MINGGU 13 AYAT TERBITAN.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KALIMAT.
Advertisements

TATA BAHASA BAKU BAHASA INDONESIA
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
KALIMAT.
TATA BAHASA BAKU BAHASA INDONESIA
Klasifikasi Kalimat Kalimat adalah satuan bahasa yang secara relatif berdiri sendiri, mempunyai intonasi final (kalimat lisan), dan secara aktual ataupun.
Tanda Baca Materi 4.
KALIMAT Pertemuan Ke-6.
KALIMAT Kalimat: rentetan kata yang disusun sesuai kaidah yang berlaku/bagian teks (wacana) yang mengungkapkan pikiran secara utuh.
Ragam Kalimat BAHASA INDONESIA
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
KALIMAT EFEKTIF.
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
(ayat inti dan jenis ayat)
Pengertian Tatabahasa,
Jenis-jenis Wacana Lisan
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
BMM 3110 – SINTAKSIS IPG KAMPUS IPOH
UNIT 14 AYAT TERBITAN.
Taklimat matapelajaran Bahasa melayu
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
(ayat inti dan jenis ayat)
KLINIK BAHASA MELAYU 2012 MEMBINA AYAT.
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
KALIMAT EFEKTIF Kesepadanan dan Kesatuan Keparalelan
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kemahiran Berfikir Arifin Amir Hamdan Ali Jeya Anand.
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 12 Sintaksis.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
(ayat inti dan jenis ayat)
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
Jenis-jenis Wacana Lisan
Frasa Kerja.
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
PROSEDUR KLOZ.
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
Imbuhan menengah 4exp/5na.
MINGGU 12 Sintaksis.
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
AYAT TERGANTUNG ATAU AYAT TAK GRAMATIS
MINGGU 12 AYAT MAJMUK.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
MINGGU 12 Sintaksis.
Tatabahasa (9) Kata Kerja
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
Transcript presentasi:

MINGGU 13 AYAT TERBITAN

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: * pengertian ayat terbitan * proses penerbitan ayat, iaitu dari aspek: > pengguguran > penyusunan semula > peluasan * ayat efektif

* ayat yang mengalami proses gramatis AYAT TERBITAN Ayat terbitan ialah: * ayat yang mengalami proses gramatis * ayat yang menerapkan rumus transformasi * ayat yang merobah peraturan struktur ayat, dan * ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam frasa, klausa dan ayat

RUMUS TRANSFORMASI Rumus dalam TTG yang menentukan tatacara penukaran satu pola tatabahasa kepada pola tatabahasa yang lain Rumus ini dapat merobah satu jenis ayat menjadi jenis ayat yang lain, dengan cara pengguguran atau penambahan unsur dalam untaian Contoh: Mahasiswa itu penyanyi Penyanyikah mahasiswa itu? (ayat penyata ayat tanya)

PROSES PENERBITAN AYAT proses pengguguran: pengguguran subjek FN, pengguguran FPred, dan pengguguran FN yang mendahului FRelatif proses penyusunan semula: penyusunan FN sebagai subjek, penyusunan FN sebagai objek, dan penyusunan semula melalui ayat songsang proses peluasan: peluasan FN sebagai subjek, peluasan FPred, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi

A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan PROSES PENGGUGURAN Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan, iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan Unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi dalam untaian

PENGGUGURAN FN SEBAGAI SUBJEK Pengguguran KGN diri kedua dalam ayat perintah Contoh: Kamu diam Diam Anda semua masuklah ke dalam dewan ini Masuklah ke dalam dewan ini Awak jangan datang lagi Jangan datang lagi Silalah anda jawab soalan ini Silalah jawab soalan ini

PENGGUGURAN SUBJEK DALAM AYAT MAJMUK Contoh: Mahasiswa itu kuat + Mahasiswa itu berani Mahasiswa itu kuat dan berani Baju ini mahal + Baju ini diimport dari Itali Baju ini mahal kerana diimport dari Itali Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama + Mahasiswa itu gigih belajar Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama kerana gigih belajar

