UNIT 6 TEORI ASAL USUL BAHASA.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
ASAL USUL BAHASA Sri Wiyanti, S.S., M. Hum..
Advertisements

Perkembangan Bahasa Indonesia Keduakan dan Fungsi Bahasa Indonesia
PERSEBARAN NENEK MOYANG BANGSA INDONESIA
Sejarah indonesia Kelompok 4.
NAMA KELOMPOK: ADELIA PRATIWI 2.ALVIAN YUAN MILE 3.ANNISA AULIA RAHMA
Materi 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA INDONESIA
Psikologi Lintas Budaya
HAKIKAT DAN FUNGSI BAHASA INDONESIA
BAB I Kompetensi Dasar: Mahasiswa dapat menjelaskan tentang sejarah perkembangan dan eksposisi perkembangan bahasa Indonesia Bahasa Indonesia berasal.
1. PENGENALAN TAMADUN MELAYU
KERAJAAN HINDU-BUDHA DAN ISLAM
SEJARAH PERKEMBANGAN, status, dan fungsi BAHASA INDONESIA
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Sejarah Perkembangan dan Problematika Bahasa Indonesia
KEDUDUKAN BAHASA INDONESIA
BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
FALSAFAH BAHASA MELAYU
Pembelajaran Secara Kontekstual
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
PENGENALAN.
SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (EED3200) KULIAH 2 Sejarah Bahasa dan ketamaduan Melayu oleh Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
ASAL-USUL BAHASA DAN BANGSA MELAYU
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
MINGGU 4 TEORI ASAL USUL BAHASA.
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
MINGGU 4 TEORI ASAL USUL BAHASA.
MINGGU 4 TEORI ASAL USUL BAHASA.
KONDISI KEPULAUAN INDONESIA. NENEK MOYANG BANGSA INDONESIA Untuk mengetahui asal nenek moyang bangsa Indonesia, kita bisa menggunakan dua cara, yakni.
ANTROPOLOGI.
SEJARAH PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
MINGGU 5 TEORI ASAL USUL BAHASA.
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
1. KETERANGAN BERDASARKAN ILMU BAHASA LINGUISTIK Bahasa melayu termasuk rumpun austronesia. Kata Malaya dan Melayu sering dikacaukan dengan kata “mlaya”
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

UNIT 6 TEORI ASAL USUL BAHASA

Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > teori asal-usul bahasa melalui pendekatan tradisional dan moden > asal-usul bahasa Melayu

ASAL USUL BAHASA Terdapat pelbagai teori tentang asal-usul bahasa. Ada yang lucu, ada yang aneh dan ada yang agak ilmiah Pada 1866, Masyarakat Linguistik Perancis melarang perbincangan tentang asal-usul bahasa kerana dianggap tabu dan spekulasi yang tiada maknanya Kebanyakan kebudayaan primitif meyakini bahawa tuhan, dewa, dan sebagainya terlibat dalam sejarah permulaan berbahasa tabu = yang dianggap suci, tidak boleh disentuh, diucapkan; pantangan; larangan

ASAL-USUL BAHASA ANALOGIS Suatu gejala semula jadi dan mempunyai logik yang tersendiri Setiap kata dasar dapat dirincikan asal-usul dan makna ANOMALIS Bahasa tidak regular tiada hubungan antara kata dengan alam semula jadi

TEORI ASAL-USUL BAHASA MONOGENETIK Beranggapan bahawa bahasa berasal daripada satu sumber, dan kemudian berpecah kepada beberapa bahasa lain di dunia. Sumber bahasa yang utama itu dianggap pemberian kudus daripada Tuhan POLIGENETIK Beranggapan bahawa sumber kejadian bahasa bukanlah satu tetapi pelbagai. Dengan kata lain, bahasa diwujudkan oleh pelbagai faktor yang dipengaruhi pula oleh pelbagai konteks

TEORI ASAL-USUL BAHASA PENDEKATAN TRADISIONAL Fasa kedewaan dan kepercayaan Fasa organis: teori bow-wow, teori pooh-pooh, teori ding-dong, teori yo-he-ho, teori gerak geri, teori muzikal, dan teori kontak PENDEKATAN MODEN Faktor fizikal dan psikologikal dalam perkembangan bahasa

