UNIT 08 GOLONGAN KATA: KATA TUGAS.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Semuanya Indah Jangan Menangis Mama
Advertisements

MY DAD MY BEST EVER BY: MF to CQ.
PENGHIANATAN.
KALIMAT Pertemuan Ke-6.
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Nor Asiah Ismail Jenis ayat.
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
(ayat inti dan jenis ayat)
KEINGINAN MEMBUNUH DIRI
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
BMM 3110 – SINTAKSIS IPG KAMPUS IPOH
TATABAHASA (10) - KATA ADJEKTIF
MINGGU 07 GOLONGAN KATA: KATA TUGAS.
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Keterampilan Bahasa Aspek Tatabahasa.
(ayat inti dan jenis ayat)
KLINIK BAHASA MELAYU 2012 MEMBINA AYAT.
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA.
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 12 Sintaksis.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
(ayat inti dan jenis ayat)
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
Frasa Kerja.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
Kuliah 4 Seni Bahasa dalam Karya Sastera
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
PROSEDUR KLOZ.
(ayat inti dan jenis ayat)
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
Personifikasi Sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya dengan sifat manusia. Personifikasi juga merupakan satu unsur yang.
Kata tugas & kata hubung
MINGGU 12 Sintaksis.
MAKNA DENOTATIF DAN KONOTATIF
MINGGU 12 AYAT MAJMUK.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
Golongan Kata: Kata Tugas
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
Tatabahasa (12) – Kata Sendi Nama
Tatabahasa ( 11 ) - Imbuhan Awalan
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
MINGGU 12 Sintaksis.
Tatabahasa (8) – Jenis-Jenis Ayat
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
Transcript presentasi:

UNIT 08 GOLONGAN KATA: KATA TUGAS

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti: * pengertian kata tugas * ciri kata tugas * kelompok kata tugas, iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa, dan kata pascakata

KATA TUGAS Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata untuk memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai penerang, penentu, penguat, pemeri, pembantu, atau tugas lain

CIRI KATA TUGAS Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal. Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT Tidak mudah terpengaruh oleh unsur asing

KELOMPOK KATA TUGAS KATA PENYAMBUNG AYAT KATA PRAKLAUSA KATA PRAFRASA KATA ADVERBA KATA PASCAKATA

KATA PENYAMBUNG AYAT Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan. Dua binaan ayat atau lebih yang digabungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa, seperti kata, frasa atau ayat Tiga jenis kata hubung, iaitu: * kata hubung gabungan * kata hubung pancangan * kata hubung berpasangan

KATA PRAKLAUSA Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa Kata yang termasuk dalam praklausa ialah: * kata seru * kata tanya * kata perintah * kata pembenar * kata pangkal ayat subjek = konstituen dalam ayat yang menjadi benda yang diterangkan oleh predikat predikat = konstituen dalam ayat yang menerangkan subjek

KATA PRAFRASA Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata majmuk) Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah: * kata bantu * kata penguat * kata penegas * kata nafi * kata pemeri * kata sendi nama * kata arah * kata bilangan

KATA PASCAKATA Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda Kata yang termasuk dalam pascakata ialah: * kata penekan * kata pembenda

KATA HUBUNG GABUNGAN Kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau ayat dengan ayat yang sama sifatnya, dan memiliki status yang sama Contoh: dan, tetapi, kecuali, atau, malahan, melainkan, lalu, sambil, maka, kemudian, serta, padahal, lagi… Contoh ayat: * Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung * Mahasiswa itu sedih maka dia pun menangis tersesak-esak * Orang itu kaya tetapi dia tidak bahagia * Saudara akan memilih yang ini atau yang itu? * Dia baik lagi pemurah * Orang itu membeli sabun yang mahal padahal ada sabun yang murah

Kata hubung pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: Kata yang digunakan untuk memancangkan (menempatkan) klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk untuk membentuk ayat pancangan Kata hubung pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: * kata hubung pancangan relatif * kata hubung pancangan komplemen * kata hubung pancangan keterangan

KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF Kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausa yang kecil. Kata hubung jenis ini hanyalah yang Contoh: * Mahasiswa yang kena dera itu sudah mati * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku * Saya makan nasi dengan seniman yang disukai ramai * Buah yang tergantung itu paling disukainya * Kain yang terlondeh itu dilucutkannya

KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN Kata yang bertugas menghubungkan klausa komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata hubung jenis ini ialah bahawa dan untuk Contoh: * Orang itu memberitahu bahawa penderitaan yang dialaminya semakin parah * Kita mengetahui bahawa demontrasi itu tidak baik * Untuk mencapai bahagia, kita mestilah berusaha bersungguh- sungguh dalam semua perkara

