Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk"— Transcript presentasi:

1 3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk

2

3 3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia Pertumbuhan Penduduk dunia Dan wilayah
» Secara Kronologinya pada tahun 1750-an penduduk dunia hanyalah berjumlah 791 juta orang sahaja. » Menjelang tahun 1900, penduduk dunia telah bertambah kepada 1650 juta orang. Seterusnya pada tahun 1950 jumlah penduduk meningkat kepada 2520 juta orang. » Dianggarkan penduduk dunia akan terus meningkat kepada 8.5 bilion menjelang tahun 2025 dan seterusnya kepada 14.2 bilion manusia menjelang tahun 2100. » kadar pertumbuhan penduduk yang mendadak dan pesat banyak dialami oleh benua asia dan benua afrika.

4 » Kadar pertumbuhan penduduk amat berbeza dari wilayah
ke wilayah. » Paling tinggi iaitu lebih daripada 3.0 peratus setahun dialami di afrika sub-sahara dan paling rendah iaitu bawah 0.2 peratus setahun yang sedang berlaku di Eropah Timur. » Pertumbuhan penduduk negara maju menunjukkan penurunan Kerana kejatuhan indeks kadar kesuburan hampir Keseluruhan negara maju di dunia. » Di sesetengah negara maju, jumlah penduduk tua jauh melebihi jumlah penduduk dewasa dan remaja. Contohnya di eropah, golongan penduduk tua akan bertambah antara 20% hingga 30%. Manakala jumlah kanak-kanak mengalami penurunan sebanyak 14% menjelang tahun 2050.

5 » Selepas zaman revolusi perindustrian, pertumbuhan penduduk berlaku secara gradual (meningkat perlahan-lahan)dan kini hanya menunjukan peningkatan yang sangat kecil di sekitar 0.1 peratus hingga 0.2 peratus sahaja malahan di sesetengah Negara menunjukan simptom penurunan yang besar. » Antara sebab utama pertumbuhan penduduk Negara maju menunjukkan penururnan adalah kerana kejatuhan indeks kadar kesuburan hampir keseluruhan Negara maju di dunia. Kejatuhan indeks kadar fertiliti dikaitkan dengan perkahwinan di usia lewat, gaya hidup bebas, mementingkan kerjaya, peningkatan kos hidup dan sebagainya. » Unjuran pertumbuhan penduduk dunia yang dibuat oleh PBB menunjukkan penduduk dunia akan mencapai 10 bilion orang pada tahun Tiga per empat daripada pertumbuhan penduduk dunia selepas tahun 1900 adalah disumbangkan oleh Negara-negara sedang membangun khususnya yang terletak di benua asia. Tiga buah Negara asia yang mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai dalam dunia ialah India, china, dan Indonesia.

6

7 Kadar Pertumbuhan Penduduk
◘ Mengikut teori, pertumbuhan penduduk sesuatu kawasan berlaku antara dua tahun kerana ada pertambahan bilangan kelahiran dan migrasi masuk ditolak bilangan kematian dan migrasi keluar. ◘ Struktur umur penduduk sesebuah negara atau wilayah adalah penentu pertumbuhan pada tahap kesuburan(kelahiran) dan mortaliti(kematian). ◘ Di negara membangun, kadar kelahiran dan kadar pertumbuhan penduduk semula jadi tinggi kerana kadar kesuburan tinggi dan struktur umur penduduk muda. ◘ Di negara maju, kadar kelahiran rendah kerana kadar kesuburan rendah disebabkan kebanyakan struktur umur penduduk tua.