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran seluruh FPred FK. Contoh: Halimah membersihkan rumah + Arbak membersihkan rumah Halimah dan Arbak membersihkan rumah Berlari dapat mengeluarkan peluh + Berjalan dapat mengeluarkan peluh Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh Hantu berkeliaran + Syaitan berkeliaran Hantu dan syaitan berkeliaran

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran FPred FN. Contoh: Bunga raya lambang negara + Tugu kebangsaan lambang negara Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara Lelaki itu bukan suaminya + Lelaki ini bukan suaminya Lelaki itu dan lelaki ini bukan suaminya Kesantunan amalan kita + Kebersihan amalan kita Kesantunan dan kebersihan amalan kita

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran FPred FAdj. Contoh: Suami sangat amanah + Isteri sangat amanah Suami dan isteri sangat amanah Mahasiswa harus sabar + Mahasiswi harus sabar Mahasiswa dan mahasiswi harus sabar Perangainya amat unik minggu ini + Sikapnya amat unik minggu ini Perangainya dan sikapnya amat unik minggu ini

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran FPred FSN. Contoh: Suami di Kelantan + Isteri di Kelantan Suami dan isteri di Kelantan Dia akan ke Moscow + Pekerjanya akan ke Moscow Dia dan pekerjanya akan ke Moscow Kain ini untuk ibu + Jam ini untuk ibu Kain dan jam ini untuk ibu

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif. Contoh: Bola ditendang oleh Ali Bola ditendang Taj Mahal telah dibina oleh Shah Jahan dalam masa 40 tahun Taj Mahal telah dibina Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam oleh pendatang asing Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam Murid itu telah dipukul oleh gurunya Murid itu telah dipukul

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran kata bantu. Contoh: Dia dapat memandu kereta + Dia dapat memandu lori Dia dapat memandu kereta dan lori Orang itu boleh berpantun + Orang itu boleh bersyair Orang itu boleh berpantun dan bersyair Anaknya belum dapat berjalan + Anaknya belum dapat bertutur Anaknya belum dapat berjalan dan bertutur

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran FN sebagai objek. Contoh: Orang itu mengejar ayam + Orang itu menangkap ayam Orang itu mengejar dan menangkap ayam Dia menutup pintu + Dia membuka pintu Dia menutup dan membuka pintu Kami menyokong wawasan negara + Mereka menentang wawasan negara Kami menyokong tetapi mereka menentang wawasan negara Ayahnya menembak burung + Anaknya memikat burung Ayahnya menembak dan anaknya memikat burung

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang bermakna adjektif. Contoh: Pemandangan itu amat mengagumkan kami Pemandangan itu amat mengagumkan Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Kelantan Kekalahan itu sungguh memilukan Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton Lakonannya itu sangat mempersonakan Saya pasti prestasinya tahun ini akan menggembirakan anda Saya pasti prestasinya tahun ini akan menggembirakan

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF pengguguran FN subjek. Contoh: Orang itu bapa Aminah + Orang itu memakai kopiah Orang yang memakai kopiah itu bapa Aminah Yang memakai kopiah itu bapa Aminah Puteri itu puteri bongsu + Puteri itu cantik berseri Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu Yang cantik berseri itu puteri bongsu

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF pengguguran FN Objek. Contoh: Imai membeli baju + Baju itu merah Imai membeli baju yang merah itu Imai membeli yang merah itu Mereka memilih hadiah + Hadiah itu menarik Mereka memilih hadiah yang menarik itu Mereka memilih yang menarik itu

PENGGUGURAN KN INTI FN Contoh: > Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden > Bertani memerlukan teknologi moden > Sifat sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar > Sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar > Amalan bersedekah amat dituntut oleh Islam > Bersedekah amat dituntut (oleh) Islam > Perbuatan merokok membahayakan kesihatan > Merokok membahayakan