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN Kata yang bertugas menghubungkan klausa keterangan dengan klausa utama Contoh: kerana, meskipun, sedangkan, agar, sebelum, sungguhpun, apabila, sejak, walau bagaimanapun, hingga, sekiranya, sekalipun, jika, selama, sehingga, jikalau, walaupun, oleh sebab, tatkala, demi, semenjak, seandainya, semasa, semoga, supaya, andai kata… Contoh ayat: * Sekiranya aku pergi dahulu, engkau tunggulah di pintu syurga * Andaikata engkau menjadi bunga, aku menjadi tangkainya

KATA HUBUNG BERPASANGAN Kata hubung yang hadir secara berpasangan dalam menghubungkan dua klausa. Contoh: baik … ataupun, baik … baik, baik … mahupun, bukan saja … bahkan juga, bukan saja … tetapi juga, entah … entah, jangankan … pun, kian … kian, makin … makin, sedangkan … apatah lagi, sedangkan … tambahan pula, sungguhpun … namun Contoh ayat: * entah berbuah entah tidak * jangankan di mulut naga, di lautan api pun… * makin jauh ditinggalkan, makin dekat… * sungguhpun dadah itu berbahaya, namun… * Sedangkan bah kapal tak hanyut, tambahan pula kemarau …

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: dan Tugas dan fungsi: penghubung satuan bahasa (kata, frasa, klausa dan ayat) yang setara, yang termasuk dalam jenis yang sama serta memiliki fungsi yang tidak berbeda Contoh: * Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka * Ali dan Lim ke sekolah dengan basikal * Emak membeli ikan dan udang

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: serta Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan perbuatan atau sifat Contoh: * Hang Jebat melompat serta menghunus keris * Isterinya rajin serta gigih * Pakaiannya kemas serta anggun * Hang Tuah menangkis serta menikam

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: lalu Tugas dan fungsi: menggabungkan dua perbuatan yang berlaku berturut-turut Contoh: * Orang itu bangun lalu keluar * Ia mengejar pencuri itu lalu menangkapnya * Tun Teja menangis lalu turun ke taman * Dia menengking lalu menumbuk meja

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: atau Tugas dan fungsi: menunjukkan pilihan antara beberapa hal atau perkara Contoh: * Anda akan bermalam di rumah kawan atau hotel? * Tuankah atau saya yang harus pergi ke bulan * Anda boleh memilih buletin atau surat akhbar

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: tetapi Tugas dan fungsi: menunjukkan perkara yang berlainan Contoh: * Budak itu pandai tetapi malas * Adik Lina telah besar tetapi belum boleh bercakap * Orang itu berkelulusan tinggi tetapi kelakuannya tidak senonoh * Rumahnya besar tetapi kurang selesa * Orang itu miskin tetapi tidak kedekut

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: melainkan, kecuali Tugas dan fungsi: menunjukkan kekecualian Contoh: * Dia akan dihukum melainkan / kecuali dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah * Mereka bekerja tiap-tiap hari melainkan / kecuali hari Ahad * Mahasiswa itu datang ke kuliah setiap hari melainkan / kecuali dia sakit

Kata kecuali juga hadir di hadapan kata benda yang menyatakan maujud yang berada di luar golongan maujud yang dibicarakan Contoh ayat: Rumah itu berisi pelbagai barang berharga kecuali wang atau Kecuali wang, rumah itu berisi pelbagai barang berharga Kata selain menyatakan bahawa maujud yang dinyatakan oleh kata benda merupakan sebahagian daripada maujud tersebut. Contoh: Rumah itu berisi pelbagai barang berharga selain wang atau Selain wang, rumah itu berisi pelbagai barang berharga

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: supaya, agar, biar Tugas dan fungsi: menunjukkan tujuan atau harapan, mudah-mudahan sampai pada maksudnya Kata agar bernuansa rasmi/halus, digunakan dalam konteks rasmi/sopan. Kata supaya bernuansakan tidak rasmi, digunakan dalam konteks santai/akrab. Kata biar nuansanya lebih akrab dan santai Contoh: Ia makan ubat supaya cepat sembuh Kami mesti meningkatkan pengeluaran barang itu supaya harganya turun Ia belajar dengan tekun agar mendapat kejayaan kelak Orang itu minum tongkat Ali, biar tenaganya lebih kuat

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: sambil / sembari Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan perbuatan atau peristiwa yang bersamaan Contoh: * Dia mengucapkan selamat tinggal sambil melambai- lambaikan tangannya * Ia berkata sambil menyerahkan bungkusan itu * Sambil bekerja, saya mencuri pandang ke arahnya * Dia membaca buku sambil mendengar radio

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: manakala Tugas dan fungsi: menunjukkan masa dan hal yang bertentangan Contoh: * Manakala hari telah senja, burung-burung pulang ke sarang * Ia berehat-rehat sahaja, manakala orang lain sibuk bekerja * Pak Kaduk bersorak dengan hebatnya, manakala si Luncai terjun dengan labu-labunya

