Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 6 BAHASA MELAYU KLASIK
2
Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > konsep bahasa Melayu klasik (BMKL) > pengaruh Hindu dalam BMKL > pengaruh Islam dalam BMKL > pusat pengembangan BMKL
3
BAHASA MELAYU KLASIK Bahasa Melayu yang digunakan selepas zaman kuno dinamakan zaman klasik. Zaman klasik ini dimulai dengan zaman praklasik, iaitu mulai abad ke-11 hingga abad ke-14, apabila aksara Jawi mula digunakan Zaman praklasik ialah zaman peralihan daripada pengaruh Hindu kepada pengaruh Arab Kita tidak mengetahui dengan tepat bilakah orang India atau pengaruh Hindu ini sampai ke Alam Melayu. Namun, tarikh pada awal abad Masihi merupakan tarikh yang mendekati tarikh yang tepat mula datangnya pengaruh Hindu. Ini dapat dibuktikan daripada tinggalan sejarah, artifak, prasasti, patung dan lain lagi
4
BAHASA MELAYU KLASIK Tinggalan bahan sejarah ini dapat dilihat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Contohnya, tinggalan pengaruh Hindu di Lembah Bujang, di Gunung Jerai, Kedah, prasasti Kutai yang ditemukan di Kuala Kaman, Kalimantan Timur yang bertarikh 400 M, candi Buddha seperti Borobudur dan Mendut; Candi Hindu seperti di Prambanan dan lainnya di pulau Jawa Terdapat juga tinggalan Hindu di Pulau Sumatera, Bali dan di beberapa tempat lain Akibat pertembungan kebudayaan di atas, pengaruh Hindu meresap ke dalam bahasa dan kebudayaan Melayu. Antara pengaruh tersebut adalah seperti yang berikut:
5
PENGARUH HINDU DALAM BMKL
Sistem Pentadbiran Ada beberapa unsur sistem pentadbiran Hindu yang diterima pakai oleh masyarakat Melayu, seperti sistem beraja yang dipusatkan kekuasaannya, sistem orang-orang besar yang diperingkatkan seperti orang besar empat, orang besar lapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua dan beberapa unsur yang lain Daripada sistem pentadbiran ini, terdapatlah kata bahasa Melayu yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu, seperti raja, rani, maharaja, maharani, bendahara, laksamana, istana, putera, puteri, gahara, singgahsana, Perdana Menteri, Sriwijaya, Ciri dan lain lagi
6
PENGARUH HINDU DALAM BMKL
Pengaruh Agama Terdapat dua agama yang datang dari India yang pernah dianuti orang Melayu, iaitu Hindu dan Buddha. Pengaruh ini dapat dilihat daripada tinggalan agama tersebut, seperti kuil, biara dan candi, patung Buddha dan patung Hindu yang terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara Selain itu, dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai kata yang berkaitan agama yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit seperti dosa, pahala, neraka, syurga, Syiwa, Wisnu, Brahma, puasa, biara, sami, nirwana, artaloka, derhaka, bihara, dendabakti, catur, sukacita, dasar, Swarga, dan lain lagi
7
PENGAUH HINDU DALAM BMKL
Pengaruh daripada Kesusasteraan Banyak hasil karya sastera daripada Hindu telah meresap ke dalam kesusasteraan Melayu, seperti Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa, Hikayat Pandawa Jaya, Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Panca Kelima, Hikayat Maharaja Rawana, Hikayat Sang Boma, Hikayat Sang Samba dan lain lagi Pengaruh daripada bahasa Sanskrit dan bahasa India yang lain Dalam bahasa Melayu terdapat banyak kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan bahasa dari India yang lain seperti perkataan bahasa, hamba, bahagia, baharu, bahagi, adipate, aksara, aneka, bayu, gapura, jagat, dan lain lagi
8
PENGARUH HINDU DALAM BMKL
Pengaruh Kebudayaan Hindu Terdapat beberapa unsur kebudayaan Hindu yang meresap ke dalam kebudayaan Melayu, seperti adat bersanding, adat melenggang perut, berinai, menyembah, membelah mulut bayi, kenduri arwah, kematian, sistem kelas dalam masyarakat yang ditiru daripada kasta Hindu dan lain lagi Semua ini tergambar dalam kata pinjaman daripada bahasa dari India. Contohnya perkataan hamba, puja, sahaya, kesateria, bala tentera, putera raja, dan lain lagi Setelah wujud pengaruh India di Alam Melayu untuk beberapa lama, datang pula pengaruh Islam yang membawa agama baharu dan kebudayaan baharu untuk bangsa Melayu
