Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Li-Ta’aruf KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA BANDAR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Li-Ta’aruf KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA BANDAR"— Transcript presentasi:

1 Li-Ta’aruf KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA BANDAR
Prepared For: Ustazah Mahfuzah Bt Mohamed zahzabidi Prepared By: Nurliyana Atikah Binti Md Razif Nur Syazwani Binti Turin Nur Izzati Binti Roszi Fatin Farhana Binti Mohamad Nur Asma Binti Zazaly Noorathirah Binti Mohamad Yusoff

2 MATERIAL

3 Cheong sam Pakaian Tradisional
Penduduk cina bandar Jarang memakai pakaian tradisional tersebut kerana hidup dalam suasana yang moden. Cheong Sam digunakan semasa Majlis perkahwinan Cheong sam juga dipakai semasa musim perayaan. Berwarna Merah, Bermaksud “Ong” atau kebaikan Pakaian Tradisional

4 - Pelbagai jenis Tokong
- Pemilihan berdasarkan keselesaan seseorang untuk beribadat. - Jika seseorang rasa selesa dan selamat di Tokong tersebut, maka dia boleh bersembahyang di situ. - Tiada yang berhak menghalang seseorang untuk memilih tokong. Tujuan sembahyang adalah untuk mendapatkan kesihatan, keselamatan dan pekerjaan yang bagus TOKONG

5 COLOK Batu Jed Tokong Kecil -
- Tokong kecil di setiap rumah masyarakat cina. Bertujuan untuk mendapatkan keselamatan, untuk menjaga ahli keluarga dan juga untuk memelihara perniagaan mereka. Meletakkan tokong kecil di setiap rumah dan permis perniagaan mereka. -sering dipakai oleh masyarakat cina. -untuk feng shui dan keyakinan diri. - mendapatkan keyakinan diri supaya mudah melakukan kerja seharian. simbolik masyarakat cina. Digunakan ketika mereka sembahyang. Tanda hormat msayarakat cina kepada Tuhan mereka. 3 batang colok akan digunakan ketika upacara sembahyang. Tokong Kecil Batu Jed COLOK

6

7 LIMAU UPACARA KEMATIAN
Limau pula juga menunjukkan tanda hormat mereka kepada Tuhannya. Limau akan diletakkan di tokong semasa mereka sembahyang. Limau juga untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri mereka. Dengan meletakkan limau di tokong, mereka akan mendapat `ong’ atau kebaikan. Limau yang diletakkan di tokong adalah sebanyak 5 biji. biji limau itu juga mempunyai maksud yang tersendiri. Sekiranya ahli keluarga mereka meminta kereta, maka mereka akan membuat replica kereta dan membakar replica itu. Orang yang akan mengadakan upacara pembakaran itu ialah anak kepada si mati. Bagi orang yang telah meninggal dunia, mereka mempunyai passport yang tersendiri. Passport itu mempunyai maksud yang tersendiri kepada masyarakat cina. - Upacara pembakaran duit atau replica akan diadakan setahun sekali sahaja iaitu pada bulan April . UPACARA KEMATIAN LIMAU

8 NON- MATERIAL

9 Kehidupan seharian masyarakat cina Bandar bermula jam Sembilan pagi dan berakhir pada jam lima petang. Kebanyakkan masyarakat cina Bandar mempunyai kerjaya sendiri. Sekiranya terdapat kerja yang perlu disiapkan, mereka akan kerja lebih masa dan kekal di pejabat untuk masa yang tertentu. Bagi kaum wanita cina Bandar, kebanyakkan mereka juga mempunyai kerjaya berbanding dengan masyarakat cina luar Bandar. K E H I D U P A N S R

10 Kebanyakkan masyarakat cina tidak mempunyai anak yang ramai.
Kebiasaannya mereka hanya mempunyai dua atau tiga orang anak sahaja. Hal ini kerana masyarakat cina sangat mementingkan pendidikan anak-anak. Ia juga menjadi budaya masyarakat cina untuk mempunyai anak yang sedikit. Antara alasan mengapa masyarakat cina mempunyai anak yang sedikit ialah kerana kos untuk menjaga dan membesarkan anak-anak adalah tinggi. Masyarakat cina di luar Bandar yang tidak berpendapatan tinggi juga amat mementingkan pendididkan anak-anak. CARA DIDIKAN ANAK

