BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif
Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul. Minggu 1 Pengenalan Ilmu linguistik wujud sejak zaman Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam. Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul. Huraian bahasa menggambarkan gagasan pemikiran dan teori yang digunakan oleh ahli linguistik.
Zaman Yunani Heraclitus ; kaitan bahasa dengan alam Plato; Kejituan penggunaan bahasa Aristotle: bahasa adalah persetujuan masyarakat, dilihat dalam konteks
Zaman Romawi Lanjutan Yunani tanpa banyak perbezaan pemikiran Varro; buku tatabahasa Latin Priscian; Institutiones Grammaticae Nahu Latin Priscian menjadi asas falsafah linguistik abad pertengahan Eropah
Minggu 2 Zaman Islam Falsafah bahasa (lughat) Sintaksis (nahwu) Etimologi (sarf) Morfologi (ishtiqaq) Semantik (Ilm-ul-Ma’ani) Stilistik (Ilm-ul-Bayan)
Retorik (Ilm-ul-Badi’) Fonologi (ilm-ul-Qira’at) Wacana (Asbab-ul-nuzul)
Pengertian Teori Pendapat yg dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Maklumat yang dirumuskan oleh teori mendekati ciri ilmu. Berasaskan kebenaran sama ada fakta atau reason (dalil).
Kriteria Teori Ada prinsip asas Dianalisis secara relevan dan bersifat ilmu Ada korelasi antara persoalan Kekukuhan hujah Sistematik
Teori adalah satu penjelasan untuk sesuatu benda @ perkara yang diperhatikan. Justeru linguistik satu bidang bersifat saintifik, tentu mempunyai teori-teori yang dijadikan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa
Minggu 3 Teori Linguistik Seperangkat hipotesis untuk menerangkan data bahasa sama ada bunyi bahasa atau makna. Cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dan kaedah umum dalam penyelidikan bahasa.
Pola Teori Linguistik Membina satu sistem (teori) yang mujarad Mengkaji akibat sistem tersebut Menolak sistem jika tidak dapat meramalkan fakta Mengganti sistem yang lebih sesuai dengan fakta
Teori Bahasa Teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua bahasa manusia di dunia ini.
Andaian dalam Teori Bahasa Menurut ahli falsafah bahasa manusia secara fitrah @ innate mempunyai kebolehan untuk berbahasa. Kebolehan ini merupakan sifat akal (bukan sifat biologis) yang bertempat di dalam otak.
Minggu 4 Linguistik Tradisional Pemerian bahasa berdasarkan bahasa Yunani, Latin dan Sanskrit. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya (banyak contoh). Nahu sebenar (prinsip pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak.
Bagi setiap rumus terdapat banyak kekecualian. Masalah timbul apabila kekecualian melebihi bentuk yang seragam atau yang ada dalam peraturan.
Aplikasi Pemikiran Tradisional Menurut Jespersen nahu terbahagi kepada tiga: fonologi, morfologi dan sintaksis. Bunyi dan signifikasi, bentuk dan fungsi tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan bahasa itu sendiri.
Golongan kata menurut Jespersen: a. kata nama – substantif b. kata ganti nama c. kata kerja (termasuk verbids) d. partikel
Penggolongan kata berdasarkan makna dan fungsi dalam ayat, tetapi penekanan hendaklah kepada bentuk. Dalam menganalisis the young boy ‘young’ sebagai kata adjektif kerana maknanya dan sebagai penerang substantif.
Kata ‘young’ tidak boleh berakhiran jamak [-s], tetapi boleh berakhiran perbandingan [-er, -est]. Peringkat kata (primer @ sekunder) bergantung kepada fungsinya dalam frasa atau ayat sama ada dalam hubungan sendian atau nexus.
Definisi ayat menurut Jespersen ialah “pengucapan manusia yang bebas dan sempurna. Kesempurnaan dan kebebasan itu ditunjukkan oleh kehadirannya secara bersendirian”.
Minggu 5 Strukturalisme Bahasa adalah sistem lambang. Lambang terdiri daripada dua komponen, iaitu bunyi (signifier) dan makna (signified). Bunyi yang tidak bermakna tidak dianggap sebagai signifier.
Analisis Struktural Kata rumah, strukturnya dua suku kata, ru + mah, iaitu S1 + S2. Struktur fonemnya, KVKVK. Frasa rumah besar, struktur bentuknya KN + KS. Struktur fungsinya Inti + Keterangan.
Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK. Struktur fungsinya Subjek – Predikat, atau Pelaku – Perbuatan.
Dalam linguistik struktural bahasa adalah bentuk. Memberi keutamaan kepada bahasa lisan.
