UNIT 3 PEMBENTUKAN KATA.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Pertemuan ke-1 Hukum Pemenggalan Kata
Advertisements

KJ 396 : “ YESUS SEGALA-GALANYA ” Syair dan Lagu: Will L. Thompson (1904) Terjemahan: Yamuger (1984)
NKB 007 : “ NYANYIKANLAH NYANYIAN BARU ” Syair: T. Lubis (1988)
MARI BELAJAR ABJAD !! Disediakan oleh, Murshida bt Abdullah Zawawi.
“ AGUNGLAH KASIH ALLAHKU ”
BUKU MAZMUR “ MAZMUR 93 ” Syair dan Musik: Pdt. Arliyanus Larosa
“ MAKIN SERUPA YESUS, TUHANKU ”
“ GEREJA BAGAI BAHTERA ”
William Kethe (1561) / Robert Grant (1833)
PKJ 277 : “ SEKALIPUN DIRIKU DAPAT BERKATA-KATA ”
“ JADILAH SAKSI KRISTUS ”
KJ 467 : “ TUHANKU, BILA HATI KAWANKU ” Syair: C. Battersly
BENTUK DAN MAKNA.
BENTUK DAN MAKNA FONEM bunyi terkecil yang dapat membedakan arti, sedangkan huruf adalah lambang bunyi atau lambang fonem. Apakah fonem sama.
NKB 200 : “ DI JALAN HIDUP YANG LEBAR, SEMPIT ” Syair : Ira B. Wilson (1909) Terjemahan: E. L. Pohan ( ) Lagu: George S. Schuler ( )
KJ 426 : “ KITA HARUS MEMBAWA BERITA ” Syair dan Lagu: Ernest Nichol (1896) Terjemahan: E. L. Pohan Shn. (1970)
“ DALAM ROH YESUS KRISTUS ”
J. Uktolseja, dengan penyesuaian oleh Tim Nyanyian GKI (1989)
PKJ 153 : “ PAKAILAH SELURUH HIDUPMU ” Syair dan Lagu: Arnoldus Isaak Apituley (1998)
KJ 382 : “ YA YESUS TERKASIH ” Syair: William R. Featherstone (1846) Terjemahan: Yamuger (1982) Lagu: Adoniram J. Gordon (1894)
KJ 287b : “ SEKARANG B’RI SYUKUR ” Syair: Martin Rinckart (1636)
KJ 287a : “ SEKARANG B’RI SYUKUR ” Syair: Martin Rinckart (1636) Terjemahan: Yamuger (1977) Berdasarkan Amsal Yesus Sirakh 50 : Lagu: Johann.
Struktur Bahasa Indonesia “Morfologi Bahasa”
Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia digunakan secara resmi di seluruh wilayah Republik Indonesia. Kaidah penggunaan bahasa Indonesia dituangkan dalam buku.
KJ 010 : “ PUJILAH TUHAN, SANG RAJA ” Syair:
Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia digunakan secara resmi di seluruh wilayah Republik Indonesia. Kaidah penggunaan bahasa Indonesia dituangkan dalam.
SISTEM EJAAN PEMBENTUKAN DUA SUKU KATA.
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
KJ 164 : “ DI LARUT MALAM YANG GELAP ” Syair:
KK 34 VOKAL TEMBANG 4 Melagukan vokal gerong dalam reportoar gendhing bentuk Ketuk 2 Kerep minggah 4.
Morfologi adalah ilmu bahasa yang mempelajari tentang seluk beluk bentuk kata (stuktur kata) serta pengaruh perubahan bentuk kata terhadap golongan dan.
Kata Majmuk.
PEMBENTANGAN SOALAN ULANGKAJI
Karya Tatabahasa Melayu
Golongan Kata: Kata Nama
MORFOLOGI (Pembentukan Kata).
UNIT 9 DASAR MORFOLOGI.
EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
PENULISAN KATA DASAR (BBM3401)
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA (10) - KATA ADJEKTIF
MINGGU 3 PEMBENTUKAN KATA: KATA TUNGGAL DAN KATA TURUNAN.
Keterampilan Bahasa Aspek Tatabahasa.
Golongan Kata: Kata Nama
Kesalahan Umum Tatabahasa
Sukukata kvkvk Minta anak-anak bunyikan suku kata
Karya Tatabahasa Melayu
Karya Tatabahasa Melayu
Pemeringkatan Karangan
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
KATA MAJMUK Cikgu
Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Golongan Kata: Kata Nama
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
PENULISAN KATA DASAR (BBM3401)
TL10203 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
Imbuhan menengah 4exp/5na.
Karya Tatabahasa Melayu
Golongan Kata: Kata Nama
Kata Majmuk.
Tatabahasa (13) – Kata Majmuk
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
Golongan Kata: Kata Nama
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA KONSEP IMBUHAN
Transcript presentasi:

