Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Imbuhan menengah 4exp/5na.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Imbuhan menengah 4exp/5na."— Transcript presentasi:

1 Imbuhan menengah 4exp/5na

2 Objektif pengajaran hari ini:
Mengenal pasti penggunaan imbuhan 2. Menggunakan imbuhan tersebut dengan betul.

3 Imbuhan memper- & diper
UNIT1: gagasan Sukan remaja Milenia Imbuhan memper- & diper Menengah 4 Ekspres Buku Teks 4A ms 3

4 Awalan Kata Kerja memper- dan diper-
Boleh dibubuh pada Kata Nama, Kata Ajektif & Kata Tugas untuk membentuk kata kerja aktif transitif diper- Merupakan bentuk kata kerja pasif bagi awalan memper-

5 Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang mesti disertai oleh objek untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

6 Kata Kerja Transitif Aktif
Contoh perkataan kata kerja transitif aktif: mencuci, menduduki, mendermakan, membaca, memperolehi dan mempersilakan. Contoh ayat: 1) Saya mencuci pinggan selepas makan. 2) Kamu akan menduduki peperiksaan PSLE pada bulan Oktober nanti. 3) Pak Ahmad mendermakan wang sebanyak $300 kepada Tabung Dana Al-Muthadee Billah.

7 Kata Kerja Transitif Pasif
Kata kerja transitif pasif adalah kata kerja yang disertai oleh objek. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-. Contoh: (1) Radio itu didengari Asraf. (2) Tikus itu ditangkap oleh seekor kucing. (3) Buah-buahan itu dijual oleh seorang perempuanI. (4) Ikan itu dijala oleh Pak Abu. (5) Surat itu sedang dibaca oleh kakak.

8 Mereka digalakkan supaya jangan memperbesar kesilapan pasukan.
KATA DASAR KATA TERBITAN memper- CONTOH AYAT alat memperalat Pengurus pasukan itu didapati bersalah kerana memperalat para pemainnya. besar memperbesar Mereka digalakkan supaya jangan memperbesar kesilapan pasukan. oleh memperoleh Atlet gimrama memperoleh pungutan markah tertinggi dalam pertandingan itu diper diperalat Para pemain pasukan itu diperalat oleh pengurus mereka. diperbesar Kesilapan pasukan itu tidak digalakkan untuk diperbesar oleh mereka. diperoleh Pungutan markah tertinggi diperoleh atlet gimrama dalam pertandingan itu.

9 memperhamba memperdalam memperdaya diperoleh diperelok diperguna
ARAHAN: Secara berpasangan bina ayat dengan awalan kata kerja memper- dan diper- memperhamba memperdalam memperdaya diperoleh diperelok diperguna

10 Imbuhan pe..an, pel..an & ke..an
UNIT 2: Jauh di mata, dekat di hati Imbuhan pe..an, pel..an & ke..an Menengah 4 Ekspres Buku Teks 4A ms 12-13

11 Apitan Kata Nama ke-..-an
b Contoh: pesisiran pelajaran kepulangan peperiksaan ketibaan pedalaman kerajinan pekarangan kefasihan

12 periksa 7.tempat luas 8. ihsan mahir 9. benar naik 10.perang
ARAHAN: Secara berpasangan bubuh imbuhan & bina ayat dengan menggunakan kata nama berapitan berikut: periksa 7.tempat luas 8. ihsan mahir 9. benar naik 10.perang esok 11.putus banyak 12. ajar

13 Imbuhan Apitan Kata nNama ke-…-an
UNIT 3: Seputar Dunia Remaja Imbuhan Apitan Kata nNama ke-…-an Menengah 4 Ekspres Buku Teks 4A ms 24 Buku Aktiviti ms 24

14 ke-..-an (bentuk abstrak)
Apitan Kata Nama ke-..-an (bentuk abstrak) Apitan ke-..-an boleh bergabung dengan kata dasar yang berimbuhan untuk membentuk Kata nama yang bersifat Abstrak. Ia boleh bergabung dengan Kata Nama, Kata Kerja & kata Adjektif. Kata yang terbentuk membawa maksud keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut.

