Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR"— Transcript presentasi:

1 PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
KULIAH 3 PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR

2 Malaysia terbentuk pada 1963
Terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura Pada 27 Mei 1961, di Singapura Tunku Abdul Rahman menyuarakan hasrat menubuhkan Malaysia, kesudian menerima masuk Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei.

3 Bebas melalui percantuman Kesimbangan Kaum
SEBAB-SEBAB: Bebas melalui percantuman Percantuman akan menjamin proses kemerdekaan yang lebih cepat bagi negeri-negeri lain (Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei) Kesimbangan Kaum Percantuman T.M dengan Singapura tidak dipersetujui kerana akan menyebabkan ketidakseimbangan kaum. Kaum Cina akan melebihi kaum Melayu. Jika Brunei, Borneo Utara dan Sarawak turut serta maka majoriti penduduk Melayu dapat dikekalkan. Ancaman Komunis Ancaman komunis makin meluas di Asia Tenggara termasuk di Singapura, Borneo Utara, Sarawak & Brunei. Negeri-negeri ini dapat berkerjasama menjaga keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara. Kedudukan politik di Singapura terancam, Lee Kuan Yew makin hilang populariti – partinya (PAP) kalah dalam 2 pilihanraya pada tahun 1961. Jika komunis menguasai Singapura maka kedudukan T.M juga terancam.

4 Kemajuan Ekonomi Semua negeri boleh diurus secara berpusat dari segi ekonominya. Semua negeri mempunyai sumber ekonominya dan keistimewaannya Menguatkan pakatan negeri-negeri serantau Mengukukuhkan kedudukan negeri-negeri ini diperingkat antarabangsa terutamanya hubungan dengan negara-negara lain.

5 REAKSI AWAL TERHADAP GAGASAN
SINGAPURA Lee Kuan Yew dan partinya PAP bersetuju, tetapi partinya mendapat tentangan dan telah menjadi semakin lemah. BRUNEI Sultan Brunei Sultan Omar Ali Sarifuddin bersetuju. Mendapat tentangan daripada A.M Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei yang hendak mengabungkan Brunei dengan Borneo Utara dan Sarawak dibawah nama Kalimantan Utara. Tentangan telah menyebabkan berlakunya revolusi senjata. Tentangan Azahari dan pengikutnya dapat dikalahkan oleh Sultan dengan bantuan British.

6 BORNEO UTARA DAN SARAWAK
Majoriti rakyat bersetuju, akan mencapai kemerdekaan dan selamat dari ancaman komunis. Tetapi rakyat takut berlaku diskriminasi: Politik – kuasa politik tertumpu di Kuala Lumpur Masyarakat bukan Melayu bimbang mengenai kedudukan agama dan bahasa dan layanan yang akan mereka dapat. Masyarakat Cina bimbang mengenai kedudukan ekonomi terutama saingan dengan Singapura.

7 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tiada tentangan sekiranya bergabung dengan Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura dan bukan Singapura sahaja. Tentangan diterima dari parti Islam Setanah Melayu (PAS) BRITISH Pada amnya setuju. Bimbang Penguasaan Singapura dan T.M terhadap Borneo Pengkalan British di Singapura

8 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PENUBUHAN MALAYSIA
Lawatan Muhibbah ke Borneo Utara dan Sarawak (Jun 1961) Menerangkan mengenai penubuhan Malaysia dan mengurangkan kebimbangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Lawatan Tunku ke Brunei (Julai 1961) Menerangkan dengan terperinci mengenai penubuhan Malaysia Satu jawatankuasa dibentuk untuk menentukan pendirian rakyat Brunei. Rundingan Singapura (Ogos 1961) Mesyuarat rasmi diadakah, dipersetujui: Singapura akan mendapat autonomi dalam hal pendidikan dan tenaga buruh