Fungsi Bahasa Hubungan antara satu bentuk linguistik dengan bahagian-bahagian lain yang digunakan dalam pola atau sistem linguistik, misalnya dalam nahu, frasa nama boleh berfungsi dalam struktur ayat sebagai subjek, objek, komplemen, dsb.
Peranan yang dimainkan oleh bahasa dalam masyarakat atau antara individu, misalnya bahasa digunakan untuk menghubungkan idea, meluahkan perasaan, dsb.
7 Fungsi Bahasa Alatan (instrumental) Pentertib (regulartory) Interaksi @perhubungan (interactional) Peribadi (personal) Penemuan (heuristic) Khayalan (imaginative) Pernyataan (representational)
Fungsi Bahasa dalam Komunikasi Fungsi yang dijalankan oleh bahasa dalam menimbulkan komunikasi @ perhubungan antara pemeran bahasa, sama ada secara bertutur @ menulis. Penyampaian sesuatu komunikasi ada kalanya menimbulkan tindak balas, ada kalanya tidak.
Tindak balas boleh berupa bahasa @ gerak geri @ kedua-duanya. Antara fungsi bahasa dalam komunikasi ialah perisytiharan, penggerak komunikasi, penghargaan, bertanya, bercerita, berbincang, bekerjasama, berbahas, mengkritik dsb.
Minggu 6 Lakuan Bahasa Tindakan yang dilakukan yang tergambar dalam bahasa yang digunakan. Fungsi butir pertuturan @ tutur kata (lakuan pertuturan).
Permintaan maklumat adalah satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan pelbagai cara (bertanya, meminta @ memberi komen). Bertanya: Siapa nama awak?
Meminta: Saya minta izin untuk bercakap. Membuat komen: A: Ini darah kotor, ya, doktor, perlu dicuci. B: Memang benar.
Minggu 7 Teori Lakuan Pertuturan Bahasa digunakan oleh penutur untuk mempersembahkan lakuan. Bercakap dalam sesuatu bahasa bererti melibatkan diri dengan bentuk lakuan yang terikat dengan peraturan.
Sewaktu bercakap, penutur sebenarnya melakukan sesuatu lakuan pertuturan, seperti membuat pertanyaan, memberikan perintah, dan membuat janji. Lakuan pertuturan adalah yang penutur @ penulis lakukan semasa mengujarkan bentuk-bentuk kata tertentu.
3 gerak laku dalam persembahan lakuan pertuturan: a 3 gerak laku dalam persembahan lakuan pertuturan: a. Lakuan pengucapan b. Lakuan niat pengucapan c. Lakuan tindak balas pengucapan
Ujaran performatif yang nyata Niat pengucapan dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, mis: a) Saya berjanji saya akan datang. b) Saya yakin dia akan menang. c) Saya bersetuju saya silap.
Ujaran performatif yang tidak nyata Niat pengucapan tidak dinyatakan dengan jelas dalam lakuan pengucapan, misalnya: a) Ayah akan padamkan lampu.
Syarat Kesesuaian TLP Syarat kandungan proposisi Syarat Persediaan Syarat Keikhlasan Syarat Tujuan
Ujaran Saya berjanji saya akan menunggu di kantin dapat dianggap sebagai satu janji jika ujaran tersebut memenuhi kesemua syarat kesesuaian perjanjian.
Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai satu pertanyaan jika ujaran tersebut memenuhi syarat-syatat kesesuaian untuk pertanyaan. Ujaran Tak masuk, Inah? juga dapat dianggap sebagai pelawaan jika memenuhi syarat kesesuaian pelawaan
Minggu 8 Teori Transformasi Generatif Bahasa terdiri daripada rumus-rumus yang terhad untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad. Dalam pembentukan ayat terdapat 3 rumus: i) Rumus struktur frasa ii) Rumus transformasi iii) Rumus morfofonemik
Rumus Struktur Frasa Memberi huraian lahiriah kepada sesuatu ayat dengan membahagikan ayat kepada unsur-unsurnya, iaitu frasa. Mis:
(1) Ayat FN + FK (2) FN GNT + N (3) FK Kata Kerja + FN (4) GNT itu (5) N budak, bola dll. (6) Kata Kerja menendang, dll.
Rumus Transformasi Memindahkan bentuk ayat dari satu jenis kepada jenis yang lain. Misalnya daripada ayat berita yang paling ringkas (ayat inti) menjadi ayat tanya, ayat perintah @ ayat pasif.
Rumus Morfofonemik Memberi bentuk ejaan atau bunyi kepada lambang-lambang abstrak seperti FN, FK, dan sebagainya.
