BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KPS 5042 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Advertisements

Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Disediakan oleh: Kumpulan 3
PERANG DUNIA PERTAMA.
BAB 3 ancaman parti kounis Malaya dan darurat.
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
BAB 5 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA.
SISTEM STRUKTUR PEMERINTAHAN / PENTADBIRAN
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEJARAH TINGKATAN 3 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
2.4.2 Perjuangan Tokoh UMNO Tokoh-tokoh UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949 Antaranya:-
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
FAHAMAN KOMUNIS Pengasas Cara penyebaran komunis Bila di asas Tujuan
MALAYSIA YANG BERDAULAT
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
RUKUN NEGARA.
kaum ke arah kemerdekaan
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
SISTEM PENTADBIRAN KELANTAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Sejarah Tahun 6 UNIT 10: MALAYSIA DAN DUNIA
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pengasasan kesultanan melayu melaka
PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.
PEMIMPIN-PEMIMPIN TERKENAL KETIKA PERANG DUNIA KEDUA
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
IMPERIALISME BARAT.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB6:PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Malaysia yang berdaulat
PAS PENGENALAN AM.
MALAYSIA YANG BERDAULAT
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
BADAN PEMERINTAHAN I: EKSEKUTIF DATIN DR. SARVINDER KAUR
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
SEJARAH AWAL NEGARA MELAKA PENJAJAHAN KUASA ASING
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
BAB 3 TINGKATAN 3 ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
En.Wan Mat Noor b. Wan Omar
ANITA A/P PARAMASVARAN
Disediakan oleh : Pn. Anita Paramasvaran SMK SERI MUTIARA, CHERAS.K.L
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN KEDAH
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
BADAN PEMERINTAHAN I: EKSEKUTIF DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
Transcript presentasi:

BAB 6 KOMUNIS DAN DARURAT DI TANAH MELAYU

Perbincangan berkisar kepada: PENGENALAN Perbincangan berkisar kepada: Latar belakang kewujudan Parti Komunis di Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan nama Parti Komunis Malaya (PKM). PKM pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Peristiwa darurat (1948 – 1960). Kesan akibat darurat.

Masyarakat Cina di Tanah Melayu; PARTI KOMUNIS MALAYA Latar Belakang Awal Masyarakat Cina di Tanah Melayu; prihatin dengan peristiwa di China melalui migrasi berterusan. Tanah Melayu sebagai tempat sementara untuk mencari rezeki. Kemunculan ideologi dan pengaruh komunis di kesan pada tahun 1921 atau 1922.

Masyarakat Cina telah pun mempunyai kesedaran politik dan cita-cita revolusioner Persatuan Kemuafakatan Pusat (Chung Ho Tang) 1904 ditubuhkan di Tanah Melayu dan Singapura. 1906, Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Persatuan Perikatan (Tung Meng Huim). Parti Kuomintang (KMT) pimpinan Dr. Sun Yat Sen telah bertapak sejak 1911 serentak dengan kejayaan membentuk sebuah republik di China. KMT telah mewujudkan cawangan-cawangan partinya.

Kemunculan awal ideologi komunis dikesan melalui beberapa penerbitan komunis dalam bahasa Cina yang tersebar (a) Berita mengenai negeri China dan Rusia yang dihantar terus dari Canton. (b) Berita propaganda mengenai buruh dan wanita yang diterbitkan di Canton. (c) Risalah kaedah mengajar ideologi komunis di Rusia dan China serta manifesto Parti Komunis Amerika. (d) Buku “Komunis dan Negara China” karangan Tsz Yan. (e) Risalah komunis yang bertajuk “Parintis” (Pioneer). Bahan bacaan ini sebagai bukti terhadap adanya penyebaran ideologi komunis.

Parti Komunis China (PKC) sehingga 1924 belum ada usaha mengembangkan sayapnya ke sini. 1925 mula menjalin hubungan dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu melalui usaha Alimin (tokoh utama Parti Komunis Indonesia) dan Tan Melaka mengembangkan ideologi komunis di kalangan puak yang radikal dan revolusioner. terbatas kepada orang Cina sahaja setelah orang Melayu tidak menunjukkan minat.