9
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Bahasa Melayu klasik (BMKL) bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Titik permulaan BMKL itu berasaskan wujudnya kerajaan Islam pertama di timur Aceh, iaitu Kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih BMKL merupakan kesan langsung daripada kedatangan agama dan kebudayaan Islam, dan BMKL bertunjangkan tulisan Jawi yang berasakan aksara Arab Kita tidak dapat pastikan bilakah Islam mula datang dan sampai ke Alam Melayu. Bukti sejarah juga masih tidak jelas dan bersimpang-siur. Namun, terdapat beberapa bahan sejarah yang boleh membantu kita untuk menentukan tarikh kedatangan Islam ke Alam Melayu
10
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Pertama dari sudut riwayat yang dicatat oleh para pengembara dan pedagang yang sampai ke Asia Tenggara. Catatan telah dibuat oleh pengembara China, Arab dan juga Parsi. Mengikut riwayat Cina, telah ada orang-orang Islam di Sriwijaya pada tahun 674M/55H. Kemudian Al-Mas’udi meriwayatkan bahawa pada 877 telah ada pertempatan orang Islam di Khanfu (Canton), negeri China Kedua, terdapat beberapa prasasti pengaruh Islam. Prasasti ini ditemukan dalam bentuk batu nisan. Antara prasasti tersebut ialah: > Batu nisan Syeikh Rukunuddin bertarikh 48H di Barus, Sumatra > Batu nisan di Langgar, Kedah Darul Aman bertarikh 290H > Prasasti Pekan Pahang yang bertarikh pada waktu Subuh, hari Rabu, 14 Rabi’ul Awal 419H
11
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
> Prasasti Phan-rang, Campa, Vietnam yang bertarikh pada H/1039M > Prasati Brunei Darussalam. Nisan Puteri Sultan Abdul Majid Ibn. Muhammad Syah Al-Sultan, bertarikh pada 440H/1048M. > Prasasti Leran, Gresik, Jawa Timur. Batu nisan bagi seorang wanita Islam yang bernama Fatimah binti Maimun bin Hibat Allah, di Leran, Gresik, bertarikh pada 475H/1082M Daripada bukti di atas jelas menunjukkan bahawa Islam telah ada di Asia Tenggara pada awal zaman Islam. Kemudian, pada abad ke-10 dan ke-11M, terdapat pertempatan orang Islam di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Siapakah yang membawa Islam ke Asia Tenggara? Ini juga satu perkara yang masih misteri lagi. Di sini terdapat pelbagai teori. Antara teori tersebut ialah:
12
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
> Islam datang ke Asia Tenggara melalui India, dan para pembawanya ialah para saudagar yang berniaga, terutama dari Gujerat ke Asia Tenggara. Teori ini banyak didukung oleh pengkaji barat, seperti Winstedt dan lain lagi > Islam datang ke Asia Tenggara melalui Parsi yang dibawa oleh orang Islam yang berniaga dan yang berdakwah. Oleh sebab itu, terdapat beberapa pengaruh ajaran Syi’ah di Asia Tenggara > Islam datang ke Asia Tenggara langsung dari Tanah Arab disebabkan oleh terdapatnya banyak petempatan keturunan Arab di Asia Tenggara > Islam datang ke Asia Tenggara melalui negeri China, seperti yang didukung oleh S.Q. Fatimi, seorang penyelidik Pakistan > Islam datang ke Asia Tenggara melalui pelbagai jurusan dan tempat seperti Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika Utara
13
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Antara pendapat ini, pendapat yang terakhir ialah yang paling kuat, kerana banyak unsur Islam di Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai pengaruh, seperti yang diutarakan oleh Syed Naquib Alattas Pendapat yang lain ada kelemahannya. Misalnya, jika Islam datang melalui Parsi sahaja, tentulah orang Melayu menganut Mazhab Syi’ah, sedangkan kenyataannya orang Melayu menganut Mazhab Syafi’i daripada golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Jika Islam datang dari negeri China sahaja, tentulah orang Melayu menganut Mazhab Hanafi, sedangkan kenyataannya tidak demikian. Jika Islam datang dari tanah Arab sahaja tentulah orang Melayu menganut Mazhab Hambali dan tidak Syafi’i. Jika Islam datang melalui India sahaja, tentulah pengaruh Indianya lebih kuat, dan aliran Mazhab Hanafi lebih menonjol disebabkan oleh orang Islam di India majoritinya bermazhab Hanafi
14
