ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Beriman Kepada Malaikat, Kitab, dan Rasul Bagaimana Mengimaninya dan Hikmah Mengimaninya Oleh: Tia Restu Rahmawati Febri Antoro
Advertisements

Hk Acara Perdata Peradilan Agama Dr. Gemala Dewi,SH.,LL.M
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & SUNNAH
BAB II IMAN DAN TAQWA.
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
KEBIJAKAN NASIONAL PENDIDIKAN KARAKTER 2011
Bro Mas-Yuri Mahyiddin
RISALAH KENABIAN REDAKSI AYAT
ADAB KEPADA IBU BAPA Pengertian. Dalil.
فَضَائِلُ الدَّعْوَةِ
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Menemani Rasulullah di Surga
Tuntutan Mengenal Diri
Tuntutan Mengenal Diri
KODE D.11.2 TAFSIR SURAT ASY-SYU’ARA 214 OBJEK PENDIDIKAN
Menghormati ulama dan majelis ilmu
BUKU PANDUAN BUDI PEKERTI
Cinta yang membawa ke surga
Fifi Fitriani Laura Rachma Munyati Sulam Salwa Salsabila
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
By : 1. Rizal hartono 2.Muhammad fajar
DIDIK ANAK AGAR JANGAN SOMBONG!
HIDUP TERASA LEBIH INDAH JIKA KITA BERSYUKUR
Al-Fath (10) وَمَنْ لَمْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَعِيرًا Dan barangsiapa yang tidak beriman kepada Allah dan.
Disusun Oleh: Muhammad Ridwan, S.Pd.I
BAB 12: AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN.
KEMULIAAN AL-QURAN.
BAB 31: ADAB BERKAWAN.
HIDAYAH MILIK ALLAH SURAH AL-AN’AM : AYAT 125.
Islam Juga untuk Anak-anak
ADAB MENUNTUT ILMU AKHLAK TINGKATAN SATU.
BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
ALQURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP
TAAT PADA ATURAN TAAT PADA ATURAN. QS. An – Nisa’ 4 : 59 Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara.
Cinta yang membawa ke surga
Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Hakikat keimanan dan buahnya
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
Ict dan media dalam pendidikan islam
BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
Sessi 2 Qawaid Fiqhiyyah
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
AQIDAH UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
Surah Al-Qadr Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Siapakah mereka?.
Cinta yang membawa ke surga
BAB 2: AKHLAK MUSLIM TERHADAP TUHANNYA
Sirah KBK 6 Modul 1.
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
ISLAM MELARANG MENYEBARKAN
MENCARI RAHMAT RAMADHAN
Nama Kelompok : 1. Abdul Majid Ridwan 2. Kusnadi.
IMAN KEPADA KITAB ALLAH SWT. DENGAN MEMBACA Y  N  Y  QW  Y  W  N  WQ  Y  TPV  Y  TN Y 
Transcript presentasi:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ADAB-ADAB KUMPULAN 1 DENGAN MEMPERSEMBAHKAN RASULULLAH

ADAB:- Bertatasusila Berbudi Bahasa Bersopan Santun -Tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syari’at ALLAH. ORANG YANG BERADAB ADALAH SEORANG YANG:- Bertatasusila Berbudi Bahasa Bersopan Santun Menghormati Orang Lain

PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DI DALAM PEMBENTANGAN INI:- -Adab Terhadap Rasulullah Ketika Hayatnya Adab Terhadap Rasulullah Selepas Kewafatannya Hikmah Beradab Dengan Rasulullah Akiibat Tidak Beradab Dengan Rasulullah

PENGENALAN

Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis antaranya: Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

ADAB TERHADAP RASULULLAH SEMASA HAYATNYA

(Surah a-Hujuraat: ayat 1). Betapa pentingnya beradab terhadp Rasulullah sehinggakan ALLAH TA’ALA banyak berfirman di dalam kitab suci Al-Quran yang menyuruh kita untuk mentaati, berselawat, mengasihi dan mengikut sunnahnya antaranya adalah:- FIRMAN ALLAH TA’ALA YANG BERMAKSUD: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Antara adab-adab terhadap Rasulullah S.A.W ketika hayatnya adalah:- ADAB BERGAUL Dikatakan apabila para sahabat bersama Rasulullah, para sahabat sentiasa menunjukkan sikap yang amat menyenangkan dan hanya melakukan sesuatu perkara apabila dibenarkan sahaja.