Parti Komunis Nanyang (South Seas Communist Party – PKN) ditubuhkan di Singapura Singapura dijadikan pangkalan penyebaran pengaruh mengawas dan menyelaras perkembangan komunis di Asia Tenggara (kecuali Burma). Ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pihak sayap kiri yang menganggotai KMT. PKN mempunyai dua badan massa Kesatuan Sekerja Umum Nanyang (Nanyang General Labour Union) Liga Belia Komunis (Communist Youth League) meresap masuk ke dalam pertubuhan pekerja dan juga belia.

Pergerakan Berorganisasi 30 April 1930 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan - Fu Ta Ching menjadi Setiausaha Agung pertama. melahirkan kembali kesatuan sekerja - Kesatuan Sekerja Umum Malaya (Malayan General Labour Union). cuba mengembangkan pengaruh kepada seluruh masyarakat Tanah Melayu berhasrat untuk menubuhkan sebuah republik komunis Tanah Melayu. PKM kekal sebagai parti kecinaan kerana keseluruhan pemimpin dan ahlinya terdiri daripada orang Cina

Sokongan terhadap PKM semakin meningkat, menganjur tunjuk perasaan dan rusuhan anti-Jepun bila Jepun menyerang Manchuria pada 1931 masyarakat Cina menubuhkan Tabung Bantuan Perang dan Persatuan Tentera Pembebasan Nasional (National Salvation Army Association). ditukar nama menjadi Liga Anti-Imperialis Malaya (The Malayan Anti-Imperialist League). ramai daripada pemimpin mereka ditangkap termasuklah Setiausaha Agung dan Joseph Ducroix, ejen Comintern di Singapura.

PKM berjaya berkembang dan mendapat sokongan kerana keadaan semasa Kemelesetan pada tahun 1929 hingga awal 1930an Serangan Jepun ke atas Manchuria pada 1931 Serangan dan penaklukan Jepun ke atas China pada tahun 1937. Sikap majikan “tidak mesra pekerja” memudahkan komunis menghasut

PKM sekali lagi berusaha menarik kaum lain menjadi anggotanya. Loi Teck (1935) seorang anggota komunis dari wilayah Annam, telah menyusun kembali jentera dan disiplin parti. menjadi Setiausaha Agung parti pada 1939. PKM sekali lagi berusaha menarik kaum lain menjadi anggotanya. puak radikal Melayu yang berjuang untuk menghalau penjajah dari Tanah Melayu.

Politik semasa memerlukan wujudnya kerjasama antara PKM dengan kerajaan. Perang Dunia Kedua (PDK) tahun 1939 di Eropah, menjadikan komunis Rusia sebagai angkatan bersekutu kepada Inggeris. Penglibatan Jepun dalam peperangan di Asia memaksa kerajaan mencari jalan untuk berbaik-baik dengan PKM. Kelihatan seperti PKM dan kerajaan saling memerlukan. Kerajaan perlukan PKM untuk sama-sama mempertahankan Tanah Melayu yang akan diserang oleh Jepun. PKM memerlukan pengiktirafan kerajaan untuk mengesahkan kewujudan dan perjuangan mereka.

Kerajaan melatih rekrut-rekrut baru PKM PKM DALAM ZAMAN JEPUN Penglibatan Jepun dalam PDK dan slogan “Asia Untuk Asia” banyak memberi manfaat kepada PKM. 8 Disember 1940, PKM tanda tangan perjanjian kerjasama dengan kerajaan bagi menentang Jepun. Kerajaan melatih rekrut-rekrut baru PKM peperangan secara gerila atau gerakan bawah tanah.

Intisari perjanjian (a) Bebaskan semua anggota PKM yang ditangkap pada 15 Disember 1941. (b) PKM akan menyatukan semua rakyat bagi menentang Jepun dan mempertahankan Tanah Melayu bersama British. (c) Membasmi semua gerombolan sayap kelima (Fifth Colummist); ejen musuh dan pembelot. (d) Semua anggota parti dan rakyat akan dilengkapi dengan senjata untuk menentang kemaraan Jepun. (e) Menubuh pasukan gerakan bawah tanah bagi menentang Jepun melalui keganasan.