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Apa yang wujud ialah penganutan orang Melayu terhadap agama Islam mempunyai pelbagai unsur yang datang dari pelbagai tempat. Namun, Mazhab Syafi’ilah yang paling kuat sedangkan mazhab yang lain lemah. Dengan itu, teori ini lebih kukuh berbanding dengan teori yang lain Selain usaha dan pengaruh saudagar dan orang lain dalam kalangan pengembara, terdapat juga pengaruh sufi ada juga dalam pengembangan ajaran tarikat tasawuf Mereka juga memainkan peranan penting dalam pengembangan Islam di Asia Tenggara. Mereka ini mengembangkan ajaran tarikat mereka seperti tarikat Naqsyabandiah, Syatariah, aliran Wahdat al-Wujud … Begitu juga persaingan pengaruh antara Islam dengan agama Kristian yang datang dari barat (yang dibawa oleh para penjajah) mempercepat perkembangan Islam di Asia Tenggara
15
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Islam memang lebih unggul mengikut pandangan kebanyakan orang di Asia Tenggara. Mereka lebih mudah menganut Islam daripada menganut agama Kristian. Ini disebabkan, wujudnya ajaran persamaan taraf dalam kalangan penganut Islam, sifat dan ciri Islam yang lebih demokratik, konsep ajaran Islam yang mudah ditanggap dan difahami oleh orang yang sederhana kekuatan pemikirannya Islam dapat menerobos banyak tempat di Asia Tenggara, terutama di kawasan pantai yang mudah dilawati. Agama Kristian hanya berjaya di kawasan yang belum dirambah oleh pengaruh Islam seperti di pedalaman Sumatera Utara, terutamanya di daerah Batak, pedalaman Sulawesi Selatan, terutamanya di daerah Toraja, pedalaman Kalimantan, Pulau Luzon dan Bisaya yang jauh dari kawasan Islam
16
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Pengaruh Islam berkembang di pelbagai tempat yang menjadi pusat pengembangan Islam, yang sekali gus menjadi pusat kerajaan seperti Terengganu (abad ke-14), Aceh (abad ke-12, 17, 18), Samudera-Pasai (abad ke-13 hingga ke-14), Melaka (abad ke-15), Johor (abad ke-16 dan ke-17), Johor-Riau (Abad ke-18 dan ke-19), Berunei, Jambi, Palembang, Siak, Langkat, Deli Serdang di Sumatera; Demak, Banten dan Mataram di Jawa; Goa dan Makassar di Sulawesi; Banjar di Kalimantan Selatan, Ternate dan Tidore di Maluku… Antara Pusat pengembangan Islam ini, Melaka, Johor, Aceh, dan Johor-Riau menjadi pusat yang utama. Di tempat inilah Islam dikembangkan melalui bahasa Melayu. Dengan itu, di pusat kerajaan ini tertulislah kitab agama Islam dalam bahasa Melayu, sekalipun judul kitab tersebut masih tetap menggunakan bahasa Arab seperti Kitab Sabil al-Muhtadin, Sirat al-Mustaqim, Syarab al-Asyiqin, dan Taj al-Salatin
17
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Tanah Haramain (Makkah dan Madinah) mengambil peranan juga dalam menyebarkan Islam melalui bahasa Melayu kerana para ulama Asia Tenggara banyak yang belajar agama Islam di tanah Haramain dan di sana ulama ini bertemu, sama-sama belajar atau bertemu dalam hubungan sebagai guru dengan murid Antara mereka yang bertemu di tanah Haramain ialah Syeikh Muhammad Arsyad dari Banjar, Syeikh Abdul Samad, Palembang, ulama dari Aceh dan Patani. Ada dalam kalangan mereka ini yang mengarang kitab berbahasa Melayu di tanah Haramain Contohnya ialah Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani telah mengarang kitab Siyar Al-Salikin dan Hidayat Al-Salikin di Makkah. Antara mereka ini juga saling mendalami ajaran agama Islam dan juga pengetahuan mereka tentang bahasa Melayu
18
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Oleh sebab itu, bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka hampir sama gaya dan bentuknya sekalipun mereka berasal dari daerah yang berlainan dan terpisah jauh Bahasa Melayu yang mereka gunakan ialah bahasa Melayu yang banyak dipengaruhi oleh tatabahasa Arab. Keadaan ini menjadikan bahasa Melayu mereka hampir sama, kerana asas tempat ambilan mereka mengikut acuan yang sama, iaitu tatabahasa Arab Tempat rujukan kitab agama juga hampir sama kerana berasal daripada kitab Arab yang menganut mazhab yang sama, iaitu mazhab Syafi’i. Oleh itu, kitab berbahasa Melayu dalam abad ke-16 hingga ke-18 yang dari pelbagai tempat di Asia Tenggara mempunyai gaya bahasa Melayunya yang hampir sama, iaitu seperti kitab dari Aceh, Patani, Palembang, Banjar dan lain lagi