15 Contoh No Kata Dasar awalan Apitan ke-..an 1 kesan Berkesan
keberkesanan 2 untung Beruntung keberuntungan 3 batas Terbatas keterbatasan 4 baca terbaca keterbacaan 5 angkat berangkat keberangkatan 6 sama bersama kebersamaan 7 lanjur terlanjur keterlanjuran 8 lalu terlalu keterlaluan

16 Contoh ayat keberkesanan
No Apitan ke-..an Contoh ayat 1 keberkesanan Keberkesanan pendidikan teknologi maklumat di sekolah-sekolah amat menyerlah. 2 keberuntungan Belia kita sedar akan keberuntungan mereka hidup di dalam sebuah negara yang makmur. 3 keterbatasan Suhaila dan rakan-rakannya keterbatasan waktu untuk menghasilkan projek sains mereka. 4 keterbacaan Tahap keterbacaan buku cerita itu untuk murid-murid sekolah rendah. 5 keberangkatan 6 kebersamaan 7 keterlanjuran 8 keterlaluan

17 Memper..kan, diper..kan, memper..i & diper..i
UNIT 3: Seputar Dunia Remaja Apitan Kata Kerja Memper..kan, diper..kan, memper..i & diper..i Menengah 4 Ekspres Buku Teks 4A ms 27-29 Buku Aktiviti ms 29

18 Fungsi Imbuhan ‘memper..’
Imbuhan "memper" digunakan dengan perkataan daripada golongan kata adjektif untuk membawa maksud "menjadikan lebih lagi". Oleh itu 'memperkaya' maksudnya 'menjadikan lebih kaya',  'memperluas' maksudnya 'menjadikan lebih luas' dan seterusnya.

19 Perhatikan ayat-ayat ini: 1
Perhatikan ayat-ayat ini:  1. Matlamat organisasi ini untuk memajukan dan memperkaya bahasa dan sastera. Ayat ini bermaksud bahawa bahasa dan sastera itu memang kaya, tetapi matlamat organisasi itu ialah untuk menjadikannya lebih kaya lagi.  2.  Dewan Budaya memperluas penggunaan istilah kebudayaan dan kesenian. Dalam ayat ini memperluas penggunaan istilah membawa maksud bahawa Dewan Budaya ingin meluaskan penggunaan istilah lagi walaupun penggunaannya sudah luas. Gerakan Cintailah Bahasa Kita adalah usaha untuk memperluas kesedaran.... (ayat ini sama maksudnya dengan ayat 2)

20 Sekiranya kita tidak mahu menggunakan imbuhan 'memper', kita boleh juga menggunakan imbuhan 'me' sahaja dengan diikuti oleh kata 'lagi' untuk menunjukkan makna yang sama.  Misalnya kita boleh mengatakan:       Dia ingin memperbesarkan perniagaannya, ataupun - Dia ingin membesarkan perniagaannya lagi. Perhatian: kata 'lagi' tidak boleh ditulis sebelum 'perniagaan' kerana kata membesarkan sebagai kata kerja transitif harus diikuti terus oleh penyambut ataupun objeknya iaitu perniagaan.  Kerana itulah dalam banyak hal, imbuhan 'memper' lebih mudah digunakan terutamanya apabila objek ayat panjang dan kata 'lagi' terpaksa ditulis sesudah objek.

21 APITAN KATA KERJA Golongan Kata Nama dan kata Kerja boleh bergabung dengan apitan memper-..-kan untuk membentuk Kata Kerja Aktif Transitif. Apitan memper-…-kan Kata Nama (1) Senda – mempersendakan (2) Hamba - memperhambakan Kata Kerja (1) Lihat – memperlihatkan (2) Dengar - memperdengarkan

22 Bersifat aktif transitif (iaitu diikuti dengan objek)
KATA KERJA memper..kan Bersifat aktif transitif (iaitu diikuti dengan objek) Contoh: Ruhila mempertikaikan [kata kerja] rekaan fesyen [objek] baharu itu. Murshidah memperhambakan [kata kerja] dirinya [kata kerja] fesyen memakai barang-baranag mewah. Pelajar Seni Halus memperlihatkan lukisan merka kepada pengunjung Muziu, Seni. Kirana memperdengarkan lagu ciptaannya kepada rakan-rakannya

23 KATA KERJA memper-..i & diper-..i
Kedua jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan ini tidak banyak jumlahnya. memper..i memperingati Tugu itu telah dibina untuk memperingati pengasas Universiti Nasional memperkawani Mereka tidak seharusnya memperkawani orang-orang yang tidak bermoral. mempersuami Lisda telah mempersuami Luqman memperisteri Zahid memperisteri Dewi Agustina diper…i diperingati Pengasas Universiti Nasional diperingati dengan terbinanya sebuah tugu. diperkawani Orang-orang yang tidak bermoral seharusnya tidak diperkawani oleh mereka. dipersuami Luqman telah dipersuami oleh Lisda diperisteri Dewi Agustina telah diperisteri oleh Zahid.


Download ppt "Imbuhan menengah 4exp/5na."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google