AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KALIMAT.
Advertisements

KATA, FRASA, KALIMAT.
TATA KALIMAT BAHASA INDONESIA (SINTAKSIS)
Sintaksis Dewi Puspitasari.
Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama
KALIMAT Pertemuan Ke-6.
FRASA DAN KLAUSA.
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
KALIMAT MAJEMUK.
Nor Asiah Ismail Jenis ayat.
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
Setiap ayat terdiri diri daripada dua bahagian a. subjek b. predikat
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
UNIT 13 AYAT MAJMUK.
MINGGU 13 AYAT TERBITAN.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
BMM 3110 – SINTAKSIS IPG KAMPUS IPOH
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA (10) - KATA ADJEKTIF
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Keterampilan Bahasa Aspek Tatabahasa.
(ayat inti dan jenis ayat)
KLINIK BAHASA MELAYU 2012 MEMBINA AYAT.
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kemahiran Berfikir Arifin Amir Hamdan Ali Jeya Anand.
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
MEMAHAMI SIKAP.
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 12 Sintaksis.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
(ayat inti dan jenis ayat)
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
Frasa Kerja.
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Kuliah 4 Seni Bahasa dalam Karya Sastera
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MEMAHAMI SIKAP.
MEMAHAMI SIKAP.
(ayat inti dan jenis ayat)
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
Imbuhan menengah 4exp/5na.
MINGGU 12 Sintaksis.
AYAT TERGANTUNG ATAU AYAT TAK GRAMATIS
MINGGU 12 AYAT MAJMUK.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
Tatabahasa ( 11 ) - Imbuhan Awalan
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
MINGGU 12 Sintaksis.
Tatabahasa (9) Kata Kerja
Prof. Madya Dr. Norazlina Hj. Mohd Kiram
TATABAHASA KONSEP IMBUHAN
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
Transcript presentasi:

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF UNIT 12 AYAT TUNGGAL, AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: * binaan ayat tunggal * konstituen ayat tunggal * ayat aktif * ayat pasif

AYAT TUNGGAL Ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja Konstituen untuk setiap unsur ayat seperti subjek dan predikat hanyalah satu atau merupakan satu kesatuan Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan Semua unsur inti diperlukan, di samping unsur bukan inti seperti keterangan tempat, waktu dan alat Ayat tunggal wujud dalam bentuk bentuk pendek dan dalam bentuk panjang Contoh: > Dia guru > Pensyarah bahasa kami akan dikirimkan ke negeri China > Kami mahasiswa > Yang tersenyum itu suaminya

BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL FRASA NAMA kata nama nama am nama terbitan nama khas kata ganti nama nama orang nama tunjuk kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL FRASA NAMA Contoh: > Buah kedondong itu untuk isterinya (KNAm) > Tun Dr. Mahathir Mohammad mantan Perdana Menteri Malaysia (KNKhas) > Lakonannya amat mengagumkan (KNTerbitan) > Ini kawasan larangan (KGNTunjuk) > Kita berlakon drama (KGNOrang) > Berternak ikan amat menyeronokkan (KKJ) > Manis itu racun (KAdj) > Pahit itu ubat (KAdj)

BINAAN PREDIKAT AYAT TUNGGAL predikat FN nama khas nama am nama terbitan predikat FKJ kata kerja asal (berimbuhan dan tidak berimbuhan) kata kerja terbitan kata bantu (aspek dan ragam) unsur keterangan predikat FAdj predikat FSN

UNSUR FRASA PREDIKAT UNSUR UTAMA UNSUR PILIHAN frasa nama (FN) kata nafi bukan, tidak frasa kerja (FKJ) frasa adjektif (FAdj) kata pemeri ialah, adalah frasa sendi nama (FSN)

PREDIKAT FRASA NAMA Dua FN akan mewujudkan ayat jika terdapat pemisahan yang wajar antara bahagiannya sehingga dapat ditafsirkan sebagai dua FN Predikat FN dikenali juga dengan nama ayat persamaan atau ayat ekuatif Contoh: > Orang itu Perdana Menteri Turki (KNkhas) > Beliau sasterawan (KNam) > Pandangannya suatu keasyikan (KNterbitan) > Dua orang perawan itu (frasa) > Dua orang itu perawan (ayat) – (S + P) > Dua orang itulah perawan (ayat) – (P + S)

PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA ASAL tidak berimbuhan berimbuhan KKTT KKT KKTT KKT hilang makan bernyanyi mengarang mandi minum tertidur menjahit datang terjatuh membuka ketawa membincangkan pulang

> Mahasiswa itu bangun (KKTT) > Mahasiswi ini makan budu (KKT) PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA ASAL Contoh: > Mahasiswa itu bangun (KKTT) > Mahasiswi ini makan budu (KKT) > Mahasiswi itu minum milo (KKT) > Motosikal itu tercampak ke gaung (KKTT + imbuhan) > Manaf mencipta pantun (KKT + imbuhan)

PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA TERBITAN KATA NAMA KATA ADJEKTIF KATA KERJA TRANSITIF membuahkan menghadiahi menyekolahkan memperindah menghalusi mempertajam

PREDIKAT FRASA KERJA Contoh: > Usahanya telah membuahkan hasil (KN) > Suami telah menghadiahkan kereta kepada isterinya (KN) > Orang itu telah menyekolahkan anaknya (KN) > Rahimah telah mempercantik hiasan dalaman rumahnya (KAdj) > Perdana Menteri menghalusi memorandum itu (KAdj) > Orang muda perlu mempertajam minda (KAdj)

PREDIKAT FRASA KERJA KATA BANTU KBA + KBR KBR KBA sedang hendak hendak akan belum mahu mahu belum harus pernah harus pernah belum boleh mesti sedang masih belum dapat boleh masih masih boleh dapat sudah mesti boleh telah mesti dapat belum pernah harus dapat masih belum

PREDIKAT FRASA KERJA Contoh: > Anaknya akan berkahwin minggu hadapan > Mahasiswi itu hendak berkenalan dengan anda > Murid harus boleh membaca buku > Anda belum boleh berumah tangga > Isterinya sedang hendak bersalin > Ayahnya sudah pergi ke laut > Dia mahu bercakap tetapi malu > Orang tua itu masih boleh mengangkat kelapa > Ahmad masih belum dapat mencari buah hatinya

PREDIKAT FRASA KERJA KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF UNSUR KETERANGAN (FRASA SENDI NAMA)

PREDIKAT FRASA KERJA Contoh: > Dia membincangkan perkara itu dengan kawannya > Angin bertiup dengan laju > Peperiksaan akan berakhir pada jam 4.00 petang > Buah hatinya menonton wayang di Singapura > Mahasiswa itu berlagak seperti pelakon filem

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF KATA SELAPIS KATA GANDA biru, jernih, pahit, manis, pandai-pandai muda, geram, nipis, tebal, panjang-panjang hijau amat, sungguh keruh, kelabu-kelabu sangat pahit, terlalu tua, cemas-cemas geram benar, dalam sekali, jahil-jahil baik betul, indah nian, malu-malu lebih ajaib, paling cemburu, rajin-rajin termanis, terkesima bodoh-bodoh

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF Contoh: > Air sungai itu amat jernih > Kulit mahasiswi ini sangat nipis > Warna laut itu bniru amat > Suaminya terlalu tua > Isterinya lebih cemburu daripada isteri saya > Nanas itu termanis > Orang di sini pandai-pandai > Suaminya malu-malu kucing

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF Ayat statif (FN + FA) dapat memanfaatkan kata pemeri adalah untuk memisahkan subjek dengan predikat. Contoh: > Penampilannya adalah hebat > Pakaiannya adalah anggun > Orang ini adalah berani > Adalah tinggi bangunan itu > Adalah buruk perangainya Ayat statif diingkari dengan kata ingkar tidak. Contoh: > Mahasiswi ini tidak gembira > Isterinya tidak ganas > Masakannya tidak sedap > Tidak anggun pakaiannya > Tidak sopan perlakuannya