19
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Kewujudan ragam bahasa tulisan atau ragam bahasa persuratan di alam Melayu kerana adanya satu sistem tulisan yang menjadi alat penyebaran bahasa. Bahasa persuratan inilah yang menjadi mercu tanda bahasa Melayu klasik BMKL ini dapat dikaji dan dikenal pasti bentuknya kerana adanya warisan tertulis dalam karya persuratan dalam pelbagai ranah ilmu, seperti agama, undang-undang, ketatanegaraan, pensejarahan, kesusasteraan, perubatan, pentadbiran, perhubungan diplomatik, dan sebagainya Tradisi bahasa persuratan inilah yang menjadi asas bahasa Melayu baku, terutama dari aspek nahu, kerana nahu yang disusun, khususnya nahu Melayu tradisonal menggunakan korpus atau sumber datanya daripada karya bahasa Melayu klasik
20
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Bahasa Melayu klasik merupakan asal kewujudan bahasa Melayu moden yang kita gunakan sekarang ini dalam pelbagai ranah ilmu, dari peringkat rendah, menengah hingga peringkat institusi pengajian tinggi Pernyataan ini dibuktikan oleh kajian yang menunjukkan adanya kesinambungan bahasa, antara bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden, terutama dalam hal pembinaan ayat, sama ada ayat, tunggal, ayat majmuk atau ayat pasif dan ayat songsang Kosa kata atau leksikon yang wujud dengan meluas dalam BMKL, banyak sekali, yang masih dipertahankan kewujudannya dalam bahasa Melayu moden, walaupun terdapat sejumlah kosa kata yang tidak lazim atau tidak popular lagi
21
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Antara batu bersurat yang menunjukkan bentuk BMKL ini ialah: > Batu nisan makam Raja Fatimah di perkuburan Sultan Abdul Jalil, Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang, yang mangkat pada H > Batu nisan puteri Sultan Brunei, bertarikh 903M, yang ditemukan di Jalan Residensi, Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam > Batu nisan Sultan Malik al-Saleh, yang bertarikh 1279M, ditemukan di Pasai, Sumatera > Batu nisan Syeikh Ahmad Majanu, bertarikh 1464M, ditemukan di Sungai Udang, Melaka > Batu bersurat Terengganu yang ditemukan di Kuala Berang, Hulu Terengganu, yang bertarikh antara 1303 – 1397M
23
PENGARUH ISLAM DALAM BMKL
Teks bertulis pada batu bersurat itu ialah teks bahasa Melayu tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini dianggap tulisan paling awal yang diketahui. Sarjana Inggeris dan Belanda berpendapat bahawa tarikh tulisan itu ialah 1386M/788H. Namun, Syed Muhammad Naquib berpendapat tarikh tulisan itu pada 1303M. Ini bermakna, tulisan itu terhasil pada abad ke-14M atau ke-8H Tulisannya agak sukar dibaca, kerana hurufnya belum disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu. Misalnya, tiada tanda untuk membedakan ‘ain dengan nga, kaf dengan ga, fa dengan pa, ca dengan jim, nun dengan nya, sin dengan syim… Tulisan Jawi itu merupakan seratus peratus salinan tulisan Arab. Namun, terdapat huruf yang kurang teliti dicatatkan, seperti ketiadaan titik pada huruf ba, ya, pa atau fa, jim Ejaan jawi dalam teks ini adalah tekal
26
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Pasai-Samudera Kerajaan ini telah wujud pada abad ke-13 Masihi, iaitu sebelum wujudnya kerajaan Melaka. Di sini, telah berkembang penggunaan bahasa Melayu dan penyebaran agama Islam. Ketika Marco Polo sampai di Kerajaan ini pada 1292 beliau mendapati bahawa banyak penduduknya beragama Islam. Bahkan pada 1297 rajanya yang beragama Islam (Malik al-Salih) telah mangkat Pada masa kerajaan ini berkuasa, telah lahir karya sastera berbahasa Melayu. Antaranya ialah Hikayat Raja-raja Pasai. Hingga kini, Hikayat Raja-raja Pasai telah banyak kali dicetak Hikayat ini menggambarkan dengan jelas tentang kekuatan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk ilmu pengetahuan. Di Pasai juga telah wujud sebuah kitab berjudul Bahr al-Lahut karangan Syeikh Abdullah Al-Arif tentang ajaran Islam