Transformasi 1965 Pemindahan struktur dari struktur dalaman kepada struktur permukaan. Dua struktur ini sejajar dengan istilah keupayaan dan pengwujudan.
Keupayaan (competence) : pengetahuan penutur dan pendengar tentang peraturan bahasanya. Pengwujudan (performance): penggunaan bahasa yang sebenarnya oleh penutur dan pendengar dalam kehidupannya dalam masyarakat.
Teori Standard Melalui karyanya Aspects (1965) tersebut, Chomsky mengemukakan teori semantiknya yang dikenali juga dengan teori standard. Makna sesuatu ayat ditentukan oleh struktur dalaman sintaksis.
Teori Standard Tambahan Struktur permukaan juga menentukan makna ayat. Interpretasi semantik ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan.
Minggu 9 Perkembangan Terkini TG (REST) Makna terbahagi kepada dua, iaitu semantik linguistik (makna I) yang ditentukan oleh struktur dalaman dan struktur permukaan sintaksis, dan semantik bukan linguistik (makna II), apabila ayat dihubungkan dengan knowledge of the world.
Semantik Generatif Representasi semantik dan struktur dalaman sintaksis adalah serupa. Rumus transformasi memetakan representasi semantik kepada struktur permukaan. Tidak ada garis pemisah antara sintaksis dan semantik.
Teori Lain Kuasaan dan Tambatan (government and binding) Program minimalis (Minimalist programme)
Minggu 10 Teori Semantik Teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Sebarang teori semantik mesti memenuhi 3 syarat:
1. Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut. 2. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat. 3. Mesti menjelaskan hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan dsb.
Keperihalan Keadaan Ayat Makna dilihat berdasarkan konteks tertentu dalam pelbagai peringkat struktur bahasa: Fonologi Morfologi Leksikal Ayat
Faktor Keperihalan Keadaan Para peserta (pengambil bahagian) dalam pertuturan. Perkara yang diperkatakan Kesan daripada pertuturan.
Minggu 11 Pragmatik Semantik: makna ditakrif semata-mata sebagai ciri ungkapan bahasa. Pragmatik: makna ditakrif mengambil kira penutur @ pengguna bahasa. Pragmatik adalah kajian makna yang mengambil kira situasi pertuturan.
Aspek Situasi Pertuturan Penutur dan Pendengar Konteks ujaran Matlamat ujaran Lakuan pertuturan Kesan ujaran
Semantik Sistem Penuh Bentuk logik Bentuk proposisi Prinsip pragmatik dan maklumat konteks.
Teori Relevans Konteks Kesan konteks Usaha memproses Yang ditekankan dalam ujaran adalah kerelevanan bukan kebenaran mutlak.
Kesan konteks yang banyak berserta usaha memproses maklumat yang rendah akan menjamin kerelevanan sesuatu ujaran. Semakin rendah usaha memproses maklumat, semakin relevanlah sesuatu ujaran.
Minggu 12 Analisis Wacana Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dalam urutan ujaran. Dalam komunikasi, konteks situasi @ hubungan ujaran antara ayat sangat penting. Analisis wacana mengkaji bahasa dari segi penggunaannya.
Ciri-Ciri Wacana Tujuan Keteraturan Fikiran Tetenunan Susunan Maklumat Konteks situasi pertuturan
Minggu 13 Pendekatan Analisis Wacana Etnografi komunikasi (grid SPEAKING). Analisis Perbualan (peraturan percakapan, struktur perbualan, pasangan sisi, giliran bertutur)
Analisis Genre Genre merujuk kepada kelainan bahasa (lisan @ tulisan) yang dapat dibezakan secara formal dan telah mencapai tahap dikenali secara umum (general recognition) seperti iklan, khutbah dsb. Genre sebenarnya adalah jenis penulisan yang mempunyai bentuk, kandungan, dan tekniknya yang menggambarkan adanya jaringan sosial (social network) tertentu yang menggunakannya.
Minggu 14 Unsur Genre dan Jaringan Sosial Bentuk: pemeran (orang yg terlibat), latar (fizikal, suasana), saluran komunikasi (bersemuka, telefon), peraturan interaksi (giliran, pilihan bahasa), dan struktur interaksi. Kandungan: Maklumat (apa yang diperkatakan) dan tujuan (untuk apa).
Teknik: meliputi lakuan bahasa (permintaan, pertanyaan, dsb), dan strategi komunikasi (kaedah langsung, tak langsung, bercerita semula, dsb). Jaringan sosial: para pemeran dalam peristiwa bahasa dan pemeran di belakang tabir yang berkuasa terhadap keseluruhan peristiwa bahasa tersebut.
Sekian, terima kasih