Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan"— Transcript presentasi:

1 Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

2 Sejarah Perkembangan AK
Dari segi sejarahnya, analisis bezaan ini juga disebut sebagai analisis kontrastif (AK). diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield ( ), seorang pengasas aliran strukturalisme di Amerika. Beliau yang terkenal dengan buku Language itu, pada mulanya menggunakan teknik menganalisis linguistik ini untuk menganalisis bahasa-bahasa Indo-Eropah. Kemudian hala tuju kajiannya ditumpukan kepada pelbagai bahasa yang terdapat di Amerika, lebih-lebih lagi apabila bahasa yang dikaji itu dianggap amat istimewa atau luar biasa( eksotik).

3 Analisis bezaan/ analisis kontrastif ini kemudiannya diterap dan dikembangkan oleh ahli-ahli linguistik lain pada tahun 1950-an. Ahli-ahli linguistik seperti Fries dan Lado mengatakan bahawa proses pemelajaran bahasa kedua pelajar, banyak dipengaruhi atau diganggu oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda pelajar. Kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dalam penggunaan bahasa pertama seseorang pelajar itu dengan menggunakan analisis kontrastif ini.

4 Usia perbandingan bahasa sama dengan timbulnya ilmu bahasa itu sendiri
Keinginan untuk masyarakat mengetahui tentang bahasa yang lain Keinginan untuk mengetahui bentuk kata, makna, bunyi, dan ayat serta unsur bahasa yang lain. Lahirnya ilmu bahasa bandingan.

5 Mulanya hanya untuk mencari-cari kekurangan bahasa-bahasa lain
Tambah pula adanya anggapan bahawa bahasa Latin, Yunani, Eropah lebih baik daripada bahasa di Nusantara. Rumusan: Linguistik bezaan ialah subdisiplin linguistik yang berkaitan dengan perbandingan dua atau lebih bahasa atau subsistem bahasa agar dapat menentukan kedua-duanya, iaitu perbezaan ataupun persamaan di antara bahasa tersebut.

6 AK merupakan satu kaedah sinkronis dalam analisis bahasa untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialek bagi mencari prinsip yang dapat diterapkan dalam masalah praktis seperti pengajaran bahasa, penyelidikan linguistik dan penterjemahan

7 Istilah Analisis Bezaan
Terbahagi kepada tiga istilah Analisis perbezaan Analisis kontrastif Analisis diferensial Tiga nama Konfrontatif linguistik (Jerman) Komparatif deskriptif linguistik (Ellis,1966) Linguistic confrontation (Akhmanova and Melencuk, 1977)

8 Objektif Analisis Kontrastif
Analisis kontrastif sebagai satu pendekatan dalam pengajaran bahasa termasuk dalam lingkungan linguistik terapan. Linguistik terapan pula termasuk dalam subdisiplin linguistik. Oleh sebab linguistik berobjekkan bahasa, maka analisis kontrastif turut berobjekkan bahasa. Bahasa sebagai objek analisis kontrastif bukanlah untuk kepentingan bahasa itu sendiri, tetapi untuk kepentingan pengajaran bahasa. Oleh yang demikian, bahasa sebagai objek dapat dilihat dari bahasa itu sendiri atau sebagai bahan pengajaran guru iaitu yang bertindak sebagai objek yang mengajarkan bahasa, dan pelajar yang mempelajari bahasa.

9 Tujuan Analisis kontrastif diperkenalkan :
1. Menganalisis perbezaan dan persamaan antara bahasa ibunda (Bl) dengan bahasa yang sedang dipelajari (B2) agar pengajaran bahasa berjalan lancar. 2. Menganalisis perbezaan dan persamaan antara bahasa ibunda dengan bahasa yang sedang dipelajari. 3. Hasil analisis dapat digunakan untuk menuntaskan keterampilan berbahasa pelajar. 4. Membantu pelajar untuk menyedari atau mengesan kesalahan berbahasa yang dilakukan dengan harapan pelajar tersebut segera dapat menguasai bahasa kedua yang sedang dipelajari.

10 Persamaan dan perbezaan tersebut ditunjukkan dengan sistem fonologi, sistem morfologi, sistem sintaksis serta makna atau semantik bahasanya. Oleh itu, pengetahuan asas mengenai linguistik mestilah dipunyai oleh setiap pengkaji analisis bezaan ini. Linguistik ialah ilmu yang menyelidiki bahasa secara ilmiah. Linguistik mempunyai cabang yang utama, iaitu fonologi, morforlogi, sintaksis, dan semantik. Manakala linguistik terapan antaranya ialah pengajaran bahasa, sosiolinguistik, etnolinguistik, psikolinguistik, dan pragmatik

11 Cabang Linguistik :Fonologi
Fonologi,fonetik/fonemik ialah bidang linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya, (Harimurti Kridalaksana,1984:51) . “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa” (Marsono1986:1). Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.