27
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Melaka Kerajaan Melaka telah wujud pada awal abad ke-15M. Pada mulanya, ia merupakan sebuah kerajaan yang kecil, yang menjadi mangsa serangan dari luar, terutama dari Siam. pada masa itu, terdapat kekuatan angkatan laut China di Asia Selatan yang melindungi Melaka. Angkatan China ini dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho (atau Cheng He) yang beragama Islam Cheng Ho telah datang lima kali ke Melaka dalam pengembaraannya ke Asia Tenggara hingga ke Lautan Hindi dan Afrika timur. Beliau telah belayar tujuh kali dengan membawa berpuluh-puluh buah kapal dan berpuluh-puluh ribu askar Raja Melaka pula telah belayar beberapa kali ke negeri China, iaitu semasa kerajaan Dinasti Ming. Kerajaan Melaka bertambah kuat dan daerah kekuasaannya bertambah luas menjangkau beberapa daerah Semenanjung dan juga pantai timur Sumatera dan Riau
28
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Dalam zaman kerajaan Melaka ini, BMKL berkembang pesat. Ia menjadi bahasa pemerintahan dan bahasa perdagangan di pelabuhan kota Melaka dan pelabuhan lain dalam jalur perdagangan rempah dari Aceh di Sumatera utara hingga ke kepulauan Maluku, terutama di Kota Ambon, Ternate dan Tidore BMKL digunakan untuk transaksi perdagangan di pantai utara Australia dan ke barat hingga ke Gujerat di India. BMKL juga digunakan untuk menyebarkan Islam di pelbagai tempat di alam Melayu, terutama di jalur pelabuhan perdagangan rempah dari Melaka ke selatan menuju ke Jawa Timur dan Tengah - di kota Gresik dan Japara, ke Makassar di Sulawesi Selatan membawa ke kepulauan Maluku Demikian juga jalur perdagangan di Nusa Tenggara timur, terutama di Kupang, ke Maluku Selatan di Kota Ambon, ke Maluku Utara, terutama di Ternate dan Tidore, serta ke Kalimantan Selatan, khususnya di Banjarmasin
29
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kemudian, jalur perdagangan itu menuju ke timur ke pantai utara Sarawak hingga ke Brunei - sebuah empayar Melayu - dan terus ke Borneo Utara serta Filipina Selatan. Selain itu, terdapat jalur di pantai timur Semenanjung ke Pahang, Terengganu, Kelantan dan Patani dan seterusnya ke pantai Vietnam, khususnya di Campa Di pantai timur Sumatera, Islam berkembang dari Aceh hingga ke pantai Sumatera Timur di bahagian Utara. Sedangkan dari Melaka, Islam terus berkembang ke kepulauan Riau hingga ke Siak, Inderagiri, Rokan, Kampar dan daerah sekitarnya. Islam juga telah berkembang ke Jambi dan Palembang, sedangkan di pantai barat Sumatera, Islam berkembang dan bertapak kuat di Sumatera Barat, iaitu ranah Minangkabau, Kerinci, Bengkulu, dan lain lagi
30
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Di Pulau Jawa, Islam merebak dari Jawa Timur di Kota Gresik ke Jawa Tengah, iaitu Japara. Dari situ, menuju ke Demak sehingga berdiri kerajaan Islam Demak, iaitu kerajaan Islam yang pertama di Pulau Jawa. Kemudian, diikuti oleh kerajaan Islam Pajang dan kerajaan Islam Mataram. Dari Jawa Tengah, Islam menuju ke barat ke Cirebon, dan seterusnya ke Jayakarta (sekarang Jakarta) dan Bantam (Banten) di hujung barat pulau Jawa, dan seterusnya ke Lampung dan Palembang Dalam proses pengembangan Islam ini, bahasa Melayu menjadi wahananya dan kota Melaka menjadi pusat yang utama. Dengan kata lain, bahasa Melayu telah menjadi Lingua Franca di Alam Melayu atau Asia Tenggara
31
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Dalam zaman kerajaan Melaka, telah wujud hasil karya tulisan berbahasa Melayu seperti: Hukum Kanun Melaka Undang-undang laut Melaka Hikayat Seri Rama Hikayat Amir Hamzah Hikayat Muhammad Ali Hanapiah Hikayat Hang Tuah Ssulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
32
