Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa"— Transcript presentasi:

1 Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
Ernawita Atan JBM, FBMK, UPM

2 Aspek Bahasa Bentuk bahasa Melayu dapat diperinci melalui empat dimensi, iaitu Bentuk (tulisan dan lisan) Tahap penguasaan Tahap penggunaan Mutu bahasa

3 Tahap Penguasaan Pengertian
Peringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap tertentu. Tradisi keilmuan dan pembinaan tamadun atau budaya tinggi Peringkat IPT, bahasa seseorang itu harus mantap utk membolehkan penggunanya mengungkapkan idea, baik yg mudah atau kompleks (rumit) dalam semua situasi Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap kemampuan berbahasa, lisan dan tulisan serta mengetahui ragam bahasa mengikut konteks dan bidang.

4 Tahap Penguasaan Bahasa
1. Tahap Budaya 2. Tahap Fungsional Tahap Budaya - Penguasaan bahasa lisan pada tahap budaya mempunyai ciri yang berikut: Mengandungi unsur tempatan. Mengandungi unsur individu – dialek dan ideolek. Pertuturan oleh cendekiawan yang biasanya menghilangkan ciri bahasa lisan yang umum seperti kependekan dan kemesraan. Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten).

5 Tahap Fungsional Tahap penggunaan bahasa yang diperlukan oleh pengguna bahasa untuk memenuhi fungsi tertentu dalam kehidupan tugas seharian. Bahasa lisan dalam tahap ini bersifat terkawal. Digunakan dalam situasi formal seperti dalam penyampaian berita di radio atau televisyen. Bahasa tulisan pada tahap fungsional digunakan dalam majalah, jurnal, laporan, catatan minit mesyuarat dan lain-lain.

6 Aspek Bahasa Bentuk bahasa Melayu dapat diperinci melalui empat dimensi, iaitu Bentuk (tulisan dan lisan) Tahap penguasaan Tahap penggunaan Mutu bahasa

7 Tahap Penggunaan Penggunaan bahasa yang sempurna memerlukan pengolahan bahasa yang baik. Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang berikut: Kemahiran bahasa Penghujahan Penghayatan Kekritisan Pengetahuan Mekanik Penulisan Penglahiran

8 Kemahiran Bahasa Ketrampilan amali dan pengetahuan tentang tatabahasa yang melibatkan sebutan, ejaan, makna dan wacana Gaya dan laras perlu digunakan mengikut konteks dan situasi. Mencerminkan sikap dan individu pengguna. 10/23/2019

9 Penghayatan Kemampuan seseorang menggunakan bahasanya.
Bahasa meninggalkan kesan emosi dan reaksi tertentu. Berupaya mengesan pandangan atau perasaan dan dapat pula menyatakan pandangan mengikut situasi dan konteks. 10/23/2019

10 Pengetahuan Pengetahuan mengenai bahasa menjadikan seseorang itu berkeyakinan. Cara terbaik mempelajari bahasa adalah dengan menguasai budaya dan tamadun sesuatu bahasa itu. 10/23/2019

11 Penglahiran Penjelmaan ungkapan fikiran dan perasaan secara lisan dan bertulis. Berfikir untuk menentukan fokus, membuat kerangka idea, mengolah dan menyusun idea, memperkembang idea dengan fakta, bukti, keterangan dan menyunting. 10/23/2019

12 Penghujahan Berupaya menyatakan sesuatu hujah menggunakan taakul (reasoning), bukti, keterangan, sokongan yang dapat menjelaskan dan memurnikan penghujahannya. Hujah bermula dengan hipotesis kemudian mencari bukti sebelum membuat rumusan tentang hipotesis Dalam sesuatu penyelidikan, penemuan dan rumusan sesuatu hipotesis yang baik berpotensi untuk ditingkatkan tarafnya menjadi teori.