PENDEKATAN TRADISIONAL: FASA KEDEWAAN Pada abad ke-17, seorang ahli filologi Swedia mengatakan bahawa Tuhan menggunakan bahasa Swedia. Nabi Adam menggunakan bahasa Denmark, dan naga menggunakan bahasa Perancis Bahasa di syurga ialah bahasa Belanda Pada abad ke-17, Raja Mesir, Psammetichus membuat eksperimen tentang asal-usul bahasa. Perkataan pertama yang diucapkan oleh bayi ialah becos yang bermakna roti dalam bahasa Phrygia. Oleh itu, bahasa Phrygia dianggap sebagai bahasa pertama di dunia Versi Cina pula mengatakan bahawa Tuhan mengajarkan bahasa pertama dalam bentuk tulisan kepada manusia melalui seekor kura-kura

PENDEKATAN TRADISIONAL: FASA KEDEWAAN Amaterasu, Tuhan orang Jepun mengajarkan bahasa Jepun Nabu, Tuhan orang Babilonia mengajarkan bahasa kepada keturunan mereka Brahmana mengajarkan tulisan Hindu kepada penganutnya Banyak lagi cerita yang bernada sama daripada pelbagai kebudayaan dini Akhir abad ke-18, spekulasi asal-usul bahasa berobah daripada wawasan keagaman, mistik dan tahyul kepada fenomena baharu yang dinamakan fasa organik

FASA ORGANIS Fasa ini bermula dengan karya Johann Gottfried Von Herder yang mengatakan bahawa bahasa bukanlah anugerah Ilahi Bahasa lahir kerana dorongan manusia untuk mencuba berfikir. Bahasa wujud akibat hentakan yang secara naluri semula jadi seperti janin dalam proses kelahiran Teori ini bersamaan dengan lahirnya teori evolusi manusia yang diprakarsa oleh Immanuel Kant, dan kemudian diikuti oleh Charles Darwin Mengikut Darwin, kualiti bahasa manusia dibandingkan dengan suara binatang hanya berbeda dalam tingkatnya

FASA ORGANIS: TEORI BOW-WOW Bahasa lahir hasil daripada peniruan bunyi alam semula jadi seperti salakan anjing atau ciakan burung. Oleh itu, teori ini dikenali juga dengan nama teori Onomatopia atau echoic theory Banyak kata yang ditiru langsung daripada bunyi alam, iaitu simbolisme bunyi. Contoh bahasa Melayu: kokok, ketak, dentum, wakwak, pitpit, citcak, gelegar, getar, desir, cicit, dentam. Contoh bahasa Inggeris: quack, cuckoo, peeuit, splash, sneeze, grunt, bump, bable, rattle, hiss, ripple… Orang primitif meniru bunyi satwa peliharaan, satwa buruan atau bunyi alam yang didengarnya Kata pertama ialah tiruan terhadap guntur, hujan, angin, sungai, ombak, air terjun dan sebagainya

FASA ORGANIS: TEORI POOH-POOH Nama pooh-pooh diberi oleh penentang teori Evolusi Darwin Bahasa seperti juga manusia berasal daripada bentuk primitif, iaitu daripada ekspresi emosi sahaja Bahasa wujud hasil daripada luahan atau jeritan emosi semula jadi kerana sakit, seronok, jijik atau jengkel Udara yang keluar daripada hidung dan mulut akan mengeluarkan bunyi pooh atau pish Teori ini tidak menerangkan sifat artikulasi bahasa, dan tidak mengaitkan bunyi bahasa itu dengan lambang Seruan merupakan bentuk linguistik yang terawal, iaitu yang berupa panggilan, laungan, ajakan dan anjuran

FASA ORGANIS: TEORI DING-DONG Wujud hubungan yang harmoni antara bunyi dengan makna, iaitu bahasa lahir secara alamiah. Penyataan ini selari dengan idea Socrates yang mengatakan bahawa bahasa lahir secara alamiah Makna terbahagi dua, iaitu makna sosial dan makna linguistik. Makna linguistik pula terbahagi dua, iaitu makna leksikal dan makna struktural Manusia memiliki kemampuan yang istimewa untuk mengeluarkan ekspresi ujaran, dan setiap rangsangan luaran yang diterima akan diberi ekspresi pertuturan Ketika ujaran, wujud tiga suasana, iaitu rangsangan penutur, ujaran (tindak balas penutur dan rangsangan pendengar), dan tindak balas pendengar Teori ini tidak menerangkan apa-apa tentang asal-usul bahasa