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Johor Empayar Melaka yang telah wujud lebih seabad itu telah dikalahkan oleh Portugis pada Akibatnya, Sultan Melaka yang terakhir berpindah ke Johor dan dengan itu kekuasaan Melayu dipindahkan ke Johor Namun, daerah jajahan Melaka masih tetap utuh di bawah kekuasaannya, kecuali kota Melaka. Pada zaman kerajaan Johor ini, sering berlaku peperangan, terutama dengan Portugis di Melaka. Oleh itu, ibu negeri Johor sentiasa berpindah-randah ke beberapa tempat di sepanjang sungai Johor, kepulauan Riau dan juga ke tanah besar Sumatera tengah bahagian timur Pada zaman kemudian, timbul pula musuh baharu, iaitu Aceh, sehingga timbul perang segi tiga - Johor, Portugis di Melaka dan Aceh
33
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Aceh telah menyerang Johor sebanyak tujuh kali, dan kerabat serta orang besar Johor pernah ditawan dan dibawa ke Aceh termasuk Tun Seri Lanang sebagai tawanan Dalam keadaan yang tidak tenteram ini, beberapa hasil karya tulisan berbahasa Melayu masih sempat juga ditulis seperti Sulalatus - Salatin atau Sejarah Melayu (yang ditulis oleh Tun Seri Lanang di Johor pada tahun 1612, dan diselesaikan di Aceh pada 1613, iaitu semasa beliau dalam tawanan). Karya lain ialah Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Undang-Undang Johor dan beberapa tulisan yang lain
34
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Aceh Kerajaan Aceh bertapak di bahagian hujung utara Pulau Sumatera, sezaman dengan kerajaan Johor. Pada awal abad ke-17, kerajaan Aceh sampai di puncak kebesaran dan kejayannya, iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ( ). Seluruh bahagian Sumatera Utara, kecuali pedalaman daerah Batak dikuasainya, bahkan beberapa negeri di Semenanjung telah diserang dan didudukinya seperti Johor Lama, Pahang, Perak dan Kedah. Bahkan kota Melaka sendiri telah dikepung beberapa kali Dalam zaman kerajaan Aceh ini. bahasa Melayu tetap digunakan sebagai bahasa utama mengatasi bahasa Aceh sendiri, terutama sebagai bahasa ilmu pengetahuan
35
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Beberapa ulama telah lahir di Aceh pada zaman ini seperti: > Hamzah Fansuri (Barus) > Syamsuddin Al-Samatrani (Pasai) > Nuruddin Al-Raniri (Gujerat) > Abdul Rauf Al-Fansuri (Singkel) > Bukhari Al-Jauhari (Johor)… Beberapa kitab dan buku telah dikarang di Aceh. Antaranya ialah > Syair Burung Pungguk > Syair Burung Pingai > Syair Dagang > Syair Perahu > Syair Sidang Faqir > Syarab al-‘Asyiqin
36
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Syamsuddin Al-Samatrani atau Syamsuddin Pasai, murid Hamzah Fansuri, yang pernah menjadi Syaikhul-Islam di Acheh, juga telah mengarang kitab, seperti Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri, Tanbihut-Tullab dan Anwarud-Daqaiq. Tetapi hampir semua kitabnya telah tiada kerana telah dibakar atas perintah Sultan Aceh yang termakan dengan nasihat Nuruddin Al-Raniri Nuruddin Al-Raniri pula telah mengarang beberapa kitab, sama ada semasa beliau masih di Gujerat, India, di Pahang dan juga di Aceh. Antara karangan beliau ialah: Sirat al-Mustaqim sebuah kitab fiqih Melayu yang terawal, Bustan Al-Salatin, Jawahir Al-Ulum, Lata’ifal Asrar, Syifa’ Al-Qulub, Asrar Al-Insan, ‘Ainul-wujud, Ainul-Jawad, Tanbihul ‘Awam, ‘Aqidatus-Sufiyah, Kaifiyatus-Salah, Rahiqul Muhammadiyah.. .Pada masa akhir hayatnya, Syeikh Nuruddin telah kembali ke Gujerat, India
37
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Abdul Rauf Al-Fansuri (Singkel) juga terkenal dengan tulisannya seperti terjemahan kitab Tafsir al-Quran Al-Baidawi, Kifayatul-Muhtajin, Mir’at Al-Tullab, Hujjatul Balighah, Syamsul-Ma’rifah, Umdat al-Muhtajin, Mamu’ul masa’il, dan lain lagi Bukhari al-Jauhari juga telah mengarang buku yang terkenal, iaitu Taj Al-Salatin. Di Aceh juga pernah berlaku satu polemik ilmiah yang cukup terkenal, iaitu antara aliran Wahdat al-Wujud yang dibawa oleh Hamzah Fansari serta muridnya Syamsuddin al-Samatrani dengan aliran ahli Sunnah wal-Jamaah yang dipertahankan oleh Nuruddin Al-Raniri Abdul Rauf pula mengambil jalan tengah, iaitu tidak mengafirkan lawannya dengan sewenang-wenangnya. Akibat polemik ini, banyak kitab yang dibakar. Yang menjadi mangsa ialah kitab karangan Hamzah dan Syamsuddin. Dengan itu, terdapat kitab karangan dua orang ulama ini tinggal namanya sahaja
38
