MINGGU 6 KLASIFIKASI BAHASA.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PERSEBARAN NENEK MOYANG BANGSA INDONESIA
Advertisements

LINGUISTIK KOMPARATIF &
Klasifikasi Bahasa Austronesia Berdasarkan Wilayah
Dialektologi Diakronis dan Interdisiplin Dialektologi
Sejarah bahasa, Tipologi, dan Klasifikasi bahasa
Sejarah indonesia Kelompok 4.
Sejarah bahasa, Tipologi, dan Klasifikasi bahasa
NEGARA BERKEMBANG DAN NEGARA MAJU.
DIFERENSIASI RAS Kelompok 1
Iklim Tropis Asia, Indonesia, Sumatra, Lampung
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
HAKIKAT DAN FUNGSI BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA SEJARAH, KEDUDUKAN DAN FUNGSI
PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN “Kewarganegaraan “
BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
Linguistik sebagai Ilmu:
Pengertian Tatabahasa,
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
FALSAFAH BAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA:
Lima Dimensi Pembelajaran Bahasa Kedua
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
PERSEBARAN NENEK MOYANG BANGSA INDONESIA
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (EED3200) KULIAH 2 Sejarah Bahasa dan ketamaduan Melayu oleh Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
ASAL-USUL BAHASA DAN BANGSA MELAYU
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
MINGGU 6 KLASIFIKASI BAHASA.
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Interaksi masyarakat di berbagai daerah dengan tradisi Hindu-Budha
PENGELASAN BAHAN.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
PENGERTIAN TATABAHASA,
Bendera-bendera negara
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA
Perkembangan ilmu linguistik:
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI 3 KREDIT
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
Perkembangan ilmu linguistik:
Perkembangan ilmu linguistik:
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Pertemuan 3 KONSEP SUKU BANGSA
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
BBM 5102 Kajian Linguistik Perbandingan dan Persejarahan
KONDISI KEPULAUAN INDONESIA. NENEK MOYANG BANGSA INDONESIA Untuk mengetahui asal nenek moyang bangsa Indonesia, kita bisa menggunakan dua cara, yakni.
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Wilayah dan Iklim Tropis. Pengertian iklim adalah kondisi rata-rata cuaca berdasarkan waktu yang panjang untuk suatu lokasi di bumi. Adapun studi tentang.
Transcript presentasi:

MINGGU 6 KLASIFIKASI BAHASA

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat menghuraikan bahasa berasaskan pendekatan: > genetik > tipologi > kawasan > sosiolingistik

KLASIFIKASI BAHASA Bahasa di dunia sangat banyak, penggunanya pelbagai bangsa dan penggunaannya pelbagai ragam dan gaya. Klasifikasi bahasa bertujuan untuk mengenal pasti ciri persamaan bahasa dalam kelompok dan subkelompoknya. Antara pendekatan yang popular digunakan ialah: > Pendekatan Genetik > Pendekatan Tipologi > Pendekatan Kawasan > Pendekatan Sosiolinguistik

KLASIFIKASI GENETIK Dikenali juga dengan nama klasifikasi Geneologi, iaitu klasifikasi yang berasaskan susur galur keturunan bahasa.Klasifikasi ini dibawahi oleh teori Pohon dan teori Gelombang. Teori pohon mengatakan bahawa suatu bahasa proto akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu, dua atau lebih. Bahasa baharu itu pula akan pecah dan mewujudkan bahasa baharu yang lain. Teori Gelombang pula mengatakan bahawa perkembangan bahasa terjadi seperti gelombang yang disebabkan oleh seketul batu yang dijatuhkan di tengah kolam. Semakin jauh, riak gelombang semakin kurang, dan akhirnya hilang.

KLASIFIKASI GENETIK Perubahan bahasa terjadi kerana penggunanya tersebar ke merata tempat kerana sebab tertentu. Oleh sebab tiada kontak dengan induknya, maka bahasa itu semakin berubah. Klasifikasi genetik ini berasaskan kriteria persamaan bentuk bunyi dan makna. Bahasa yang mempunyai banyak persamaan ini bersumberkan bahasa proto yang sama. Kriteria ini juga dikenali dengan nama Kaedah Rekonstruksi Dalaman. Kaedah Rekonstruksi Dalaman bergantung pada data diakronik yang ada dalam sesuatu bahasa. Kaedah ini berasaskan andaian wujudnya perubahan bunyi dengan tidak mengambil kira golongan morfologinya.

KLASIFIKASI GENETIK Kaedah perbandingan dan kaedah rekonstruksi dalaman digunakan pada bahasa lisan untuk menentukan kekerabatan serta menyurih bentuk kuno. Asasnya ialah setiap bahasa akan berobah, dan setiap bahasa akan pupus. Kadar pemupusan leksikon dalam sesuatu bahasa atau kadar pengekalannya telah digunakan dalam kajian linguistik sejarah untuk menentukan tahap kekerabatan sesuatu bahasa. Tatacara ini dinamakan glotokronologi atau leksikostatistik.

