Tafsir Ayat-Ayat Sihir

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Fiqh wanita Minggu Kesembilan.
Advertisements

Macam-Macam Wanita Di Dalam Al Qur’an
PENGERTIAN ISLAM DAN AJARANNYA
PERUBAHAN ORIENTASI PENDIDIKAN TEKNIK Dari Kompetensi Ke Kontribusi
BAB II IMAN DAN TAQWA.
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
HIJRAH Dari Kompetensi Ke Kontribusi
AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
KEBIJAKAN NASIONAL PENDIDIKAN KARAKTER 2011
PUTERI-PUTERI TERSAYANG
Qodho’ dan Qodar Pengertian Dalil Jenis Kisah Hikmah.
19 Hadis nabi mengenai wanita.
“TAFSIR AYAT TENTANG PENEGAKAN HUKUM”
AKIBAT BURUK MENJAUHI DAN MENINGGALKAN AL-QUR’AN
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Al-Fath (Lari Dari Perang)
Hukum Islam Rabu, 21 Maret 2012 FHUI, Depok
Cinta yang membawa ke surga
DIDIK ANAK AGAR JANGAN SOMBONG!
Al-Fath (10) وَمَنْ لَمْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَعِيرًا Dan barangsiapa yang tidak beriman kepada Allah dan.
BAB 12: AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN.
19 Hadis nabi mengenai wanita.
KAEDAH PENGUBATAN ISLAM
PELAJARAN 2 : koNSEP KERASULAN....
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Cinta yang membawa ke surga
Surah Al-Ghasyiyah 1.
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
JUAL BELI SALAM Definisi
Adab Ziarah dan Meminta Izin
Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri
Surah Ad-Dhuha Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Takdir.
Andalus Corporation Pte Ltd
Sesi 2 Qawaid Fiqhiyyah.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Sessi 2 Qawaid Fiqhiyyah
AQIDAH UNIT 8 Kelas Bimbingan Dewasa.
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
AQIDAH UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
Cinta yang membawa ke surga
BAB 4 : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM DAN IMAN
Tafsir Surah Al-Layl.
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
Surah al-Tariq Surah Makkiyyah, 17 ayat.
Anakku Jangan Kau Syirikkan Allah!
KONVENSYEN MEDIC INSANIAH
FITNAH DAJJAL & AKHIR ZAMAN
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
Modul: Tafsir KBD.
Surah Al-Lail Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
ISLAM MELARANG MENYEBARKAN
IMAN KEPADA KITAB ALLAH SWT. DENGAN MEMBACA Y  N  Y  QW  Y  W  N  WQ  Y  TPV  Y  TN Y 
Transcript presentasi:

Tafsir Ayat-Ayat Sihir Modul Tafsir 2 Minggu 1 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Bte Ramlan

Sihir Disebut sebanyak 23 kali di dalam al- quran dalam bentuk asal (Sihr) (Mu’jam Mufihris li Al-Alfaz Al-Quran Al- Karim) Surah al-Baqarah ayat 102 Surah al-Maidah ayat 110 Surah al-An’aam ayat 7 Surah al-’Araaf ayat 116 Surah Yunus ayat 76-77, 81 Surah Hud, ayat 7 Surah Taha, ayat 58, 71, 73

Sihir Surah al-Anbiya’ ayat 3 Surah as-Syu’ara’ ayat 49 Surah An-Naml ayat 13 Surah al-Qasas ayat 36 Surah Saba’ ayat 43 Surah As-Sooffat ayat 15 Surah Az-Zukhruf ayat 30. Surah al-Ahqaf ayat 7 Surah At-Tur ayat 15 Surah al-Qamar ayat 2 Surah as-Saff ayat 6 Surah Al-Mudathir ayat 24

