PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
MESYUARAT KURIKULUM 1 TAHUN 2015.
Advertisements

PENGENDALIAN MESYUARAT
TAKLIMAT PBS PEMANTAUAN
PENGURUSAN PANITIA.
Bengkel Modul Penamatan Perkhidmatan
MESYUARAT KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT
Jenis-Jenis Organisasi
PERLEMBAGAAN ORGANISASI BADAN- BADAN SUKAN KEBANGSAAN &
PERANAN PEGAWAI ASET Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
Memantapkan Kualiti Intro PENGURUSAN MESYUARAT RASMI.
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Dewan al-ghazali, pusat islam
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN AKTIVITI
MENU Tutup KONSEP BENTUK PENGUCAPAN AWAM TUJUAN CARA PROSES PENUTUP.
PENGURUSAN PANITIA.
BAHAGIAN 2 : FUNGSI PENTADBIRAN MBJ
PENCERAPAN KLINIKAL.
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENULISAN MINIT MESYUARAT
PENGGUNAAN DAN PENYENGGARAAN REKOD
PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA (AM)
FAIL KUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
SISTEM FAIL DAN DOKUMENTASI.
Pentadbiran dan pengurusan persatuan/kelab
PENAMATAN PERKHIDMATAN KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN 25 MAC 2015 DEWAN AL-GHAZALI, PUSAT ISLAM.
PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
Selamat Sejahtera Pusat Sumber.
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.
TAKLIMAT PENGGUNAAN UTM-EMS
FACE TO FACE TWO.
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASA KERAJAAN
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
Bab 3: Pengurusan PenyepaduanProjek
JABATAN PELAJARAN JOHOR SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
KHIDMAT MASYARAKAT Ialah kerja amali yang dijalankan di luar waktu persekolahan. Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti.
KOMUNIKASI.
Bab 3: Pengurusan PenyepaduanProjek
KAEDAH MENGENDALIKAN MESYUARAT
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
BAHAGIAN 3 : FUNGSI MESYUARAT MBJ
TAKLIMAT KURIKULUM 2015 SPI Bil . 4/1996 – Pengurusan Panitia Mata Pelajaran SPI Bil.3/1999 – Penyediaan Rekod Pembelajaran dan Pengajaran SPI Bil. 3/1981.
Kumpulan Da Ga Du Kursus Induksi Umum
BAHAGIAN VI URUSAN SURAT KERAJAAN PENDAHULUAN
Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Jabatan Bahasa Melayu
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN.
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif Jabatan Bahasa Melayu
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI
MESYUARAT KURIKULUM 1 29 DISEMBER 2015.
UNIT 5 MENGATUR BAHAN UCAPAN
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD POZI NO. MATRIK : A145407
KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI
TATACARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR 2015
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGENALAN KEPADA FUNGSI MBJ HRMIS
1. NOTIS PANGGILAN MESYUARAT MPPP 2. MINIT MESYUARAT MPPP
MESYUARAT BERKESAN AB. RAHIM BIN MD. YASIN Jabatan Pengajian Melayu
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
BUSINESS MANAGEMENT BUSINESS TRAVEL BPP403.
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
FAIL MEJA.
MESYUARAT PENUTUP AUDIT DALAM 2/2013 FKK
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.2 Tahun 1991
Transcript presentasi:

PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

DEFINISI Mesyuarat - perbincangan formal antara dua pihak atau lebih untuk mencapai objektif bersama melalui proses komunikasi Mesyuarat berbeza antara satu dengan yang lain mengikut keahlian, organisasi dan objektifnya

JENIS-JENIS MESYUARAT a). Mesyuarat bagi mendapat maklumat/memberi maklumat b). Mesyuarat kerjasama projek, penyelarasan dan komunikasi

c. membuat keputusan ataupun menyelesaikan masalah d. Analisis hala cara dan perancangan masa depan e. Memperbaiki kerja-kerja semasa

ASAS PENGURUSAN MESYUARAT YANG BERKUALITI OBJEKTIF WAKTU MESYUARAT PERWAKILAN TEMPAT MESYUARAT MESYUARAT ORGANISASI MAKLUMAT KEPIMPINAN

ASAS PENGURUSAN MESYUARAT YANG BERKUALITI Mempunyai agenda dan objektif yang jelas Bermula dan berakhir mengikut ketepatan masa Kemudahan fizikal yang selesa

Notis panggilan mesyuarat yang mencukupi Ahli-ahli yang hadir mempunyai kepakaran Perbincangan diadakan secara positif Peranan pengerusi yang berkesan Peranan setiausaha yang berkesan

Minit mesyuarat direkodkan dengan tepat. Tindakan susulan dilaksanakan dengan berkesan

MESYUARAT YANG TIDAK BERKESAN Mesyuarat jarang diadakan Minit lewat dihantar Agenda tidak ditetapkan

Wakil tidak dapat memberi sumbangan Tiada persedian rapi dalam perancangan mesyuarat. Tidak ada maklum balas terhadap tindakan dalam mesyuarat seterusnya