PKM mengumpul 200 orang pemuda Cina yang terpilih dan dihantar ke Sekolah Latihan Khas 101 (101 Special Training School), Singapura menjadi pemangkin (nucleus) kepada Kumpulan Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (Malayan People’s Anti-Japanese Army – MPAJA). Jepun mendarat di Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Disember, kalahkan pertahanan kerajaan di Jitra, Kedah, sampai ke Singapura pada 8 Februari. Tanah Melayu dan Singapura dijajah pada 15 Februari 1942.

Strategi MPAJA menentang Jepun berjaya menambahkan anggota kepada 7000 orang, elak peperangan secara berhadapan atau terbuka tumpuan kepada mengumpul maklumat dan membuat serang hendap. PKM menerus usaha memantapkan organisasi dan merekrut ahli menentang Jepun dan kemudiannya sebagai persiapan menghadapi Inggeris apabila mereka kembali semula.

PKM dan MPAJA mendapat rangsangan baru kerajaan melancarkan perang gerila melalui Pasukan 136 (Force 136) yang mula beroperasi pada Mei 1943. pemerintah Force 136 di Colombo bangga dengan maklumat dan perjuangan MPAJA. Force 136 bersetuju melatih gerila MPAJA dan memberi bantuan makanan dan logistik. Pemerintah British Asia Tenggara menetapkanmenduduki kembali Tanah Melayu menjelang bulan November 1945.

SEBELUM PERISTIWA DARURAT Pengalaman Zaman Kekosongan PKM dan MPAJA mendapat banyak pengalaman semasa zaman Jepun. Jepun menyerah kalah bom atom di Hiroshima 6 Ogos dan di Nagasaki 9 Ogos 1945 berlakunya zaman kekosongan di Tanah Melayu - Inggeris belum sampai PKM dan MPAJA merayakan kemenangan. gerila keluar ke bandar menawan beberapa balai polis membunuh orang Melayu - balas dendam kerana dianggap bersubahat dengan Jepun.

Berlaku rusuhan kaum di beberapa tempat seperti di Kampong Bekor, Manong, Kuala Kangsar, Sungai Manik di Perak dan di Batu Pahat, Johor imej PKM tercemar di kalangan orang Melayu. PKM memutuskan untuk bekerjasama dan meneruskan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu melalui saluran perlembagaan atau politik.

Pentadbiran Tentera British (BMA) tiba pada September 1945 telah diterima semula oleh PKM dan penduduk. untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman rakyat. MPAJA dengan anggota 10,000 orang dibubarkan pada 1 Disember 1945. diberi ganjaran RM300 seorang banyak senjata dan peralatan logistik diserah kembali.

Zaman Malayan Union dan Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu British ingin meneruskan cengkamannya terhadap Tanah Melayu melalui Malayan Union. British mengetepikan PKM yang berharap untuk berkongsi kuasa memerintah. PKM memainkan semula peranan lama mereka menerusi kesatuan sekerja

PKM menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) pada 21 Disember 1945 sebagai organisasi depannya PKM mengharapkan BMA akan berkompromi dengan tuntutan mereka setelah menghentikan perjuangan secara militan bagi menegakkan Republik Komunis Tanah Melayu.

Januari 1946 “kertas putih” mengenai Malayan Union (MU) dilancarkan, MDU menerimanya kerana ada syarat longgar mengenai kewarganegaraan tetapi mendesak kerajaan memasukkan sama Singapura. Atas desakan orang Melayu British terpaksa menangguhkan MU Tidak menerima cadangan MDU Tidak membawa dalam perundingan perlembagaan baru.

PKM mencadangkan di tubuh satu Barisan Bersatu Baru bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Dewan Perniagaan Cina bagi menentang kerajaan. 14 Disember 1946, Majlis Tindakan Bersama (Council of Joint Action) ditubuhkan, ditukar kepada Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA).

tujuan PMCJA adalah berunding dengan kerajaan mengenai isu memasukkan Singapura, taraf kerakyatan dan hak menubuhkan kerajaan sendiri. kerajaan menolak Cadangan Perlembagaan Rakyat yang mereka kemukakan pada bulan Oktober 1947.