Apa itu Sihir? Dari segi bahasa sihir bermaksud: setiap apa yang amat halus dan teliti cara pengambilannya Secara istilah, ia membawa maksud: mengalihkan sesuatu dari hakikatnya kepada selain hakikat, ataupun mengkhayalkan sesuatu seolah-olah ia hakiki. Menurut Mu’tazilah: Sihir itu benda yang bukan hakiki Menurut ahli Sunnah wal Jamaah: Sihir itu ialah hakiki berdasarkan kisah sihir di zaman Firaun dan sihir di zaman Nabi Muhammad S.A.W

Apa itu Sihir? Menurut Mu’Jam al-Mustalahat Wa al-Alfaz al- Fiqhiyyah (Dr. Abd Rahman al-Mun’im): Dari segi bahasa: memalingkan/memesongkan sesuatu dari tujuan asal eg. Dari kebenaran ( Surah al-Isra’ ayat 47) Menurut Imam al-Azhari: sihir itu amalan yang mendekatkan seseorang itu dengan syaitan dengan pertolongannya Sihir perkataan: Kata-kata yang memberi kesan pada hati sehingga menukar dari sesuatu keadaan pada keadaan yang lain

Apa itu Sihir? Dari segi Istilah:Ulama’ mempunyai pendapat yang berbeza antaranya: Sesuatu yang luar biasa bersumber dari sebab yang tertentu Ibn Abidin: Sesuatu ilmu yang menghasilkan perkara pelik Al-Qalyubi: Perkataan atau perbuatan yang buruk yang menghasilkan sesuatu yang luar biasa Al-Ba’liy: Akad atau kata-kata yang mengesani tubuh/ akal mangsa yang disihir

Istilah yang berkaitan Sya’bazah atau Syu’uzah: Silap mata, helah taktik yang menipu manusia Mu’jizat: Sesuatu anugerah yang diberi Allah kepada para nabi dan rasul sebgai bukti kerasulan mereka Karamah : Suatu anugerah luar biasa yang diberikan pada para hamba yang solih Persamaan dengan sihir: Keempat-empat ini merupakan perkara yang luar biasa

Istilah yang berkaitan Perbezaan : Sihir dan silap mata boleh diperolehi menerusi pembelajaran Tiada sihir yang membawa kebaikan Merupakan sebuah bentuk dari ISTIDRAJ: Sesuatu perbuatan yang diperkenankan utk ditambah kesesatan kemudian dibalas Sihir ialah amalan jahat tertentu yang menghasilkan sesuatu yang diniatkan Sihir tertakluk pada waktu dan syarat tertentu, berbeza dengan karamah para wali yang diberi tanpa syarat dan waktu

Istilah yang berkaitan Sihir itu boleh berlawanan dengan sihir orang lain Sihir itu diperolehi dengan berusaha berbanding dengan karamah dan mu’jizat Sihir itu disifatkan sebagai kotor dan jijik Sihir bersifat bercanggahan dengan syara’ dan agama

Antara Jenis-Jenis Sihir: Ilusi & Penipuan Ramalan Santau Tangkal & Azimat

Pengertian sihir dalam al-Quran Perbuatan jahat yang berunsur tipu helah (Surah al-Baqarah) Tipu helah Pertarungan antara kebenaran & Kebatilan di zaman Nabi Musa A.S Ajaran Nabi Muhammad atau al-Quran yang diturunkan kepadanya Pembohongan/kebatilan

Sejarah mengenai sihir Pada zaman Nabi Sulaiman A.S Pada Zaman Nabi Musa A.S Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W

Surah Al-Baqarah ayat 101 - 103

وَلَمَّا جَاءهُمْ رَسُولٌ مِّنْ عِندِ اللّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ كِتَابَ اللّهِ وَرَاء ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُونَ Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang nya seolah-olah mereka tidak mengetahui.