11 AGAMA Mereka tidak menetapkan agama untuk dianuti.
Tiada paksaan dalam beragama. Agama bagi masyarakat cina ialah Budha dan Kristian. Agama yang dianuti berdasarkan agama yang dibawa oleh nenek moyang terdahulu. Masyarakat cina sangat terbuka dalam segi beragama. Mereka membenarkan anak mereka menganuti agama lain seperti Kristian. Sekiranya anak lelaki mereka berkahwin dengan wanita beragama Kristian, maka anak lelaki mereka dibenarkan menganuti agama Kristian. AGAMA

12 PERKAHWINAN Encik Choo Thiam Fatt, menceritakan tentang upacara perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat cina Bandar. Pelbagai amalan yang diamalkan oleh masyarakat cina dalam upacara perkahwinan antaranya ialah upacara untuk meminta restu, upacara minum teh dan hadiah daripada ibu dan bapa. Sekiranya pasangan lelaki dan wanita cina ingin berkahwin, maka pihak lelaki dan lelaki itu sendiri perlu pergi berjumpa kedua ibu dan bapa wanita yang ingin dikahwini. . Wakil yang mewakili pihak lelaki perlulah terdiri daripada orang yang lebih tua dan di hormati seperti ibu bapa, datuk ataupun pakcik. Calon pengantin lelaki perlulah meminta restu daripada kedua ibu bapa pengantin perempuan.

13 Tarikh yang dipilih perlulah mendapat persetujuaan kedua belah pihak.
Jumlah hantaran perlulah mengikut kata putus pengantin perempuan. Pengantin perempuan akan memutuskan nilai hantaran yang dimahukan. Pengantin lelaki perlulah menyediakan emas untuk pengantin perempuan. Emas yang diperlukan adalah seperti rantai tangan, rantai leher, loket dan cincin. Adat minum teh akan dimulai dengan memberi minum kepada yang tua terlebih dahulu seperti datuk, nenek, bapa, ibu serta pakcik dan makcik. Adat meminum teh ini perlulah mengikut urutan pangkat. ibu dan bapa pengantin perempuan akan memberi hadiah emas kepada pengantin perempuan.

14 Di dalam perkahwinan masyarakat cina juga perlulah membuat pendaftaran perkahwinan.
Masyarakat cina perlulah mendaftarkan perkahwinan mereka di jabatan kerajaan. Lelaki cina hanya dibenarkan berkahwin seorang wanita sahaja. Mereka tidak dibenarkan mengahwini lebih dari seorang wanita. Sekiranya lelaki cina tersebut melanggar undang-undang yang telah ditetapkan, maka lelaki tersebut akan dikenakan tindakan iaitu akan dipenjara selama 10 tahun. Lelaki tersebut juga akan dikenakan denda wang tunai berjumlah RM10000.

15

16 PERSEPSI

17 Tugas-tugas pemimpin yang harus dilakukan adalah memastikan negara amat dan sentosa.
Di dalam sesebuah organisasi pula, majikan perlulah memainkan peranan penting untuk memastikan pekerjanya sentiasa mematuhi arahan yang diberikan dan menjadi pekerja yang cemerlang. Seseorang yang ingin berjaya perlulah mempunyai ramai kenalan dan bersahabat dengan ramai orang. Masyarakat cina amat mementingkan perniagaan. Majority pekerjaan mereka adalah dengan berniaga. Melalui perniagaan, mereka berpendapat bahawa akan memperoleh kekayaan yang lumayan dan dapat mengenali pelbagai lapisan masyarakat. Pemimpin juga perlu menggalakkan masyarakat berniaga untuk menjamin kehidupan akan datang.

18 Perpaduan antara kaum sangat penting di negara ini.
Bagi memastikan perpaduan sentiasa terjaga, setiap orang perlu menghormati orang lain. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai jiran yang berlainan bangsa, kita boleh bertegur sapa supaya dapat menjalinkan hubungn yang baik. Terdapat cara lain yang boleh dilakukan untuk menggalakkan perpaduan kaum antaranya ialah, bergotong royong di kawasan perumahan, menghadiri majlis rumah terbuka sesuatu kaum dan banyak lagi.


Download ppt "Li-Ta’aruf KEHIDUPAN MASYARAKAT CINA BANDAR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google