PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM
Advertisements

BAB II IMAN DAN TAQWA.
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
SISTEM KEKELUARGAAN DALAM ISLAM
MATA KULIAH TAUHID AKIDAH AKHLAK Dosen: Sarah Wulan, S.Ag, MPd
SENI DAN MANIFESTASI BUDAYA
Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni dalam ISLAM
SENI DAN MANIFESTASI BUDAYA
BAB 2 TASAWWUR ISLAM.
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA
BAB 12: AL-QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN.
Masyarakat tidak menerima kebenaran
KEMULIAAN AL-QURAN.
KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 2 : SOLAT DALAM ISLAM
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
IDA Islam dan Peradaban
ASSALAMUALAIKUM.
AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS
Model Pembangunan Potensi Manusia
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
MODUL IHES 1 Natijah Kemenjadian IHES
Masyarakat tidak menerima kebenaran
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
PANDANGAN ALAM SEMESTA
Teori-teori Hubungan Etnik
BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
MODUL 1 AGAMA : NALURI BERAGAMA DAN PENGERTIANNYA
Masyarakat tidak menerima kebenaran
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
Hakikat keimanan dan buahnya
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BAB 5: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DI AKHIRAT
TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
TASAWWUR ISLAM II WEEK 1 PERUNDANGAN ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
TAMADUN ISLAM Kata kunci
Pelajaran 10 : RABBANIYYAH
DEFINISI Pentadbiran Pengurusan
NOR RADIAH BINTI MD ZAID (023048) NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)
KONSEP PEMBANGUNAN ISLAM.
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT
SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
BAB 4: AKHLAK MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN DIDUNIA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
MODUL IHES 1 Natijah Kemenjadian IHES
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 5 MANUSIA DAN PEMBANGUNAN:FUNGSI DAN PERANAN Menghuraikan dengan lebih mendalam perbincangan tajuk.
FITRAH MANUSIA & PERKEMBANGANNYA
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
A] Mengapakah zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan
PIM 3101: Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
Tajuk 3 : INSTITUSI ISLAM.
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
FEM 3301 ETIKA & NILAI DALAM PEMBANGUNAN
MODEL PENGURUSAN ISLAM.
Transcript presentasi:

PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH Sejarah Tamadun Islam 2 PERANAN SENI DALAM PEMBANGUNAN UMMAH

Manusia = Khalifah di Bumi Tugas khalifah meliputi dua dimensi: Keagamaan: sebagai hamba Allah di bumi. Keduniaan: Membangunkan dunia berdasarkan acuan wahyu (agama).

Keistimewaan Manusia Manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian dan dibekalkan dengan sifat-sifat istimewa yang membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Perbezaan Manusia dengan makhluk lain Manusia berbeza daripada Malaikat, haiwan dan jamadat (benda-benda beku). Malaikat dikurniakan akal dan hikmah, tidak dikurniakan nafsu dan tabiat. Haiwan dikurniakan dengan nafsu dan tabiat, tidak dikurniakan akal dan hikmah. Jamadat (matahari, bumi, gunung-ganang dan lain-lain) tidak dikurniakan dengan akal, hikmah, nafsu dan tabiat. Fitrah kejadian manusia meliputi akal, hikmah, nafsu dan tabiat.

Manusia dan Kesenian Naluri asasi manusia adalah mengarahkan kepada keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan hidup (al-Salamah). Islam diturunkan untuk memimpin manusia dalam usaha mereka memenuhi keperluan asasi tersebut. Agama Islam bersifat waqi’ie dan sesuai dengan fitrah manusia pada semua tempat dan keadaan.

Hubungan Agama dan Seni Agama berfungsi mewujudkan kesenangan rohani demi mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat. Politik, ekonomi, dan bidang-bidang teknikal memberikan keselamatan kepada manusia di dunia, di samping perhitungan di akhirat. Kesenian memberikan kesenangan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia.