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, padahal Sulaiman tidak kafir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir… يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut…

وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ Sedang keduanya tidak mengajarkan kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kufur”. فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang mereka dapat menceraikan antara sseeorang (suami) dengan isterinya

وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat…

وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ Dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. وَلَوْ أَنَّهُمْ آمَنُواْ واتَّقَوْا لَمَثُوبَةٌ مِّنْ عِندِ اللَّه خَيْرٌ لَّوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ Sesungguhnya kalau mereka beriman dan bertaqwa, dan sesungguhnya pahala dari sisi Allah adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

Ringkasan Kandungan Ayat: Taurat adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Kitab Al-Qur’an juga mengakui dan membenarkan Kitab Taurat. Ulama’ dan pendita Yahudi “melempar” kitab Al-Qur’an dan mendustakannya sedangkan mereka mengetahui kebenarannya. ‘Ulama Yahudi mengikuti ajaran syaitan dan mengamalkan sihir.

Nabi Allah Sulaiman a.s bukanlah seorang ahli sihir dan tidak juga beliau kufur kerana mempelajari/mengetahui ilmu sihir. Syaitan menghiasi pandangan manusia terhadap amalan sihir, dan memberikan perasaan seolah-olah mereka dapat menyingkapi rahsia alam ghaib.

2 malaikat, ataupun 2 lelaki soleh, yang diutuskan oleh Allah, Harut & Marut, hanyalah merupakan suatu ujian****. Sihir dapat mencerai-beraikan sepasang suami isteri dan juga antara ahli keluarga. Kerugian orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Sebab Turunnya Ayat: Dari riwayat Ibn Jarir dari Shahr bin Husyab: Apabila disebut tentang Nabi Sulaiman a.s dalam Al-Qur’an, orang-orang Yahudi di Madinah berkata: “Apakah kamu semua tidak hairan pada Muhammad yang menyangka bahawa anak (Nabi) Daud adalah seorang Nabi? Wallahi, bukanlah dia melainkan seorang ahli sihir.” Maka Allah s.w.t menurunkan ayat ini.

Sebab Turunnya Ayat: Diriwayatkan dari Ibn Abi Hatim dari Abi ‘Aliyah bahawa org yahudi bertanya kepada Nabi S.A.W pada suatu waktu tentang Taurat yang mana tidak lain mereka akan mempersoalkan apa yang Allah turunkan, dan mereka melihat keadaan ini, mereka akan berkata kami lebih tahu apa yang diturunkan kepada kami,dan mereka bertanya tentang sihir dan mempersoalkannya. Maka Allah menurunkan ayat ini. (Kitab Libab al-Manqul Min Asbab An-Nuzul, Karangan Imam As-Suyuti)

Tafsir ayat versi israiliyat Harut dan Marut merupakan 2 malaikat yang turun ke bumi utk mengajak manusia membuat kebaikan Setelah beberapa lama tinggal di bumi, mereka terpesona dengan seorang wanita sehingga berzina dengannnya Apabila perbuatan mereka diketahui, mereka memilih utk diazab ke dunia Mereka membaca doa yang membolehkan mereka lenyap ke langit dan menjadi bintang

Surah As-Syu’ara’ ayat 40-46 لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُواْ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبِينَ (٤٠) فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُواْ لِفِرۡعَوۡنَ أَٮِٕنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَـٰلِبِينَ (٤١) قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ إِذً۬ا لَّمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ (٤٢) قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواْ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ (٤٣) فَأَلۡقَوۡاْ حِبَالَهُمۡ وَعِصِيَّهُمۡ وَقَالُواْ بِعِزَّةِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ (٤٤) فَأَلۡقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ (٤٥) فَأُلۡقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَـٰجِدِينَ (٤٦)

Surah As-Syu’ara’ ayat 40-46 Semoga kita (tetap) mengikut (agama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang. (40) Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang? (41) Firaun menjawab: Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang- orang yang dekat kepadaku. (42) Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan. (43)

Surah As-Syu’ara’ ayat 40-46 Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat- tongkat mereka sambil berkata: Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang- orang yang akan menang. (44) Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). (45) Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: Sujud, (46)