13 Kekritisan Pemikiran kritis- kemampuan menyatakan buah fikiran, idea berasaskan alasan yang relevan. Pemikiran sedemikian penting dalam pengolahan bahasa. 10/23/2019

14 Mekanik Penulisan Kebolehan menggunakan tanda baca, kata kunci dan lambang penulisan mempengaruhi penggunaan bahasa. Sesuatu hujah atau kenyataan tidak dapat disampaikan dengan berkesan disebabkan penggunanya tidak menguasai mekanik penulisan. 10/23/2019

15 Aspek penting dalam mekanik penulisan
Seseorang pengguna perlu mengetahui dan menguasai: Kaedah penyuntingan Piawai teknikal Dokumentasi

16 Kaedah penyuntingan Tanda baca Ejaan dan tatabahasa
Huruf besar dan huruf condong Penomboran Singkatan dan akronim Al Quran dan hadis Karya undang-undang Drama dan puisi

17 Piawai Teknikal Tatanama dan peristilahan khusus
Singkatan, unit dan simbol sains Rumus dan persamaan Tanda teknikal Transliterasi huruf Arab-Rumi

18 Dokumentasi Penunjuk rujukan dalam teks Nota Petikan/kutipan
Bibliografi/bahan rujukan Indeks

19 Aspek Bahasa Bentuk bahasa Melayu dapat diperinci melalui empat dimensi, iaitu Bentuk (tulisan dan lisan) Tahap penguasaan Tahap penggunaan Mutu bahasa

20 Mutu Bahasa Mutu bahasa bermaksud kemampuan seseorang menggunakan bahasanya. Kemampuan ini merangkumi ciri yang berikut: 1. Ketepatan Kewajaran 3. Kematangan Kelancaran 5. Keluwesan/fleksibel Gaya 7. Laras

21 Ketepatan Penggunaan ungkapan yang tepat, terang dan mudah difahami, kejituan, penggunaan laras bahasa yang wajar. Bahasa rasmi – situasi formal Bahasa akademik – kuliah mesyuarat ceramah. Bahasa daerah – penulisan novel atau cerpen 10/23/2019

22 Kewajaran Suatu bahasa yang digunakan mencerminkan pemikiran yang logik, teratur, berentetan dan menyakinkan. Perlu dihindarkan penggunaan bahasa yang bersifat tautologi (perulangan pengucapan kata yang sama) 10/23/2019

23 Kematangan Tahap pemikiran yang dikemukakan sesuai dengan pemikiran yang diharapkan. Dapat diukur melalui tahap pengetahuan, tahap taakulan dan hujahan. 10/23/2019

24 Kelancaran dan Keluwesan
Meliputi jangkaan kosa kata yang luas, pengetahuan yang berpada dan bersifat anjal. Pengguna bahasa dapat mengungkapkan idea yang kompleks menggunakan ayat yang mudah dan ayat yang kompleks. Aspek kesalahan diminimumkan. 10/23/2019

25 Gaya Unsur atau gabungan unsur yang memberi kualiti terhadap bahasa (lisan atau tulisan). Ada unsur kesederhanaan dalam penggunaan bahasa untuk membentuk gaya individu. Penggunaan Neka bahasa – melibatkan situasi,tempat atau siapa. Gaya tulisan bersifat individu -(kejatidirian – penulis) cth. Gaya Usman Awang, A. Samad Ismail dsb 10/23/2019

26 Laras Variasi bahasa berdasarkan fakta sosial dan bidang penggunaannya. Bahasa yang digunakan untuk sesuatu konteks adalah berlainan. Cth bahasa dalam laporan, ekonomi dan kesusasteraan. Penggunaan kata khusus dan istilah tertentu sebagai penanda disiplin ilmu berkenaan. 10/23/2019

27 Rumusan Corak bahasa diperincikan melalui empat dimensi
Bentuk (tulisan dan lisan) Tahap Penguasaan Tahap Penggunaan Mutu Bahasa Tahap penguasaan BM diteliti dari aspek tahap budaya dan tahap fungsional. 10/23/2019

28 Tahap penguasaan bahasa merangkumi:
Kemahiran bahasa Penghayataan Pengetahuan Penglahiran Penghujahan Kekritisan Mekanik penulisan 10/23/2019

29 Mutu pengguna BM diukur dari aspek:
Ketepatan Kewajaran Kematangan Kelancaran dan keluwesan Gaya dan laras

30 Bahan Rujukan 1. Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. KL. DBP 2. ____________(1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei Lain. Shah Alam. Fajar Bakti. 3. Gaya Dewan (1990). KL. DBP 4. Rahman Shaari (1993). Memahami Gaya Bahasa. KL. DBP. 5. S. Nathesan (1995). Laras Bahasa Ilmiah. KL. DBP

31 Perkongsian Idea “Tinggi atau rendahnya sesuatu bahasa itu bukan disebabkan nama bahasa itu, tetapi kerana penuturnya”. Kata Pujangga


Download ppt "Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google