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: jika, kalau, jikalau, kalaupun, sekiranya Tugas dan fungsi: menunjukkan syarat berlakunya perbuatan yang diungkapkan dalam ayat induk Kata kalau digunakan dalam ujaran lisan. Kata jika dan jikalau digunakan dalam lisan dan tulisan yang bersifat rasmi Kata kalaupun, makna pertentangannya disertai nuansa penyangkalan, dan kata sekiranya mengandung nuansa harapan dan sikap hormat si penutur Contoh: * Jika hari hujan, saya tidak akan pergi ke sana * Jikalau sudah lewat, naiklah teksi * Kalau boleh saya akan menyertai rombongan itu * Sekiranya engkau pergi dahulu… * Kalaupun ada yang mengajaknya berbicara, dia tetap membisu

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung koordinat: kerana, sebab, lantaran, gara-gara Tugas dan fungsi: menunjukkan sebab atau alasan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku Contoh: * Ia lambat ke kuliah kerana ketinggalan bas * Dia sakit hati sebab perbuatan kamu * Mahasiswa itu kecewa amat lantaran sudah jatuh ditimpa tangga * Gara-gara gagal dalam peperiksaan, mahasiswa itu membunuh diri

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung subordinat: apabila, semenjak, sementara Tugas dan fungsi: menunjukkan masa Contoh: * Rumah itu sudah hangus terbakar apabila pasukan bomba tiba * Carilah kerja sementara menunggu keputusan STPM anda * Semenjak didenda oleh ayahnya, Ali tidak berani merokok lagi

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung subordinat: sebelum, setelah Tugas dan fungsi: menunjukkan masa sesuatu perbuatan atau peristiwa Contoh: * Saya akan menemui orang itu sebelum pukul tiga pagi * Setelah bertikam dengan hebatnya, Hang Jebat pun tewas * Mahasiswa itu menjeling dengan jelingan membunuh sebelum meninggalkan dewan * Orang itu tertidur setelah penat bekerja

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung subordinat: sampai, hingga Tugas dan fungsi: menunjukkan had atau kadar tertentu Contoh: * Saya menunggu kedatangannya sampai senja * Ia bekerja kuat hingga badannya berpeluh * Dia menjerit sampai suaranya serak * Kusangka panas hingga petang rupanya hujan…

PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung subordinat: selagi Tugas dan fungsi: menunjukkan sesuatu hal yang masih belum berhenti Contoh: * Saya tidak akan meletakkan jawatan selagi saya mendapat sokongan anggota parti * Mereka tidak akan melabur di negara ini selagi keadaan politik tidak stabil * Selagi hayat dikandung badan, cintaku padamu akan tetap menyala

KATA HUBUNG BERPASANGAN baik … mahupun: * Semua orang sayang akan mahasiswa itu, baik yang tua mahupun yang muda sama ada … atau: * Orang itu tidak pasti sama ada tindakannya itu betul atau salah * Kami ingin mengetahui sama ada mahasiswi itu masih bujang atau telah berumah tangga daripada … lebih baik: * Daripada dua lebih baik tiga * Daripada berputih mata, lebih baik berputih tulang

KATA HUBUNG BERPASANGAN jangankan … pun: * Jangankan di mulut harimau, di mulut naga pun sanggup direbutnya * Jangankan dua, satu pun tidak terlarat olehnya bukan saja … tetapi juga: * Peraturan ini bukan saja untuk mahasiswa tetapi juga untuk staf akademik entah … entah: * entahkan kasih entahkan tidak sungguhpun … namun: * Sungguhpun banyak bintang di langit, namun bintang kejora juga yang jadi idaman

KATA PRAKLAUSA: KATA SERU Kata yang digunakan untuk memanggil atau yang dikeluarkan dengan tiba-tiba untuk menyatakan pelbagai rasa hati seperti geram, hairan, hiba, sindiran, marah, sakit, takut, terperanjat, kecewa, menarik perhatian, kagum, menyapa, mengejek, menolak, sedih, benci, simpati, cemas, setuju kasihan… Pada umunya, kata seru mengarah pada sikap negatif, positif, kehairanan dan bercampur bergantung pada makna yang mengiringinya Contoh: aduh, cis, nah, aduhai, cih, oh, ah, eh, wah, amboi, hai, wahai, syabas, celaka, hoi, ya Allah, ha, ha, ha…, yahoo, hei, ayuh, wau, baik, syukur… * Aduh, cantiknya gadis ini! * Amboi, sombongnya! * Hai, lama tak nampak! * Oh, sungguh jauh dikau pergi!

KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA Kata yang digunakan sebagai penanda ayat tanya untuk menanya sesuatu, iaitu yang berupa permintaan, keterangan dan penjelasan. Antaranya termasuklah sendi nama tanya, atau adverb tanya dan ganti nama tanya Dalam ayat, kata tanya hadir sebagai sebahagian predikat, dan partikel kah boleh hadir dengan kata tanya yang dikedepankan Contoh: mengapa/kenapa (sebab apa, apa fasal, apa sebab), berapa (jumlah, besar, bilangan, harga, tinggi…), bila/bilamana/kapan (waktu, masa, ketika, kapan), bagaimana (hal, proses, keadaan dan cara) * Mengapakah/kenapakah dia termenung? * Isterinya berapa orang? * Bilakah/bilamana/kapan kita akan bahagia? * Anda hendak ke sana, bagaimana? partikel = golongan kata yang tidak berubah, yang mempunyai fungsi ketatabahasaan, tetapi tidak mempunyai fungsi leksikal

KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA Terdapat juga kata ganti nama yang berfungsi sebagai kata tanya, seperti apa (benda, tumbuh-tumbuhan dan satwa), siapa (orang), mana dan di mana Contoh: * Yang bergerak-gerak di dalam kain itu apa? * Mahasiswa itu siapa? * Mereka itu dari mana? * Apakah yang kamu bawa itu? * Siapakah nama anda? * Di manakah akan kucari ganti…

KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA Kata tanya mana digunakan untuk menanyakan tempat. Penggunaannya sering berdiri sendiri atau hadir dengan kata sendi di, ke dan dari Di mana menanyakan tempat berada, ke mana menanyakan tempat yang dituju, dan dari mana menanyakan tempat asal atau tempat yang ditinggalkan, yang mana digunakan untuk menanyakan sesuatu atau seseorang daripada kelompok Contoh: * Mereka itu dari mana? * Di manakah akan kucari ganti… * Ke manakah anda akan pergi * Dari manakah orang itu * Yang manakah saudara pilih untuk menjadi teman hidup

KATA PRAKLAUSA: KATA PERINTAH Kata yang menyuruh atau mengarah melakukan sesuatu arahan, suruhan, larangan, silaan atau permintaan Contoh: jangan (tidak boleh), usah (jangan), sila (minta dengan hormat), jemput ( ajak atau undang), minta (mohon sesuatu), tolong (minta bantuan atau sokongan), harap (ingin akan sesuatu) * Janganlah tinggalkan aku di sini * Usahlah bersedih hati * Silalah masuk * Tolong tinggalkan tempat ini * Harap-harap kelapa puan… * Minta perhatian…

KATA PRAKLAUSA: KATA PEMBENAR Kata yang mengisahkan sesuatu kenyataan sebagai betul, tidak salah, tepat seperti yang dikehendaki Contoh: ya, benar, betul * Ya, itulah yang saya maksudkan * Ya, di sanalah rumah isteri mudanya * Benar, mahasiswa itulah yang ditangkap semalam * Betul, kalau tak percaya, tanyalah neneknya * Betul, dia sudah berumah tangga * Benar, orang itulah batu apinya

KATA PRAKLAUSA: KATA PANGKAL AYAT Kata yang hadir pada bahagian awal ayat. Fungsinya ialah untuk menyambung ayat dalam suatu wacana Contoh: hatta (lalu, maka, kemudian daripada itu, sampai, hingga), maka (lalu, sudah itu), syahadan (selanjutnya), adapun (tentang, perihal), alkisah (kisahnya, ceritanya), kalakian (kala itu, ketika itu, kemudian), sebermula (peristiwa, pertama-tama), sekali peristiwa (pada suatu kejadian), arakian (sesudah itu) * Maka tergila-gilalah perempuan, anak dara-dara dan janda- janda kepada Harith Fadhilah * Syahadan tengah baginda duduk berkata-kata itu… * Alkisah, maka tersebutlah perkataan Ratu Pandan… * Sebermula, akan segala kedayan, menteri… * Adapun Harith Fadhilah itu leka…

KATA BANTU Kata yang wujud sebelum kata utama untuk membantu KKJ, KAdj atau KSN dengan mewujudkan makna tambahan dari aspek ciri waktu dan harapan atau ragam Kata bantu tidak mempunyai fungsi dan makna yang tersendiri Kata bantu tidak menerima kata daripada golongan lain untuk membentuk kumpulan tertutup Kata bantu tidak berimbuhan dan tidak mengubah golongan kata Kata bantu tidak diikuti oleh objek (KN) Kata bantu hanya digunakan untuk menggabungkannya dengan kata lain Kata bantu terbahagi dua, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam

KATA BANTU ASPEK Kata yang menunjukkan pelbagai suasana perbedaan masa, iaitu: > Keadaan yang telah berlaku: sudah, telah, pernah > Keadaan yang sedang berlaku: sedang, masih, tengah, baru > Keadaan yang belum berlaku: belum, akan * Orang itu telah mengetahui bahawa peria itu pahit * Dia masih ingat akan kekasih lama * Saya tidak muda lagi, tetapi saya belum tua

Kata yang menyatakan pelbagai ragam tingkah laku, cara dan olah KATA BANTU RAGAM Kata yang menyatakan pelbagai ragam tingkah laku, cara dan olah > menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin > menunjukkan keupayaan: dapat, bisa > menunjukkan keizinan: boleh > menunjukkan kebarangkalian: kemungkinan, mungkin, barangkali > menunjukkan kemestian: mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, memang * Suaminya hendak berkahwin lagi * Anaknya boleh memandu kereta * Orang itu mungkin sembuh daripada penyakit * Kita patut bersyukur kepada Tuhan