Ringkasan kandungan ayat Berlaku pertarungan di waktu dhuha utk menyerlahkan kebenaran dan melenyapkan kebatilan Apabila mu’jizat mengatasi sihir, para ahli sihir segera sujud setelah menyedari kehebatan Allah yang dipertunjukkan menerusi mu’jizat Nabi Musa Firaun menuduh Nabi Musa sebagai ketua penyihir yang mengajarkan mereka sihir- tujuan supaya pengikutnya beriman dengan sihir

Ringkasan kandungan ayat Perbezaan antara mu’jizat Nabi Musa dan sihir para ahli sihir Fir’aun Kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan dan Pertolongan dari Allah akan mengatasi pertolongan syaitan Kewujudan sihir pada zaman dahulu

Surah al-Falaq بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥) Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. (5)

Sebab Turunnya Ayat: Diriwayatkan Imam Bukhari & Muslim dari Aishah R.A berkata: Seorang Yahudi dari Bani Zarik ( Lubaid bin al-A’sam) telah menyihir Rasulullah S.A.W sehingga baginda berkhayal bahawa baginda telah melakukan sesuatu tetapi sebenarnya tidak…sehingga di akhir hadis baginda bersabda Allah telah menyihatkan aku.

Ringkasan kandungan ayat Jibril memberitahu Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda telah disihir Ada riwayat mengatakan bahwa beliau disihir dengan rambut dan sikat Nabi S.A.W dan dilakukan di perigi Bani Zariq atau Zarwan Nabi sakit selama 6 bulan Sehingga diwahyukan Allah menerusi malaikat Jibril

Ringkasan kandungan ayat Nabi S.A.W menyuruh beberapa sahabat pergi ke perigi dan mereka mendapati di bawah batu terdapat sikat dan rambut berserta pintalan sebanyak 11/12 Setelah dibuka pintalan, barulan Nabi sihat kembali Apabila Jibril bertanya adakah mahu dihancurkan orang yang menyihir baginda, baginda menolak

Ringkasan kandungan ayat Suruhan Allah kepada nabiNYA utk berlindung dari kejahatan segala makhluk Khususnya syaitan dan jin Berlindung dengan Allah terutama di dalam kegelapan selepas terbenamnya matahari Memaafkan kesalahan sesama makhluk Tawakal dan sabar di atas dugaan

HUKUM-HUKUM YANG TERKANDUNG DALAM AYAT

Hukum 1: Apakah sihir sebenarnya suatu hakikat Hukum 1: Apakah sihir sebenarnya suatu hakikat dan benarkah ia mempunyai kesan? PENDAPAT Sihir adalah sesuatu yang nyata (hakikat) dan ia mempunyai kesan Sihir sebenarnya bukanlah sesuatu yang nyata tetapi suatu penipuan dan penyelewengan yang menyesatkan; (dan ia terbahagi kpd bbrp jenis) IMAM / MAZHAB Jumhur ‘Ulama Mu’tazilah & sebahagian ‘Ulama Ahli Sunnah HUJJAH / DALIL Ayat-ayat Al-Qur’an: [7:116, 2:102, 113:4] Hadis sahih tntg org Yahudi yg menyihir Rasulullah s.a.w lalu beliau sakit beberapa hari sehingga diberitahu oleh Jibril. - Ayat-ayat Al-Qur’an: [7:116, 20:66 & 69] - Seandainya ahli sihir benar2 dpt brjln atas air, terbang, etc.. maka akan sia-sia lah mukjizat para Nabi.. bercampur-aduk haq & batil.. & tiada beza antara mukjizat Nabi & sihir manusia..