Undang-undang darurat memberi banyak kuasa kepada kerajaan. PERISTIWA DARURAT Kempen Awal Undang-undang darurat memberi banyak kuasa kepada kerajaan. 23 Julai 1948 kerajaan mengharamkan PKM dan membuat tangkapan besar-besaran. 1000 orang berjaya ditangkap dan kerajaan mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan senjata api. Liew Pit yang menjadi wakil Jawatankuasa Pusat PKM juga tertangkap. ahli PKM melarikan diri ke hutan dan bermulalah perjuangan bersenjata secara rasmi apabila PKM mengisytiharkan ‘Perang Pembebasan Anti-British’.

PKM berjaya menghimpun kembali anggota MPAJA kira-kira 12,000 orang bentuk lapan rejimen yang - Tentera Rakyat Anti-British (Malayan People Anti-British Army – MPABA) - menjadi Tentera Pembebasan National Malaya (MRLA) pada Februari 1948. PKM membentuk sel-sel yang dikenali sebagai Min Yuen. ejen mendapatkan bekalan makanan, rekrut baru dan juga maklumat dari rakyat.

Mengikut peraturan darurat, kerajaan diberi kuasa: (a) Menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa bicara dalam tempoh dua tahun. (b) Melarang sebarang penulisan, penerbitan dan penjualannya, atau melarang menyebarkan dokumen, poster, sepanduk yang pada pandangan polis menimbulkan suasana menghasut. (c) Kerajaan boleh menduduki atau menggunakan mana- mana bangunan atau kenderaan bagi tujuan menjaga keamanan. (d) Membuat kawalan ke atas semua laluan jalan raya. (e) Menyurai sebarang bentuk perhimpunan. (f) Menguatkuasakan perintah berkurung.

(g) Menangkap sesiapa sahaja yang disyaki tanpa waran. (h) Mengenakan hukuman mati kepada mereka yang menyalahgunakan senjata api. (i) Menghukum mana-mana individu yang sengaja membuat laporan palsu kepada polis. (j) Merampas sebarang perniagaan yang keuntungannya disalurkan kepada perjuangan komunis. (k) Menangkap semua penduduk yang kawasannya disyaki sebagai tempat menyalur sumber makanan, tenaga dan maklumat keselamatan kepada komunis. (l) Kerajaan boleh mengguna sebarang kekerasan terhadap rakyat yang tidak patuh dengan arahan penggunaan senjata api atau bagi tujuan untuk menangkapnya. (m) Memindahkan rakyat yang menggunakan atau menduduki tanah kerajaan.

menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu memerlukan simpati, sokongan, bantuan dan penyertaan orang Melayu. kesilapan masa lalu mahu diperbetulkan dengan mendekati kembali orang Melayu. rejimen khas orang Melayu ditubuhkan Rejimen Kesepuluh beroperasi di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Angka sepuluh sempena 10 Zulhijah (Hari Raya Korban) - tarikh penubuhannya. bawah pimpinan Abdullah C.D. dan Rashid Maidin.

Tindakan Awal Kerajaan 1. Memperkuatkan Pasukan Keselamatan 10,000 anggota polis ditempatkan di bandar dan kampung. 10 batalion tentera ditugaskan memburu musuh di pinggir dan dalam hutan. Kekuatan polis dan tentera ditambah. 1949, kekuatan polis 47,000 orang 1950, kekuatan tentera 32,000 orang

Sistem perhubungan wayarles diperluaskan. Balai polis, pondok dan pos-pos baru diperbanyakkan di seluruh negara. Pasukan Sempadan (Frontier Force) mengawal sempadan Tanah Melayu-Thailand Perjanjian dengan Thailand menentang komunis tindakan yang keras terhadap penduduk yang disyaki Jun hingga Disember 1948, 5097 orang Cina di pinggir hutan ditahan tanpa bicara

2. Rancangan Briggs Leftenan General Sir Harold Briggs - Pengarah Gerakan Tanah Melayu dilantik pada April 1950. Usaha bersepadu pasukan keselamatan meneruskan pemburuan dan memusnahkan komunis dan dalam masa yang sama rakyat “dimenangi hati dan perasaan” mereka (to win the hearts and minds of the people) untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan.