PREDIKAT FRASA ADJEKTIF Ayat statif boleh menggunakan kata ingkar bukan, apabila ada kontras. Contoh: > Dia bukan rajin tetapi malas > Orang itu bukan cerdik tetapi bodoh Jika predikatnya kata adjektif ganda, subjek tidak perlu digandakan. Contoh: > Bajunya mahal-mahal belaka > Baju-bajunya mahal belaka > Bajunya mahal belaka > Mahasiswa di sini rajin-rajin belaka > Mahasiswa-mahasiswa di sini rajin belaka > Mahasiswa di sini rajin belaka

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA kata sendi kata nama di sungai ke Padang Besar dari Golok daripada ibu bapanya untuk kekasih pada masa itu dengan buah hati kepada semua pelajar

PREDIKAT FRASA SENDI NAMA Contoh: > Rumahnya di atas pokok > Kedua-dua isterinya ke Padang Besar > Letupan itu di Golok > Hadiah ini daripada ibu bapanya > Cincin ini untuk buah hatinya > Memorandum itu pada Perdana Menteri > Buku dengan anaknya > Surat kepada Menteri Dalam Negeri

UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT KATA NAFI / INGKAR bukan tidak Menafikan FN dan FSN - menafikan FKJ dan FAdj Menafikan FKJ dan FAdj jika jika bertentangan maklumat

KATA NAFI / INGKAR Contoh: > Surat ini bukan daripada suaminya > Itu bukan rumahnya > Bunga ini bukan daripada buah hatinya > Karya ini bukan oleh sasterawan negara > Mahasiswa tidak datang kuliah semalam > Pakaiannya tidak anggun > Kelakuannya tidak sopan > Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi main- main sahaja > Anaknya bukan jahat sangat, hanya nakal

UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT KATA PEMERI persamaan / ekuatif huraian / kualitatif ialah + FN adalah + FAdj adalah + FSN > Kata pemeri tidak boleh hadir bersama dengan kata nafi, kecuali dalam struktur FN + tidak + FAdj

KATA PEMERI Contoh: > Dia ialah pramugari (FN) > Warna merah ialah warna kebenciannya (FN) > Anaknya adalah sangat rajin (FAdj) > Rantai ini adalah untuk buah hatinya (FSN) > Perbuatannya adalah tidak sopan > Kecantikan adalah tidak kekal * Kata pemeri bersifat pilihan sahaja

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL susunan biasa susunan songsang - kata penegas + kata penegas pendepanan seluruh pred pendepanan sebahagian pred pendepanan FKJ pendepanan FAdj pendepanan FSN

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL susunan biasa (S + P) - kata penegas > Sekumpulan pelajar itu mahasiswa UPM > Semua lanun telah menyerah diri > Mereka ini dari Kelantan + kata penegas > Mereka ini pun dari kampung > Orang itu teringin juga ke Thailand > Kita memohon rahmat daripada-Nya juga > Sepanjang masa dia bermenung sahaja > Pasukan Selangor kalah lagi

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL susunan biasa (S + P) Jika kata penegas lah dan kata yang ditambah pada subjek dalam ayat tertentu, maka subjek itu akan bertukar fungsinya menjadi predikat. Contoh: > Pasukan Selangorlah yang kalah lagi > Lanun yang ditangkap itulah yang amat jahat > Mahasiswa inilah yang ditangkap malam tadi > Isterinyalah yang cantik itu > Pakaian orang itulah yang paling mahal

KONSTITUEN AYAT TUNGGAL susunan songsang (P + S) pendepanan seluruh predikat pendepanan sebahagian predikat pendepanan FKJ pendepanan FAdj pendepanan FSN KKJ KAdj FSN Pred KKJ + Obj kb + KAdj FSN Ket kb + KKJ

SUSUNAN SONGSANG (P + S) pendepanan seluruh predikat unsur wajib > Siapakah nama anda? > Apatah daya kita > Hujankah malam tadi? > Dialah buah hatinya unsur pilihan > Baik amat perlakuannya > Gagal juga akhirnya usaha itu > Sungguh rajin mahasiswa itu > Masin sekali gulai ini > Rakyat Indonesia isterinya > Dalam butan rumahnya > Di pasar budaya kedainya