Hukum 2: Apakah hukum mempelajari ilmu sihir dan mengajarnya? PENDAPAT Haram mempelajari & mengajar ilmu sihir kerana Al-Qur’an menyebut tentangnya dalam bentuk kejian & kecaman Dibolehkan (harus) mempelajari ilmu sihir kerana malaikat juga mengajar manusia sihir sebagaimana yg tercatat dalam Al-Qur’an IMAM / MAZHAB Jumhur ‘Ulama Fakhrurrazi (Imam dari kalangan Ahli Sunnah) HUJJAH / DALIL Hadis Rasul s.a.w: “Jauhilah 7 perkara yang mencelakakan: syirik kpd Allah, sihir, membunuh... memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari saf peperangan, memfitnah wanita2 yg suci…..” Mempelajari sihir hukumnya termasuk dalam firman Allah yg umum tntg kelebihan menuntut ilmu di dalam ayat Al-Qur’an: [39:9]

Hukum 3: Haruskah ahli sihir dibunuh? IMAM / ‘ULAMA Salaf Abu Hanifah Ibn Syuja’ Malik As-Syafi’e Ahmad PENDAPAT & HUJJAH Ahli sihir wajib dibunuh, krn mrk tlh kufur. Hadis: “Barangsiapa yg mendatangi ahli sihir & membenarkn apa yg dikatanya, maka dia tlh kufur dgn apa yg diturunkan ke atas Muhammad”. Ahli sihir harus dibunuh jika diketahui tentangnya, tanpa disuruh bertaubat. Tidak diterima kata2nya jika ia mendakwa tlh m’ningglkn sihir. Hukumnya diqiyaskan kepada hukum org yg murtad. Bahkan lebih teruk lagi krn ditambah lagi dgn kerosakan yg dibuat di muka bumi. Ahli sihir yg Muslim harus dibunuh manakala dari kalangan ahli kitab tidak dibunuh kecuali jika m’bahayakan org Islam. Ahli sihir dihukum sebagai kufur. Terdapat 2 riwayat baginya; (1)harus dibunuh & (2)tidak harus dibunuh. Ahli sihir yg Muslim harus dibunuh manakala dari kalangan ahli kitab tidak dibunuh kecuali jika m’bahayakn org Islam.

Hadis-hadis berkenaan sihir Terdapat 17 hadis mengenai larangan mengenai sihir dalam kitab at-Tarhib wa at- Targhib karangan Imam Abdul ‘Azim al- Manzari Hadis pertama: Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi Sallahu Alaihi Wa sallam bersabda: Jauhilah 7 dosa besar. Mereka bertanya: Apa dia dosa-dosa besar itu ya Rasulallah? Baginda menjawab: (iaitu) mensyirikkan Allah, (melakukan) sihir, membunuh jiwa yang diharamkan kecuali dengan berhak, memakan riba, makan harta anak yatim, berpaling pada hari peperangan, menuduh perempuan yang suci & baik (dengan tuduhan berzina)

Hadis-hadis berkenaan sihir Hadis kedua: Siapa yang menyimpulkan ikatan dan menghembuskan padanya maka dia telah melakukan sihir dan sesiapa yang melakukan sihir maka dia telah melakukan syirik ..Diriwayatkan oleh Imam an-Nasa’I

Hadis-hadis berkenaan sihir Hadis ketiga: Dari Ibn Abbas R.A berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Ada tiga perkara sekiranya dijauhi oleh seseorang,Allah akan mengampuni dosanya selain ketiga ini bagi sesiapa yang dikehendaki iaitu sesiapa yang mati (dalam keadaan) tidak mensyirikkan Allah dan tidak melakukan sihir dan tidak mendendami saudaranya

Hadis-hadis berkenaan sihir Sedutan hadis: Sihir merupakan salah satu dari dosa besar Sesiapa yang percaya pada tukang tenung atau melakukan sihir maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W Sesiapa yang menjauhi sihir Allah akan mengampuni dosanya

Hadis-hadis berkenaan sihir Siapa yang melakukan sihir maka solatnya tidak diterima selama 40 malam Tidak mendapat darajat yang tinggi Terhalang dari memasuki syurga

Cara melindungi dari sihir:- Mengamalkan surah-surah tertentu spt dalam bacaan Manzil atau al-Ma’thurat Menjaga amalan wajib Menjauhi kebatinan atau amalan berunsurkan syirik dan khurafat Sentiasa berlindung dan bertawakal dengan Allah Memperbanyakkan solat sunat & bacaan al-Quran Menjaga kebersihan diri dan persekitaran