DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
Rancangan Pembangunan
Tiga Peringkat Utama Perancangan Pra-merdeka Perancangan Pasca Merdeka Perancangan era Dasar Ekonomi Baru
Perancangan Pra-merdeka Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) Membangunkan ekonomi – penekanan kepada sektor luar bandar Tubuh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1956 Pelaksanaan Sistem Buku Merah
Perancangan Pasca Merdeka Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) Diselia oleh jawatankuasa antara jabatan dgn bantuan Urusetia Ekonomi dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia Guna 2 strategi perancangan: atas ke bawah dan bawah ke atas Fokus: pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat Rancangan Malaysia Pertama (1960-1970) Dengan kemasukan Sabah & Sarawak, tumpuan mula diberi kepada tenaga kerja ke atas setiap sektor ekonomi, integrasi penduduk + negeri dan meningkatkan kebajikan rakyat Kemunculan agensi spt: MIDA, MARA, Bank Bumiputera, PERNAS dan Lembaga Penasihat Tarif
Perancangan era Dasar Ekonomi Baru Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
Perancangan era ini hampir keseluruhannya dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbang di antara kumpulan etnik dan kawasan-kawasan tertentu Perpaduan juga menjadi matlamat serampang dua mata rancangan pembangunan ekonomi dengan pengenalan DEB Krisis ekonomi yang melanda Malaysia membantu negara dalam usaha mengukuhkan kestabilan negara dengan menceburi sektor baru spt industri berat, gantian import (simen, kertas dll) dan R&D (penyelidikan dan pembangunan) Perancangan ke arah negara maju 2020 disokong dengan pelbagai dasar-dasar negara
Dasar-dasar
Dasar Ekonomi Baru Diperkenalkan 1970 Kesan dari dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris; wujud jurang ekonomi, politik perkauman dan prasangka antara kaum Melayu = kampung/luar bandar – petani, nelayan Cina = bandar/lombong – peniaga, pelombong India = estet – pekerja ladang Matlamat = Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Semperna Rangka Rancangan Jangka Panjang I (RRJP1) Merangkumi tahun 1970-1990 (20 tahun) Mencakupi Rancangan Malaysia II – V (RM2, RM3, RM4 dan RM5) Banci penduduk 1970 – 49.3% dari semua keluarga (Sem M’sia) berpendapatan di bawah garis kemiskinan
Dasar Ekonomi Baru - Strategi Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan miskin desa melalui pembukaan tanah baru dan penempatan petani Mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di sektor perkilangan Memperbaiki insfrastruktur – jalan raya, pengairan dll Memperbaiki kemudahan awam – kesihatan, telefon dll Meluaskan peluang-peluang pekerjaan kepada semua kaum Menggalakkan penglibatan semua kaum dalam semua jenis aktiviti ekonomi, sosial dan politik Memodenkan suasana hidup luar bandar Menghadapi realiti ‘perbezaan etnik’ ke arah mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan
Dasar Ekonomi Baru - Kejayaan Mencapai ‘perpaduan nasional’ melalui falsafah ‘pembangunan dengan pengagihan saksama’ Pertumbuhan ekonomi meningkat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik 3x ganda Pendapatan perkapita meningkat Kadar inflasi dapat dikekalkan pada tahap yang rendah Kadar kemiskinan bagi keseluruhan isi rumah menurun Kadar kemiskinan di luar bandar menurun Hak milik modal saham bumiputera meningkat
Dasar Pembangunan Nasional Dasar kesinambungan DEB Dilaksanakan dalam tempoh RRJP2 (10 tahun sahaja) 1/3 dari Wawasan 2020 (langkah ke arah mencapai taraf negara maju) Tumpuan: Membasmi kemiskinan golongan termiskin –menurunkan kadar kemiskinan relatif Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah ‘Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera’ (MPPB) Penglibatan sektor swasta – bantu proses penyusunan semula masyarakat Pembangunan sumber manusia sebagai asas penting
Dasar Pembangunan Nasional - Strategi Mewujudkan keseimbangan optimum: pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan Pembangunan seimbang bagi sektor ekonomi utama = meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor Mengurang & menghapuskan ketidaksamaan sosioekonomi negara = perkongsian faedah Menggalak & mengukuhkan integrasi nasional; kurangkan jurang ekonomi antara negeri serta antara kaw. bandar dan luar bandar Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif Kesejahteraan hidup, nilai sosial dan rohaniah yang positif serta perasaan bangga dan cintakan negara
Dasar Pembangunan Nasional - Strategi Memajukan sumber manusia = wujud tenaga kerja yang berdisplin dan produktif; tingkatkan kemahiran melalui budaya kecemerlangan Sains dan teknologi = teras penting membangunkan ekonomi perindustrian moden Memastikan pembangunan ekonomi dicapai dan perlindungan alam sekitar serta ekologi bergerak seiring = pembangunan negara berkekalan
Dasar Wawasan Negara Merupakan RRJP ke 3 (2000 hingga 2010) Mencakupi RM8 dan RM9; 1/3 daripada strategi mencapai matlamat Wawasan 2020 Tema: “Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara”
Dasar Wawasan Negara – Dimensi Baru Membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kaw terpencil dan meningkatkan pendapatan serta kualiti hidup kump pendapatan 30% terendah Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010 Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi Mengorentasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan
Dasar Wawasan Negara – Teras Utama Membina bangsa berdaya tahan Perpaduan, patriotik, kematangan politik, bertolak ansur, penyayang dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi Pewujudan masyarakat saksama Basmi kemiskinan dan kurang ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kump etnik serta wilayah Kekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi Kukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro Mempertingkatkan daya saing – hadapi globalisasi & liberalisasi Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan Kukuhkan pembangunan sumber manusia = tenaga kerja yg cekap, produktif dan berpengetahuan Teruskan pembangunan alam sekitar yg mampan