SUSUNAN SONGSANG pendepanan sebahagian predikat – FKJ pendepanan KKJ > Berlari-larian mahasiswa itu di padang > Tersentak orang itu di sana > Melamun dia setiap senja pendepanan KKJ + Obj > Makan budu mahasiswa itu setiap pagi > Menanam ubi bapa di sawah setiap hari > Terpikat hatiku oleh senyumannya pendepanan kb + KKJ > Masih menjanda mahasiswi itu sejak… > Akan berangkat dia ke bulan pagi esok > Sedang mandi adiknya

SUSUNAN SONGSANG pendepanan sebahagian predikat – FAdj pendepanan KAdj > Adil hakim itu pada setiap masa > Pandai orang ini sejak dahulu > Cermat isterinya apabila membeli pisang > Lucu orang ini apabila bercerita pendepanan kb + KAdj > Masih dahaga beruk itu hingga kini > Sudah masak buah ini sejak seminggu lalu > Sedang gering puteri itu sejak semalam > Belum mahir mekanik itu meskipun… > Masih malas budak ini walaupun…

pendepanan sebahagian predikat – FSN SUSUNAN SONGSANG pendepanan sebahagian predikat – FSN FSN sebagai predikat > Untuk kekasihnya cincin ini > Daripada sutera baju ini > Kepada isterinya surat ini > Masih pada Halimah buku itu FSN sebagai keterangan dalam predikat > Pada janji saya berpegang > Ke dalam kuali ikan ini dimasukkannya > Di hadapan menteri pelajar itu merusuh > Untuk peperiksaan ini, pelajar telah menelaah pelajarannya sepanjang malam

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Ayat aktif ialah ayat yang mengandung kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terbahagi dua, iaitu ayat aktif tak transitif dan ayat aktif transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandung kata kerja tak transitif, iaitu tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandung kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh FN atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya Ayat pasif ialah ayat yang mengandung kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF ayat aktif: transitif dan tak transitif ayat pasif: dengan imbuhan kata kerja pasif – di, ter, ber, ke…an dengan kata ganti nama diri – pertama, kedua pertama: saya, aku, kami, kita kedua: engkau, kamu, awak, anda dengan kata kena yang hadir sebelum kata kerja

AYAT AKTIF TRANSITIF Subjek menjadi pelaku dan objek menjadi penderita. Rumusnya: KKT + Obj (FN / Klausa Komplemen) Awalan meN dianggap penanda ayat aktif Ayat aktif transitif bentuk tunggal terjadi daripada ayat yang mengandung FN sebagai subjek dan FN juga sebagai objek kata kerja KKT tidak boleh disisipkan kata lain antara KK dengan objek Ayat yang mengandung KKT yang mempunyai ciri Adj (+kp) boleh digugurkan objeknya Klausa komplemen sebagai objek hanya wujud dalam ayat majmuk

AYAT AKTIF TRANSITIF Contoh ayat * Penyelidik itu menemukan teori baharu * Mahasiswa mementaskan drama * Dekan menghadiahi mahasiswa sijil kepujian * Dia memberitahu bahawa dia sungguh kecewa * Perbuatannya itu sungguh mengecewakan (saya) * Suami memasak nasi untuk isterinya * Dia mengetahui hal itu * Dia mempunyai banyak maklumat (tidak baku) Dia banyak mempunyai maklumat, atau Dia mempunyai maklumat yang banyak

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF Subjeknya FN dan predikatnya FKTT FKTT dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek, kecuali yang berapitan ber…kan Kata kerja ber…kan memerlukan penyertaan FN,kerana kan itu bukanlah akhiran tetapi kependekan daripada kata sendi akan FKTT dapat diperluas dengan FSN yang berfungsi sebagai keterangan

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF Dengan keterangan yang boleh digugurkan: * Penduduk desa sedang mandi (di sungai) * Dia bersedih (sepanjang minggu) * Rumput menghijau (di halaman rumahnya) * Pokok itu tumbang (dengan kuatnya) * Artis itu melompat-lompat (di atas pentas) Dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan: * Ayah berada di Kota Bharu * Saya berasa amat marah * Musafir itu berkajangkan mengkuang layu * Adiknya menjadi lanun

