Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MODUL 1 KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MODUL 1 KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD."— Transcript presentasi:

1 MODUL 1 KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD

2 TATACARA KERJA & POLISI SESEBUAH KLINIK
KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD

3 PERATURAN POLISI Waktu Kerja & Kedatangan Uniform Penggunaan Utiliti
Keselamatan Etika Kerja Kebersihan Hal – Hal Asrama

4 WAKTU KERJA & KEDATANGAN
Waktu bekerja adalah mengikut shift : KLINIK 24 JAM 7.00 AM – 3.00 PM 3.00 PM – PM 11.00 PM – 7.00 AM KLINIK BUKAN 24 JAM 9.00 AM – 1.00 PM 2.00 PM – 5.00 PM 5.00 PM – PM Kedatangan wajib mengikut jadual yang di tetapkan. Mesti didaftarkan setiap hari melalui sistem yang ditetapkan. Ketiadaan anda di klinik lebih daripada 1 jam, akan dikira tidak hadir (ABSENT)

5 UNIFORM PAKAIAN KASUT TUDUNG
2 warna (Baju Hijau & Seluar Putih) & (Baju Ungu & Seluar Hitam) Jika BERHENTI uniform mesti dipulangkan pada ketua cawangan. KASUT Mesti bewarna hitam bertutup dan ketinggian tidak melebihi 2 inci. Elaun kasut RM30 diberI bagi pekerja yang telah disahkan jawatan dengan disertakan resit pembelian. TUDUNG Tudung mesti mengikut spesifikasi seluar (hitam & putih) Tudung mestilah PLAIN tanpa corak.

6 PENGGUNAAN UTILITI KESELAMATAN DI KLINIK
Semua peralatan seperti komputer, telefon, fax, dll di klinik, adalah untuk kegunaan kerja. Untuk kegunaan peribadi tidak dibenarkan sama sekali. KESELAMATAN DI KLINIK Jika bertugas pada waktu malam (selepas 12 tengah malam) pintu cermin dibenarkan tutup tetapi tidak boleh di kunci sehingga memberi gambaran ianya tidak beroperasi. Lampu klinik tidak boleh ditutup. Catatan pada helaian pegawai keselamatan bertugas hendaklah dibuat mengikut jadual yang ditetapkan. Kakitangan yang berada di klinik adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesemua keselamatan aset di klinik dan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan dll pada ketika itu.

7 KEBERSIHAN Kebersihan kawasan dalam dan luar klinik menjadi tanggungjawab anda. Penampilan mestilah kemas dan sopan mengikut tatacara berpakaian yang ditetapkan. Uniform mengikut hari yang ditetapkan. Pemakaian name tag adalah wajib dan dipaparkan dengan jelas. Pemakaian selain daripada uniform yang di tetapkan tidak dibenarkan sama sekali semasa bertugas.

8 ASRAMA DUIT PERBELANJAAN ASRAMA
Penghuni asrama akan ditolak gaji RM20 sebulan. BIL ELEKTRIK & BIL AIR Jumlah bil elektrik dan bil air akan di bahagikan kepada semua penghuni asrama dan di kehendaki membayar pada staf yang di lantik. KEMUDAHAN ASRAMA Pihak majikan telah menyediakan kemudahan asrama seperti : - dapur & tong gas - tilam - katil - almari - bantal - peti ais - televisyen Adalah menjadi tanggungjawab penghuni asrama untuk menjaga semua peralatan asrama dengan baik.

9 Tidak dibenarkan keluar masuk asrama selepas 12 tengah malam.
KEBERSIHAN ASRAMA Adalah tanggungjawab bersama terutama di kawasan dapur, peti ais, meja makan, tandas dan tong sampah. PENERIMAAN TETAMU Tetamu asrama yang diiktiraf hanyalah WARGA KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR sahaja. Lain – lain tetamu hendaklah meminta kebenaran dari pihak Pentadbiran / Sumber Manusia di Ibu Pejabat. KESELAMATAN Tidak dibenarkan keluar masuk asrama selepas 12 tengah malam. Staf seharusnya sentiasa menjaga keselamatan diri dan ini termasuk mengelakkan perbuatan sumbang dan kurang manis. Pengawal keselamatan akan memeriksa asrama staf dari masa kesemasa mengikut arahan pihak pengurusan.

10 ETIKA KERJA PERATURAN AM Mematuhi polisi syarikat
Memahami dan menghayati wawasan Memelihara dan mempertingkatkan imej Mementingkan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Mengamalkan kerja secara bermesyuarah dan berkumpulan Mementingkan pekerjaan yang bersih, cekap dan berkesan Memahami konsep bekerja sebagai ibadah Menjalankan amanah (tugas) dengan penuh bertanggungjawab dan ikhlas Mematuhi peraturan kerja dan tatacara kerja klinik dan pentadbiran

11 PERATURAN KHUSUS Menghormati para doktor, ketua cawangan, pesakit dan sesama sendiri bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan harmonis. Memberi maklum balas tentang kerja setiap hari sebelum balik kepada ketua cawangan. Menyampaikan maklumat kerja sekiranya tidak hadir kepada ketua supaya kerja tidak tergendala Datang kerja tepat pada waktu kerja. Sentiasa memastikan kebersihan diri sendiri. Prihatin keadaan sekeliling. Mengambil berat persekitaran agar sentiasa sempurna. Memahami konsep bekerja sebagai ibadah