UNIT 3 PEMBENTUKAN KATA

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu, khususnya kata tunggal dan kata turunan atau kata jadian, iaitu kata yang mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

PEMBENTUKAN KATA Bentuk kata ialah pewujudan lahiriah sesuatu unsur bahasa Pembentukan kata ialah proses morfologi, iaitu proses yang dilakukan pada kata dasar untuk mewujudkan bentuk terbitan Bentuk terbitan terhasil setelah kata dasar mengalami proses: - pengimbuhan - pemajmukan - penggandaan - pengakroniman

PERKATAAN Unit ujaran yang bebas Mengandung makna yang lengkap Satu atau gabungan beberapa bentuk fungsi bahasa

PERKATAAN Kata Tunggal/Dasar Kata Jadian/Turunan pengimbuhan pemajmukan penggandaan

KATA TUNGGAL/DASAR Satu bentuk dasar/tunggal Tidak mengalami proses morfologi, iaitu belum diberikan imbuhan, diulang atau digabungkan dengan kata lain Dua jenis kata tunggal, iaitu kata tuntas dan kata tugas Kata tuntas ialah kata yang dapat berdiri sendiri, dan dapat menjadi ayat minimal, iaitu ayat yang terdiri daripada satu kata dengan maksud yang lengkap. Contoh: mereka, ini, indah, dalam, bagaimana…

alir, temu, rangkak, renang, uji, lawak, main, juang… > Kata tugas mnemerlukan sekurang-kurangnya satu kata tuntas untuk melaksanakan fungsi tatabahasa. Contoh: di Dungun, dengan rotan, untuk siapa?, oleh mereka > Terdapat juga kata yang belum mengalami proses morfologi tetapi tidak pernah digunakan dalam komunikasi harian. Kata seperti ini dinamakan pokok kata. Contoh: alir, temu, rangkak, renang, uji, lawak, main, juang…

KATA TUNGGAL/DASAR Unit Bebas: Kata tunggal bentuk bebas Tidak bergantung pada unit lain Dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap Kata Tugas: Memerlukan unit bebas yang lain Tidak dapat berdiri sendiri Akronim: Terbentuk melalui proses gabungan Berupa suku kata atau huruf

KATA JADIAN/TURUNAN > Kata yang telah mengalami proses morfologi, iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Contoh: bercanda, pakaian, bermain- main, berdua-duaan, kapal perang, kambing hitam… Pengimbuhan: kata dasar yang menerima imbuhan Penggandaan: penggandaan kata dasar - gandaan penuh - gandaan separa - gandaan berentak - gandaan lain Pemajmukan: dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan - kata nama majmuk - kata kerja majmuk - kata adjektif majmuk - kata tugas majmuk

PEMBENTUKAN KATA TUNGGAL UNIT BEBAS > satu suku kata > dua suku kata > tiga suku kata > empat suku kata atau lebih > akronim

KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA yu am cat draf bank skru skrip had pos syak cip bab bas tik rab ram rak sup sut

KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA ubi u + bi usang u + sang impi im + pi embun em + bun buih bu + ih leka le + ka pulut pu + lut sendu sen + du benteng ben + teng kayu ka + yu jual ju + al kacau ka + cau layak la + yak runcit run + cit sukar su + kar mata ma + ta batu ba + tu roti ro + ti abstrak abs + trak rantai ran + tai nasi na + si

KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA niaga ni + a + ga siuman si + u + man idea i + de + a mulia mu + li + a tempua tem + pu + a belangkas be + lang + kas maruah ma + ru + ah tempias tem + pi + as aroma a + ro + ma isyarat i + sya + rat antara an + ta + ra asmara as + ma + ra berita be + ri + ta kembara kem + ba + ra ilmiah il + mi + ah sastera sas + te + ra riwayat ri + wa + yat matlamat mat + la + mat kerangka ke + rang + ka sempurna sem + pur + na rahsia rah + si + a Kelantan Ke + lan + tan kelmarin kel + ma + rin Irama i + ra + ma

KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA ATAU LEBIH keluarga ke + lu + ar + ga bijaksana bi + jak + sa + na senantiasa se + nan + ti + a + sa selesema se + le + se + ma munasabah mu + na + sa + bah sentimeter sen + ti + me + ter singgahsana sing + gah + sa +na nasional na + si + o + nal universiti u + ni + ver + si + ti cenderawasih cen + de + ra + wa + sih kurikulum ku + ri + ku + lum maharajalela ma + ha + ra + ja + le + la darmawisata dar + ma + wi + sa + ta senderayan sen + de + ra + yan utilitarian u + ti + li + ta + ri + an zabaniah za + ba + ni + ah kodifikasi ko + di + fi + ka +si onderneming on + der + ne + ming papakerma pa + pa + ker + ma paradigma pa + ra + dig + ma paramasastera pa + ra + ma + sas + te + ra makrokosmos mak + kro + kos + mos kosmopolitan kos + mo + po + li + tan sandiwara san + di + wa + ra hulubalang hu + lu + ba + lang

AKRONIM Singkatan gabungan huruf awal suku kata, atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan disebut dengan wajar CARA PENULISAN AKRONIM Singkatan huruf awal rangkai kata ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri Gabungan huruf awal atau suku kata bukan nama khas Tadika Taman Didikan Kanak-Kanak Tabika Taman Bimbingan Kanak-Kanak Gabungan huruf awal atau suku kata nama khas MARA Majlis Amanah Rakyat GAPENA Gabungan Penulis Nasional

CONTOH AKRONIM Angkasa Angkatan Kerjasama Kebangsaan ASAS 50 Angkatan Sasterawan 1950 ASEAN Association of South East Asian Nation Bernama Berita Nasional Malaysia FAMA Federal Agricultural Marketing Authority FELDA Federal Land Development Authority INTAN Institut Tadbiran Awam Negara IPTAR Institut Penyiaran Tun Abdul Razak KOBENA Koperasi Belia Nasional MALINDO Malaysia Indonesia SETPOL Setiausaha Politik

Kata tunggal terdiri daripada golongan kata berikut: > kata nama: kerusi, seluar, langit, laut, sungai, pen, komputer, kertas, orang, insan, haiwan… > kata kerja: mandi, bangun, masuk, alih, mati, cicir, datang, batal, bunting, demam, hadir, buntu, hamil… > kata adjektif: rendah, panjang, hitam, leper, indah, adil, agung, kagum, boros, kaya, bangga, masak, malu… > kata tugas: akan, ke, kepada, sangat, paling, begitu, dari, daripada, dalam, antara, bagai…

KATA BERIMBUHAN Morfem terikat yang melekat pada kata dasar untuk membentuk kata yang lebih besar JENIS IMBUHAN awalan: hadir sebelum kata dasar akhiran: hadir selepas kata dasar apitan: hadir serentak (morfem terikat terbahagi serentak) atau hadir secara bertingkat (morfem terikat terbahagi bertingkat)pada bahagian awal dan bahagian akhir kata dasar sisipan: hadir di celahan kata dasar

KATA IMBUHAN AWALAN (awalan kata nama) pe - penyimpan juru - jurutulis pem - pembantu maha - mahaguru pen - pendamai tata - tatabahasa peng - penggoda pra - pratonton penge - pengekod sub - subkultur pel - pelajar supra - supranasional per - perburu eka - ekakutub ke - ketua dwi - dwikepak swa - swakaji panca - pancaindera se - serumah se - sekawan tri - tribulan tuna - tunawisma pasca - pascasiswazah poli - poliklinik auto - autonomi multi - multilingual

KATA IMBUHAN AWALAN (awalan kata kerja) me merasa, meraba mem membantu, membuta men mendayung, menduda meng menggaru, mengganas menge mengeram, mengehad memper memperindah memperbesar ber bersantai, berlagu be berantai, berenang bel belunjur, belajar ter terlaju, terlayang di diketawa, dijeling diper diperoleh, diperdua

KATA IMBUHAN AWALAN (awalan kata adjektif) ter termerah te teruncing tertinggi terendah tertua teranum tergagah teramah termuda terancak terlaju terendam teringin teramai se seindah, sehitam, setebal, sekeras, selena, sekotor, sependek, sejarang, serapi, setinggi sepanjang, serajin, semalas, secantik…

KATA IMBUHAN AWALAN (awalan kata adjektif) bi bilazim, biadab, biadat, binormal, bicokok… pro propembangkang, prokerajaan, proaktif, prodemokrasi… anti anti sosial, anti kemajuan, antipenjajah, antikarat, antiketuk, antiklimaks, antimalaria, antinasional, antipeluh, antitesis, antiwira…