(a) Memperkenalkan Rancangan Kampung Baru Melalui undang-undang penempatan dalam Peraturan Darurat (Emergency Regulations). penduduk Cina dikumpul ke satu kawasan yang boleh dikawal lebih 650,000 penduduk ditempatkan ke 600 petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Mengambil masa selama empat tahun dengan belanja AS$44.3 juta.

(b) Memperkukuh Bidang Perisikan Pengarah Gerakan melantik Guy C. Madoc mengetuai badan perisikan Cawangan Khas (Special Branch – SB). (c) Menubuhkan Pasukan Kawalan Keselamatan Tambahan Pasukan Kawalan Kampong (Home Guard) dibawah kawalan Angkatan Tentera Menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Perang (War Executive Committees) melibatkan jabatan kerajaan dari peringkat pusat sehingga ke 128 peringkat daerah.

(d) Mengistiharkan “Kawasan Hitam atau Putih” Ogos 1950, PKM ubah strategi mengurangkan tindakan mengganggu penduduk dan serangan ke atas pasukan keselamatan. menyusun kembali gerakan dengan bertambahnya ahli baru - ramai pemuda Cina lari ke dalam hutan kerana tidak mahu turut serta dalam Skim Kerahan Tenaga dilancar pada 21 November 1950.

lancar serangan besar-besaran bagi menggagalkan Rancangan Briggs Februari hingga Ogos 1951 tertumpu kepada orang kampung, balai dan pondok polis terpencil serta pasukan tentera yang membuat rondaan. kemenangan moral serangan hendap dan membunuh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Bukit Frazer pada 6 Oktober 1951.

Operasi di kawasan selatan Tanah Melayu terus berkurangan dan diberhentikan. diisytiharkan sebagai “Kawasan Putih”. Melaka - Kawasan Putih bagi seluruh negerinya pada 3 September 1953. Pasukan keselamatan beri tumpuan kepada kawasan di bawah Setiausaha Agung PKM Chin Peng Chin Peng dan pasukannya yang berpusat di Mentakab melarikan diri ke sempadan Tanah Melayu-Thailand di kawasan Kroh-Betong. dituruti oleh rejimen lain termasuklah Rejimen Kesepuluh

(f) Pengiktirafan Politik dan Pentadbiran Kerajaan melihat ideologi dan perjuangan komunis mesti diatasi dengan cara politik, selain daripada operasi ketenteraan dan jentera pentadbiran. sentimen perkauman begitu meluas. rasa marah orang Melayu terhadap orang Cina dan komunis begitu menebal - sebut Cina tergambar kekejaman komunis - sebut komunis, itulah orang Cina. tarik perhatian kaum imigran supaya merasakan Tanah Melayu ialah negara mereka. Bagi menjayakan rancangan ini, beberapa program dilaksanakan;

Hak kewarganegaraan telah diperluaskan kaum imigran yang telah tinggal berterusan selama lapan tahun dan boleh berbahasa Melayu atau Inggeris serta sanggup memberi ketaatan kepada Tanah Melayu. (ii) Orang bukan Melayu digalakkan menubuhkan parti politik mereka sendiri. Malayan Chinese Association (MCA) pada bulan Februari 1949. Malayan Indian Congress (MIC) - lebih awal lagi.

Tanah Melayu akan diberi taraf bekerajaan sendiri sebelum mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liaison Committee) ditubuh pada 1949 memperkenalkan Sistem Ahli (Membership System) pada 1951, perkenal pilihanraya peringkat bandaran di negeri-negeri kemerdekaan Tanah Melayu dalam masa yang terdekat

PKM merasakan corak dan perjuangan harus disesuaikan 3. Rundingan Baling PKM merasakan corak dan perjuangan harus disesuaikan Perjuangan bersenjata dan kekerasan tidak praktikal pasukan keselamatan telah diperbesar dan diperlengkap penyokong dan yang simpati telah dikawal rakyat telahpun selesa dengan sistem/peraturan yang laksanakan.

Di peringkat antarabangsa telah memperlihatkan satu kompromi atau usaha damai antara perjuangan komunis dengan demokrasi. Di Indochina dan Korea telah diadakan gencatan senjata pada tahun 1951 dan 1953 lagi. Perjuangan pemberontakan Huk di Filipina telah ditewaskan pada tahun 1954. Pemimpin utama komunis Russia Khruschev telah menyarankan supaya diwujudkan suasana aman damai Komunis China telah menyuarakan tidak akan membantu lagi perjuangan PKM semasa Sidang Bandung tahun 1955.