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Johor-Riau Apabila Sultan Mahmud II, Sultan Johor dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana) pada 1699, baginda tiada zuriat untuk menggantikan takhta. Dengan ini, mengikut adat-istiadat Melayu, Bendahara Abdul Jalil menggantikan tempat baginda sebagai Sultan Johor. Pada 1718, takhta itu dirampas oleh Raja Kecil dari Siak yang mengaku sebagai anak kandung Sultan Mahmud II. Namun, pada 1722 takhta itu dirampas kembali oleh Sultan Abdul Jalil dengan bantuan anak raja Bugis lima bersaudara dari Sulawesi Mulai tarikh itu, ditetapkan agar keluarga bendahara yang menjadi Sultan atau Yang Dipertuan dan menetap di Johor dan Lingga sedangkan keluarga anak raja Bugis menjadi Yang Dipertuan Muda atau Yamtuan Muda dan menetap di Riau
39
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kekuasaan secara dualisme ini mula meretakkan kerajaan Johor menjadi Johor-Riau. Oleh itu, pertentangan dan perseteruan terus berlaku dalam kerajaan Johor-Riau. Ini ditambah lagi dengan musuh dari luar, seperti Belanda, kesultanan Jambi dan kuasa yang lain Pada masa itu, bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penting sebagai bahasa perhubungan dan perdagangan. Pendeknya, ia masih tetap berperanan sebagai Lingua Franca di bahagian dunia ini Bahasa ini masih tetap menjadi bahasa pemerintahan dan pentadbiran di negeri Melayu, dan sekitarnya dan bahasa ini juga yang digunakan untuk menyusun buku undang-undang bagi tiap-tiap negeri Melayu
40
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Keadaan ini berterusan sehingga pada kira-kira 1750, ketika bahasa Melayu mencapai zaman keemasannya kerana pada masa itu, terdapat pelbagai jenis tulisan dalam bahasa Melayu, iaitu mengikut laras dan wacananya masing-masing, seperti bahasa undang-undang, pengetahuan agama Islam - Tauhid, fiqh, tasawuf, sirah, syari’ah; perubatan dan perdukunan Melayu, kesusasteraan, adat istiadat raja-raja, hukum kanun dan lain lagi Penulisan buku dan kitab dalam bahasa Melayu ini tersebar luas di Asia Tenggara seperti Aceh, Sumatera Timur, Patani, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor-Riau, Jambi, Palembang, Sambas, Brunei, Pontianak, Banjar-masin, Banten dan lain lagi, termasuklah Haramain, iaitu Kota Makkah dan Madinah. Kesimpulannya ialah bahasa Melayu tetap agung sekalipun negerinya terpecah kepada beberapa buah kerajaan yang kecil
41
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kesultanan Palembang Pada zaman dahulu, Palembang terkenal dengan nama Sriwijaya, kemudian setelah dikalahkan Majapahit ia menjadi malap. Namun, setelah Islam bertapak di situ, berdiri pula Kesultanan Melayu Palembang Dalam zaman kerajaan Palembang, telah lahir beberapa ulama Islam yang terkenal, seperti Syihabuddin, Kemas Fakhruddin, Muhammad Muhyi al-Din, Kemas Muhammad dan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi. Beliau yang akhir ini telah belajar agama di Palembang, di Kedah serta Patani dan juga di Tanah Haramain (Makkah dan Madinah) Beliau telah mengarang banyak kitab dan kitab itu dikarang di tempat yang telah beliau huni. Umpamanya, kitab Hidayat al-Salikin (sebuah kitab tasawuf), dan Siyar al-Salikin (sebuah kitab yang diterjemahkan daripada kitab Ihya’u Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali) telah dikarang ketika beliau berada di Makkah
42
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kesultanan Banjar Kesultanan Banjar terletak di Kalimantan Selatan sekarang. Pada masa dahulu, ia merupakan sebuah kerajaan Melayu yang besar dan berpengaruh Dalam kerajaan ini, telah lahir beberapa orang ulama yang terkenal seperti Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Muhd. Nafis al-Banjari, Syeikh Usman bin Syihabuddin al-Funtiani, Jamaluddin bin Muhammad Arsyad, Muhammad Taib bin Mas’ud al-Banjari dan lain lagi Ulama ini menulis pelbagai kitab dan buku dalam bahasa Melayu. Antara ulama Banjar yang terkenal ialah Syeikh Muhamad Arsyad al-Banjari yang mengarang beberapa banyak kitab yang terkenal
43