8 ◘ Kadar kesuburan menggangarkan bilangan anak seseorang wanita berumur antara 15 hingga 44 tahun akan melahirkan anak. Kadar kesuburan lebih tepat menggangarkan keupayaan satu-satu penduduk melahirkan anak dan mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk sesebuah kawasan berbanding dengan kadar kelahiran yang dianggap kasar. ◘ kadar kematian di seluruh dunia telah jatuh ke bawah 10 kematian per 1000 penduduk. Kadar kematian di dunia maju lebih tinggi berbanding kadar kematian yang dialami dunia sedang membangun. Kadar kematian berkait dengan struktur umur tua penduduk dunia maju seperti eropah dan jepun. kira-kira 15 peratus penduduk eropah barat berumur 65 tahun ke atas

9 Jumlah Kelahiran-Jumlah Kematian Jumlah Penduduk
Kaedah Pengiraan Kadar Pertumbuhan Penduduk Pertumbuhan Penduduk= __________________________×1000 Kadar Pertumbuhan= kadar pertumbuhan penduduk semula jadi Penduduk kadar migrasi bersih Kadar pertumbuhan= peratus kadar kelahiran - peratus kadar semula jadi kematian Kadar = ____________________________________×1000 Kelahiran Jumlah Kelahiran-Jumlah Kematian Jumlah Penduduk Bilangan kelahiran hidup Jumlah penduduk pertengahan tahun berkenaan

10 Bilangan kematian penduduk pada sesuatu tahun
Kadar =______________________________________×1000 Kematian Kadar Kelahiran = _____________________×1000 Kasar Peratus kadar =_______________________×100 Kematian Kelahiran Bilangan kematian penduduk pada sesuatu tahun jumlah penduduk pertengahan tahun berkenaan Bilangan kelahiran Jumlah penduduk kadar kematian kadar kelahiran

11 Migrasi bersih = migrasi masuk – migrasi keluar
Pertumbuhan = pertumbuhan penduduk + migrasi bersih x 1000 penduduk bersih jumlah Penduduk

12 Trend Pertumbuhan Penduduk Malaysia
Pada pertengahan kurun ke-19, malaysia mempunyai penduduk yang agak kecil sekitar orang. Kadar pertumbuhan penduduk ketika itu amat perlahan disebabkan oleh: (a) taraf kesihatan rendah (b) kawalan penyakit tidak berkesan (c) keadaaan politik yang kurang stabil (d) sistem ekonomi sara diri yang tidak mampu menampung pertambahan penduduk yang ramai. » Dengan campur tangan inggeris di semenanjung tanah melayu,Sabah dan sarawak selepas pertengahan kurun ke-19,penduduk malaysia mula bertambah dengan pesat.

13 » Punca ialah kemasukan penduduk dari china, india dan
pulau-pulau berdekatan.kemasukan ini berterusan sehingga tahun 1930-an kerana kerajaan mula mengehadkannya melalui penguatkuasaa akta kawalan kemasukan penduduk. » pada tahun 1947 penduduk di semenanjung tanah melayu kira-kira berjumlah 2.4 juta bagi orang melayu,1.9 juta bagi orang china dan 0.53 juta bagi orang india. » selepas 1947 kadar pertumbuhan penduduk malaysia meningkat kepada 2.5 hingga 2.6 peratus setahun. Kadar pertumbuhan ini dijangka menurun, kerana kadar kelahiran dan kesuburan dikalangan wanita malaysia mula merosot disebabkan beberapa faktor seperti faktor pendidikan, kerjaya, saiz keluarga kecil, pemodenan, perkahwinan lewat dan sebagainya.

14 Trend Pertumbuhan Penduduk Malaysia
Tahun Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak Malaysia Kadar Pertumbuhan Tahunan(%) 1911 2.34 0.22 0.30 2.86 - 1921 2.91 0.26 0.35 3.52 2.1 1931 3.79 0.27 0.43 4.49 2.4 1947 4.91 0.32 0.55 5.78 1.6 1957 6.28 0.41 0.85 7.54 2.5 1970 8.81 0.65 0.98 10.44 1980 11.14 1.00 1.29 13.14 2.3 1991 14.76 1.86 1.71 18.33 2.6 2000 18.52 2.68 2.07 23.27 Trend Pertumbuhan Penduduk Malaysia