PKM ingin turut serta dalam Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1955. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri pada 31 Julai 1955, mendapat kebenaran kerajaan memberi pengampunan kepada PKM yang menyerahkan diri mulai 9 September 1955. Rundingan Baling telah berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955.

Persidangan pertama berlangsung pada jam 1415. Wakil kerajaan : Tunku, David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lok. PKM : Chin Peng, Chen Tien (menjadi penghubung PKM dalam menjayakan pertemuan perundingan) dan Abdul Rashid Maidin. Dari apa yang digambarkan oleh Tunku bahawa Chin Peng tidak bersedia menerima syarat menyerah diri dan meletakkan senjata.

pertemuan kedua pada esoknya. Tunku tidak dapat menerima tuntutan PKM untuk menyerah diri dan meletakkan senjata tanpa syarat dan dibenarkan partinya bergerak sebagai parti politik yang sah. PKM tidak berputus asa. Ada usaha untuk mengadakan rundingan kedua setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. ditolak oleh Tunku kerana yakin negara akan dapat mengatasi masalah komunis.

KESAN DARURAT KEPADA KEMERDEKAAN Persekutuan Tanah Melayu terus mengalami perkembangan politik. Perjuangan komunis diteruskan dengan menumpang dan mengembangkan pengaruh ideologi politik melalui parti politik berhaluan kiri Parti Front Sosialis, Parti Rakyat, Parti Buruh, Parti Progresif Rakyat dan Parti Pemuda Sosialis

Kesan daripada peristiwa pemberontakan PKM dan darurat; Ketegangan Hubungan antara Kaum a) Prasangka Perkauman Memuncak Memperlihatkan satu suasana tegang antara orang Cina dengan orang Melayu. Zaman kekosongan dan pemberontakan komunis ini - sejarah “pergaduhan”.

PKM mati 6,710 orang, tercedera 2,819 orang, ditawan 1,286 orang dan 2,702 orang. Dari jumlah ini sebahagian besarnya ialah orang Cina. Polis biasa terkorban 511 orang dan 701 orang tercedera; Polis Khas: terkorban 593 orang dan cedera 746 orang; Pasukan Polis Tambahan: terkorban 242 orang dan cedera 154 orang. Angkatan Tentera terkorban 519 orang dan 959 orang tercedera. Hampir keseluruhan mereka yang terlibat ialah orang Melayu. Orang awam seramai 2,473 orang terkorban, 1,385 orang tercedera dan 818 orang dilaporkan hilang tanpa dikesan

b) Petempatan yang Berasingan Konsep kampung baru diperkenalkan daripada 600 petempatan hanya 9% sahaja petempatan untuk orang Melayu dan 4% untuk orang India serta 1% untuk lain-lain kaum. Apa yang menebalkan permusuhan ini kemudahan asas dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. 500 petempatannya didiami oleh orang orang Cina mendapat semua kemudahan yang diperlukan. kampung Melayu tradisi yang berhampiran diabaikan oleh kerajaan.

Orang Melayu merasakan mereka yang sentiasa memberi sokongan dan berkorban membantu kerajaan dalam menangani komunis diabaikan pihak yang membantu ataupun menjadi tali barut komunis diberi layanan yang baik. mereka kehilangan keluarga yang terkorban dalam tugas pasukan keselamatan atau dibunuh oleh komunis.

c) Ketaatsetiaan yang Dipertikaikan Skim ini mewajibkan penduduk berusia 20-30 tahun mendaftarkan diri menjadi anggota pasukan keselamatan. antara bulan Februari hingga Ogos 1951 - tidak kurang dari 10,000 pemuda mendaftar belia Cina melarikan diri ke negeri China tidak kurang juga yang masuk hutan menyertai PKM. dalam tempuh yang sama jumlah penumpang kapal ke India sentiasa meningkat.

