Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)"— Transcript presentasi:

1 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)
MINGGU 14 KAEDAH PENYEDIAAN MANUSKRIP MANUAL DAN DIGITAL Oleh: Dr. Halis Azhan bin Mohd. Hanafiah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

2 Kuliah 14 Skop kuliah mencakupi - Tujuan penulis menukilkan karya. - Beberapa pilihan dan pertimbangan penulis untuk menerbitkan karya. - Senario peraduan mengarang/hadiah sastera di Malaysia. - Senario dunia penerbitan di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, serta kecenderungan-kecenderungan semasa.

3 IMBAS SEMULA DARIPADA KULIAH 1
Senarai semak (checklist) untuk menjadi seorang penulis (Rozakis, 2004) “Saya ingin mengenali potensi diri.” “Saya mahu mengenali dunia di sekeliling saya.” “Saya ingin ‘menyembuhkan luka-luka lama’.” “Saya ada cerita yang boleh diperturunkan kepada khalayak.” “Saya ada maklumat yang ingin dikongsikan.” “Saya ingin menghiburkan khalayak dengan kuasa pen saya.” “Saya ingin menjadikan dunia suatu tempat yang lebih baik” “Saya ada impian yang ingin dipenuhi.”

4 TUJUAN-TUJUAN LAZIM PENULIS MENUKILKAN DAN MENERBITKAN KARYA SASTERA
WANG ASPIRASI POPULARITI MINAT PROPAGANDA

5 PERADUAN MENGARANG/ HADIAH SASTERA
BEBERAPA PILIHAN DAN PERTIMBANGAN PENULIS UNTUK MENERBITKAN KARYA SASTERA PERADUAN MENGARANG/ HADIAH SASTERA PENERBIT SENDIRI (OWN PUBLICATION) SYARIKAT PENERBITAN BENGKEL PENULISAN PROSES BIASA

6 (i) Penerbitan karya melalui peraduan mengarang
Kelebihan (a) mendapat imbuhan kemenangan (dan royalti) (b) jaminan manuskrip diterbitkan oleh penganjur (c) publisiti (d) pengiktirafan sebagai pengkarya Kekurangan (a) karya menjadi terarah kerana terikat dengan garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur peraduan (b) bilangan halaman dan perkataan yang terhad (c) daya kreativiti tersekat (d) kekangan tarikh akhir (date line) (e) kesan emosi semasa dan selepas sayembara

7 (ii). Penerbitan karya melalui penyertaan dalam bengkel penulisan
(ii) Penerbitan karya melalui penyertaan dalam bengkel penulisan dan perbincangan dengan syarikat penerbitan Kelebihan (a) mengetahui kehendak penerbit (b) terdapat kemungkinan manuskrip diterbitkan (c) publisiti secara berkelompok (d) penerbit menguruskan kemajuan karya (e) mengetahui bentuk pulangan daripada karya berkenaan Kekurangan (a) karya menjadi terarah kerana terikat dengan kehendak penerbit (b) bilangan halaman dan perkataan yang terhad (c) daya kreativiti tersekat (d) kekangan tarikh akhir (e) karya perlu dirombak berulang kali (f) karya “boleh dianggap” asli lagi

8 (iii). Penerbitan karya melalui proses biasa menghantar karya kepada
(iii) Penerbitan karya melalui proses biasa menghantar karya kepada syarikat penerbitan Kelebihan (a) boleh mengambil masa berkarya sendiri (b) tidak menghadapi kekangan tarikh akhir (c) daya kreativiti berkembang (d) boleh mengatur bilangan bab dan halaman. (e) boleh mencapai tujuan peribadi karya dinukilkan. Kekurangan (a) kesukaran mencari penerbit yang sesuai dengan motif karya (b) sangat dipengaruhi birokrasi penerbit (c) tidak pasti dengan kaedah promosi yang dijalankan oleh penerbit (d) boleh jadi karya tidak mendapat pulangan yang sepatutnya.

