PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
1. PENGENALAN TAMADUN MELAYU
Advertisements

BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
ALAM, MANUSIA DANBUDAYA
BAB 2 TASAWWUR ISLAM.
MANUSIA, KEBUDAYAAN, DAN PERADABAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN.
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
IDA Islam dan Peradaban
TOPIK 1: Falsafah,Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan
AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM Sem 2 – Sesi 2016/2017 Dr. Azman Bin Hasan.
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
Isu-isu Kontemporari Peradaban
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
BAB 13 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Teori-teori Hubungan Etnik
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 7, 8, 9 dan 10 PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF HOLISTIK (seimbang, sepadu dan beradab)
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
Memahami tingkah laku manusia
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
BAB 1:PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
DSKP SEJARAH.
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
BAB 13 PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
KONSEP PEMBANGUNAN ISLAM.
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
Perpaduan dan Integrasi Kaum
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
DEFINISI TAMADUN 1. Membezakan manusia dengan manusia yang tidak bertamadun atau dianggap barbarian (orang gasar). Cina bangga dengan pencapaian budayanya.
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 5 MANUSIA DAN PEMBANGUNAN:FUNGSI DAN PERANAN Menghuraikan dengan lebih mendalam perbincangan tajuk.
FITRAH MANUSIA & PERKEMBANGANNYA
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Azizan Bahari, Ph.D Universiti Utara Malaysia
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
BAB 1:PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
BUDAYA ORGANISASI.
BAB 1:PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
UNIT 2: TAMADUN DAN BUDAYA.
Memahami tingkah laku manusia
FEM 3301 ETIKA & NILAI DALAM PEMBANGUNAN
ALIRAN MODEN Oleh: Dr Mohd Daud Awang
FEM 3301 Etika & Nilai Dalam Pembangunan Unit 2: Aliran Etika
Transcript presentasi:

PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI) dUW233: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DISEDIAKAN OLEH: puan SITI AISYAH MOHD NOR

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

ISI KANDUNGAN: 1.Pengenalan 2.Pengajian Ketamadunan. 3.Definisi dan Ciri-ciri Tamadun. 4.Agama Asas kepada Pembinaan Tamadun. 5.Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun.

Pengenalan: Displin pengajian tamadun adalah utk memberi satu gambaran dan kepentingannya dalam mencorakkan kehidupan manusia yang berkebudayaan tinggi. - Menjadi satu landasan utk membentuk satu kerangka pembinaan negara yang bersesuaian dgn ltr blakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya.

Samb… - Selain itu, faktor-faktor kelahiran, perkembangan dan kemerosotan juga perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai nilai-nilai tertentu seperti teori, kriteria, ketahanan dan cabaran yg dihadapi. - Nilai-nilai ini mesti dipelihara dgn sebaik supaya ia tidak dipandang sbg bhn sejarah sahaja, tetapi mesti dihayati oleh masyarakat sekarang terutama sekali generasi muda yg byk terdedah dgn nilai & budaya kebaratan.

Pengajian Ketamadunan: Secara umumnya pengajian ketamadunan merujuk kpd satu disiplin ilmu yg memfokuskan tentang teori, konsep asas , sifat2 dan ciri2 dlm sesebuah tamadun. Kajian ketamadunan ini juga menekankan aspek2 pembangunan kemanusiaan dan gelagat t/laku yg mberi gambaran kpd cara hidup yg berbudaya tinggi.

Samb… W/bagaimanapun, pengajian ketamadunan jg mengkaji tentang sejarah silam manusia, kedudukan masy.masa kini & perkembangan pd masa akan datang. Oleh itu, dpt disimpulkan bhw kajian ketamadunan bukanlah hanya berkisar kpd kajian sejarah shj, malah melibatkan kepelbagaian displin ilmu.

Definisi & Ciri-ciri Tamadun: Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dlm aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yg mberi fokus dr sudut ilmu & fizikal. Definisi secara bahasa : Civilization (English) : bermakna bandar (merujuk kpd budaya manusia yg kompleks yg memiliki sains & teknologi serta mmpunyai pengkhususan pekerjaan. Madaniyyah, tamadun, hadarah dan umran (Bhs Arab) = - Umran : penempatan yg didiami,tempt tinggal, subur dan bekembang maju .

- hadarah = tanah yg diusahakn,kampung, kota atau bandar. Samb... - hadarah = tanah yg diusahakn,kampung, kota atau bandar. - tamadun (Arab moden) = memenuhi ciri2 kehidupan di bandar bagi menggambarkn msyrkt yg bertamadun. - madaniyyah atau mudun = memiliki ciri2 tamadun

Samb... Definisi menurut istilah : 1)Ibn Khaldun: menggunakan istilah Umran yang merujuk kpd penempatan yg didiami, tmpt tinggal, subur dan berkembang maju. 2)Sayyid Qutb: segala bentuk kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi & kebudayaan yg berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Samb... 3)Jurji Zaydan : adunan panduan pencapaian manusia dari segi kerohanian dan kebendaan 4) Collingwood: tamadun ialah satu proses bg mencapai satu tahap kehidupan yg lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yg mana hasil drpd proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yg mempunyai kehalusan budi.