Kerajaan dan orang Melayu marah serta kecewa belia-belia Cina dan India tidak menyahut seruan kerajaan menentang komunis melalui Skim Kerahan Tenaga yang dilancarkan pada 21 November 1950. sikap mereka ke atas terhadap negeri ini yang hanya sekadar tempat untuk mencari kekayaan semata-mata. walau bagaimanapun, ada juga pemuda Cina yang berjiwa patriotik apabila seramai 200 orang menyertai pasukan keselamatan

d) Hak Kewarganegaraan dan Berpolitik Kewarganegaraan merupakan isu yang sensitif. Ia adalah hak mutlak rakyat asal atau pribumi sesebuah negeri. Memberi kerakyatan yang membawa kepada persamaan taraf terhadap kaum imigran, merupakan satu pengorbanan yang semestinya diberi timbal balas. Setelah orang Cina diberikan hak kewarganegaraan, sekali lagi kerajaan menunjukkan sikap kasih kepada mereka dengan mendorongkan penubuhan MCA bagi menghilangkan prasangka atau prejudis “Cina itu Komunis, Komunis itu Cina”.

Setelah kedua-dua ini diberi, rasa kasih mereka terhadap negeri ini masih lagi berbelah bagi. Rasa kecewa orang Melayu sekali lagi terasa setelah adanya orang-orang Cina di Pulau Pinang dan Melaka yang mahu terus menjadi warganegara Kerajaan Queen dan tidak mahu mencapai kemerdekaan bersama.

2. Peruntukan Keselamatan yang Meningkat Untuk tujuan pertahanan, dianggarkan sebanyak $136,239,000.00 telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan Secara keseluruhan, kira-kira $721.9 juta yang dibelanjakan dalam dalam usaha mencapai kemerdekaan.

3. Ekonomi Negara Hampir Lumpuh Keganasan oleh gerila komunis serta tindak balas pasukan keselamatan menjejaskan ekonomi negara. Banyak ladang getah dan lombong tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana pekerja menjadi takut. Komunis juga mengganggu mereka yang bercucuk tanam di tepi kampung atau pinggir hutan. menjejaskan hasil sayuran dan tanaman

Catuan makanan kerana kekurangan beras apabila orang Melayu tidak dapat mengusahakan sawah padi dan berhuma dipinggir hutan - tahun 1948 kawasan tanaman padi seluas 95,757 ekar telah berkurangan menjadi 67,465 ekar pada tahun 1951.

4. Hubungan Baik Parti politik yang bersemangat nasionalis kanan mendapat keuntungan setelah diwujudkan usaha menyatukan kaum-kaum yang ada. UMNO mengajak orang Melayu bersatu menentang komunis dan berusaha untuk mencapai kemerdekaan - ramai pegawai Melayu dilantik ke jawatan dan pangkat sewajarnya menggantikan pegawai Inggeris Menuntut Kerajaan British memberi bantuan 10 juta pound atau kira-kira $85 juta bagi memajukan bidang pertanian dan ekonomi orang Melayu dalam tempoh lima ke sepuluh tahun.

Teruji kefahaman Islam orang Melayu - menolak fahaman komunis yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Chong Yin Nam menyamar sebagai Islam dengan nama Haji Hashim untuk mempengaruhi orang Melayu. Tokoh komunis Melayu - Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Musa Ahmad tidak banyak membawa kesan. Mereka ini sendiri dikatakan lebih mengamalkan prinsip “Islam didahului, barulah Komunis”,

KESIMPULAN Darurat tidak pernah menghalang cita-cita utama sebahagian besar rakyat yang mahukan kemerdekaan. Pembanterasan komunis mula menampakkan kejayaan setelah orang Melayu melibatkan diri dalam pasukan keselamatan. Orang bukan Melayu (terutamanya orang Cina) telah menunjukkan sikap bekerjasama dengan tidak membantah apabila dipindahkan.

Gerakan intensif PKM semuanya berakhir dengan kegagalan. Peristiwa darurat menjadikan orang Melayu terus bersatu. PKM telah gagal dalam Perundingan Baling dan perjuangan PKM kian pudar. Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957.

Darurat diisytiharkan tamat pada 19 April 1960 di Parlimenl berkuatkuasa pada 31 Julai 1960. setelah kawasan hitam semakin mengecil. Perjuangan selama 12 tahun satu bulan dan 15 hari telah berakhir dengan sia-sia dari segi perjuangan bersenjata mahupun politik.