Membuli dan Meminum Minuman Arak atau Minuman yang Memakbukkan
Minum arak Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi.
Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Membuli Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
Punca pertama gejala buli semakin berluluasa di negara kita adalah kurangnya didikan agama.Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal.
Kelemahan institusi kekeluargaan menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.
TERIMA KASIH DILAKUKAN OLEH : KIMBERLEY LIM CHARLENE JONG TING KAI SI JASMINE CHONG