9 (iv) Penerbitan karya melalui syarikat penerbitan sendiri
Kelebihan (a) boleh mengambil masa berkarya sendiri (b) tidak menghadapi kekangan tarikh akhir (c) tidak terikat dengan kehendak pihak lain. Daya kreativiti berkembang (d) boleh mengatur bilangan bab dan halaman. (e) boleh mencapai tujuan peribadi karya dinukilkan. (f) tidak perlu menanti giliran penerbitan dan birokrasi Kekurangan (a) kesukaran untuk mendapat pembaca pruf (b) karya lazimnya diterbitkan dengan kaedah POD. Kos penerbitan lebih mahal daripada penggunaan filem. (c) kesukaran untuk mempromosikan karya (d) kesukaran untuk memasarkan karya

10 SENARIO PENGANJURAN PERADUAN MENGARANG/HADIAH SASTERA DI MALAYSIA
Tahun-tahun 1950-an Bermula daripada keperluan untuk menerbitkan karya-karya baharu dalam bahasa Melayu sebagai keperluan bacaan. Antara yang terawal ialah apabila Pejabat Karang-Mengarang menganjurkan Peraduan Menulis Cerita Panjang (1951) dan(1954) 1. Chincin Rahsia (1954) – Muhammad Hashim Amir Hamzah 2. Bahagia Sesudah Derita (1958) – Muhd. Akhir Leman 3. Ahad (1959) – Zakaria Saleh dan Peraduan Menulis Cerita Pendek (1954) 4. Aku di Sebuah Pulau (1959) – Antologi cerpen kanak-kanak. Peraduan Mengarang Novel Salina (1958) – A. Samad Said Musafir (1959) – Hassan Ali

11 Tahun-tahun 1960-an Peraduan Mengarang Cerpen Pendek Kanak-kanak (1960) Peraduan Mengarang Drama Kanak-kanak Sekolah Rendah (1963) Peraduan Mengarang Cereka Rekaan Sains (1967) Peraduan Mengarang Sepuluh Tahun Merdeka (1967) Interlok – Abdullah Hussain - Peraduan Mengarang Cerita Bacaan Kanak-kanak (1968)

12 Tahun-tahun 1970-an Hadiah Karya Malaysia (bermula 1971, sekarang HSPM) Peraduan Mengarang Mengarang Novel Kanak-kanak DBP (1978) Ibu Yang Kusayang – Sharifah Hasnah Abdullah Anak Warisan Zaman – Hamdan Raja Abdullah Peraduan Menulis Skrip Drama Kanak-kanak DBP (1979) Sayembara Novel Gapena & Yayasan Sabah (1979) Hari-hari Terakhir Seorang Seniman – SN Anwar Ridhwan Sayembara Cerpen ESSO – GAPENA 1979 Peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains Kanak-kanak DBP (1980) Hadiah Sastera Remaja ESSO – GAPENA 1980 Sayang Si Tina – Ali Majod

13 Tahun-tahun 1980-an Peraduan Menulis Novel Sejarah (Kanak-kanak) – 1981 Hadiah Sastera Remaja ESSO – GAPENA II 1982 Anak Din Biola – Ali Majod Hadiah Drama ESSO – GAPENA (1986) Nasib – Hatta Azad Khan Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank (mulai 1985, sekarang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan) Peraduan menulis novel GENERASI – Marwilis Publisher 1990. Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1989 Runtuhnya Sebuah Astana – H. M. Tuah Iskandar Cucu Tuk Dalang – Zailiani Taslim

14 Tahun-tahun 1980-an Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 Seteguh Karang – Tuan Faridah Syed Abdullah Songket Berbenang Emas – Khairuddin Ayip Hadiah Sastera Siswa - Bank Rakyat pemenang dipilih daripada karya-karya yang tersiar dalam majalah Dewan Siswa Pemenang juga diberi bimbingan menulis karya kreatif melalui Minggu Remaja (kemudian Minggu Penulis Remaja)