TINDAKAN SEBELUM MESYUARAT Urus Setia/Setiausaha perlu : a) Menentukan agenda,tarikh,masa jemputan dan tempat mesyuarat b) Membuat tempahan bilik mesyuarat c) Menentukan kertas kerja disediakan untuk perbincangan

d) Menghantar surat jemputan mesyuarat e) Memastikan persediaan kemudahan bilik mesyuarat f) Menentukan kehadiran g) Perbincangan sebelum mesyuarat

TINDAKAN SEMASA MESYUARAT Catatan minit mesyuarat a) Senarai kehadiran b) Senarai ketidakhadiran dan alasan c) Perkara penting yang dibincangkan d) Keputusan yang dibuat e) Tindakan susulan yang perlu diambil

TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT Urus setia/Setiausaha bertanggung jawab untuk mergambil tindakan berikut a) Penyediaan minit b) Format minit mesyuarat c) Susunan nama ahli mesyuarat d) Catatan perbincangan

e) Pengesahan maklum balas pelaksanaan keputusan mesyuarat. f) Laporan maklum balas oleh urus setia g) Menentukan format maklum balas

PERATURAN DAN PROTOKOL MESYUARAT Prinsip Susun Atur a) Susunan keutamaan ahli – Pengerusi orang yang utama memimpin mesyuarat b) Antara ahli yang bergelar (seperti Tun, Tan Sri atau Datuk) mendahului mereka yang tak bergelar

c) Penjawat awam mendahului penjawat swasta (dalam hal ini gelaran anugerah tidak diambil kira) d) Mereka yang berpangkat lebih kanan mendahului mereka yang rendah pangkatnya (walaupun antara mereka menyandang gelaran)

Kaedah menentuan keutamaan ahli i) Antara yang bergelar - Kriteria penentuan adalah seperti yang berikut - Tarikh menerima anugerah darjah kebesaran (rujuk Bahagian Istiadat JPM)

- Pemegang pingat bergelar Datuk. (Persekutuan) mendahului - Pemegang pingat bergelar Datuk (Persekutuan) mendahului pemegang pingat Dato’ Negeri - Antara Dato’ Negeri kekananan berasaskan tarikh kurniaan pingat yang disandang.

ii) Antara pejawat awam dengan swasta - Penjawat awam mendahului penjawat swasta - penjawat swasta yang bergelar dan menyandang gelaran persekutuan mendahului penjawat awam yang tidak bergelar

iii) Antara yang tinggi dengan yang rendah pangkatnya - yang lebih kanan diutamakan - Jika yang rendah pangkatnya menyandang gelaran Dato’ Negeri, asas penentuan masih tertakluk kepada kekananan pangkat

b) Susunan tempat duduk Susunan keutamaan Susunan kekananan Fungsi ahli

Kriteria penentuan i) Ahli yang tertinggi statusnya duduk paling hampir dengan pengerusi di sebelah kanan (bersetentangan) ii) Kedudukan lain-lain ahli hendaklah diselang- selikan, berasaskan keutamaan dan kekananan mereka

iii). Ahli yang berfungsi (membuat iii) *Ahli yang berfungsi (membuat persembahan) duduk di kerusi terakhir bersetentangan dengan pengerusi di sebelah kiri) iv)* Setiausaha duduk di meja khas Pengerusi mempunyai kuasa untuk merombak/mengubah kedudukan (iii) dan (iv) Lazimnya ditempatkan di sebelah kiri Pengerusi

MERANCANG MESYUARAT Perlukah mesyuarat diadakan? - timbangkan kos bagi ahli yang hadir - ada tidak cara lain untuk capai matlamat yang dikehendaki

MESYUARAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT Adakah faktor masa itu penting? Adakah wakil yang akan hadir datang dari tempat yang jauh dan melibatkan kos yang tinggi?

Adakah saiz kumpulan yang terlibat itu munasabah? Adakah perlu semua wakil memahami sesuatu peraturan tertentu atau hanya sekadar diberitahu melalui surat edaran jabatan? Adakah maklumat atau taklimat yang hendak disampaikan itu memerlukan bahan rujukan disediakan?

MESYUARAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN Adakah wakil yang hadir mempunyai kepakaran untuk membuat keputusan yang dikehendaki? Adakah wakil yang hadir mempunyai komitmen untuk melaksanakan sesuatu keputusan yang dicapai?

Dapatkah proses kerjasama kumpulan digunakan untuk mencapai sesuatu keputusan yang berkualiti? Adakah terdapat konflik pandangan yang perlu diatasi? Adakah suasana mesyuarat itu bercorak terbuka dan bebas berkomunikasi antara ahli?

TATASUSILA MESYUARAT Suatu proses untuk meningkatkan tahap keberkesanan mesyuarat, ialah dengan menggalakkan ahli memberi sumbangan secara berkesan dan menjimatkan masa dan tenaga.

TINDAKAN : Jangan tiba lewat. Elakkan gangguan telefon kecuali perkara yang terlalu penting. Tidak meninggalkan bilik mesyuarat.