Dasar Persyarikatan Malaysia Sektor awam dan swasta harus bekerjasama dan saling tolong-menolong Kerjasama ini diharapkan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara Tujuan utama: Kurangkan persaingan dan pertentangan antara pihak awam dan swasta dalam matlamat organisasi, peraturan dan perhubungan Menghapuskan sifat ‘permusuhan’ = galakkan perkongsian maklumat dan saling memahami prosedur dan matlamat kedua-dua pihak
Dasar Persyarikatan Malaysia - Strategi Hapuskan sikap kurang faham antara pihak awam dan swasta Kedua-dua pihak harus mempunyai satu persetujuan mencapai matlamat negara; menjaga maruah negara Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan sektor swasta dilibatkan dalam penggubalan tersebut Hubungan antara Kementerian/Jabatan/badan Berkanun hendaklah dipertingkatkan = mempunyai matlamat dan cara bekerja yang sama
Dasar Penswastaan 1983 – kurangkan beban kewangan kerajaan, tingkatkan kecekapan dan penghasilan kerja, galak pertumbuhan ekonomi, agih sumber secara cekap dan percepatkan pencapaian DEB Konsep = pemindahan kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada swasta Rasional utama – pengurusan sesebuah perusahaan oleh kerajaan biasanya tidak cekap berbanding pengurusan yang dikendalikan oleh pihak swasta Prestasi ekonomi dan perkhidmatan sesebuah perusahaan meningkat = pertumbuhan ekonomi negara meningkat
Dasar Penswastaan - Objektif Kurang beban kewangan kerajaan Kos penyelenggaraan air, pelabuhan, elektrik, jalan kereta api dll. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja Swasta – keuntungan yang meningkatkan tahap kecekapan dan penghasilan kerja Pertumbuhan ekonomi dan keberkesanan negara Melibatkan swasta untuk membangunkan sumber ekonomi yang ada Pembahagian sumber dan kecekapan Kurang subsidi kerajaan Mempercepat pencapaian matlamat DEB Menarik lebih banyak Bumiputera dalam pembangunan negara
Dasar Perindustrian Negara Proses industrialisasi – sektor pembuatan, punca utama pertumbuhan ekonomi Menambahkan eksport, peluang pekerjaan, latihan teknikal dan kemahiran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KPDM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP) diwujudkan PIP: Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan
Dasar Pertanian Negara Diwujudkan kerana sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin merosot = tingkatkan sumbangan sektor pertanian dalam ekonomi negara Keperluan meningkatkan taraf hidup Objektif: Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup diperbaiki Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi-komoditi yang mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian import
Dasar Pertanian Negara - Strategi Pembukaan tanah-tanah baru yang melibatkan agensi2 spt Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan kerajaan2 negeri Pembangunan masyarakat luar bandar melalui pembangunan in-situ Pemulihan kawasan2 mundur dan sistem pengurusan tanaman Projek diletakkan di bawah pembangunan bersepadu spt MUDA dan KADA Tumpuan – golongan miskin dalam sektor pertanian Perkhidmatan sokongan agensi2 kerajaan – PORIM, RRI, MARDI, RISDA, FAMA dan LPP Pembangunan sifat2 kemanusiaan, sosial dan institusi desa – berdikari, berdaya maju dan saling membantu
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara Objektif Meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur serta ketidak-seimbangan ekonomi Memastikan penggunaan sumber2 negara dengan optima dan mengelakkan pembaziran Memperkukuhkan asas perindustrian supaya dapat bersaing di pasaran bebas antarabangsa Strategi Pembaikan kpd Sistem dan Organisasi spt objektif, strategi dan tatacara kerja, sistem maklumat, sistem fail dll Penggunaan teknologi yang sesuai Pemindahan teknologi supaya negara kurang bergantung teknologi luar Penerapan nilai baru = penyemaian nilai2 dan etika kerja spt kesetiaan, berdikari dll Dasar2 baru – gubal dasar baru; perbaharui dasar lama
Dasar Hala Cara Baru dalam Pembangunan Pembangunan luar bandar Mengurangkan kadar kemiskinan yang masih tinggi – penduduk desa dan menghapuskan kemunduran desa Hala cara lama kurang berkesan Strategi pengelompokan kampung2, penyatuan tanah dan pengurusan aktiviti pertanian secara komersial dan pembangunan industri kampung
Dasar Pandang ke Timur Diumumkan pada 8 Feb. 1982 semasa Persidangan ke-5 MAJECA/JAMECA Pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh dan teladan terbaik dari Jepun dan Korea dengan mengubahsuai berdasarkan keadaan2 di Malaysia Objektif – tinggikan prestasi pengurusan dan pembangunan serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai dan etika kerja yang positif Penekanan : Kerajinan dan disiplin kerja Kesetiaan kepada negara dan perusahaan di mana mereka bekerja Keutamaan kepada kumpulan dan bukannya individu Tekanan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi Peningkatan kecekapan dll
Dasar Pandang ke Timur - Strategi Perubahan Struktur Kad perakam waktu kerja Penggunaan tanda nama Penubuhan pasukan meningkat mutu kerja Konsep pejabat terbuka Perkhidmatan kaunter/perkhidmatan pembayaran bil setempat Fail meja dan manual prosedur kerja Perubahan Sikap Perkhidmatan Cemerlang Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) Latihan dan Kursus Latihan Perindustrian dan Teknikal Program Pengajian Akademik Program Pengajian Teknikal Program Kemajuan Eksekutif Hubungan antara institusi Skim Latihan Pembangunan Usahawan