15 Tahun-tahun 1990-an Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank dan Hadiah Sastera Malaysia berterusan Hadiah Novel Sako (1993) diperkenalkan bagi memperingati jasa Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) Hadiah Cerpen Kanak-kanak Mobil – DBP 1998 Peraduan Menulis Cerpen Formula Malaysia 1998

16 Tahun-tahun 2000-an Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank dan Hadiah Sastera Malaysia (Hadiah Sastera Perdana Malaysia) berterusan Peraduan Mengarang sempena 50 tahun Merdeka (2007) Bedar Sukma Rindu – Faisal Tehrani Manikam Kalbu – Faisal Tehrani Peraduan Mengarang sempena 50 tahun penubuhan DBP (2006) Insyirah – Azman Ahmad Tahun-tahun 2010-an Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Melayu dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia berterusan ITBM menganjurkan peraduan menulis cerpen dan novel (2013 dan 2014)

17 SENARIO DUNIA PENERBITAN D1 MALAYSIA
- Sebelum merdeka penerbit-penerbit kecil menjadi alat untuk menyedarkan masyarakat dan menggerakkan kemerdekaan. Antara yang dominan ialah Pejabat Karang-Mengarang di MPSI. - Peralihan daripada sastera tulisan kepada sastera bercetak. - Selepas merdeka (sejak 1956) DBP menjadi penerbit kerajaan dan menerbitkan bahan-bahan bacaan berbahasa Melayu. - DBP menerbitkan dan mencetak buku-buku teks untuk kegunaan murid di sekolah. - Syarikat-syarikat penerbitan tempatan bersaing dengan syarikat- syarikat asing untuk menerbitkan bahan bacaan. - syarikat asing mempunyai modal yang lebih besar - syarikat tempatan beralih menerbitkan buku-buku sastera. - peningkatan bilangan buku sastera

18 - Pada tahun 1970-an, peningkatan bilangan judul buku kerana kerajaan menggalakkan budaya membaca.
- Banyak novel (kanak-kanak) dari luar diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Terjadinya masalah ‘alih bahasa’ dan ‘alih budaya’. - Pada tahun-tahun 1980-an, penerbit masih menghadapi masalah beban cukai eksais yang tinggi (bagi bahan mentah), cetak rompak dan kekurangan untung. - Terdapat gesaan daripada penerbit agar kerajaan mengkaji dasar penerbitan negara. - Syarikat-syarikat penerbitan tempatan giat menerbitkan antologi dan siri karya. - Pada tahun 1990-an bermula trend menerbitkan karya dalam CD-ROM dan capaian internet.

19 -. Pada tahun 2000-an, kerajaan melancarkan Dana Penggerak Industri
- Pada tahun 2000-an, kerajaan melancarkan Dana Penggerak Industri Buku Negara. - Pada tahun 2000-an, kemajuan teknologi percetakan dan peningkatan membolehkan kaedah penerbitan sendiri (OP) diperkenalkan. - Buku (e-novel) juga dapat dipasarkan secara atas talian. - Penulis boleh terlibat dalam ‘sastera siber’ atau ‘sastera elektronik’. Contoh e-sastera. - Peralihan berlaku daripada sastera bercetak kepada sastera siber.

20 UPM akan menganjurkan Hadiah Sastera Menara Gading mulai tahun 2015
UPM akan menganjurkan Hadiah Sastera Menara Gading mulai tahun Dana yang disediakan ialah sebanyak RM100,000/=. Sebagai setiausaha, kemukakan garis panduan pertandingan tersebut untuk dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi universiti. Tugasan Sediakan suatu kertas kerja bagi projek berkenaan yang mengandungi butir-butir berikut: 1. Rasional pertandingan diadakan 2. Tarikh tutup pertandingan 3. Genre yang dipertandingkan 4. Sasaran peserta 5. Bilangan pemenang dan agihan wang kemenangan 6. Bilangan hakim dan agihan wang bayaran penilaian. 7. Majlis penyampaian hadiah dan pelancaran karya. 8. Bilangan jawatankuasa 9. Kaedah penerbitan, promosi dan pemasaran

21 Terima Kasih | Thank You


Download ppt "PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google