Surah Quraisy Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Intisari Surah Quraisy Orang Quraisy selalu ke Yaman pada musim panas dan ke Syam pada musim sejuk untuk berniaga. Peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada mereka seperti bebas dari kelaparan dan merasa hidup aman damai. Mereka disuruh menyembah Allah s.w.t. kerana telah mendapat kesenangan.
Sebab Turunnya Surah Quraisy Diriwayatkan oleh al-Hakim dan lain-lain, yang bersumber dari Ummu Hani’ binti Abi Thalib bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Allah mengutamakan Quraisy dengan tujuh hal ( lalu beliau menyebutkan hadis tersebut secara lengkap, diantaranya) turun surah yang tidak di sebutkan kaum lain selain mereka.