KATA IMBUHAN AKHIRAN (kata nama) an makanan, tulisan, manisan, kritikan, latihan wan budayawan, hartawan, sasterawan, karyawan man budiman, seniman wati seniwati, karyawati isme kapitalisme, kelantanisme, nasionalisme in, at, ah hadirin, muslimin, hadirat, muslimat, sultanah ustazah wi manusiawi, duniawi iah alamiah, insaniah nda ibunda, adinda, kekanda or koruptor, proklamator nya larinya, hebatnya, lajunya, merahnya tis saintis, artis, novelis logi psikologi, teknologi, biologi

KATA IMBUHAN AKHIRAN (kata kerja) kan gunakan luaskan menangkan tuangkan musnahkan merdekakan kenakan sampaikan matikan padamkan biarkan i sakiti jauhi dekati hindari baiki sirami masuki hadiahi mulai pelajari minati

KATA IMBUHAN AKHIRAN (kata adjektif) wi duniawi i abadi iah ilmiah

KATA IMBUHAN APITAN (kata nama) pe…an - pelaksanaan, pelantikan, pelucutan pem…an - pembuatan, pembunuhan, pembaikan pen…an - pencapaian, penswastaan, pendudukan peng…an - penggantungan, pengguguran penge…an - pengeraman, pengeboman, pengehadan per…an - persatuan, perdamaian, pertubuhan pel…an - pelajaran, pelbagaian ke…an - kedutaan, kebahasaan, kesungguhan

KATA IMBUHAN APITAN (kata kerja) me - kan melukakan, mewartakan, melakukan mem – kan membebankan, membutakan, mempamerkan men - kan mendermakan, mendatangkan, menduakan meng - kan menghilangkan, menggantungkan, menggulingkan menge – kan mengehadkan, mengeposkan, mengepinkan me – i melukai, memasuki, memusuhi mem - i membasahi, membohongi, membanjiri men – i menduduki, mendepani, menzalimi meng - i menggauli,menggalangi, menghendaki menge – i mengesyaki, mengebomi, mengecami memper – kan mempertuankan, memperhatikan, mempersyaitankan memper – i memperingati, memperhambai, mempersenjatai

ber - kan berdasarkan, berpandukan, berobjektifkan ber – an berdekatan, berjauhan, berurusan di – kan ditentukan, dihuraikan, dimadukan di – i didatangi, dihujani, diduduki diper - kan dipermainkan, diperkacangkan, dipersoalkan diper - i diperbaiki, diperbaharui, diperakui ter - kan terabaikan, terleraskan, terkatakan ter – i tersaingi, teratasi, terlukai ke – an ketulangan, kehujanan, kecurian

KATA IMBUHAN APITAN (kata adjektif) ke…an - kemelayuan kecinaan keinggerisan kearaban kejantanan keemasan keamerikaan keanak-anakan kebetinaan kelaki-lakian kemalu-maluan

KATA IMBUHAN SISIPAN (kata nama) el - telunjuk kelabut kelengkeng telapak pelatuk er - seruling keruping em - jemari in - kinerja tinambah

KATA IMBUHAN SISIPAN (Kata Adjektif) el - kelebak selerak gelembung er - serabut gerigi jerebu genderang em - gemilang gemuruh semerbak gemerlap kemilau (kata kerja) in - sinambung

PROSES PENGIMBUHAN Kata dasar imbuhan kata terbitan sudah ke…an + sudah kesudahan berkesudahan orang se + orang seorang keseorangan berkeseorangan tahu ke…an + tahu ketahuan pengetahuan berpengetahuan pimpin pe + pimpin pemimpin kepemimpinan berkepemimpinan kata me…kan + kata mengatakan nyata me…kan + nyata menyatakan

FUNGSI PENGIMBUHAN Mengekalkan golongan kata kata dasar imbuhan golongan kata lihat (KK) ter + lihat terlihat (KK) budaya (KN) budaya + wan budayawan (KN) murni (KA) se + murni semurni (KA) air (KN) peng…an + air pengairan (KN)

FUNGSI PENGIMBUHAN Mengubah golongan kata kata dasar imbuhan golongan kata adil (KA) ke…an + adil keadilan (KN) kaya (KA) pe…an + kaya pengayaan (KN) oleh (KSN) ber + oleh beroleh (KK) per…an + oleh perolehan (KN) ada (KK) ke…an + ada keadaan (KN) bangun (KK) pem…an + bangun pembangunan (KN) duri (KN) ber + duri berduri (KK) Arab (KN) ke…an + Arab kearaban (KA)

