Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kaedah Penyelidikan BM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kaedah Penyelidikan BM"— Transcript presentasi:

1 Kaedah Penyelidikan BM
BBM3413 Kaedah Penyelidikan BM Perjumpaan Bersemuka 1 28 Januari 2012 Pensyarah: Prof.Madya Dr. Noor Aina Dani E-mel: SMS:

2 PERJUMPAAN BERSEMUKA 1 (28.01.2012)
SEMESTER KEDUA 2011/2012 PROGRAM BACELOR PJJ TUGASAN BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU Arahan: Jawab semua soalan. Markah Penuh 20 termasuk 2 markah untuk sifar kesalahan ejaan. Penyelidikan mempunyai 4 sifat semula jadi. 1. Beri 4 contoh bentuk penyelidikan yang berlainan. (4 markah) 2. Beri 1 contoh kesahan luaran dan 1 contoh kesahan dalaman. (2 markah) Beri 1 contoh kebolehpercayaan luaran dan 1 contoh kebolehpercayaan dalaman. (2 markah) 4. Lukiskan langkah-langkah penyelidikan yang sistematik. (2 markah) B. Terdapat 5 jenis penyelidikan yang lazim digunakan oleh penyelidik bahasa. Beri satu tajuk penyelidikan bagi setiap jenis penyelidikan. (10 markah)

3 KONSEP PENYELIDIKAN BAHASA DAN LINGUISTIK
Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorentasikan satu atau dua matlamat: pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu masalah. Penyelidikan mempunyai 4 sifat semula jadi, iaitu: Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan Penyelidikan hendaklah sistematik Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan kerana penyelidikan tidak seragam. Misalnya, penyelesaian masalah, laporan, eksperimen, tinjauan, dan pemerhatian. Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan luaran (external validity).

4 Keputusan penyelidikan boleh ditafsir dengan tepat (internal validity)
Keputusan penyelidikan dapat mewakili keseluruhan populasi (external validity) Contoh: Skima Am Penyelidikan yang tidak mengandungi kesahan Dalaman Ujian Pencapaian Sekolah 1 Guru A 4 kelas Bahan 1 Pelbagai kebolehan Ujian dibina oleh Guru A Sekolah 11 Guru B 3 kelas Bahan 11 Pelbagai kebolehan Ujian dibina oleh Guru B Sekolah 111 Guru C 4 kelas Bahan 111 Kebolehan yang tinggi Ujian dibina oleh Guru C 9 minggu

5 Katakanlah seorang penyelidik berminat untuk menyelidik kesan tiga jenis bahan pengajaran ke atas pencapaian bahasa Melayu pelajar tingkatan empat. Mengapakah penyelidikan tersebut dikatakan tidak mengandungi kesahan dalaman? Fikirkan cara lain yang boleh menunjukkan terdapat kesahan dalaman untuk penyelidikan tersebut. Jawapan:

6 Keputusan penyelidikan dapat mewakili keseluruhan populasi (external validity)
Skima Am Penyelidikan yang tidak mengandungi kesahan luaran Jumlah Skor yg terhasil Sukarelawan 1 Masa pendedahan: 1 saat Sukarelawan 2 Masa pendedahan: 2 saat Sukarelawan 3 Sukarelawan 4 Masa pendedahan: 3 saat Sukarelawan 5 Sukarelawan 6 Masa pendedahan: 4 saat Sukarelawan 7 Sukarelawan 8 Masa pendedahan: 5 saat Sukarelawan 9 Sukarelawan 10 Pendedahan kpd 20 simbol

7 Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan dalaman (Internal relibility) dan kebolehpercayaan luaran (external relibility). Kebolehpercayaan dalaman ialah pengumpulan, analisis, dan tafsiran data tekal apabila diberi keadaan yang sama. Contohnya penyelidikan berbentuk eksperimen dalam makmal bahasa. Kebolehpercayaan luaran ialah penyelidik yang lain boleh mereplika sesuatu hasil penyelidikan jika diberi latar belakang yang sama. Contohnya cerita dalam CD. Penyelidikan hendaklah sistematik, iaitu mempunyai satu tatacara yang teratur dari satu langkah ke satu langkah sehinggalah ke langkah akhir, terdiri daripada: Mengenal pasti Masalah 2. Menyemak maklumat Mengumpul data 4. Menganalisis data 5. Membuat kesimpulan

8 JENIS PENYELIDIKAN 2 jenis penyelidikan ialah penyelidikan asas dan penyelidikan terapan. Penyelidikan asas bermatlamatkan pengembangan ilmu. Penyelidikan terapan bermatlamatkan penyelesaian masalah. Jenis Kaedah Penyelidikan Bahasa Kajian Eksperimen Penyelidik memanipulasikan sekurang-kurangnya satu pembolehubah. Misalnya, kesan jangka masa ke atas pembelajaran bahasa 60 pelajar. Kajian Ex Post Facto Penyelidik cuba menentukan hubungan dan kesan yang berlaku antara satu pembolehubah dengan satu pembolehubah yang lain.Misalnya, hubungan antara sikap terhadap sekolah dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Melayu pelajar tingkatan enam. Kajian Tinjauan Kajian tinjauan lebih mempersoalkan what is?Bukan why it is so?Misalnya, amalan profesional guru-guru bahasa di peringkat universiti.

9 Selain itu, kajian tinjauan lazimnya menggunakan soal selidik yang diedarkan sewaktu membuat kerja lapangan. Kajian Sejarah Pengumpulan maklumat dari masa lampau yang berperanan sebagai data untuk ditafsir. Menjelaskan what was bukan what is. Misalnya, sejarah perkembangan bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh tahun 1940an. Kajian Etnografi Proses memberikan huraian secara analitik dan mendalam tentang sesuatu bahasa dan fenomena bahasa di dalam konteks yang khusus.Misalnya, analisis semantik bahasa Melayu atau Bahasa Melayu slanga.


Download ppt "Kaedah Penyelidikan BM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google