Konsep Seni Kesenian boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Manakala objek kesenian ialah karya yang menimbulkan perasaan senang dan tenang pada diri seseorang . Karya pula adalah ciptaan yang berupa suara, bahasa, rupa benda dan lain-lain.

Konsep Seni Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali mengatakan seni adalah kerja berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah.

Pandangan Islam Mengenai Kesenian Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan keperluan asas manusia. Jiwa manusia mengandungi 6 elemen iaitu rasa agama, rasa intelek, rasa etika, rasa estetika, rasa sosial dan rasa diri. Dalam kehidupan seharian manusia tidak terlepas daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah baik dalam berpakaian, menghias diri, rumah, memilih benda dan lain-lain.

Pandangan Islam Mengenai Kesenian Ajaran Islam meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablun min Allah) (ibadat) dan hubungan manusia sesama manusia (Hablun min al-Nas) (kebudayaan). Dalam ibadat kesenian tidak diperlukan kerana yang diperlukan dari seorang hamba terhadap Tuhannya adalah taqwa.

Pandangan Islam Mengenai Kesenian Dalam kebudayaan, seni diperlukan malah kesenian adalah bahagian daripada kebudayaan. Asas segala perkara (selain ibadat) adalah harus kecuali bila terdapat nash yang mengharamkannya.

Hukum Seni Dalam Islam Secara umumnya hukum seni terbahagi kepada lima: Wajib: Jika kesenian itu sangat diperlukan oleh Muslim seperti untuk menyeru manusia kepada solat dan lain-lain. Sunat: Untuk menyatukan atau menaikkan semangat umat Islam seperti melalui qasidah, nasyid dan lain-lain.

Hukum Seni Dalam Islam Harus: Apa sahaja bentuk seni yang mana tidak ada nash yang mengharamkan. Firman Allah: قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللهِ التى أَخْرجَ لِعِبَادِهِ والطَيِّبَاتِ مِن الرِزْقِ . “Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pula yang mengharankam) rezeki yang baik” Al-A’raaf,7:32 Makruh: Jika kesenian itu membawa kepada unsur lagha (sia-sia). Seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.

Hukum Seni Dalam Islam Haram. Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang: Menjadikan manusia mengabaikan tanggungjawab yang fardu. Membawa khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan mana yang hak dan batil. Dicampuri dengan benda-benda haram seperti syirik, arak, judi, dadah dan lain-lain.

Hukum Seni Dalam Islam Ada percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa batas. Objek atau ukiran dalam bentuk patung. Seni dalam bentuk yang tidak bermoral. Seni yang boleh merosakkan akhlak dan memudharatkan.

Ciri-ciri Kesenian Islam Keindahan Sabda Rasulullah bermaksud: إن الله جميل يحب الجمال “Sesungguhnnya Allah itu Maha indah dan sukakan kepada keindahan” Plato, Plotinus dan Hegel berpegang bahawa keindahan dapat disamakan dengan kebenaran, kebaikan dan kesempurnaan

Ciri-ciri Kesenian Islam Unsur Moral Menurut Islam seni dan moral saling berkait rapat antara satu sama lain. Allah memerintahkan supaya manusia melakukan perkara yang baik dan malarang daripada yang mungkar. Islam menghendaki supaya seni dicipta menurut acuan akidah, syariat dan akhlak.

Ciri-ciri Kesenian Islam Kepelbagaian Dalam Kesatuan Islam adalah agama yang universal dan dianuti oleh semua bangsa. Perbezaan bangsa dan budaya membentuk kelainan dari sudut kesenian yang dihasilkan. Islam datang dengan prinsip-prinsip asas dan umum sifatnya. Seniman Muslim dituntut untuk menghasilkan seni yang tidak terkeluar daripada prinsip umum tersebut meskipun berbeza dari segi bentuk.