KATA BANTU ASPEK DAN KATA BANTU RAGAM Kata bantu aspek (masa perbuatan) dan kata bantu ragam (perasaan yang berkait dengan perbuatan) boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat > Buah mempelam itu mesti akan masak pada akhir bulan ini > Jandanya itu harus sudah berkahwin > Permaisuri sedang hendak bersiram > Mahasiswa itu belum boleh berjalan > Mahasiswi itu belum mahu berkenalan

KATA PENGUAT Kata penguat menjadi penanda KAdj, dan boleh hadir di hadapan KAdj sahaja, di belakang KAdj sahaja, atau bebas, iaitu di hadapan atau di belakang KAdj. Fungsinya memberi penekanan maksud KAdj Kata penguat hadapan: agak, begitu, demikian, kurang, lebih, paling, terlalu, cukup… Penguat belakang: benar, betul, nian, sekali Penguat bebas: amat, sangat, sungguh Kata penguat boleh digunakan pada KKJ yang berfungsi sebagai KAdj: sangat bersedih, amat berjimat… Kata penguat bebas sahaja yang diizinkan hadir dengan penguat belakang: sangat indah nian, sungguh cantik sekali… Contoh lain: begitu ceria, degil betul, sungguh gembira, demikian sulit, hebat sekali, malu amat, indah nian…

Kata partikel penegas FPred: kah, tah, lah KATA PENEGAS Kata yang menjelaskan bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas menekankan bahagian dalam ayat. Maknanya dapat dipastikan dengan jelas setelah digunakan dalam ayat Kata penegas terbahagi dua, iaitu kata partikel penegas FPred, dan kata akar penegas FN Kata partikel penegas FPred: kah, tah, lah * Yang tersenyum itulah buah hatiku * Alangkah bertuahnya orang itu * Apatah daya kita

Kata akar penegas FN: juga, jua, sahaja, saja, pun, lagi, hanya, memang, cuma, yang * Hanya engkau yang aku cinta * Dia pun akan ke sana juga * Dia datang lagi * Anaknya juga akan ikut serta * Orang itu sahaja dibenarkan masuk

KATA NAFI Kata yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu FN, FKJ, FAdj, FSN, dan larangan ayat perintah Penafian FKJ dan FAdj: tidak Penafian dua perkara yang bertentangan: entah Penafian FN dan FSN: bukan, tiada Penafian ayat perintah: jangan Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum FKJ jika faktanya bertentangan * tiada ibu dan bapa * bukan saudaranya * tidak berkenan * tidak sopan * entah ya entah tidak * jangan masuk * Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi main-main sahaja

KATA PEMERI Kata yang menerangkan hal (perkara atau peristiwa) atau perangkai antara subjek dengan frasa utama predikat, dan bersifat pilihan Kata pemeri dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pemerian secara persamaan (ekuatif) dan hadir di hadapan FN, dan pemerian secara huraian, dan hadir di hadapan FAdj dan FSN Pemerian secara persamaan: ialah dan pemerian secara huraian: adalah Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan KKJ, dan dalam ayat nafi > Raja Ali Haji ialah pengarang Tuhfat Al-Nafis > Yang dikatakan itu adalah benar > adalah dimaklumkan…(tidak gramatis) > Orang itu adalah tidak pandai (tidak gramatis)

KATA SENDI NAMA KSN ialah kata yang hadir di hadapan FN. KSN memerlukan FN untuk membentuk FSN supaya dapat berfungsi sebagai predikat Fungsinya untuk merangkaikan FN dengan kata atau frasa lain. Fungsinya itu berbeda berdasarkan konteks penggunaannya yang khusus Contoh KSN: akan KN, antara KN, oleh KN, pada KN, di KN, tentang KN, demi KN, dalam KN, atas KN, bagi KN, daripada KN, sejak KN, terhadap KN, bagai KN, sampai KN, dengan KN, hingga KN, kepada KN, seperti KN, untuk KN, umpama KN…

PENGGUNAAN KSN: di KSN di digunakan untuk: tempat dan arah * Di bandar ini, dia dilahirkan * Orang itu mencari isteri di desa terpencil * Tangannya sakit di sebelah kanan * Kekacauan meletus di selatan Thailand * Di sanalah cintanya terpahat

PENGGUNAAN KSN: pada KSN pada digunakan untuk: masa, orang, haiwan, dan benda mujarad Contoh KSN pada: * Pada masa ini, bapanya sedang bertapa * Bungkusan itu ada pada Halimah * Virus berbahaya ada pada burung * Pada bayangan wajahmu kulihat bulan