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau telah mengarang kira-kira 40 buah kitab. Antaranya: > Sabil al-Muhtadin, sebuah kitab besar yang mensyarahkan kitab Sirat al-Mustaqim karangan Nuruddin al-Raniri > Tuhfat al-Raghibin > Qaulu al-Mukhtasar > Kanzu al-Ma’rifah > Usuluddin > Kitab al-Nikah > Kitab al-Fara’id > Fat al-Rahman > Bidayat al-Mubtadi > Bulughul-Maram…
44
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Patani Lama sebelum lahir kerajaan Patani, telah ada kerajaan Melayu Ligor dan Empayar Sriwijaya bahagian utara. Di Ligor terdapat prasasti bertarikh pada 775M. Kemudian pada abad ke-16 dan seterusnya lahir kerajaan Patani Kerajaan Patani terletak di Selatan Thailand. Pada zaman silam, kerajaan ini ialah kerajaan Melayu yang terkenal dan di situ terdapat pondok pengajian Islam yang dikendalikan oleh ulama yang terkenal. Ulama ini telah menulis dan mengarang pelbagai buku dan kitab Antara ulama Patani yang terkenal ialah Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, Syeikh Ahmad Al-Fatani, Syeikh Ismail Daud Al-Fatani, dan Syeikh Zainal Abidin al-Fatani
45
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Syeikh Daud Abdullah al-Fatani telah mengarang lebih daripada 60 buah kitab. Bahkan ada yang mengatakan jumlahnya 99 buah kitab. Antara kitab karangannya ialah: > Furu’ al-Masa’il, sebuah kitab fiqih yang sangat luas dan mendalam cakupan isinya, Sullamul – Mubtadi, Mun-yatul Musalli, Minhaj al-Abidin, Kasyful Ghummah, Ilmu Tasawuf, Al-Duruth-Thamin, Tarikh Fatani > Sifat 20, Terjemahan Bidayat al-Bidayah, Bughyatut-Tullab dan lain lagi
46
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Goa (Makasar) Kesultanan Gowa/Goa ialah sebuah kerajaan besar dan paling berjaya di Sulawesi selatan. Kerajaan ini memiliki raja yang terkenal, iaitu Sultan Hasanuddin, yang mengetuai tenteranya menentang penjajah Belanda, yang dibantu oleh kesultanan Bone Di Goa terdapat ulama yang sangat terkenal, iaitu Syeikh Muhammad Yusuf al-Maqassari al-Bintani ( H/ ). Beliau ialah seorang ulama pejuang merentasi Samudera, kerana dibuang oleh Belanda dari Hindia Timur ke Kaapstad (Cape Town), Afrika Selatan Dalam kehidupannya, beliau banyak mengembara. Pada mulanya, beliau memang berada di Makasar, tempat kelahirannya, tetapi kemudian berhijrah ke Jawa Barat, iaitu di Kerajaan Banten atau biasa juga disebut Bantan oleh orang barat
47
PUSAT PENGEMBANGAN BMKL
Kerajaan Goa (Makasar) Di situ, beliau belajar dan mendalami ilmu Islam. Kemudian, beliau pergi ke Makkah untuk mendalami pengetahuan agamanya. Setelah tamat, beliau balik semula ke Banten. Apabila sampai di Banten, kerajaan itu sedang berperang dengan Belanda dan beliau pun turut menentang penjajahan Barat, tetapi malangnya beliau telah dapat ditangkap oleh penjajah Belanda dan dibawa ke Sri Lanka dan kemudian dibuang ke Afrika Selatan pada 1694 Beliau telah dibuang bersama-sama keluarga dan pengikutnya. Dengan itu, wujud masyarakat Melayu Islam di Sri Lanka dan di Afrika Selatan hingga sekarang. Sebagai ulama beliau sempat menulis kitab agama. Antaranya ialah Safinat al-Najah. Beliau juga menyebarkan bahasa Melayu dan agama Islam di Afrika Selatan
48
KESIMPULAN Bahasa Melayu klasik bermula pada abad ke-13, dan berakhir pada abad ke-19. Permulaannya ditandai oleh kewujudan kerajaan Islam pertama di timur Aceh, dan bahasa Melayu klasik bertunjangkan tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab Pengaruh Hindu terdapat dalam sistem pentadbiran, agama, kesusasteraan, bahasa dan kebudayaan Pengaruh Islam dalam pelbagai ranah kehudupan terbukti daripada catatan pengkaji China, Arab dan Parsi, dan prasasti pengaruh Islam Pusat pengembangan bahasa Melayu klasik yang mencuat ialah kerajaan Pasai-Samudera, Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor, Kerajaan Aceh, Kerajaan Johor-Riau, Kesultanan Palembang, Kesultanan Banjar, Kerajaan patani dan Kerajaan Dowa
49
MADAH PUJANGGA KETULUSAN DAN KEBENARAN IALAH DASAR DARIPADA SETIAP KEBAJIKAN, DAN MENJADI JALAN KE SYURGA Wahai anakanda lapangkan dada Banyakkan sabra maniskan muka Murahkan hati baikkan sangka Memberikan maaf jangan ditunda
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.