Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)"— Transcript presentasi:

1 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)
MINGGU 3 Bakat Kreatif Oleh: Dr. Halis Azhan bin Mohd. Hanafiah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

2 Faktor Dalaman dan Faktor Luaran
BBK3410 PENGLAHIRAN KREATIF BAKAT Bakat Kreatif Peribadi Kreatif Penulis Kreatif Faktor Dalaman dan Faktor Luaran

3 Beberapa persoalan tentang penulis kreatif:
1. Siapa DIA dalam kalangan KITA? 2. Sejak bila DIA menulis? 3. Mengapa DIA menulis? 4. Bagaimana DIA menulis? 5. Bagaimana peribadiNYA dalam kehidupan sehari- harian?

4 Beberapa jawapan tentang penulis kreatif:
Siapa DIA? Mungkin seorang guru, mungkin seorang jurutera, mungkin seorang penulis sepenuh masa. Bagaimana peribadiNYA? Mungkin bermula sejak remaja, mungkin setelah mengikuti bengkel penulisan, mungkin kerana mencuba menyertai peraduan menulis. Mengapa DIA menulis? Mungkin untuk menzahirkan perasaannya, mungkin mengejar kemashyuran, mungkin kerana minat yang mendalam, mungkin sebagai pekerjaannya.

5 4. Bagaimana DIA menulis. Mungkin menjalankan
4. Bagaimana DIA menulis? Mungkin menjalankan kajian, mungkin menjadi pemerhati, mungkin mencuba membahaskan isu, mungkin terikut-ikut dengan kaedah penulis yang diminati? 5. Sejak bila DIA menulis? Mungkin seorang pendiam, mungkin rajin memerhati, mungkin rajin melakukan penyelidikan, mungkin cerewet dengan segala isu dan persoalan yang rumit. TEGASNYA, keperibadian penulis adalah berbeza-beza, demikian juga hasil karyanya.

6 Penulis sambilan / sepenuh masa Calon penulis / Penulis muda
Piramid Penulis (Ferris, 2002) Penulis terbilang Penulis sepenuh masa Penulis sambilan / sepenuh masa Calon penulis / Penulis muda

7 Seorang PENULIS KREATIF lazimnya berusaha mendedahkan hubungan
- Antara manusia dengan dirinya sendiri - Antara manusia dengan ahli-ahli masyarakat yang lain - Antara manusia dengan alam sekitar - Antara manusia dengan resmi kehidupan - Antara manusia dengan Tuhan

8 Seorang PENULIS KREATIF lazimnya menghasilkan karya dengan nilai dan kebijaksanaan
- Untuk memuaskan naluri manusia - Mengajar, membimbing dan mendidik khalayak - Menggerakkan pemikiran baharu; memulihara nilai- nilai asal - Menjadi dokumen yang berautoritatif; menjadi legasi bagi generasi akan datang. - Memperkenalkan sikap penulis kepada khalayak

9 Seorang PENULIS KREATIF lazimnya memanfaatkan beberapa alat penceritaan, seperti
- Tema dan persoalan - Plot dan subplot - Watak dan perwatakan - Sudut pandangan - Latar (tempat, masa dan sosial) - Nilai - Bahasa dan gayabahasa

10 Ciri-ciri PENULIS KARYA KREATIF yang baik
- Mengetahui bahawa karya boleh berdiri sendiri tanpa campur tangannya lagi setelah selesai digarap. - Berusaha menghasilkan karya yang bersifat sejagat dan dapat dibincangkan sebagai suatu wacana. - Mengenali dan memahami khalayak. - Menyerlahkan kepelbagaian teknik dan gaya penulisan. - Menulis dengan bahasa yang baik dan betul. - Menawarkan ilmu dan pengetahuan dalam karyanya

11 -. Seorang pemikir dan berusaha menyerlahkan dasar dan
- Seorang pemikir dan berusaha menyerlahkan dasar dan gagasan bangsanya. - Berusaha mendidik dan menghiburkan khalayak dalam karyanya. - Mengetahui tahap kesesuaian karyanya kepada khalayak. - Menyerlahkan nilai-nilai kehidupan sebenar untuk ditekuni oleh khalayaknya.

12 PERBINCANGAN

13 MISI & VISI RAJIN & BEKERJA KERAS BAKAT DORONGAN HADIAH SASTERA KERJAYA PRAKTIS POLEMIK NASIHAT MEDIA PLAGIAT ROYALTI PENGETAHUAN MINAT RUANG & PELUANG BENGKEL & LATIHAN MOTIF TEKNIK PRASARANA KRITIKAN TUAH KREATIVITI TEKNOLOGI

14 Dalam kumpulan kerja kursus yang telah ditetapkan, telitikan bahan rangsangan di atas.
Berdasarkan bahan rangsangan berkenaan, bincangkan soalan-soalan yang patut dikemukakan kepada seorang penulis dalam suatu temu ramah. Sediakan teks temu ramah. Lakonkan temu ramah berkenaan (Salah seorang ahli kumpulan akan memainkan peranan sebagai penulis yang ditemuramah)

15 TerimaKasih | Thank You


Download ppt "PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google