PENGGUNAAN KSN: ke KSN ke digunakan untuk: tempat, arah, benda konkrit tak bernyawa, dan masa Contoh KSN ke: * Mahasiswa itu balik ke Terengganu * Kaca terhempas ke batu * Dia sentiasa bermimpi ke zaman bahari * Dia memandang ke dalam bilik itu * Bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya

PENGGUNAAN KSN: kepada KSN kepada digunakan untuk: benda bernyawa, benda mujarad kecuali masa, pecahan dan perubahan keadaan, dan letaknya mendahului KN atau FN yang merujuk orang atau objek Contoh KSN kepada: * Dia menghantarkan surat itu kepada isterinya * Dikirimkan rindu kepada angin nan lalu * Kumpulan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian * Banjir yang melanda telah tiba kepada paras yang maksimum

PENGGUNAAN KSN: dari KSN dari digunakan di hadapan KN / FN dalam hal yang menunjukkan: masa, tempat dan arah Contoh KSN dari: * Sejarah hendaklah dinilai dari masa kini dan dini * Ibu bapanya berasal dari Arab * Kereta itu datang dari kanan jalan * Orang itu dari Kuala Lumpur * Dia keluar dari dalam rumah itu

PENGGUNAAN KSN: daripada KSN daripada digunakan di hadapan KN / FN untuk hal yang lebih umum: orang, perbandingan, asal kejadian, dan bahagian sesuatu Contoh KSN daripada: * Hadiah diterima daripada putera itu * Mangga Thailand lebih sedap daripada mangga Kelantan * Daripada benang dibuat kain * Daripada dua bahagian digabungkan menjadi satu bahagian

KSN bagi tidak digunakan dengan kata kerja Contoh KSN bagi / untuk: PENGGUNAAN KSN: bagi KSN bagi digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibedakan daripada yang lain dan menyatakan hubungan yang membawa maksud untuk. Dalam konteks ini, untuk dan bagi boleh bertukar ganti berasaskan mana suka KSN bagi tidak digunakan dengan kata kerja Contoh KSN bagi / untuk: > Gaji untuk / bagi bulan ini sudah dibayar kelmarin > Hal itu mudah bagi /untuk kami > Sijil Penghargaan untuk / bagi peserta bengkel akan diserahkan pada minggu hadapan > Senapang untuk menembak gajah

PENGGUNAAN KSN: demi KSN demi digunakan untuk maksud: tujuan, penegas, dan urutan Contoh KSN demi: * Demi kekasih tercinta, saya sanggup melakukan apa-apa sahaja * Seorang demi seorang perajurit itu gugur ke bumi * Satu demi satu pakaiannya dibuka * Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian…

PENGGUNAAN KSN: sejak / Semenjak KSN sejak / semenjak digunakan untuk menyatakan makna bermula dari sesuatu waktu /masa tertentu: Contoh KSN sejak: * Sejak hari pernikahannya, dia tidak pernah berbual-bual dengan kita lagi * Sejak minggu lepas, dia tidak pernah datang ke kuliah * Semenjak ibunya meninggal, dia tidak pernah ketawa * Dia tinggal dengan neneknya sejak / semenjak tiga tahun dahulu

PENGGUNAAN KSN: dalam / antara KSN dalam / antara digunakan untuk: lingkungan yang tidak beruang dan tidak mempunyai jarak, dan jangka waktu Contoh KSN dalam / antara: * Dalam perkara ini, kita hendaklah bertindak bijak * Mata pelajaran Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris * Dalam masa 15 minit, dia akan sampai ke sini * Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula antara suami dengan isteri * Antara pandangannya dengan pandangan saya jauh berbeda

PENGGUNAAN KSN: sebagai KSN sebagai digunakan untuk menyatakan makna: menjadi, selaku, seakan-akan, dan seumpama Contoh KSN sebagai: > Pemuda tampan itu telah dipilih sebagai ketua pasukan > Kehidupan puteri itu sebagai layang-layang putus tali > Sebagai rumusannya, kita hendaklah bersatu untuk mencapai kemenangan > Sebagai balasannya, orang itu dibuang negeri

PENGGUNAAN KSN: sebelum / selepas KSN sebelum / selepas digunakan untuk maksud: sebelum: lebih cepat daripada selepas: sesudah Contoh KSN sebelum / selepas: * Sebelum saya, dia telah tiba ke sana * Selepas makanan, minuman pula dihidangkannya

PENGGUNAAN KSN: oleh KSN oleh digunakan untuk menunjukkan: > perhubungan pembuat perbuatan dalam ayat yang menggunakan di, dan ter, iaitu untuk perbuatan pasif > perhubungan yang membawa maksud sebab dan kerana Contoh KSN oleh: * Buku itu dibaca oleh Amin * Batu besar itu terangkat oleh Badang * Dia gagal oleh kelalaiannya sendiri

* Mahasiswa itu amat rindu akan buah hatinya PENGGUNAAN KSN: akan KSN akan digunakan di hadapan kata untuk manusia, dan penggunaannya terhad kepada kata adjektif yang bersifat emotif Contoh KSN akan: * Mahasiswa itu amat rindu akan buah hatinya * Orang banyak sangat benci akan perangainya * Banyak orang takut akan hantu * Orang Cina itu suka akan durian