Samb... 4) Arnold Toynbee: tamadun merupakan suatu kehidupan yg unggul yg dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik & pentadbiran yg menjamin kemajuan & keselamatan masyarakat. 5) Edward L. Farmer: tamadun sbg unit budaya yg besar yg mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi & institut yg dikongsi bersama & diwarisi dr generasi ke generasi yg lain.

Ciri-ciri tamadun - Menurut Beatty dan Johnson, 1971 dlm karya mereka “Heritage of Western Civilization” berpendapat dua ciri utama/asas utama tamadun ialah kehidupan kota dan sistem tulisan Menurut Redfield, 1957 ciri-ciri tamadun ialah dgn melihat kpd cara hidup sesuatu msyrkt.

Samb… Ciri-ciri tamadun secara ringkas menurut (Samuel P. Huntington’s, 1996), (David Sansone, 2004) dan (Peter Baofu, 2006): i-Kemajuan dalam bidang pertanian. Ia dapat dilihat dengan penggunaan teknologi dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan taraf hidup masyarakat dan realiti semasa. ii-Pengkhususan pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran.

Samb… iii-Perkembangan negara kota dan kemajuannya dalam pelbagai bidang seperti sistem tulisan, sistem pengukuran (timbangan, kalendar dan sebagainya) dan sistem perbandaran. iv-Sistem perairan yang sistematik untuk kegunaan domestik bagi keperluan masyarakat. v-Sistem agama dan kepercayaan.

Samb… Masyarakat yg bertamadun bukan sahaja maju dlm aspek fizikal, tetapi masyarakat tersebut juga kaya dengan nilai-nilai kemanusiaan yg tinggi. Kesimpulannya, tamadun bermaksud kesemua apa yang dihasilkan di kawasan bandar, yang merangkumi hasil intelektual dan hasil perindustrian yang bersifat material.

Agama Asas Kepada Pembinaan Tamadun: Agama merupakan tunjang kpd semua aktiviti manusia. Manusia memerlukan agama utk menyusun & mengorganisasikan cara kehidupan utk mencapai kebahagiaan dan ketenangan hakiki. Tanpa agama manusia akan hilang pedoman. Oleh itu, manusia sangat memerlukan agama supaya ia mengetahui matlamat hidupnya dan bagaimana untuk memenuhi objektif tersebut.

Para sarjana spt D.H.Gordon (1996), Morris Jastrow (1898), Geoffrey W. Conrad dan Arthur A. Demarest (1984) telah menegaskan bhw agama merupakan sebahagian drp komponen penting dlm pembentukan tmdun. Agama berfungsi sebagai sumber spiritual yg dpt merangsang manusia utk bergerak maju ke hdpn.

Kelahiran, Perkembangan & Kemerosotan Tamadun: Proses kelahiran tamadun berlaku apb manusia berlumba-berlumba bertindak untuk mencari keselesaan dalam kehidupan. Manusia mula meneroka potensi yg ada pada diri mereka sendiri & mengadaptasi sgl sumber yg ada utk kelangsungan hidup & juga generasi mereka akan datang. Oleh itu mereka sentiasa memperbaiki tahap pencapaian & mencipta organisasi serta sistem pentadbiran yg baik & tersusun.

Samb… Peralihan zaman tlh memperbaiki bentuk penemuan, kaedah pemikiran & tatacara hidup yg lebih baik.

Faktor-Faktor Kelahiran Tamadun: i-Kedudukan yang strategik: Keadaan muka bumi, sempadan geografi dan kedudukan yang strategik mendorong kepada manusia untuk mengasaskan penempatan dan akhirnya mewujudkan sesebuah tamadun. Cth: tamadun China, tamadun India & tamadun Mesir.

Samb… ii-Orientasi Keagamaan & Kerohanian: -elemen keagamaan & kerohanian merupakan kekuatan dalaman manusia utk mendokong nilai mulia & kebaikan dlm seluruh aspek kehidupan. -masyarakat yg berpegang teguh kpd ajaran agama akan sentiasa memelihara diri mereka drp perlakuan & budaya songsang yg menyalahi fitrah manusia. -natijah drp penghayatan keagamaan akan melahirkan individu & masyarakat yg bertanggungjawab, bersatu padu & menjadi rakyat yg menyumbang kpd kepentingan negara.

