Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6"— Transcript presentasi:

1 SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6
SBC E-PEMBELAJARAN October 14, 2019

2 PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK
SBC - KATA HUBUNG PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK October 14, 2019

3 E-PEMBELAJARAN INFO KATA HUBUNG
Kata hubung ialah satu daripada bidang tatabahasa yang sering disoal dalam UPSR. Soalan penggunaan kata hubung biasanya disoal dalam item penggunaan bahasa iaitu dalam soalan kata yang tepat. Soalan ini pula berfokuskan item pemahaman, pengetahuan, dan aplikasi. October 14, 2019

4 Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi
PERKONGSIAN PINTAR KATA HUBUNG ARAS SOALAN - 60 : 40 Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi ITEM : NINE POINT SYSTEM October 14, 2019

5 E-PEMBELAJARAN KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang menghubung-kan kata dengan kata, frasa dengan frasa, dan ayat dengan ayat. Kata hubung pula terbahagi kepada tiga jenis. (1) Kata Hubung Gabungan (2) Kata Hubung Pancangan (3) Kata Hubung Berpasangan October 14, 2019

6 MODUL SBC INTERAKTIF PERKONGSIAN PINTAR KATA HUBUNG GABUNGAN
October 14, 2019

7 INFO KATA HUBUNG KATA HUBUNG GABUNGAN atau dan lalu maka serta tetapi
kecuali melainkan October 14, 2019

8 KATA HUBUNG GABUNGAN “Saya akan ke Negeri Sembilan esok atau lusa,” kata Encik Zahidi kepada isterinya. Fazlina sedang membaca buku dan Elly sedang menonton televisyen. Puan Wan Mazlin masuk ke biliknya lalu bersalin pakaian. Semua murid sudah menyiapkan latihan itu melainkan Maniam. October 14, 2019

9 MODUL SBC INTERAKTIF PERKONGSIAN PINTAR KATA HUBUNG PANCANGAN
October 14, 2019

10 INFO KATA HUBUNG KATA HUBUNG PANCANGAN agar supaya apabila bahawa
hingga sehingga sampai jika October 14, 2019

11 INFO KATA HUBUNG KATA HUBUNG PANCANGAN sekiranya kalau sebelum kerana
manakala meskipun selepas setelah October 14, 2019

12 INFO KATA HUBUNG KATA HUBUNG PANCANGAN sejak selagi selama
Pandulah dengan cermat supaya kamu selamat sampai ke destinasi. October 14, 2019

13 KATA HUBUNG PANCANGAN Emak amat gembira apabila mengetahui kejayaan abang dalam pelajaran. Kalau saya seorang jutawan, saya akan membantu golongan miskin. Mohd Hamzah membaca buku manakala Mohd Nabil menulis nota. “Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan,” kata Cikgu Johari. October 14, 2019

14 KATA HUBUNG BERPASANGAN
MODUL SBC INTERAKTIF PERKONGSIAN PINTAR October 14, 2019

15 KATA HUBUNG BERPASANGAN
INFO KATA HUBUNG KATA HUBUNG BERPASANGAN baik … baik baik … ataupun baik … mahupun jangankan pun makin … makin October 14, 2019

16 bukan sahaja … tetapi juga
INFO KATA HUBUNG KATA HUBUNG BERPASANGAN entah … entah daripada … lebih baik sungguhpun … namun sungguhpun tetapi bukan sahaja … tetapi juga PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG October 14, 2019

17 bukan sahaja ... bahkan juga sedangkan … tambahan pula
INFO KATA HUBUNG KATA HUBUNG BERPASANGAN bukan sahaja bahkan juga sedangkan … tambahan pula Baik orang tua mahupun muda hendaklah menunjukkan sikap yang positif. Entah betul entah tidak cerita seram yang dikatakan oleh Rokiah itu. PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG October 14, 2019

18 KATA HUBUNG BERPASANGAN
Daripada membuang masa, lebih baik membaca buku. Shida bukan sahaja cantik, bahkan juga pintar orangnya. Mohd Junaidi bukan sahaja cergas dalam bidang sukan tetapi juga rajin belajar. Jangankan RM50.00, RM5.00 pun tidak ada pada saya sekarang. October 14, 2019

19 PERKONGSIAN PINTAR KATA HUBUNG KLINIK ITEM BESTARI October 14, 2019

20 MODUL SBC INTERAKTIF PERKONGSIAN PINTAR SBC - KATA HUBUNG
October 14, 2019

21 SOALAN MENGUJI MINDA KATA HUBUNG
Uji Minda Anda : Jawab kesemua 5 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat. October 14, 2019

22 INFO PERKONGSIAN PINTAR
Penduduk Desa Melati diarahkan supaya berpindah ______ air sungai semakin naik. A supaya C lalu B kerana D walaupun CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA B kerana October 14, 2019

23 INFO PERKONGSIAN PINTAR
Lawatan ______ belajar ke Putrajaya akan diadakan pada minggu depan. A apabila C untuk B kerana D sambil CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA D sambil October 14, 2019

24 INFO PERKONGSIAN PINTAR
______ menunggu nasi masak, Mak Gayah mencuci pinggan mangkuk. A Selepas C Sementara B Untuk D Kerana CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA C Sementara October 14, 2019 Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu

25 INFO PERKONGSIAN PINTAR
______ hari hujan, mereka tetap menerus-kan perlawanan bola sepak itu. A Walaupun C Sebab B Kecuali D Sekiranya CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA A Walaupun October 14, 2019

26 INFO PERKONGSIAN PINTAR
______ malam telah larut, Zainab masih belum pulang. A Jika C Meskipun B Apabila D Semenjak CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA C Meskipun October 14, 2019