12 KEMUDAHAN SYARIKAT 1. CUTI a. Cuti Tahunan (AL)
a.     Cuti Tahunan (AL) Cuti umum syarikat adalah 14 hari sahaja atau mengikut hari-hari yang diwartakan oleh kerajaan.  Cuti yang diperuntukkan adalah mengikut tahun bekerja. Pembahagiannya adalah seperti berikut: i Kurang dari 2 tahun - 14 hari ii 2 – 4 tahun hari iii 5 – 10 tahun hari Cuti dipohon sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh bercuti. Hanya boleh bercuti setelah mendapat sokongan daripada Ketua Cawangan. Kemudian boleh memohon cuti melalui Smart Community. Sebarang permohonan yang tidak mematuhi arahan akan dikira ‘absent’ dan gaji akan dipotong mengikut jumlah hari.  Selagi ada cuti tahunan, tidak digalakkan mengambil cuti tanpa gaji. 

13 KEMUDAHAN SYARIKAT b. Cuti Sakit (MC)
Hanya Sijil Sakit (MC) dari Poliklinik Penawar Korporat sahaja yang di iktiraf / terima pakai. Bagi pekerja yang bekerja di Cawangan PenawarNet boleh mendapatkan rawatan di Klinik Penawarnet / Korporat Sekiranya mendapat MC dari lain-lain klinik termasuk klinik kerajaan, wajib mendapatkan pengesahan dari doktor tetap Poliklinik Penawar. Sijil sakit (MC) perlu dihantar kepada HR dan perlu dilampirkan bersama dengan slip pendaftaran.

14 KEMUDAHAN SYARIKAT c. Cuti Bersalin (ML)
Kelayakan 60 hari dari tarikh bersalin termasuk hari rehat dan cuti umum. Jika mahu bercuti sebelum hari bersalin, permohonan bertulis menyatakan tarikh mula bercuti perlu di ajukan kepada pihak Pentadbiran Sumber Manusia (HR) sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh cuti dan Cuti Bersalin akan dikira dari tarikh tersebut. Walau bagaimanapun permohonan ini perlu mendapat sokongan Ketua Cawangan dan kelulusan oleh pihak HR. Cuti Bersalin hanya layak bagi staf yang telah disahkan jawatan dan telah berkhidmat melebihi setahun.

15 KEMUDAHAN SYARIKAT d. Cuti Kecemasan (EL)
EL adalah bukan cuti berbayar Diiktiraf sebagai cuti yang di ambil secara mengejut atas sebab-sebab kematian keluarga terdekat (ibu, bapa, suami / isteri, atau anak sahaja). Cuti akan di tolak dari peruntukan AL sedia ada. Sekiranya peruntukan AL telah habis, cuti akan dikira sebagai Cuti tanpa gaji. Peruntukan cuti tidak melebihi 1 hari. Cuti mengejut yang lain dari sebab di atas akan dikira sebagai ABSENT dan penolakan gaji akan dibuat mengikut jumlah hari yang diambil.  

16 KEMUDAHAN SYARIKAT 2. KEMUDAHAN RAWATAN
Syarikat menyediakan kemudahan rawatan untuk anggota pekerja yang berjawatan tetap. Kemudahan rawatan adalah mengikut had dan termasuk tanggungan seperti berikut : a. Doktor yang telah berkahwin termasuk suami / isteri dan anak – anak RM setahun b. Doktor yang belum berkahwin termasuk ibu dan bapa sahaja RM setahun c. Staf yang telah berkahwin termasuk suami / isteri dan anak-anak d Staf yang belum berkahwin termasuk ibu dan bapa sahaja RM setahun e. Staf part time untuk diri sendiri sahaja RM sebulan f. Pelajar praktikal untuk diri sendiri sahaja RM 30 sebulan

17 KEMUDAHAN SYARIKAT Kemudahan hanya boleh diperolehi sekiranya nama dan maklumat diri dan tanggungan telah disahkan dan dimasukkan dalam sistem Medinet di ibu pejabat dan tertera di paparan Medinet di Poliklinik Penawar. Mana-mana staf dan tanggungan yang mendapatkan rawatan, perlu membayar kos rawatan dulu dan boleh membuat tuntutan semula (claim) dengan menyerahkan resit pembayaran beserta slip pendaftaran. Penguatkuasaan ini telah bermula pada 1 Mei 2003. Bagi anggota pekerja yang telah melebihi had rawatan, pihak syarikat berhak untuk menolak tuntutan semula. Kemudahan rawatan ini hanya sah di mana-mana Poliklinik Penawar Korporat sahaja dan tidak sah untuk rangkaian Penawarnet yang lain.

18 KEMUDAHAN SYARIKAT MC BONUS
Cuti sakit bergaji yang dibenarkan oleh pihak syarikat adalah sehingga 14 hari sahaja. Sebarang cuti sakit yang melebihi jumlah hari ini akan di tolak gaji. Walau bagaimanapun, pelepasan cuti sakit ini bukan hak mutlak pekerja dan pihak syarikat boleh menolak MC tersebut. BONUS Bonus akan diberi atas budi bicara dan bukan hak mutlak pekerja. Kebiasaannya bonus diberi sebanyak sebulan gaji, walau bagaimanapun ianya tertakluk pada prestasi dan penilaian oleh pihak majikan.


Download ppt "MODUL 1 KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR SDN BHD."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google