PROSES PENYUSUNAN SEMULA Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang baharu Melibatkan perubahan atau pengguguran kata tertentu, penggantian atau penambahan kata lain Tidak merobah makna ayat

PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI SUBJEK Contoh: aktif kepada pasif > Pekerja itu mengecat kereta > Kereta dicat (oleh) pekerja itu > Isterinya memandu lori > Lori dipandu (oleh) isterinya > Saya menembak burung > Burung saya tembak > Kamu membayar bil ini esok > Bil ini kamu bayar esok

TRANSFORMASI PASIF Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh disusun semula melalui proses penyongsangan. Contoh: * Engkau petik buah setiap malam * Setiap malam engkau petik buah Ayat di atas berasal daripada ayat pasif Buah engkau petik setiap malam. Dan ayat pasif ini berasal daripada ayat aktif Engkau memetik buah setiap malam Catatan: * Ayat aktif bersifat ayat dasar yang mengandung kata kerja wajib berimbuhan meN * Ayat yang mengandung kata kerja yang tidak berimbuhan meN ialah ragam ayat pasif * Ayat aktif atau ayat pasif boleh disongsangkan

PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI OBJEK Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandung dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contoh: * Suami menghadiahi isteri kain * Suami menghadiahkan kain kepada isterinya * Mahasiswi memberi mahasiswa bunga * Mahasiswi memberikan bunga kepada mahasiswa. * Orang itu mengurniai isterinya anak * Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya * Ismail mengirimi anaknya durian * Ismail mengirimkan durian kepada anaknya

PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan sebagainya boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan. Contoh: * Kami meletakkan hadiah itu di sana * Di sana kami meletakkan hadiah itu * Dia akan berpindah ke hutan * Ke hutan dia akan berpindah * Akan berpindah ke hutan dia * Tikus itu bergerak di dalam kain * Di dalam kain tikus itu bergerak * Bergerak di dalam kain tikus itu

PROSES PELUASAN Penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu. Terdapat empat jenis peluasan, iaitu: > peluasan FN sebagai subjek > peluasan frasa predikat > peluasan dengan kata hubung > peluasan melalui proses komplementasi

PELUASAN FN SEBAGAI SUBJEK Proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang. Contoh: * Mahasiswi itu buah hatiku * Mahasiswi itu tersenyum * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku * Orang itu suaminya * Orang itu memakai kopiah * Orang yang memakai kopiah itu suaminya

SYARAT RELATIVISASI Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Bangunan itu besar. * Orang itu mengait buah. * Bangunan yang mengait buah itu besar FN identiti sama dan berfungsi sebagai subjek. Jika tidak relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Mahasiswi membaling meja. * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk pasif. Contoh: *Mahasiswi membaling meja * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi dibaling (oleh) mahasiswa (pasif). * Mahasiswi yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja (relativisasi)

PELUASAN FRASA PREDIKAT Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan. Contoh: * Mastura menjolok buah itu * Buah itu bulat * Mastura menjolok buah yang bulat itu * Anaknya memanjat pokok ini * Pokok ini tinggi * Anaknya memanjat pokok yang tinggi ini * Isteri memukul suami * Suami nakal * Isteri memukul suami yang nakal

PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG Proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun… Contoh: * Mahasiswa ini bahagia * Mahasiswi itu kecewa * Mahasiswa ini bahagia tetapi mahasiswi ini kecewa * Emak pergi ke pasar * Ayah pergi ke pasar * Emak dan ayah pergi ke pasar * A mahu pergi ke bulan * B tidak mahu pergi ke bulan * A mahu pergi ke bulan walaupun B tidak mahu pergi

PELUASAN SECARA KOMPLEMENTASI Proses yang merobah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat yang lain. Contoh: * Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya kahwin lagi * Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi Struktur batin ayat di atas adalah seperti yang berikut: * Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi. Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat FN subjek dalam ayat induk dan ayat kecil adalah sama