Samb… iii-Rangsangan Ilmu dan Pembudayaan Nilai-Nilai Murni: -ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada makanan jiwa manusia. Menurut (Barry Allen, 2004) dalam penulisannya “Knowledge and Civilization” menyatakan bahawa tokoh ilmuan pada zaman silam Socrates, Plato dan Aristotle serta para sarjana dalam zaman pasca modernisme seperti Friedrich Nietzse, Michel Foucault dan Richard Rorty meletakkan ilmu pada kedudukan yang tinggi dalam sesebuah tamadun manusia

Samb… Ilmu menjadi penyuluh kpd manusia utk memahami kebenaran dan keluar drp unsur-unsur kejahilan. Oleh itu, penawar kpd kebodohan manusia adalah dgn meneroka cabang bidang ilmu yg ada. Di zaman kegemilangan tamadun Islam, tradisi keilmuan merupakan gelanggang utk para ilmuan dan cendekiawan meneroka sebanyak mungkin cabang ilmu yg ada.

Samb… Cth: kegemilangan peradaban umat Islam dahulu memperlihatkan bhw pusat-pusat kebudayaan seperti Baghdad, Cordova, Qairawan, Basrah dan Kufah telah mencipta dan mencapai tamadun yang unggul dalam bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah, perubatan, seni bina, sains teknologi dan sebagainya. Masyarakat pada ketika itu dinaungi dalam lautan keilmuan dan ilmu disusun mengikut bidang disiplin yang tersendiri yang diiktiraf oleh masyarakat dunia.

Samb… iv-Pencapaian Dalam Bidang Teknologi dan Kemahiran: -kecanggihan bidang teknologi yg dicapai oleh masyarakat dahulu byk menyumbang kpd perkembangan ketamadunan pd ketika itu. -pencapaian itu dibuktikan melalui penciptaan tamadun terdahulu yang telah diiktiraf sebagai warisan kebudayaan dunia.

Samb… Cth: penciptaan 7 benda ajaib di dunia. Ia dikenang sebagai hadiah istimewa yang ditinggalkan oleh orang terdahulu untuk generasi pada masa kini.

Peta Kedudukan 7 Keajaiban Dunia

Piramid Giza

Taman Tergantung Babylon

Taj Mahal

Tembok Besar China

Candi Borobodur

Menara Pisa

Kuil Artemis Turki

Samb… v-Interaksi di antara Tamadun Dengan Tamadun Yang Lain: -Kegemilangan tamadun dahulu byk dipengaruhi oleh hubungan interaksi antara satu tamadun dgn tamadun yg lain. -Kebanyakkan tamadun dahulu bersifat anjal dan sentiasa bersedia untuk menerima asimilasi pengaruhv budaya asing utk diadaptasi dlm proses perkembangannya. -cth: tamadun Arab silam sebelum kedatangan Islam telah memperlihatkan sifat keterbukaannya yang bersedia untuk menerima pengaruh-pengaruh luar seperti Rom, Parsi dan Yunani.

Kemerosotan Tamadun: Para sarjana mempunyai pandangan tersendiri tentang faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah tamadun itu runtuh. Cth: ibn Khaldun berpendapat kejatuhan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai-nilai moral dlm kehidupan manusia yg terlalu taksub dgn kekayaan dsbgnya.

Samb… Wahbah Zuhayli (1998) melalui penulisannya “Al-Quran al-Karim, Bunyatuhu al-Tashri`iyyah wa Khasaisuhu al-Hadariyatuhu” mengemukakan pendapat bahawa keruntuhan sesuatu tamadun adalah disebabkan ketidakseimbangan di antara aturan fizikal dan spiritual.

Samb… Jared Diamond pada tahun 2005 bukunya "Collapse: How Societies Choose to Fail or Succeed” menerangkan punca-punca yang menyumbang kepada kejatuhan tamadun. antara puncanya seperti kerosakan alam sekitar yang melibatkan penebangan hutan yang berleluasa dan hakisan tanah. Selain itu, perubahan iklim seperti bencana juga boleh menyumbang kepada kejatuhan tamadun.

Samb… Secara keseluruhannya, kejatuhan sesebuah tamadun itu kebanyakkannya disebabkan oleh kegagalan manusia untuk berpegang teguh kepada agama, mengalami kemuflisan moral, ketidakadilan, tidak bersikap mesra dengan alam, bencana alam dan penindasan terhadap rakyat. Tidak dinafikan juga faktor-faktor lain seperti faktor kemunduran dari aspek keilmuan, kemiskinan, kejatuhan ekonomi dan faktor penyakit juga boleh menyumbang kepada kemerosotan tamadun.

SEKIAN TERIMA KASIH Selamat maju jaya..