12 Fonemik – 1. bunyi vokal, bunyi konsonan, bunyi semi vokal 2. bunyi nasal dan oral 3. bunyi keras bunyi lunak 4. bunyi panjang dan bunyi pendek 5. bunyi rangkap dan bunyi tunggal (diftong) 6. bunyi nyaring dan tidak nyaring

13

14

15 Morfologi Bidang linguistik yang mempelajari morfem dan kombinasi-kombinasinya, bahagian daripada struktur bahasa yang mencakup kata dan bahagian-bahagian kata, iaitu morfem. a. proses afiksasi- proses atau hasil penambahan afiks pada kata akar, kata dasar atau alas

16 Afiks- bentuk terikat yang apabila ditambahkan pada bentuk lain akan mengubah makna gramatikalnya. Konsep ini mencakup prefiks, sufiks, infiks, simulfiks, konfiks, suprafiks Prefiks –afiks yang ditambah pada bahagian depan pangkal cnt: berpada Sufiks – afiks yang ditambah pada bahagian belakang pangkal (akhiran) cth jutaan, boys. Infiks-afiks yang diselipkan ke dalam kata dasar. Cth jemari

17 Simulfiks- afiks yang tidak berbentuk suku kata dan yang ditambahkan atau dileburkan pada kata dasar cth ngopi—kopi Konfiks – afiks tunggal yang terjadi daripada dua bahagian yang terpisah (apitan ke—an cth keadaan) Suprafiks –afiks yang berupa fonem suprasegmental, cth pada kata Batak Toba ‘asora –jernih’ ‘asora –’macam’

18 Sintaksis Sintaksis Peraturan dan hubungan antara kata dengan kata, atau dengan satuan-satuan yang lebih besar, atau antara satuan-satuan yang lebih besar itu dalam bahasa. Satuan terkecil dalam bidang ini ialah a. kata b. frasa c. klausa d. ayat.

19 Semantik Kajian aspek dan struktur bahasa yang berhubungan dengan makna. Termasuk ungkapan, struktur makna sesuatu bicara, sistem bahasa dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa atau bahasa pada umumnya. a. makna leksikal (makna bebas konteks) b. makna gramatikal (makna dalam hubungan kata dengan kata lain dalam frasa atau klausa c. makna kontekstual d. makna referensial

20 Untuk membuat kajian analisis bezaan, maka keempat-empat bidang linguistik di atas boleh diambil sebagai acuan utama. Namun, dalam kerja-kerja penyelidikan sebaiknya hanya satu bidang yang dijadikan dasar untuk melihat persamaan ataupun perbezaan dua bahasa yang dibandingkan. Untuk melihat dan mencari perbezaan setiap bahasa, seseorang perlu memahami prinsip-prinsip dasar dalam klasifikasi tipologinya.

21 Prinsip-prinsip dasar Klasifikasi Tipologi
Beberapa bahasa atau sekelompok bahasa dapat memperlihatkan kesamaan jenis-jenis tertentu, apabila dibandingkan dengan kelompok-kelompok lainnya Kesamaan-kesamaan jenis bahasa pada kelompok itu, melingkupi kesamaan dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik

22 Kesamaan-kesamaan jenis bahasa yang ada dalam kelompok-kelompok itu menjadi landasan untuk mengadakan klasifikasi tipologi. Untuk mengadakan klasifikasi, harus ditemukan kesamaan-kesamaan jenis tersebut. Di samping perbezaan-perbezaan antara kelompok, bahasa-bahasa di dunia memperlihatkan pula kesamaan-kesamaan tertentu pada setiap tataran yang disebut semestaan bahasa atau universal of language. Kesemestaan bahasa tidak dapat dijadikan landasan untuk mengadakan klasifikasi, kecuali kalau digabungkan dengan jenis-jenis tertentu dalam setiap kelompok bahasa

23 Rumusan Analisis bezaan atau kontrastif ini diwujudkan dengan tujuan
1. untuk memperlihatkan satu teori atau hipotesis atau pemerian sistem bahasa yang cuba menjelaskan fenomena kesalahan/kesilapan yang sering wujud dalam pemelajaran bahasa kedua. 2. merupakan pendekatan dalam pengajaran bahasa yang menggunakan teknik perbandingan antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua atau bahasa yang sedang dipelajari sehingga guru dapat meramalkan kesalahan pelajar dan pelajar pula segera menguasai bahasa yang bukan bahasa ibundannya.