15 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk Faktor Pertumbuhan Penduduk Dunia
» Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pertumbuhan penduduk dunia meningkat dan menurun. Antaranya seperti : Faktor Biologi Faktor Persekitaran Faktor Ekonomi Faktor Sosial Faktor Politik Faktor Teknologi

16

17 Faktor Pertumbuhan Penduduk Malaysia
◙ Pertumbuhan awal penduduk malaysia lebih dipengaruhi oleh migrasi masuk penduduk dari : (a) Kepulauan Nusantara (b) Selatan China (c) Selatan India ◙ Apabila Inggeris mula menjajah Malaysia pada awal kurun ke-19. Kemasukan orang Cina dan India ketika itu berkait dengan perkembangan ekonomi perlombongan timah dan pertanian ladang getah.

18 Dalam masa 30 tahun pertama kurun ke-20, kadar pertumbuhan penduduk Malaysia berada antara 2.0 hingga 6.9 peratus setahun. Sebelum tahun 1930, kerajaan penjajah Inggeris tidak langsung berusaha menyekat, malahan menggalakkan, migrasi masuk penduduk dari luar untuk memenuhi keperluan tenaga buruh yang tinggi ketika itu Antara tahun 1931 dan 1947 kadar pertumbuhan penduduk Malaysia merosot daripada 2.4 peratus sebelumnya kepada 1.6 peratus setahun. Antara sebabnya ialah sebahagian migran, terutama Cina dan India telah pulang ke Negara masing-masing kerana (a) kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an (b) banyak kematian akibat perang Dunia Kedua yang berakhir pada tahun 1945. (c) Keadaan politik dan sosial yang tidak stabil mengurangkan kelahiran di kalangan penduduk.

19 Pertumbuhan penduduk yang pesat selepas Perang Dunia Kedua dan kemerdekaan Negara pada tahun 1957 hingga 1963 ialah kesan daripada peningkatan kadar kelahiran dan kematian. Kadar kelahiran meningkat dan kekal tinggi kerana adanya keadaan ekonomi, sosial dan politik Negara yang stabil, tenteram, dan selesa. Sementara itu, kadar kelahiran mula menurun secara perlahan semenjak tahun 1960-an kesan daripada pembangunan sosioekonomi dan usaha kerajaan mengawal pertumbuhan penduduk.

20 Pada masa yang sama kadar kematian telah menurun dengan pesatnya
Pada masa yang sama kadar kematian telah menurun dengan pesatnya. Penurunan kadar kematian disebabkan oleh adanya kemudahan kesihatan yang lebih baik hasil rancangan kerajaan. Seperti : (a) kawalan penyakit merbahaya seperti malaria, cacar, taun dan lain-lain. (b) Penjagaan kesihatan terutama dikalangan ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak. (c) Pembangunan sosioekonomi yang telah meningkatkan taraf hidup, amalan pemakanan yang bermutu, amalan gaya hidup bersih dan sihat. (d) Penyebaran kemudahan perubatan moden di kalangan masyarakat untuk menggantikan amalan tradisional bagi rawatan penyakit biasa. Usaha dan kemudahan tersebut telah tersebar luas di kawasan Bandar dan di desa. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kadar kelahiaran dan kadar pertumbuhan semula jadi beransur menurun, Malaysia menghadapi keadaan kurang tenaga kerja dalam bidang-bidang tertentu seperti pertanian, perkhidmatan dan perindustrian.

21 Rujukan - Oxford Fajar. ACE AHEAD, teks STPM. Geografi alam sekitar manusiakertas 2, m/s Abdul Hamid Abdullah & Keng Su Seng. - Longman. Teks Pra-U STPM. Geografi Alam Sekitar Manusia, m/s Rusly Musa & Nurashikin Abdullah


Download ppt "3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google