TRANSFORMASI KOMPLEMENTASI FRASA KERJA Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi frasa kerja Contoh: * Dia pergi menembak rusa * Orang itu berdiri mengambil buku * Perawan ini duduk termenung sepanjang hari * Mahasiswa itu tidur berdiri * Petani duduk mencangkung

TRANSFORMASI KOMLEMENTASI FRASA KERJA Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh nod FK, bukannya FN. Ini demikian kerana FK dalam ayat induk ialah FKTT. Ayat tersebut tidak boleh dipasifkan Ayat di atas juga mungkin mempunyai struktur batin seperti contoh berikut: * Perawan itu duduk sepanjang hari dan * Perawan itu termenung sepanjang hari Setelah mengalami proses pengguguran kh dan FN yang sama, maka wujudlah ayat terbitan seperti yang terjelma pada struktur permukaan * Perawan itu duduk termenung sepanjang hari

Unsur ayat yang digunakan hanyalah yang perlu AYAT EFEKTIF Ayat yang singkat, padat, jelas, lengkap dan dapat memberikan maklumat dengan tepat Unsur ayat yang digunakan hanyalah yang perlu Setiap unsur ayat benar-benar berfungsi dan mengandung makna yang sarat dengan maklumat Tiada pengulangan ungkapan dari sudut struktur atau makna

Keutuhan, kesatuan, dan keserasian makna dengan srtuktur CIRI AYAT EFEKTIF Keutuhan, kesatuan, dan keserasian makna dengan srtuktur Kesejajaran bentuk kata atau ayat secara ketatabahasaan Kefokusan idea hingga mudah difahami dan dihayati Kehematan penggunaan unsur ayat Kecermatan dan kesantunan Kevariasian kata dan struktur

Wujudan keserasian antara struktur dengan makna KEUTUHAN Wujudan keserasian antara struktur dengan makna Ayat dari sudut tatabahasa betul, tetapi maknanya salah Contoh: Saya saling memandang dan tersenyum (salah) Ayat ini salah kerana tiada kesesuaian antara struktur dengan makna. Sepatutnya: Kami saling memandang dan tersenyum

KESEJAJARAN Kesamaan bentuk yang digunakan secara tekal. Contoh: kesatuan, kemakmuran, kesejahteraan, kegembiraan, kedamaian…; perikanan, percubaan, pertanian, perkebunan…; mengerjakan, memerihalkan, menghuraikan… Hakim segera menjatuhkan hukuman kepada lanun itu kerana sudah diketahui sebelumnya Langkah berikut perlu dilakukan: > pertemuan dengan penasihat akademik > menentukan tajuk > melaporkan kemajuan penyelidikan > bertemu dengan pembimbing Sepatutnya: Hakim segera menjatuhkan hukuman kepada lanun itu kerana sudah mengetahui sebelumnya > menemui penasihat akademik > menemui pembimbing

KEFOKUSAN Ayat efektif perlu memfokuskan idea penting agar senang difahami maknanya. Jika tidak, maka tersebut sukar ditanggap dan ini akan menghambat komunikasi. Contoh: > Sukar ditingkatkan kualiti dan kuantiti produk hortikultur (tidak efektif) > Produk hortikultur sukar dipertingkat kualiti dan kuantitinya (efektif) > Keterampilan memaham, keterampilan bertutur, keterampilan membaca dan keterampilan menulis adalah modal utama pemasar produk (tidak efektif) > Keterampilan memaham, bertutur, membaca dan menulis ialah modal utama pemasar produk (efektif)