FUNGSI PENGIMBUHAN Mewujudkan makna yang berbeda buah - bahagian imbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik (biasanya biji) sebuah - satu buah menyebuahkan - menjadikan satu buah-buahan - bermacam-macam buah berbuah - mempunyai buah berbuah-buah - menjadi-jadi berbuahkan - mendapat sebagai buah membuahi - menghamilkan membuah-buahi - mencampuri, menambah-nambah membuahkan - menghasilkan, menerbitkan pembuahan - perihal membuahi (penghamilan)

KATA YANG DAPAT MENERIMA IMBUHAN Kata akar mudi ke + mudi kemudi tawa ter + tawa tertawa main ber + main bermain temu per…an + temu pertemuan ber + temu bertemu juang ber + juang berjuang per…an perjuangan

KATA YANG DAPAT MENERIMA IMBUHAN Kata tunggal banyak mem…kan + banyak membanyakkan gilang -em- + gilang gemilang bagai pel + bagai perbagai habis ber…an + habis berhabisan hamil ke…an + hamil kehamilan hujan ke…an + hujan kehujanan

KATA YANG DAPAT MENERIMA IMBUHAN Kata berimbuhan ketua pe + ketua pengetua halangan ber + halangan berhalangan perhati mem…kan + perhati memperhatikan berangkat ke…an + berangkat keberangkatan perbanyak mem + perbanyak memperbanyakkan

KATA YANG DAPAT MENERIMA IMBUHAN Kata majmuk temu duga menemu duga kenal pasti mengenal pasti daya juang berdaya juang ibu bapa keibubapaan tanggungjawab beranggungjawab mempertanggungjawabkan kebertanggungjawaban pertanggungjawaban penanggungjawab

KATA YANG DAPAT MENERIMA IMBUHAN kata ganda macam-macam bermacam-macam suka-suka bersuka-sukaan olok-olok memperolok-olokan dua-dua berdua-duaan malu-malu kemalu-maluan senang-senang bersenang-senang

KATA YANG DAPAT MENERIMA IMBUHAN Rangkai kata tidak mampu ketidakmampuan tidak cukup ketidakcukupan tidak adil ketidakadilan tidak sempurna ketidaksempurnaan tidak setuju ketidaksetujuan

KATA MAJMUK Proses yang merangkaikan dua atau lebih perkataan, dan perangkaian perkataan itu akan mewujudkan satu kesatuan makna yang berbeda daripada makna sebelumnya. Contoh: rumah sakit, kampung halaman… Urutan unsurnya seolah-olah telah menjadi satu sehingga tidak dapat ditukarkan tempatnya. Contoh: temu duga bukan duga temu, tatap muka bukan muka tatap, kerusi malas bukan malas kerusi Urutan unsurnya juga tidak boleh dipisahkan dengan tidak merosakkan makna. Contoh: temu untuk duga, tatap dengan muka, kerusi yang malas Terdapat kata yang sama, mungkin berupa kata majmuk dan mungkin juga frasa. Contoh: orang tua itu masih kuat lutut (frasa); orang tuanya sudah meninggal dunia (kata majmuk). Contoh lain: baju hijau, rumah putih, meja bulat…

KATA MAJMUK Kata majmuk berbeda dengan idiom (ungkapan). Pembentukannya sama, iaitu dibentuk daripada penggabungan dua kata atau lebih Perbedaannya ialah kata majmuk mewujudkan makna secara langsung dapat ditelesuri daripada makna kata yang digabungkan itu. Contoh: payung terjun – alat seperti payung yang digunakan dalam keadaan terjun dari angkasa. Idiom mewujudkan makna lain yang tiada kaitannya dengan gabungan kata itu. Contoh buah hati bermaksud jantung hati, iaitu kekasih yang tercinta Idiom: A + B mewujudkan makna C A (bulan) + B (madu) = C (masa pengantin baharu menikmati perkahwinan) kata majmuk: A + B mewujudkan makna AB A (rumah) + B (sakit) = rumah (bangunan) untuk merawat orang sakit

Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu: - rangkai kata bebas, termasuk nama jawatan - istilah khusus - bentuk yang telah mantap

RANGKAI KATA BEBAS cita rasa janji temu alat tulis menteri besar pegawai tadbir jaya diri kapal terbang kereta lembu lembu kereta ketua polis negara jalan raya meja tulis terima kasih ketua menteri naib canselor kereta api kemas kini kenal pasti pasar raya timbalan ketua sidang