27 KATA HUBUNG PENEROKAAN PERTAMA E-PEMBELAJARAN October 14, 2019

28 SOALAN MENGUJI MINDA KATA HUBUNG
Uji Minda Anda : Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat. October 14, 2019

29 PENEROKAAN PINTAR KATA HUBUNG KLINIK MINDA BESTARI October 14, 2019

30 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 1 Kita mesti bersikap jujur ______ tidak dibenci oleh kawan-kawan. A kerana ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B apabila C walaupun D supaya October 14, 2019

31 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 2 Abdul Wahid membuka buku nota Sains, ______ membacanya. A untuk ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B lalu C atau D selagi October 14, 2019

32 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 3 ______ kebakaran itu berlaku, Encik Sidi sekeluarga tiada di rumah. A Jika ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B Setelah C Kerana D Tatkala October 14, 2019

33 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 4 ______ kejadian itu, hatinya senantiasa tidak tenteram dan tenang. A Semenjak ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B Apabila C Selagi D Sementara October 14, 2019

34 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 5 Kakak Yati mengucapkan selamat tinggal ______ melambai-lambaikan tangannya. A malah ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B maka C sambil D tetapi October 14, 2019

35 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 6 Entah esok ______ lusa ayah dan ibu akan pulang dari luar negara. A dan ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B lalu C tepi D atau October 14, 2019

36 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 7 Emak selalu berpesan ______ kami ber-jimat cermat semasa berbelanja. A tetapi ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B hingga C manakala D supaya October 14, 2019

37 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 8 Kami menaruh sepenuh kepercayaan ______ kamu tidak bersalah. A jika ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B agar C bahawa D selagi October 14, 2019

38 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 9 Abang membaca surat khabar ______ minum air di ruang tamu. A sambil ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B apabila C untuk D dengan October 14, 2019

39 PENEROKAAN KATA HUBUNG
SOALAN 10 Azila tidak pernah menduga ______ dia akan memenangi peraduan mewarna itu. A dan ITEM UPSR PENEROKAAN KATA HUBUNG B namun C bahawa D walaupun October 14, 2019

40 BAGUS! JAWAPAN ANDA TEPAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 SBC Klinik SBC
October 14, 2019

41 SALAH ! SILA CUBA LAGI 1 2 3 4 5 SBC 6 7 8 9 10 October 14, 2019

42 PENEROKAAN PINTAR KATA HUBUNG KLINIK PEMANTAPAN MINDA October 14, 2019

43 SOALAN MENGUJI MINDA KATA HUBUNG
Uji Minda Anda: Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat. October 14, 2019

44 KATA HUBUNG PENEROKAAN KEDUA E-PEMBELAJARAN October 14, 2019

45 ______ dia bersalah ______ hukuman yang diterima tidak setimpal dengan kesalahannya.
Meskipun … Sebab B Walaupun … tetapi SOALAN 1 C Andainya tetapi D Sekiranya … tetapi October 14, 2019

46 bukan sahaja … bahkan juga
Syarikat Proton Edar ______ berjaya memasarkan kereta nasional di dalam negara ______ di luar negara. A bukan sahaja … bahkan juga B walaupun … tetapi SOALAN 2 C kerana tetapi D walaupun … bahkan juga October 14, 2019

47 ______ hujan turun dengan lebat, Abdul Manan ______ Hisyam tetap datang ke rumah saya semalam.
Walaupun … dan B Sambil … tetapi SOALAN 3 C Bukan sahaja lalu D Bahkan juga … dan October 14, 2019

48 ______ kamu duduk sahaja ______ kamu menyelesaikan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh cikgu kamu itu. A Biarpun … malahan B Biarpun … lebih baik SOALAN 4 C Daripada lebih baik D Dari … lebih baik October 14, 2019

49 bukan sahaja ... tetapi juga sedangkan … tambahan pula
Masalah kemerosotan disiplin ______ berlaku di sekolah ______ berlaku di institusi pengajian tinggi. A bukan … tetapi B malahan … bahkan juga SOALAN 5 C bukan sahaja tetapi juga D sedangkan … tambahan pula October 14, 2019

50 ______ dia cacat, ______ dia tidak mahu ketinggalan untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolahnya. A Baik … mahupun B Sungguhpun … namun SOALAN 6 C Walaupun bahkan D Sedangkan … pula October 14, 2019

51 Muhammad Herman ______ pintar dalam pelajaran ______ cergas dalam bidang sukan olahraga.
sedangkan … mahupun B bukan sahaja … malahan SOALAN 7 C sungguhpun namun D makin … malahan October 14, 2019

52 ______ miskin ______ Pak Cik Kamarul tetap berusaha untuk membaiki taraf hidup keluarganya.
Walaupun … mahupun B Baik … mahupun SOALAN 8 C Jangankan malahan D Walaupun … namun October 14, 2019

53 Mereka tidak memberitahu saya ______ hendak datang ke pameran komputer ______ tidak.
jikalau … ataupun B sama ada … entah SOALAN 9 C jangankan ataupun D sama ada … atau October 14, 2019

54 Tabiat suka menabung ______ berfaedah kepada diri sendiri ______ juga kepada kerajaan.
walaupun … namun B biarpun … bahkan SOALAN 10 C bukan saja tetapi D sungguhpun … tetapi October 14, 2019

55 BAGUS! JAWAPAN ANDA TEPAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Klinik SBC
October 14, 2019

56 SALAH ! SILA CUBA LAGI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 October 14, 2019

57 PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK
P&P SBC INTERAKTIF KATA HUBUNG PAKEJ/MODUL BESTARI PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK October 14, 2019

58 SEKIAN ADANYA ... October 14, 2019


Download ppt "SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google