9 Jawatan Perundingan Perpaduan (pertengahan 1961)
Rundingan dengan British mengenai kepentingan Negeri-Negeri Borneo (Nov. 1961) Dipersetujui: Pungutan suara di kalangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak. Pangkalan British di Singapura dikekalkan. Jawatan Perundingan Perpaduan (pertengahan 1961) Ditubuhkan di Singapura – pengerusi – Donald Stephan dari Sabah. Tujuan – memberi keterangan mengenai penubuhan Malaysia kerana banyak pandangan politik yang berbeza cth. Dari Pertubuhan Persatuan Parliamen Komanwel. Dipersetujui: suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak Kedudukan istimewa Bumiputera Borneo Utara & Sarawak dikekalkan Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

10 Jawatankuasa Antara Kerajaan (Ogos 1962)
Suruhanjaya Cobbold Anggota: Lord Cobbold dan 4 ahi lain (2 British dan 2 rakyat T.M) Tujuan: mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pertubuhan Malaysia Keputusan: 70% hingga 80% rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju Jawatankuasa Antara Kerajaan (Ogos 1962) Tujuan: merangka Perlembagaan Malaysia Anggot: ahli-ahli dari semua negeri yang akan menganggotai Malaysia. 5 buah jawatankuasa kecil ditubuhkan Sabah telah menghantar memorandum yang mengandungi 20 perkara untuk melindungi hak penduduk Sabah. Juga dipersetujui oleh Sarawak dan diluluskan.

11 Kempen referendum dan referendum Singapura
Referendum di Singapura diadakan untuk meninjau pandangan rakyat negara tersebut. Keputusan: rakyat Singapura bersetuju Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Terdapat tentangan dari Indonesia dan Filipina maka T.M, Indonesia dan Filipina telah menubuhkan MAPHILINDO dan bersetuju meminta Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu meninjau kemabli pandangan rakyat Sabah dan Sarawak PBBB mendapati sebahagian besar rakyat bersetuju.

12 MALAYSIA TANPA BRUNEI Sultan Brunei telah membuat tuntutan bahawa:
Brunei diberi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parliamen Dibenarkan terus menguasai hasil minyak Memegang autonomi kewangan pada peringkat awal Mengekalkan semua pelaburannya Mengekalkan kadar percukaian yang rendah Meneruskan program pendidikan dan kabajikannya Keselamatan Brunei dalam Malaysia terjamain Kekananan (seniority) baginda dalam Majlis Raja-Raja dikira dari tarikh baginda menjadi Sultan dan bukan tarikh kemasukan Brunei ke dalam Malaysia.

13 Tuntutan yang ke2 dan ke8 tidak dipersetujui.
Sebab lain – A.M Azahari telah melancarkan pemberontakan, maka T.M bimbang kemasukan Brunei akan menimbulkan pelbagai masalah politik.

14 MALAYSIA MENGHADAPI TENTANGAN LUAR
Filipina Menuntut Kerajaan British menyerahkan Borneo Utara kepada Filipina kerana mendakwa Borneo Utara adalah kepunyaannya – British tidak bersetuju. Menuntut sekali lagi dari kerajaan Malaysia tetapi tidak dipersetujui. Indonesia Telah menyuarakan rasa tidak minat untuk menyertai Malaysia pada peringkat awal Berpendapat gagasan Malaysia berunsur penjajah dan telah menyokong Parti Rakyat Brunei. Telah mengumumkan dasar Konfrontasi – berlaku pertentangan tentera Indonesia di sempadan Sabah dan Sarawak. Pada 1965 Suharto mengambil alih dari Sukarno. Rundingan damai diantara kedua negara diadakan – Perjanjian Damai ditandatangani.

15 SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA
Masyarakat Melayu dan Cina T.M mengalami konflik dengan masyarakat Cina Singapura, terutamanya PAP dengan Perikatan. Masalah berlanjutan. Berlaku juga masalah perkauman. Singapura berpisah dengan Malaysia pada 7 Ogos 1965 dan pada 9 Ogos 1965 membentuk Republik Singapura.

16 THANK YOU HAVE A NICE DAY


Download ppt "PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google