Ketam batu : orang yang sangat kedekut Contoh : Janganlah kamu mengharapkan sumbangan daripada Kahar yang ketam batu itu.
Mulut tempayan : tidak dapat menyimpan rahsia. Contoh : Cerita ini jangan kamu beritahu kepada Ana kerana dia mulut tempayan
Putih mata: Kecewa / mendapat malu Contoh : Kakak putih mata apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu gagal
Bagai aur dengan tebing Tolong- menolong antara satu dengan yang lain
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Tiada kata sepakat dalam sesuatu perbicangan
Bagai dakwat dengan kertas Sangat akrab.
Bagai melepaskan batuk di tangga Membuat sesuatu kerja tetapi kerja tidak selesai
Seperti anjing berebut tulang Orang tamak berebut harta
Seperti aur ditarik songsang Pekerjaan atau perkara yang sukar dilaksanakan kerana sudah salah jalan
Seperti hujan jatuh ke pasir. Nasihat yang tidak dihargai
Seperti rusa masuk ke kampung Tercengang-cengang kehairanan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak menurut baka ibu bapanya; sesuatu itu menurut asalnya
Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing Suka duka sama-sama ditanggung
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Berselisih sesama keluarga akhirnya berbaik kembali
Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung Hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah Pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat mendapat susah
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukannya semasa hidup
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Saling membantu, susah senang dinikmati bersama
Harapkan guruh di langit , air tempayan dicurahkan Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil dilepaskan
Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat Sudah lupa akan bahaya , tetapi sebenarnya bahaya tetap mengancam
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Orang susah harus bekerja setiap masa
Kalah jadi abu menang jadi arang Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak menguntungkan mana-mana pihak
Kalau kail panjang sejengkal , lautan yang dalam diduga jangan. Jika mempunyai pengetahuan yang sedikit , janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat dipisahkan
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mendapat kecelakaan kerana percakapan.
Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak Kesalahan orang lain biarpun kecil nampak, kesalahan sendiri tidak disedari.
Lautan mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan Segala usaha tetap ada kesukaran dan bahaya
Lembu punya susu, sapi dapat nama Orang lain yang berusaha, orang lain yang mendapat nama
Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
Naik seperti semut, turun seperti ribut Hendak mendapat kejayaan selalu lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas Adat yang tidak berubah walaupun berganti tahun
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah Sama taraf
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam Sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan, tetapi jika bernasib malang akan mendapat kerugian
Ada gula ada semut Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan
Sarang tebuan jangan dijolok Jangan sengaja mencari kesusahan
Sirih pulang ke gagang Kembali ke tempat asalnya
Sediakan payung sebelum hujan Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana
Sudah jatuh ditimpa tangga Ditimpa kemalangan yang berturut-turut
Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya
Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri
Bahasa jiwa bangsa Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat
Bahasa menunjukkan bangsa Daripada pertuturan seseorang kita dapat mengetahui jenis dan keturunannya