Elakkan duduk yang menunjukkan kurang minat. Mendengar secara aktif dan berminat terhadap sumbangan ahli; semak diri sama ada anda memberi perhatian sepenuhnya kepada mesyuarat. Tanya pada diri mengenai perkara yang dibincangkan, pencapaiannya, dan bagaimana anda boleh membantu setiap ahli dalam memberi sumbangan

Cuba memberi sumbangan dan mendengar secara yang boleh menggalakkan ahli memberi sumbangan yang berkesan. Memberi fokus/tumpuan sewajarnya supaya objektif mesyuarat dicapai

Mencari perkara yang positif dan mengelakkan dari perkara yang negatif Mencuba sedaya upaya menjadi seorang ahli yang aktif seperti yang anda harapkan daripada ahli lain.

MEMBENTUK DAN MENYUSUN AGENDA Perkara yang perlu diutamakan dalam membentuk agenda adalah seperti yang berikut: Perutusan Pengerusi Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

Senarai perkara baru yang hendak dibincangkan Pembentangan kertas kerja Hal-hal lain Penutup

Agenda hendaklah ditentukan bersama-sama dengan Pengerusi Agenda hendaklah ditentukan bersama-sama dengan Pengerusi. Secara umumnya mesyuarat di peringkat Jawatankuasa selalu mempunyai masalah dalam menetapkan agenda. Hal ini biasanya timbul kerana kekerapan mesyuarat berkenaan.

.Salah satu cara bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menetapkan agenda mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan dengan persetujuan utama Pengerusi.

SENARAI SEMAK KE ARAH PENGURUSAN MESYUARAT YANG BERKESAN Jelaskan objektif mesyuarat Pilih waktu, tempat serta bilik mesyuarat Gunakan peluang untuk mendapatkan pelbagai sudut pandangan yang berbeza-beza sebelum merumuskan sesuatu perkara

Dapatkan persetujuan majoriti (concensus) Utamakan komitmen terhadap tindakan susulan yang memerlukan masa yang panjang

Wujudkan tindakan susulan yang berkesan bagi memperbaiki prestasi pengurusan mesyuarat Nilaikan kekesanan sesuatu mesyuarat bagi membaiki prestasinya pada masa depan.

CONTOH FORMAT MINIT MESYUARAT YANG BERKUALITI (catatkan nama mesyuarat) Bil…………………….Tahun………. (catakan nombor bilangan mesyuarat dan tahun) Tarikh : Masa : Tempat :

Urusetia : (Senaraikan nama pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat, susunan nama hendaklah mengikut kekananan).

Kehadiran : Senaraikan nama ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan nama Pengerusi Mesyuarat. Susunan nama ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.

Turut hadir : Senaraikan nama pegawai yang bukan merupakan ahli tetapi dijemput khas untuk menghadiri mesyuarat atau turut menghadiri mesyuarat. Sususnan hendaklah mengikut kekananan.

Agenda 1. Perutusan Pengerusi a. Ruang ini mengandungi catatan perkara-perkara yang penting yang dibangkitan oleh pengerusi mesyuarat. Perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan oleh pengerusi pada awal mesyuarat.

Ia mungkin dibangkitkan semasa mesyuarat membincangkan perkara berbangkit atau semasa membincangkan kertas kerja ataupun pada akhir mesyuarat.

2. Pengesahan minit mesyuarat. b. Catatkan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada diterima tanpa pindaan atau diterima tertakluk kepada pindaan

3. Perkara berbangkit c. Ruangan ini mengandungi catatan perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.

c. Tajuk utama perkara berbangkit yang c. Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. d. Untuk memudahkan rujukan dibuat muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan. e. Jika perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.

4. Perbincangan : f. Ruangan ini merekodkan perkara-perkara baru yang dibincangkan oleh ahli mesyuarat. Susunan tajuk mengikut agenda mesyuarat yang telah ditetapkan.

5. Perbincangan kertas kerja g. Bagi mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk perbincangan.Perkara- perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah :

Tajuk kertas kerja Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan Tujuan kertas kerja disediakan

Pandangan / komen ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitan di dalam kertas kerja berkenaan Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan Keputusan mesyuarat tentang isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan susulan yang perlu diambil.

6. Hal-hal lain h. Ruangan ini merekodkan perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat yang pada mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

7. Penutup i. Ruangan ini merekodkan perkara-perkara : Bila mesyuarat itu ditamatkan atau ditangguhkan Ucapan terima kasih daripada Pengerusi dan tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah ditentukan

Urusetia catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggung jawab dalam mengendalikan mesyuarat. Tarikh catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.

CONTOH STRUKTUR MEREKODKAN MINIT MESYUARAT YANG BERKUALITI Perutusan Pengerusi Pengesahan Minit Perkara Berbangkit Tajuk : a. Mesyuarat mengambil maklum i. ……………………………. ii. ……………………………

b. Mesyuarat membuat keputusan : i. ………………………… ii. ………………………… Tindakan : Pembentangan kertas kerja : 1. Inti kertas a. Mesyuarat mengambil maklum i. ……………………………. ii. ……………………………

b. Mesyuarat membuat keputusan : i. ………………………… ii. ………………………… Hal-hal lain Penutup

terima kasih hingga jumpa lagi