KLASIFIKASI GENETIK Asas andaiannya ialah: * leksikon asas lebih lama pengekalannya daripada leksikon jenis lain. * kadar pengekalan leksikon asas lebih lama * kadar pemupusan sama antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

TEORI POHON A (bahasa proto) A1 A2 A3 A11 A12 A13 A21 A22 A31 A32 A111 A112 A113 A211 A212 A311 A312 A313

KLASIFIKASI GENETIK Klasifikasi ini akan dapat menentukan jarak masa terjadinya pemisahan antara kedua-dua bahasa yang berkeluarga itu. Klasifikasi genetik ini juga bersifat tidak arbitrari, tetapi bersifat tuntas dan unik. Berasaskan sifat ini dan gejala persamaan, dianggarkan terdapat lebih 4 ribu bahasa di dunia. Pembahagiannya adalah seperti yang berikut: 1. Bahasa Indo-Eropah a. Bahasa India: India Kuno (Sanskrit, Weda), India Pertengahan (Prakrit, Pali), India Moden (Hindi, Hindustani, Benggali…)

BAHASA INDO-EROPAH b. Bahasa Iran: Iran Kuno (Avesta, Persia Kuno), Iran Pertengahan (Pahlawi, Sogda, Saki), Iran Moden (Persia, Kurda, Afghanistan) c. Bahasa Armenia: Armenia Kuno, Rusia, Armenia-Turki d. Bahasa Albania e. Bahasa Baltik: Baltik Kuno (Prusia Kuno), Baltik Moden (Lihuania, Latvia) f. Bahasa Slavia: Slavia Selatan (Bulgaria Kuno, Bulgaria, Bulgaria Moden, Sernia, Croatia, Slovenia), Slavia Timur (Ukraina, Rusia Putih, Rusia Raja), Slavia Barat (Bohemia, Slowakia, Polonia, Sorbia, Polabia) g. Bahasa Tochar (Asia Tengah) h. Bahasa Hethit (Asia Kecil)

BAHASA INDO-EROPAH Bahasa Yunani: Yunani Kuno (Ionia, Attika, Doris, Aeolia), Yunani Pertengahan (Koine), Yunani Moden j. Bahasa Itali: Oskia, Umbria, Faliskia, Latin, Romania, Perancis, Provence, Sepanyol, Portugis, Catalonia, Itali, Rheto-Romania k. Bahasa Kelt: Gallia, Pictia, Gaelia (Eire, Skot, Mank), Brotamoa (Welsh, Comish, Breton) l. Bahasa Jerman: Jerman Timur (Gotia, Vandal, Bourgondia), Jerman Utara (Norwegia Kuno, Norwegia, Iceland, Swedia, Denmark), Jerman Barat (Inggeris, Fries, Jerman Hulu, Jerman Hilir, Belanda).

Bahasa berber: Tuareg, Kabil Bahasa Kushid, Cad BAHASA HAMIT Bahasa mesir: Koptis Bahasa berber: Tuareg, Kabil Bahasa Kushid, Cad

Semit Timur: Assyria, Babylonia BAHASA SEMIT Semit Timur: Assyria, Babylonia Semit Barat: Ibrani, Funisia, Punia, Aram, Arab, Syria, Amhar, Ethiopia / Abesinia

Finlandia-Urgia: Finlandia, Karelia, Estonia, Laplandia, Hungaria BAHASA URAL-ALTAI Finlandia-Urgia: Finlandia, Karelia, Estonia, Laplandia, Hungaria Samoyid di Pantai Laut Artik Altai: Turki (Osmani, Kirgis), Monggol, Manchu, Tungu, Jepun, Korea Aleut-Eskimo

BAHASA JAFET Bahasa Kuno di Asia Kecil: Karia, Lydia, Lykia Bahasa Kaukasus: Cerkes, Georgia, Basque, Etruria, Sumer

BAHASA AUSTRIS Astro-Asia: Malaka Kuno, Khasi, Nikobar, Mon, Khmer, Munda Austronesia: Nusantara, Melanesia, Mikronesia, Polinesia Nusantara: Malagasi, Melayu, Jawa, bahasa di Kalimantan, Sulawesi, Formosa Melanesia: bahasa di Irian, New Caledonia dan di Kepulauan Fiji Mikronesia: bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Gilbert, Caroline Polinesia: bahasa di Hawaii, Tonga, Easter dan Maori Tibeto-Tionghua: Tibet, Burma, Tionghua, Muangthai, Annam

BAHASA LAIN DI ASIA DAN LAUTAN PASIFIK Bahasa Papua Bahasa Dravida (India): Telegu, Tamil, Kanari, Malayalam Bahasa di Australia Bahasa di Kepulauan Andaman Bahasa Palco-Asia