ADAB MENGHADIRI MAJLIS ‘ILMU Ketika bersama Rasulullah S.A.W dalam majlis ‘ilmu, para sahabat sentiasa menjaga tatasusila majlis. Mereka akan mendengar setiap pengajaran yang disampaikan oleh Rasulullah dengan teliti.Para sahabat akan duduk rapat-rapat, supaya dapat memberi ruang kepada orang lain duduk bersama. Perkara ada disebut di dalam Al-Quran (Surah Al-Mujadalah, 58:11)

ADAB BERCAKAP Para sahabat sangat bersopan ketika bercakap di hadapan Rasulullah S.A.W. Mereka bercakap hanya perkara yang berfaedah seperti bertanya masalah agama atau mengemukakan pendapat. Mereka berbuat demikian kerana adanya firman ALLAH yang bermaksud: Wahai orang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suara semasa bercakap dengan setengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya ‘amal-’amal kamu tidak terhapus pahala, sedang kamu tidak menyedari.

ADAB TERHADAP RASULULLAH SELEPAS KEWAFATANNYA

Disunatkan memperbanyakkan selawat dan salam terhadap baginda membuktikan kasih sayang dan menghormati Rasulullah S.A.W kerana ALLAH akan memberikan rahmat kepada sesiapa yang sentiasa berselewat kepada Rasulullah. Ini disebutkan di dalam sebuah hadis yang maksudnya ialah: “Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-’As r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang berselawat untukku sekali, ALLAH akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali. Semasa melawat makam Baginda di Madinah pula, kita diingatkan untuk tidak bercakap dengan nada yang kuat sehingga mengganggu jemaah lain. Kita juga dilarang sekeras-kerasnya untuk melakukan perkara-perkara yang khurafat tetapi sebaliknya kita dikehendaki memberi salam terhadap nabi dengan ucapan: “ASSALAMUALAIKUM AYYUHAN NABIYYUL KARIMU WAR RASULUL ‘AZIMU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH”

SOALAN Terangkan dua adab terhadap Rasulullah selepas kewafatan Baginda i) ii)

HIKMAH BERADAB TERHADAP RASULULLAH S.A.W

Mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W Menetapkan keimanan dan ketaatan kepada Rasulullah S.A.W Mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W Menguatkan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W Dapat mencontohi dan mengamalkan adam sopan dan akhlak mulia yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W Meningkatkan penghayatan syari’at ALLAH melalui pelaksanakan ‘ibadah fardhu dan sunnah. Mengelakkan dakyah penyelewengan musuh-musuh Islam

AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH

Timbul perasaan tidak yakin dengan meng’amalkan sunnah Rasulullah Tidak mendapat hidayah dan bimbingan Rasulnya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat . Timbul perasaan tidak yakin dengan meng’amalkan sunnah Rasulullah Menjauhkan diri daripada melaksanakan tuntutan Islam Menghakis nilai sensiviti terhadap ajaran Islam Mudah terpengaruh dengan anasir luar yang merusakkan agama mereka seperti mempersendakan hukum ALLAH san sunnah Muhammad. Terhakis nilai kesopanan dan kesusilaan kerana tidak lagi mengikut aswatu hasanah Rasulullah Hilang rasa hormat dan cinta akan Rasulullah

Firman Allah Taala bermaksud: (Surah a-Hujuraat: ayat 1). Antara nas-nas Al-Quran yang memrintahkan kita supaya: Beradab Terhadap Rasulullah Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63). Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Mentaati Rasul Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33). Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7). Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

Berselawat Kepada Rasul Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi). Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

Firman Allah Taala bermaksud: Mengasihi Rasulullah Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain…

Firman Allah Taala bermaksud: Mengikut Sunnah Rasulullah Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

2) Sila berikan satu ayat Al-Quran atau Hadis yang menyuruh kita mengasihi Rasulullah. ii) Diskaun 20% iii)

3) Tolong tuliskan dua Hadis yang menyuruh kita berselawat ke atas junjungan besar kita.

4) Apakah akibat tidak beradab dengan Rasulullah ii) iii)

SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMU ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

THANKS FROM SOLIHIN FAEEZ AMIRUL AIMAN FARIS AZIM

BERTEMU DAN BERPISAHNYA KITA KERANA ALLAH Pertemuan antara kita, Tidak pernah dirancang, Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil, Yang mengetahi suara hati kita, Yang mengimpikan seorang insan, Bergelar teman… Walau bukan aku yang diharapkan, Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu, Mungkin kehadiranku tidak pernah di nanti, Namun…tiada waktu secalit kekecewaan, Apatah lagi kekesalan di hati ini, Malah…aku amat menghargai pertemuan ini, Kerana dengannya, Terjalinlah sebuah persahabatan…

Perpisahan… Ternyata amat menyakitkan, Sering kali mengundang air mata, Keindahan dan kebahagian yang kita nikmati bersama, Bagai di sentap pergi serta merta. Walaupun bergitu… Ingatlah sahabatku… Bertemu dan berisahnya kita kerana Allah, Oleh itu, terimalah ia dengan penuh keredhaan. Sekiranya ingatanmu singgah padaku, Kirimlah sepotong doa’ tika itu, Moga masih ada pertemuan selepas ini, Jika tidak di dunia yang fana’ ini, Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi, Insya-Allah!!! -Solihin Faeez Bin Mohd Shukri