FASA ORGANIS: TEORI YO-HE-HO Bahasa tercipta daripada bunyi yang dihasilkan oleh sekumpulan manusia ketika bekerjasama melakukan sesuatu Bunyi wujud dengan tidak disengajakan akibat penggunaan tenaga dan hembusan udara, seperti mengangkat rumah, pokok, batu… Ucapan tertentu wujud kerana gerakan otot, dan pita suara bergetar lalu terciptalah ucapan khusus. Bunyi itu berkembang, dan akhirnya menjadi kata yang bermakna, seperti bunyi: house, left, angkat… Konsep bunyi yang dikemukakan dalam teori ini dapat menerangkan kejadian vokal dan konsonan dalam ujaran Bahasa pertama lahir akibat daripada kegiatan sosial, dan tujuan utamanya untuk berkomunikasi antara manusia dalam konteks budaya tertentu

FASA ORGANIS: TEORI GERAK GERI Kewujudan bahasa berasaskan gerak geri satwa, dan masyarakat primitif. Ini menunjukkan bahawa gerak mendahului pertuturan dalam semua aktiviti kehidupan Pergerakan yang berbeda akan menghasilkan bunyi yang berbeda. Bunyi ini akhirnya akan menggantikan pergerakan untuk digunakan secara meluas Teori ini mengatakan bahawa masyarakat yang semakin maju memerlukan isyarat yang lebih tepat untuk menyatakan sesuatu. Ini bermakna isyarat mendahului ujaran Dalam beberapa hal, isyarat tidak dapat digunakan, seperti di tempat gelap atau sedang membawa sesuatu. Oleh itu, mereka memerlukan isyarat lisan, yang akhirnya berkembang menjadi bahasa

FASA ORGANIS: TEORI MUZIKAL Bahasa berasal daripada nyanyian atau bahasa berirama Sejarah perkembangan bahasa mempunyai haluan yang sama sejak adanya manusia dan bahasa pada zaman dini Bahasa primitif terdiri daripada perkataan atau ungkapan yang panjang, dan menyakitkan rahang apabila membunyikannya Bahasa mempunyai jeda muzik/irama yang luas, sejenis nyanyian tanpa kata, untuk tujuan ekspresi semata-mata, bukannya tujuan komunikasi. Ekspresi yang paling kuat ialah ekspresi CINTA (suka sekali, sayang benar, perasaan atau berperasaan kepada negara, orang tua, kebebasan…)

FASA ORGANIS: TEORI KONTAK Bahasa wujud daripada keinginan semula jadi manusia untuk berhubung sesama mereka dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu, bahasa dini ialah bahasa imperatif, iaitu terdiri daripada perintah, suruhan, arahan, larangan… Peringkat kelahiran bahasa: Bunyi kontak (ekspresi bukan komunikasi) Jeritan (bersifat komunikatif untuk tujuan persekitaran bukannya individu, dan tujuan mengawal bahaya) Panggilan (memenuhi keperluan individu) Perkataan (fungsi simbolik dan kiasan)

PENDEKATAN MODEN Mekanisme artikulasi manusia memungkinkan terhasilnya ujaran yang lengkap. Namun, faktor psikologi juga turut membantu perkembangan bahasa yang baik dan berkesan Contohnya, kita bayangkan sebuah kolam yang cantik dan jenih airnya, dikelilingi oleh flora dan fauna yang pelbagai. Indahnya seperti ungkapan sekeping syurga yang jatuh ke bumi. Bagi A, kolam ini mungkin membahayakan, menenggelamkan dan boleh mematikan. Bagi B, kolam ini boleh memberikan sumber rezeki untuk keluarganya. Munkin ikannya banyak dan tempat itu boleh dijadikan objek wisata. Bagi C pula, kolam itu menjadi sumber ilham, tempat istirahat untuk mengurangkan stres, dan sebagainya Dalam batiniah A, B dan C wujud kesan psikologi yang berbeda. Kesan itu perlu diungkapkan dalam bentuk simbol bunyi. Maka wujudlah kata bahaya, ngeri, dalam, dingin, tenggelam, hanyut, arus, indah, tenteram, luas, nyaman, damai, dan sebagainya