ISTILAH KHUSUS ulang kaji reka bentuk kertas kerja mata pelajaran isi padu reka cipta lut cahaya reka letak kaji selidik urus niaga kaji bumi hasil darab kaji cuaca latih tubi rukun negara segi tiga surat cara susut nilai kata sandang kata terbitan

BENTUK KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

PENGGANDAAN KATA MAJMUK Gandaan Unsur Pertama: kertas-kertas kerja mata-mata pelajaran perdana-perdana menteri pegawai-pegawai tadbir naib-naib canselor Gandaan Seluruh Unsur: kakitangan-kakitangan suruhanjaya-suruhanjaya setiausaha-setiausaha pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara

PENGIMBUHAN KATA MAJMUK Imbuhan Awalan dan Akhiran: ambil kira mengambil kira ubah suai diubah suai uji bakat menguji bakat daya serap daya serapan kemas kini dikemas kini Imbuhan Apitan: ubah suai mengubahsuaikan kemas kini pengemaskinian pindah milik dipindahmilikkan tandatangan menandatangani cina buta dicinabutakan

KATA GANDA Kata yang mempunyai bentuk dasar yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya PENGGANDAAN PENUH Penggandaan seluruh kata dasar, dan diberi tanda sempang. Contoh: bodoh-bodoh manis-manis duduk-duduk pegawai-pegawai kehendak-kehendak kekasih-kekasih pemimpin-pemimpin tanaman-tanaman apa-apa mana-mana hidup-hidup mangga-mangga jemput-jemput bukan-bukan siapa-siapa

GANDAAN SEPARA Penggandaan sebahagian kata dasar sahaja sama ada di hadapan atau di belakang PENGULANGAN SUKU KATA PERTAMA laki - lalaki - lelaki langit - lalangit - lelangit kuda - kukuda - kekuda tupai - tutupai - tetupai daun - dadaun - dedaun PENGULANGAN KATA DASAR UTAMA Berjalan-jalan, seindah-indah, tercari-cari, cinta-mencintai, tolong-menolong, kejar-mengejari, dirayu-rayu, intai-mengintai…

GANDAAN BERENTAK Penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu Gandaan Suku Kata Awal: licin-licau, remuk-redam, warna- warni, corat-coret, kelap-kelip, serba-serbi… Gandaan Suku Kata Akhir: sayur-mayur, saudara-mara terang-benderang, punah-ranah, kuih-muih, saki-baki, calar-balar, haru-biru…

GANDAAN YANG LAIN Gandaan Konsonan: gunung-ganang, susup-sasap, gopoh-gapah, suku-sakat, deram-derum, desas-desus, gedebak-gedebuk… Gandaan Bersisipan: tali-temali, jari-jemari, awan-gemawan, kilau-kemilau, gilang-gemilang, tayum- temayum, tulang-temulang… Gandaan Bebas: porak-peranda, simpang-perenang, anak- pinak, lintang-pukang, mentua-taya, patah- riuk, ulang-alik, ipar-duai, gelap-gulita…

BUKAN KATA GANDA Terdapat kata yang seolah-olah kata ganda tetapi bukan kerana tidak terdapat kata dasar yang diulang. Contoh: biri-biri, rama-rama,sia-sia, tiba-tiba, hati-hati, kupu-kupu, kura-kura, alun-alun, kunang-kunang… Terdapat juga kata yang sama, mungkin kata ganda dan mungkin juga bukan kata ganda. Contoh: kuda-kuda: banyak kuda (kata ganda) kuda-kuda: sikap tubuh dalam bela diri (bukan kata ganda)

KESIMPULAN Pembentukan kata bermaksud kata yang telah mengalami proses morfologi, iaitu pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan Kata tunggal dibentuk daripada kata satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih, dan akronim Kata berimbuhan dibentuk daripada kata dasar yang menerima awalan, akhiran, apitan, sisipan dan gabungan Kata majmuk dibentuk dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu rangkai kata bebas, istilah khusus, dan bentuk yang telah mantap Kata ganda dibentuk secara gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak dan gandaan yang lain

MADAH PUJANGGA BANYAK HAL PENTING DI DUNIA INI DICAPAI OLEH ORANG YANG TERUS BERUSAHA MESKIPUN TAMPAKNYA TIADA HARAPAN Wahai anakanda dengarlah petuah bersangka baik kepada Allah supaya menjauh hasrat dan fitnah hidupmu tenang kerja berfaedah