Hubungan Antara Agama, Etika Dan Estetika Dalam falsafah Barat (sekular) manusia bebas melakukan aktiviti seni mengikut kekreatifan dan imaginasi seseorang. Seni dianggap sebagai imitation (peniruan), play (permainan), empathy (kemahiran), communication (komunikasi), expression (pernyataan) dan experience (pengalaman). Seni tidak ada hubungan dengan seniman. Oleh itu ia boleh mengikut aliran nihilisme,realisme- sosialis, hedonisme, existentialisme, romantisisme, humanisme sekular dll. Dalam Islam seni tidak boleh dipisahkan daripada prinsip agama dan moral.

Jenis-Jenis Seni Islam Bahasa dan Kesusasteraan Puisi, cerpen, sajak, novel, lirik lagu, pantun, gurindam dan lain-lain. Seni suara Azan, taranum al-Quran, seni lagu, nasyid, qasidah, berzanji dan lain-lain.

Jenis-Jenis Seni Islam Kaligrafi Seperti tulisan khat, dan lain-lain. Ukiran Ukiran serami, ayat-ayat al-Quran pada kayu dan batu, dan lain-lain material seni. Sulaman - Sulaman dan tenunan yang tertera di kain, sejadah, permaidani, sutera dan lain-lain.

Jenis-Jenis Seni Islam Seni binaan Dapat dilihat melalui pembinaan masjid, mihrab, mimbar, bangunan, kubu, empangan dan lain-lain. Seni lukis Lukisan alam (bukan arca).

Jenis-Jenis Seni Islam Seni hiasan Seperti kerawang dan bentuk-bentuk geometri, landskap dan lain-lain. Seni pertahan diri Seni memanah, menunggang kuda dan lain-lain.

Peranan Seni Meninggikan tamadun manusia. Sarjana Islam dan Barat dalam bidang tamadun seperti Jurji Zaidan, Husni Abd al-Wahab, Muhammad al-Bahi, Will Durant dan lain-lain meletakkan seni sebagai salah satu daripada ciri tamadun. Tingginya nilai seni sesuatu bangsa membuktikan tingginya nilai tamadun bangsa tersebut.

Peranan Seni Memberikan nilai al-falah (kemenangan) dan al-Sa’adah (kebahagian) dalam kehidupan. Contohnya: Melalui seni suara: ketenangan yang tidak melalaikan. Melalui karya sastera: boleh membangunkan minda ummah untuk menghargai kebaikan, keamanan, perpaduan dan lain-lain nilai murni. Seni sastera yang tinggi nilainya ialah yang boleh mendorong manusia untuk mencapai tingkat ketaqwaan, kemakrufan, kesalihan, dan tinggi budi pekerti.

Peranan Seni Melalui seni bina memenuhi skop keperluan al-Daruriyyah, al-haajiah dan al-tahsiniyyah. Ciri-cirinya ialah: Ruang masuk udara seluas-luasnya. Menerapkan tulisan khat/kaligrafi yang menenangkan. Ruang bilik yang memisahkan lelaki dan perempuan. Reka bentuk sesuai dengan iklim. Memanifestasikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan. Mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan.

Peranan Seni Menjadi media penghubung antara pelbagai budaya manusia. Menjadi salah satu media dakwah. Contoh: Seni suara boleh dilihat melalui…. Azan untuk menyeru manusia kepada solat. Bacaan al-Quran bertaranum: melembutkan hati manusia yang keras. Nasyid dan Qasidah menjadi bahan pengajaran dan renungan selain sebagai hiburan alternatif.

Tanggungjawab Seniman & Pencinta Seni Seniman dan pencinta seni perlu mendalami dan menghayati ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan akidah, syariat dan akhlak agar tidak berlaku pertembungan antara tuntutan agama dan tuntutan fitrah insani. Memahami konsep seni yang sebenar menurut kacamata Islam agar tidak terperangkap dengan falsafah seni Barat.

Tanggungjawab Seniman & Pencinta Seni Memahami konsep dan falsafah asas ajaran Islam agar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kesenian yang dihasilkan. Sentiasa membuat kajian dan penyelidikan dari semasa ke semasa mengenai keperluan umat Islam supaya ia dapat dipenuhi mengikut keperluan semasa tanpa mengorbankan nilai-nilai yang tetap dan sebati (thabat) dalam Islam.