpuasa pada hari raya Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan Aidilfitri (1 Syawal) sama ada ia puasa fardhu atau sunat. Hari raya Aidilfitri ialah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menempuhi cabaran pada bulan Ramadan. Ia seperti hari berbuka bagi puasa Ramadan. 2008 KBM 2 FIQH BAB 8

5 1. PUASA PADA DUA HARI RAYA
Hari raya Aidiladha, kita dilarang berpuasa agar dapat memakan hasil korban. Hadis dari Abu Hurairah r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melarang puasa pada dua hari iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (HR. Muslim) 2008 KBM 2 FIQH BAB 8

6 2. PUASA PADA HARI-HARI TASYRIK
Hari-hari Tasyrik ialah tiga hari setelah hari raya Aidiladha iaitu 11, 12 dan 13 Dzulhijjah. Rasulullah s.a.w. juga melarang puasa pada hari Tasyrik agar umat Islam dapat menikmati hasil korban mereka. 2008 KBM 2 FIQH BAB 8

7 3. PUASA PADA HARI SYAK Hari Syak ialah hari yang diragui sama ada ia merupakan awal bulan Ramadan atau masih akhir bulan Sya’aban (tanggal 30 Sya’aban). “Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang syak, maka sesungguhnya ia telah menderhakai Abu Qasim, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi) 2008 KBM 2 FIQH BAB 8


Download ppt "BAB 8: HARI-HARI YANG DILARANG PADANYA BERPUASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google