PENGGUNAAN KSN: dengan KSN dengan digunakan untuk menimbulkan maksud: bersama / beserta, perbandingan, padanan / kesesuaian, kesan atau cara, alat Contoh KSN dengan: * Ahmad berjalan dengan Aminah * Kulitnya sama putih dengan kapas * Dia belajar dengan rajinnya * Tuah menikam Jebat dengan keris

PENGGUNAAN KSN: hingga / sampai KSN hingga / sampai digunakan secara bergantian untuk menandakan hal: peringkat had masa / waktu Contoh KSN hingga / sampai: * Kedua-dua isterinya berjaga hingga / sampai pagi * Hingga /sampai hilang suaranya orang itu menjerit 1- * Ketiga-tiga anaknya belajar hingga / sampai universiti

PENGGUNAAN KSN: seperti / bagai / umpama KSN seperti / bagai / umpama digunakan sebelum KN / FN untuk menunjukkan perbandingan Contoh KSN seperti / bagai / umpama: * Wajah puteri itu seperti bulan purnama * Cintanya seperti embun di hujung rumput * Orang itu bagai rusa masuk kampung * Dia bekerja bagai lipas kudung * Hamba ini umpama kiambang di air… * Umpama golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak laku

PENGGUNAAN KSN: tentang KSN tentang digunakan untuk menandakan perihal masa tertentu, rujukan mujarad dan berkenaan dengan sesuatu Contoh KSN tentang: * Alias berbincang tentang masalah kemiskinan dalam kuliahnya * Merujuk surat tuan tentang perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa… * Dia memberikan ceramah tentang bahasa baku * Tentang perkara 4, ceraian 2…

PENGGUNAAN KSN: terhadap KSN terhadap digunakan dalam posisi penyambut tentu seperti manusia, satwa dan benda, yang membawa maksud rujukan Contoh KSN terhadap: * Ali sangsi terhadap kejujuran Ahmad * Ibu bapa mestilah adil terhadap anaknya * Kita perlu prihatin terhadap alam sekitar * Manusia semakin kejam terhadap satwa * Aku amat sedih dengan kenyataannya terhadap kegagalanku

PENGGUNAAN KSN: selama KSN selama digunakan untuk menandakan perihal masa yang tertentu Contoh KSN selama: * Mahasiswi itu tidak datang ke kuliah selama dua minggu * Orang itu pengsan selama dua tahun * Selama ini, kuharap panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari * Selama tiga hari, orang itu berpuasa

PENGGUNAAN KSN: selain KSN selain digunakan untuk menimbulkan maksud: hanya, di samping atau bersama Contoh KSN selain: * Majlis itu tidak mengandung aktiviti apa-apa selain penayangan filem * Selain ceramah, diadakan juga aktiviti riadah * Selain kopi, dihidangkan juga buah-buahan

PENGGUNAAN KSN: sepanjang KSN sepanjang digunakan untuk menandakan perihal: mengikut jarak, waktu, dan mengikut atau menurut Contoh KSN sepanjang: * Selepas berkahwin, dia tunduk sepanjang masa * Mahasiswa itu tersenyum sepanjang jalan * Sepanjang pengetahuan saya, ayam itu masih ayam dara * Sepanjang pertemuan itu, dia membisu seribu bahasa

KATA ARAH Kata arah ialah kata yang hadir di hadapan FN, dan lazimnya hadir di belakang KSN untuk memberitahukan tempat sesuatu itu berada, iaitu hala atau jurusan. Oleh itu, kata arah ialah jenis KN yang tergolong dalam kata tugas Contoh kata arah: atas, tengah, timur, sisi, selatan, sudut, utara, barat, tepi, sebelah, hadapan, dalam, antara, penjuru, bawah, segi, utara, samping… * Masalah itu dikaji dari sudut sosiologi * Rumahnya terletak di antara kebun ubi dengan kebun durian * Pasir roboh di tepi kali * Di penjuru matamu kulihat bulan

Bilangan tentu: satu, tiga, lima, enam puluh satu… KATA BILANGAN Kata bilangan ialah kata penerang jumlah KN, iaitu kata yang membawa maksud bilangan atau kuantiti. Oleh itu, kata bilangan ialah jenis KN yang tergolong dalam kata tugas. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu: Bilangan tentu: satu, tiga, lima, enam puluh satu… Bilangan tidak tentu: masing-masing, segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit… Bilangan pisahan: setiap, tiap-tiap, masing-masing… Bilangan pecahan: separuh, setengah, tiga suku, satu pedua, seperempat, suku… Bilangan himpunan: berjuta-juta, berguni-guni, berabad-abad, kedua-dua, ratusan, jutaan… Bilangan tingkat atau ordinal: pertama, kedua, ketiga, keenam…