KEHEMATAN Setiap unsur ayat perlu berfungsi dengan baik, unsur yang dianggap lewah dan mubazir mesti dihindarkan. Antaranya: > subjek ganda: bungkusan itu saya sudah buka sepatutnya saya sudah membuka bungkusan itu > penggandaan kata yang sudah mendukung maksud jamak: aktiviti, mahasiswa, universiti, rumah… > penggunaan bentuk singkat: SPR memberikan perigatan kepada perayu undi agar tidak memasuki kawasan mengundi sepatutnya SPR memperingatkan perayu undi agar tidak memasuki kawasan mengundi; bapa membelah kayu dengan menggunakan kapak sepatutnya bapa membelah kayu dengan kapak > penggunaan bentuk kata aktif dan bertenaga: dia berdiri lalu berlari ke padang sepatutnya dia bangkit lalu berlari ke padang; guru memperhatikan muridnya sepatutnya guru mengamati muridnya

KECERMATAN Pilihan kata berdasarkan daya ekspresinya yang pasti bukan kerana sedap didengar. Banyak kata yang bersinonim, tetapi hanya satu yang paling tepat maksudnya dalam konteks tertentu. Contoh: > Adalah dimaklumkan bahawa… sepatutnya Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa…; Dia adalah guru sepatutnya Dia ialah guru > Oleh sebab soalan sudah diketahui sebelumnya, mahasiswa itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah sepatutnya Oleh sebab sudah mengetahui sebelumnya, mahasiswa itu dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah > sejuk, dingin; panas, suam; ajal, mati, maut, meninggal dunia, mangkat; akrab, erat, intim, karib…

KESANTUNAN Idea yang diekspresikan dapat mengembangkan suasana yang baik, hubungan yang harmonis dan keakraban. Tanda ayat yang baik dan santun ialah singkat, jelas, lugas, dan tidak berbelit-belit. Contoh: > Seperti yang telah ditentukan, pekerjaan itu biasanya dikerjakan sekali seminggu sepatutnya Seperti yang telah ditentukan, pekerjaan itu biasanya dilakukan sekali seminggu atau Telah ditentukan bahawa pekerjaan itu dilakukan sekali seminggu > Aspek lain yang perlu diambil kira ialah dari segi hubungan masyarakat sepatutnya Aspek lain yang perlu diambil kira ialah hubungan masyarakat

KEVARIASIAN Kepelbagaian boleh diwujudkan variasi struktur, diksi dan gaya dengan tidak mengubah makna. Antaranya ayat biasa - songsang, aktif – pasif, ayat tunggal, ayat majmuk gabungan, pancangan (relatif, komplemen, keterangan), ayat campuran… Contoh: > Ayah menembak burung, burung ditembak ayah, menembak burung ayah > Kedua-dua orang tuanya bekerja di sawah ketika keempat-empat anak mereka belajar di sekolah, Ketika keempat-empat anak mereka belajar di sekolah, kedua-dua orang tuanya bekerja di sawah > Orang itu kakak ipar saya. Orang itu menyapu di halaman rumah; Orang yang sedang menyapu di halaman rumah itu kakak ipar saya

KETEPATAN DIKSI Setiap kata perlu mengungkapkan idea dengan tepat, iaitu dengan mengambil kira kata yang bersinonim, struktur idiomatik, kata yang berlawanan makna, serta ketepatan dan kesesuaiannya mengikut konteks. Antara yang perlu dihindari ialah: * Penggunaan kata yang bersinonim dalam satu frasa: agar – supaya, demi – untuk, adalah – merupakan, bagi – untuk, naik ke atas, turun ke bawah… - Anda makanlah ubat agar supaya cepat sembuh * Penggunaan kata tanya yang tidak menanyakan sesuatu: di mana, yang mana, bagaimana, mengapa … - Kampung di mana kami tinggal selama sepuluh tahun telah membangun dengan pesat * Penggunaan kata berpasangan yang tidak sepadan: tidak hanya – tetapi juga, bukan hanya – tetapi juga - Orang itu tidak hanya pandai, tetapi juga rajin sepatutnya orang itu tidak hanya pandai, melainkan juga rajin * Penggunaan kata berpasangan secara idiomatik yang tidak sesuai: sesuai bagi, membicarakan tentang, hanya sahaja…