Bahasa Khisan: San, Nama Bahasa Bantu (Afrika Selatan) BAHASA AFRIKA Bahasa Khisan: San, Nama Bahasa Bantu (Afrika Selatan) Bahasa Sudan (Afrika Tengah)

BAHASA AMERIKA Amerika Utara: Algonkin, Irokese, Na-dene, Penutia, Sioux Amerika Tengah dan Mexico: Maya, Otomi, Mixe-Zoke Amerika Selatan: Arawak, Cibea, Con, Caribia (Venezuela, Guyana, Amazona), Kicua

KLASIFIKASI KAWASAN Asasnya ialah hubungan timbal balik antara bahasa dalam suatu kawasan dengan tidak mengambil kira aspek kekerabatan bahasa. Yang penting ialah kewujudan data bahasa yang dipinjam dari aspek bentuk, makna, atau kedua-duanya kerana kontak sejarah bersifat historis dan konvergensif. Klasifikasi ini bersifat arbitrari kerana dalam kontak sejarah bahasa, pengaruh timbal balik terjadi dalam hal tertentu sahaja. Bahasa di dunia juga masih ada yang bersifat tertutup. Oleh itu, tidak dapat dikelompokkan mengikut kawasan.

KLASIFIKASI KAWASAN Berasaskan peta, diperlihatkan penyebaran geografi kelompok bahasa yang penting dengan ciri yang tertentu. Peringkat fonologi: penyebaran bunyi pada posisi awal dan posisi akhir perkataan. Peringkat morfologi: penyebaran kelompok kata yang konstrastif dalam semua gabungannya. Peringkat leksikal: penyebaran sistem bilangan. Peringkat sintaksis: penyebaran kategori kata benda dan kata ganti nama.

KLASIFIKASI TIPOLOGI Asasnya ialah kesamaan unsur tertentu yang wujud berulang-ulang dalam semua peringkat tataran linguistik sesuatu bahasa. Oleh itu, hasilnya pelbagai alternatif tetapi tetap bersifat arbitrari, tuntas dan unik. Kriteria morfologi: Isolatif – unit tetap yang tidak dapat dianalisis seperti bahasa Vietnam, Aglutinatif – perkataan dipenggal kepada untaian morf seperti bahasa Turki dan bahasa Swahili, Fleksi – perkataan tidak mudah dibahagikan kepada morf, - kaitan eksponen morfologi dengan tatabahasa amat rumit seperti bahasa Yunani dan bahasa Latin. Kriteria sintaksis: subjek, kata kerja dan objek

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK Asasnya ialah hubungan antara bahasa dengan faktor yang berlaku dalam masyarakat dari aspek status, fungsi dan nilai. Klasifikasi ini berasaskan 4 kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa. Pensejarahan bermaksud sejarah perkembangan dan penggunaan bahasa. Pembakuan berkaitan status bahasa rasmi dan tidak rasmi. Penggunaan aktif bermaksud penutur yang menggunakannya sehari-hari, dan adakah leksikon dan tatabahasa itu diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK Berdasarkan kriteria itu, bahasa di dunia dapat dikelompokkan ke dalam kelompok tertentu. Walau bagaimanapun, hasilnya tetap tidak unik kerana sesuatu bahasa mempunyai status yang berbeda. Bahasa Jerman di Jerman berstatus bahasa baku, tetapi di Swiss, bahasa Jerman berstatus kedaerahan. Bahasa Ibrani merupakan bahasa klasik dalam ibadat Yahudi, tetapi Israel menjadikan bahasa itu sebagai bahasa rasmi dan bahasa baku.

KLASIFIKASI SOSIOLINGUISTIK Klasifikasi ini juga tidak tekal dan mutlak. Kita masih dapat mempertikaikan kekompleksan bahasa di negara tertentu.Misalnya, bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa rasmi, bahasa baku, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa daerah yang juga boleh bersifat rasmi dalam konteks kedaerahan. Di Singapura, terdapat 4 bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil, tetapi penggunaan bahasa Inggeris lebih terserlah. Di Filipina, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah bahasa Tagalog, tetapi bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran kerajaan ialah bahasa Inggeris.

KESIMPULAN Klasifikasi bahasa dapat dihuraikan menerusi pendekatan genetik, tipologi, kawasan dan soiolinguistik. Pendekatan genetik berasaskan teori pohon dan teori gelombang yang membahagikan bahasa kepada 9 kelompok, iaitu Indo-Eropah, Hamit, Semit, Ural-Altai, Jafet, Austris, Bahasa di Asia dan Lautan Pasifik, Afrika, dan Amerika. Klasifikasi kawasan menitikberatkan penyebaran geografi kelompok bahasa dari aspek fonologi, morfologi, leksikal dan sintaksis. Klasifikasi tipologi berasaskan kesamaan unsur menerusi kriteria morfologi dan sintaksis Klasifikasi sosiolinguistik berasaskan empat kriteria, iaitu pensejarahan, pembakuan, penggunaan aktif, dan penggunaan leksikon dan tatabahasa.