24 Jenis Kajian AK Dua jenis kajian analisis bezaan: teoritis aplikasi

25 Teoritis memberikan penghitungan yang berlebihan daripada perbezaan dan persamaan di antara dua atau lebih bahasa, menyediakan model yang memadai untuk perbandingan dan menentukan bagaimana serta apa-apa elemen-elemen yang dapat dibandingkan, menetapkan idea yang sesuai, yang sama dan berkaitan.

26 Aplikasi – bahagian daripada aplikasi linguistik.
Menggambarkan penemuan kajian kontrastif teoritis, menyediakan kerangka kerja untuk perbandingan bahasa, memilih apa-apapun informasi yang diperlukan untuk tujuan khusus. Misalnya pengajaran, analisis bilingualisme, terjemahan dan lain-lain.

27 2 Hipotesis AK Hipotesis Versi Kuat
Hipotesis bentuk kuat menyatakan bahawa kesalahan dalam berbahasa kedua dapat diramalkan berdasarkan hasil pengidentifikasian perbezaan bahasa kedua dan bahasa pertama pelajar. Hipotesis bentuk kuat ini turut disokong oleh Lee (1968). Beliau menegaskan bahawa penyebab utama kesulitan dan kesalahan berbahasa dalam pembelajaran bahasa kedua berasal dari tekanan bahasa pertama. Hipotesis bentuk kuat ini begitu memperihalkan peranan bahasa pertama. Hipotesis bentuk kuat ini juga pada umumnya diterima kebenarannya sebelum muncul hasil-hasil penelitian lain seperti analisis kesalahan yang dapat menentangnya.

28 Hipotesis Versi kuat ini didasarkan kepada andaian-andaian seperti berikut:
Penyebab utama atau penyebab tunggal kesulitan belajar dan kesalahan dalam pengajaran bahasa asing adalah interferensi bahasa ibunda. kesulitan belajar tersebut sebahagian atau keseluruhannya disebabkan oleh perbezaan di antara bahasa pertama dan bahasa kedua Semakin besar perbezaan antara bahasa pertama dan bahasa kedua semakin akut (serius) kesulitan belajar.

29 Hasil perbandingan antara bahasa pertama dan bahasa kedua diperlukan untuk meramalkan kesulitan dan kesalahan yang akan terjadi dalam belajar bahasa asing. Bahan pengajaran dapat ditentukan secara tepat dengan membandingkan kedua-dua bahasa, kemudian dikurangkan dengan bahagian yang sama sehingga apa yang harus dipelajari pelajar adalah perbezaan yang disusun berdasarkan analisis kontrastif (Lee,1968:186;Fisiak [ ed],1985:211)

30 Hipotesis Versi lemah Hipotesis Versi lemah
Hipotesis ini menyatakan bahawa tidak semua kesalahan berbahasa disebabkan oleh interferensi. AK digunakan untuk mengidentifikasi jenis kesalahan yang disebabkan oleh interferensi. AK hanyalah bersifat diagnostik dan disebabkan itulah analisis kontrastif disarankan bekerjasama dengan analisis kesalahan . Dalam hipotesis bentuk lemah ini, tersirat asumsi/andaian bahawa kesalahan berbahasa disebabkan pelbagai faktor.

31 Menurut penganut hipotesis ini peranan bahasa pertama tidak begitu besar dalam pembelajaran bahasa kedua. Versi lemah analisis kontrastif juga merupakan versi yang bersifat 'a posteriori' iaitu menjelaskan sesuatu kesilapan apabila kesilapan itu telah dilakukan dan dalam hal ini konsep telahan tidak teriibat. Melalui cara ini, para penyelidik dapat melihat bukti-bukti kesilapan yang konkrit dan cuba menghuraikannya dengan merujuk dua sistem bahasa iaitu bahasa pertama dan bahasa kedua.

32 3 sumber yang digunakan sebagai penguat atau rasional hipotesis Analisis Kontrastif
i. Pengalaman praktis guru bahasa asing ii. Telah mengenai kontak bahasa di dalam situasi kedwibahasaan iii. Teori belajar

33 Sekian, terima kasih


Download ppt "Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google