PENDEKATAN MODEN Kesan psikologi terhadap benda, perkara atau peristiwa dinyatakan dalam bentuk ujaran. Oleh itu, ujaran ialah hasil kemampuan manusia untuk mengenal pasti gejala sebagai lambang dan keinginan untuk mengungkapkan lambang itu dalam pelbagai konteks Ahli Antropologi menyimpulkan bahawa manusia dan bahasa berkembang bersama. Faktor yang mempengaruhi perkembangannya, seperti bentuk tubuh, rupa aras, dan sebagainya telah membantu dalam evolusi manusia. Perkembangan otaknya mengubah manusia menjadi lebih mantap Apabila manusia mempunyai kemampuan, menemukan keterampilan dan mempergunakan alat, maka mulailah mereka berbicara

PENDEKATAN MODEN Ada yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa sama seperti bayi yang berkembang menjadi dewasa. Ucapan bayi akan berkembang menuju kemantapan dan ketuntasan Bahasa manusia pertama hampir tidak mempunyai erti, seperti lagu dan ujaran bayi. Ujaran ini akhirnya berkembang menuju ketuntasannya

PENDEKATAN MODEN Perkembangan bahasa selari dengan perkembangan budaya dan peradaban. Ini demikian kerana manusia dianugerahi konsep kebahasaan dan kemampuan berbahasa, dan dengannya manusia berupaya mengkonsepkan alam sekitar melalui ujaran yang merupakan penampilan kebahasaannya Manusia dianugerahi langue, iaitu konsep kebahasaan dan kemampuan berbahasa. Dengan itu, manusia mampu mengkonsepkan alam sekitar dalam ujaran atau tulisan (parole). Parole ini ialah aktualisasi konsep dan merupakan penampilan kebahasaannya

ASAL-USUL BAHASA MELAYU Dua kelompok nenek moyang orang Melayu: > Yunan, China: Melayu proto atau Melayu kuno. Tiba di Nusantara sejak SM 2,500 > Asia Tengah: Melayu Deutro atau Melayu moden. Tiba di Nusantara sejak SM 1,500 Melayu proto berpecah menjadi orang Jakun, Laut, Kanak, Temuan, Biduanda… Melayu Deutro memperkembang bahasa Jawa, Dayak, Minangkabau, Batak, Visaya…

ASAL-USUL BAHASA MELAYU Bahasa Melayu termasuk dalam rumpun Austronesia. Kata Austronesia berasal daripada kata Yunani kuno yang bermaksud pulau selatan benua Asia. Kebanyakan bahasa Austronesia ini terdapat di pulau. Sebelum abad ke-19, Austronesia dikenali dengan nama Melayu-Polinesia. Pada akhir abad ke-20, Melayu-Polinesia diberi takrif baharu dengan memasukkan bahasa Austronesia, tetapi tidak termasuk bahasa Formosa, iaitu bahasa di pergunungan Taiwan Bahasa Melayu ini mempunyai kaitan dengan bahasa Hawaii, Samoa, Fiji dan Maori di lautan Pasifik, dan bahasa Malagasi di Madagaskar Kawasan penyebaran bahasa Melayu meliputi Malaysia, Indonesia dan Filipina, yang sama luasnya dengan kawasan penyebaran bahasa Indo-Eropah

BUKTI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA Batu bertulis di sekitar Palembang, iaitu prasasti Kedukan Bukit (605M) dan Talang Tuwo (606M), prasasti Batu Kapur (608M) , dan prasasti Karang Berahi (608M) yang ditemukan di antara Jambi dengan Sungai Musi menggunakan bahasa Melayu kuno Catatan musafir Cina yang mengembara ke Sriwijaya menyatakan bahawa untuk mempelajari agama Buddha, mereka terlebih dahulu terpaksa mempelajari bahasa Melayu, kerana pada masa itu, bahasa Melayu menjadi lingua franca I Tsing musafir Cina yang bermastautin di Sriwijaya juga mencatatkan bahawa bahasa Melayu digunakan sebnagai bahasa pengantar untuk mempelajari tatabahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha

BUKTI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA Piagam Gandasuli (832M), di daerah Kedu menggunakan bahasa yang mirip bahasa Melayu. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah tersebar ke daerah yang berbahasa Jawa Pigafetta telah mencatatkan bahasa penduduk di Tidore (1522). Kebanyakan bahasa (-perkataan) yang digunakan ialah bahasa Melayu Orang Portugis dan orang Belanda yang menjajah kepulauan Melayu telah mendirikan sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, di samping bahasa Portugis dan bahasa Belanda

BUKTI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA Sejak zaman Sriwijaya, bahasa Melayu telah digunakan oleh suku di Kepulauan Melayu dan orang asing untuk berkomunikasi sesama mereka Bahasa Melayu juga digunakan oleh penguasa untuk berkomunikasi dengan rakyat dalam konteks penyampaian pengumuman, perintah atau menulis perjanjian, dan sebagainya

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Kerajaan Sriwijaya: kota Sriwijaya menjadi pusat perdagangan dan ilmu pengetahuan di Asia Tenggara, dan bahasa Melayu menjadi lingua franca utama selama tujuh abad Kedatangan dan penyebaran agama Islam: Kerajaan Islam Samudera Pasai telah mengambil alih usaha memperkasakan bahasa Melayu, terutama dalam penyebaran Islam. Pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu mula terserlah Kerajaan Melaka: kerajaan Melaka mengambil peranan menyebarkan bahasa Melayu (100 tahun). Bahasa Melayu digunakan dengan tuntas, terutama dalam penciptaan dan penyebaran hasil kesusasteraan Melayu milik kerajaan dan rakyat jelata

PENYEBARAN BAHASA MELAYU Kedatangan Inggeris dan Belanda: Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia telah telah memperkembang bahasa Melayu secara tidak langsung. Mereka terpaksa juga menggunakan bahasa Melayu, di samping bahasa mereka dalam memberikan pendidikan kepada anak negeri Balai Pustaka dan Pujangga Baru: pemerkasaan dan penyebaran bahasa Indonesia, terutama melalui karya kesusasteraan Melayu ASAS 50: konsep seni untuk seni dan seni untuk masyarakat dijelmakan dalam karya kesusasteraan untuk mendidik minda masyarakat dan menanamkan semangat cinta akan tanah air Pendudukan Jepun: pengenalan konsep Asia untuk Asia secara tidak langsung telah memperkembang bahasa Melayu

KESIMPULAN Asal-usul bahasa digarap oleh golongan Analogis dan Anomalis Golongan Analogis mewujudkan teori Monogenetik, dan golongan Anomalis newujudkan teori Poligenetik Pendekatan tradisional melihat asal-usul bahasa daripada dua fasa, iaitu fasa kedewaan dan kepercayaan, dan fasa organis Pendekatan moden melihat bahasa melalui fakta fizikal dan psikologikal

KESIMPULAN Bahasa Melayu berasal daripada dua kelompok asal orang Melayu, iaitu dari Yunan, China, dan Asia tengah Bahasa Melayu sebagai lingua franca terbukti daripada batu bertulis, catatan musafir Cina, piagam, peranan Portugis dan Belanda, dan juga penguasa tempatan Bahasa Melayu tersebar oleh faktor kerajaan Sriwijaya, kedatangan dan penyebaran agama Islam, kerajaan Melaka, kedatangan Inggeris dan Belanda, peranan Balai Pustaka, Pujangga Baru, ASAS 50, dan pendudukan Jepun

Wahai anakanda dengarlah amanat sifat malu peganglah erat MADAH PUJANGGA MENIKMATI HIDUP TIDAK SEHARUSNYA DENGAN HARTA, ORANG TERSAYANG PUN MEMBUATKAN HIDUP KITA LEBIH BERMAKNA Wahai anakanda dengarlah amanat sifat malu peganglah erat supaya hidupmu tidak melarat selamat hidup dunia akhirat

SEMUA SOALAN MERANGKUMI ASPEK KOGNITIF ARAS TAKSONOMI, IAITU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 100 SOALAN OBJEKTIF BERDASARKAN KULIAH MINGGU 1 – 5 MASA 2 JAM SEMUA SOALAN MERANGKUMI ASPEK KOGNITIF ARAS TAKSONOMI, IAITU PENGETAHUAN, PEMAHAMAN, APLIKASI, SINTESIS DAN PENILAIAN