AYAT PASIF Subjek ayat menjadi penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif Apabila subjek dipentingkan, kata oleh + FN boleh digugurkan Ayat pasif yang berimbuhan ber, dan ke…an tidak memerlukan oleh + FN Dengan imbuhan kata kerja pasif: di + KKJ + oleh + FN: ter + KKJ: kena ber: ke…an:

PASIF DIRI KETIGA di + KKJ + oleh + FN > Sawah telah dibajak (oleh) petani Sawah telah dibajak petani Sawah telah dibajak malam tadi oleh petani Sawah telah dibajak malam tadi > Buku itu sedang dibaca (oleh) Ali Buku itu sedang dibaca Buku itu sedang dibaca sejak pagi tadi oleh Ali Buku itu sedang dibaca sejak pagi

AYAT PASIF KATA GANTI DIRI PERTAMA DAN KEDUA Kata ganti nama diri pertama: penuh dan singkat penuh: saya aku, kami kita singkat: ku Kata ganti nama diri kedua: penuh dan singkat penuh: engkau, awak, anda, kamu singkat: kau, mu * Nasi itu telah saya makan semalam * Pengorbananmu kami sanjung * Engkau kurindu * Kami sanjung pengorbananmu (songsang) * Jam ini anda simpan * Laporan ini kaubaca

PASIF ter + KKJ Ayat pasif ter +KK mewajibkan kehadiran kata sendi oleh > Kapal itu telah terlanggar oleh perahu kecil > Wang di atas meja itu terambil oleh anaknya > Rumah besar itu terbeli juga olehnya Ayat pasif ini akan bertukar menjadi ayat aktif jika kata sendi oleh digantikan dengan kata sendi akan > Kapal itu telah terlanggar akan perahu kecil > Dia terkenang akan kekasih lama > Bapa terpandang akan ibu

AYAT PASIF: KENA Kena + KKJ * Orang itu kena dera (oleh majikannya) * Ali kena perli (oleh rakannya) * Mahasiswi itu kena jeling (oleh mahasiswa itu) * Penyamun itu kena tangkap (oleh polis) * Hakim kena buang kerja (oleh kerajaan) * Pencuri itu kena hukum (oleh hakim) * Pelajar itu kena tikam (oleh kawannya) * Anaknya kena tampar (oleh gurunya)

PASIF: ber Ayat pasif ber, apabila subjeknya menderita, KK tidak berawalan meN, dan kata kerja berawalan ber ini sama maknanya dengan kata kerja berawalan di > Bajunya belum berjahit > Surat semalam belum berjawab > Giginya belum berberus > Rambutnya belum bersikat > Anaknya belum berkhatan > Kainnya belum berjemur

PASIF: ke…an Pasif ke…an bermaksud subjek menderita akibat/ditimpa oleh maksud seperti kata dasar > Anaknya ketulangan > Mahasiswa itu kedinginan > Orang yang lalu lalang itu kepanasan > Menteri itu ketinggalan bas > keluarganya kemalangan > Isterinya kehujanan

Ayat tunggal mempunyai ciri tertentu KESIMPULAN Ayat tunggal mempunyai ciri tertentu Ayat tunggal boleh dirincikan dari segi binaan subjek dan binaan predikat Konstituen ayat tunggal boleh dirincikan melalui susunan biasa dan susunan songsang Ayat aktif terbahagi dua, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif Ayat pasif terdiri daripada pasif dengan imbuhan kata kerja di, ter, kata ganti diri pertama dan kedua, ber dan kata kena

Tiada hal dalam hidup ini yang perlu ditakuti, hanya perlu dimengerti MADAH PUJANGGA Tiada hal dalam hidup ini yang perlu ditakuti, hanya perlu dimengerti Wahai anakanda dengarlah nasihat duduk mesyuarat mencari muafakat salah dan benar sama disukat baik dan buruk sama dilihat