KATA BILANGAN Kata bilangan tidak tentu sudah mendukung maksud jamak. Oleh itu, KN yang diterangkannya tidak perlu digandakan lagi Kata bilangan tentu boleh diikuti oleh penjodoh bilangan Contoh penggunaan kata bilangan: * Sesetengah mahasiswa tidak prihatin tentang politik semasa * Isterinya telah menunggu di situ lebih tiga suku jam * masing-masing tidak mahu mengalah * Ribuan penonton telah membanjiri Stadium Bukit Jalil * Lima buah rumah telah dirobohkan oleh pihak berkuasa Dewan Bandar Raya semalam

KATA ADVERBA Kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan kata sendi nama, dari segi cara, masa dan tempat. Contoh: > Ibu bapa selalu mengingatkan anaknya supaya belajar dengan tekun > Orang tua itu sakit sentiasa > Hari jadinya ialah hari Jumaat > Isterinya sering kali ke Kelantan Kata adverba boleh hadir di hadapan atau di belakang kata/frasa yang diterangkan Kata adverba tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen predikat

Kata adverba asalnya kata adjektif Kata adverba asalnya kerja BENTUK KATA ADVERBA Kata adverba jati Kata adverba asalnya kata adjektif Kata adverba asalnya kerja Kata adverba bentuk gandaan

KATA ADVERBA JATI Penerang kepada kata/frasa kerja, adjektif dan sendi nama, seperti kata semalam, kelmarin, esok, lusa, tulat, kelak, sekarang, dahulu, tadi, kemudian, barang kali, sering kali, acap kali, kerap kali, julung kali, sentiasa, kadang-kadang, kadang kala, saling, sekali gus, serentak, jarang kali, sempat, langsung, nyaris, begitu, begini, demikian, pertama kali, agaknya, nanti… Anaknya telah tiba kelmarin dari Istanbul Semenjak ibuna meninggal dunia, mahasiswi itu sering kali menangis Pelajar itu keluar dewan secara serentak Orang yang begitu rajin pun boleh gagal Dia pertama kali ke rumah saya

KATA ADVERVA ASAL KATA ADJEKTIF Penerang kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama seperti berjalan perlahan, terbang rendah, kurang cerdik, bertiup kencang, panjang lebar, sering ke pasar borong, hampir terlentang… > Orang itu berjalan perlahan > Burung tempua terbang rendah > Mahasiswa ini kurang cerdik > Angin bertiup kencang > Panjang lebar wanita itu bercerita > Saya sering ke pasar borong > Anaknya hampir terlentang dilanggar basikal

KATA ADVERBA ASAL KATA KERJA Penerang kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama, seperti hitam berkilat, merah menyala, berjalan mengiring, tenang menghijau, bersih berseri… > Rambutnya hitam berkilat > Wajahnya merah menyala menahan marah > Ketam ialah satwa yang berjalan mengiring > Hutan simpan di Pahang itu tenang menghijau > Warna bajunya putih berseri

KATA ADVERBA GANDAAN Proses gandaan untuk menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama > Orang itu pura-pura baik di hadapan bosnya (gandaan penuh) > Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga (penggandaan separa awalan) > Mahasiswa itu mempertahankan hujahnya mati- matian (penggandaan separa akhiran) > Pencuri itu lari lintang pukang apabila dikejar polis (penggandaan berentak)

KATA PASCAKATA: KATA PENEKAN Kata penekan ialah kata yang memberikan penegasan pada kata yang bergabung dengannya Contoh penggunaan kata penekan: * Keadaan mahasiswa itu sesungguhnya semakin tenat * Buah yang tergantung itu nampaknya akan gugur * Bahawasanya keadilan mesti dipertahankan dalam semua keadaan

KATA PASCAKATA: KATA PEMBENDA Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu yang bukan KN sebagai KN Contoh penggunaan kata pembenda: * Lajunya seperti kilat * Malunya bukan kepalang * Peladang itu berhujah dengan hebatnya * Datangnya seperti harimau, perginya seperti tikus

KESIMPULAN Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat dengan tugasnya untuk menjadikan kata lain berfungsi dalam ayat Kata tugas terbahagi kepada empat kelompok, iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa, dan kata pascakata Kata penyambung ayat ialah kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan, iaitu menggunakan kata hubung gabungan, kata hubung pancangan, dan kata hubungan berpasangan Kata praklausa ialah kata yang hadir sebelum klausa. Kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat Kata prafrasa ialah kata yang hadir sebelum frasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata bilangan dan kata adverba Kata pascakata ialah kata yang hadir selepas perkataan, iaitu kata penekan dan kata pembenda

Kalau mencari bekal tua ringankan tulang selagi muda MADAH PUJANGGA Kita belajar dengan dua cara, iaitu membaca buku, dan betemankan orang yang lebih pintar Kalau mencari bekal tua ringankan tulang selagi muda ilmu bermanfaat wajib ditimba tingkatkan iman tinggikan takwa