DIKSI KURANG SANTUN Penggunaan kata dalam suasana formal: aku – saya, bini – isteri, laki – suami, betina – perempuan, jantan – lelaki, jamban – tandas - bilik air - kamar kecil, penganggur – tuna karya… Pilihan kata yang mengekspresikan data secara subjektif: menurut pendapat saya sepatutnya data menunjukkan bahawa…, penelitian / kajian / pengalaman membuktikan bahawa… Penggunaan kata yang tidak jelas maknanya: anggun, andal, lugas, citra… Pemilihan kata yang tidak sesuai dengan konteks: baku – dialek Penolakan dan pembuktian tanpa makna yang pasti: tidak menjawab pertanyaan secara langsung dan pasti

KESALAHAN AYAT: STRUKTUR * Ayat aktif tanpa subjek - Menurut Asmah mengatakan bahawa subjek ayat ialah… sepatutnya Asmah mengatakan bahawa subjek ayat ialah… atau menurut Asmah, subjek ayat ialah… * Kata depan di hadapan subjek - Di Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit sepatutnya Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit atau Di Kuala Lumpur terdapat bangunan pencakar langit * Kata yang di hadapan predikat - Lelaki yang memakai kopiah sepatutnya Lelaki memakai kopiah (ayat tunggal) - Lelaki yang memakai kopiah itu suami Minah (ayat majmuk pancangan)

KESALAHAN AYAT: STRUKTUR * Kata depan di hadapan objek - Jurutera itu menghuraikan tentang struktur bangunan sepatutnya Jurutera itu menghuraikan struktur bangunan * Kata penghubung pada awal ayat - Dia cendekia. Sehingga kerap memenangi pertandingan sepatutnya Dia cendekia sehingga kerap memenangi pertandingan * Penghubung ayat - Meskipun sudah berkuasa, tetapi ia tetap merendah diri sepatutnya Meskipun sudah berkuasa, ia tetap merendah diri * salah urutan - Beliau menulis laporan, mengamati data , menyunting laporan, dan menyerahkan laporan itu kepada ketuanya sepatutnya Beliau mengamati data, menulis laporan, menyunting laporan, dan menyerahkan laporan itu kepada ketuanya

KESALAHAN AYAT: EJAAN Penggunaan huruf besar, huruf kecil, huruf miring, huruf tebal… Pemenggalan kata Penulisan kata baku Penulisan unsur serapan penulisan kata asing Penggunaan tanda baca: titik, koma, tidak dua, titik koma, tanda petikan satu (‘…’), tanda penyingkatan (`…)… Penulisan ayat atau paragraf: induk ayat, anak ayat, petikan langsung dan petikan tidak langsung Penulisan keterangan tambahan, penulisan aposisi Penulisan judul buku, makalah, skripsi, tesis, disertasi, jurnal, surat khabar, majalah… Penulisan judul bab, subbab, bahagian, subbahagian… Penulisan data pustaka dalam teks, catatan kaki dan bibliografi

KESIMPULAN Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses gramatis Ayat terbitan mengalami proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan Proses pengguguran merangkumi pengguguran FN sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan pengguguran frasa relatif Proses penyusunan semula melibatkan susunan aktif pasif, transformasi pasif, susunan objek, dan ayat songsang Proses peluasan melibatkan FN sebagai subjek, frasa predikat, dan kata hubung dan proses komplementasi Ayat efektif ialah ayat yang mempunyai ciri keutuhan, kesejajaran, kefokusan, kehematan, kecermatan, kesantunan, kevariasian, ketepatan diksi, tiada diksi kurang santun dan tiada kesalahan ayat dari segi struktur dan ejaan

Wahai anakanda cahaya mata rajin dan tekun dalam bekerja MADAH PUJANGGA ORANG YANG GAGAH DAN BERANI IALAH ORANG YANG MAMPU MENAHAN NAFSU KETIKA MARAH Wahai anakanda cahaya mata rajin dan tekun dalam bekerja penat dan letih usah dikira supaya kelak hidupmu sejahtera