Career Anchor
Pengenalan Elemen di dalam konsep diri seseorang yang tidak mungkin akan dilepaskan walaupun dalam melakukan pilihan yang sukar (Schein, 1990). Edgar Schein meneroka bagaimana personaliti, motivasi dan nilai seseorang dapat mempengaruhi pilihan kerjaya. Beliau menggunakan metafora ‘anchor’ ataupun sauh sebagai untuk menjelaskan tentang faktor penarik dalam pembentukan peranan kerjaya individu. Peringkat awal kerjaya individu adalah merupakan tempoh pembelajatan yang sangat penting dan penuh dengan kejutan. Melalui peningkatan pengalaman, minat dan juga kekuatan akan mula dikenalpasti.
Pengenalan Merupakan konsep diri yang merangkumi bakat, nilai dan motif-motif yang terbentuk semasa proses pembinaan kerjaya (Suutari & Taka, 2004).
Pengenalan Terdapat 8 tema ‘career anchor’. Setiap individu mempunyai satu atau dua ‘career anchor’. ‘Career anchor’ membolehkan individu untuk mengenalpasti minat bidang mereka. Ia membantu di dalam perancangan kerjaya. Contoh: Individu yang bertemakan autonomi akan memilih kerjaya yang membenarkan mereka membuat undang-undang dan peraturan sendiri. Mereka akan memilih pekerjaan yang tidak begitu menekankan kepatuhan kepada norma organisasi. Individu yang bekerja mengikut tema ‘career anchor’ yang sesuai akan memperoleh kepuasan kerja dan kepuasan kerjaya.
Tema 1: Teknikal Individu menggemari pekerjaan yang membolehkannya mengaplikasi kemahiran dan sentiasa dapat meningkatkan kemahiran sedia ada. Pembinaan identiti diri adalah berkait rapat dengan kemahiran. Sangat gembira dengan cabaran yang meningkatkan kemahiran. Tidak begitu menggemari pengurusan kerana komitmen tersebut sedikit sebanyak menghalang fokus di dalam peningkatan kemahiran.
Tema 2: Pengurusan Tidak akan melepaskan peluang pekerjaan yang memberikan ruang kepada invidivu untuk mendaki ke tangga kerja yang lebih tinggi dan mempunyai integrasi dengan individu-individu lain yang berlainan fungsi dan tanggungjawab ke atas hasil tertentu di dalam organisasi. Ingin bertanggungjawab ke atas segala hasil dan keputusan. Sentiasa mengaitkan kerjanya dengan kejayaan organisasi.
Tema 3: Autonomi Tidak akan melepaskan peluang pekerjaan yang memberikan peluang untuk individu bekerja mengikut cara dan gayanya yang tersendiri. Menggemari fleksibiliti terutama tentan waktu dan cara bekerja. Sanggup menolak kenaikan pangkat yang tidak menjanjikan autonomi. Tidak gemarkan peraturan dan suka bekerja sendiri.
Tema 4:Sekuriti/Stabiliti Sangat mementingkan sekuriti dan stabiliti dalam pekerjaan di dalam organisasi. Pencapaian kejayaan pada tahap tinggi dalam organisasi adalah sangat penting kerana ia memberikan rasa sekuriti dan selamat. Contoh sekuriti: pencen dan perancangan persaraaan awal. Tidak begitu mementingkan isi kandungan kerja.
Tema 5: Kreativiti Keusahawanan Tidak akan melepaskan peluang untuk mewujudkan organisasi atau syarikat sendiri. Tidak akan melepaskan peluang untuk membina keupayaan sendiri. Sanggup berhadapan dengan risiko dan cabaran. Ingin membuktikan kepada dunia yang individu itu mampu mewujudkan perusahaan dengan titik peluh sendiri.
Tema 6: Perkhidmatan Tidak akan melepaskan peluang pekerjaan yang memberikan hasil yang mulia seperti: mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk orang lain menyelesaikan masalah persekitaran mewujudkan suasana harmoni sesama insan membantu orang lain menambahbaik keadaan keselamatan menyelesaikan masalah penyakit/jangkitan Sanggup tidak berganjak daripada pekerjaan tersebut walaupun mendapat tawaran kerja lumayan yang tidak lagi memberikkan peluang untuk melakukan aktiviti murni yang biasa dilakukan.
Tema 7: Cabaran Tidak akan melepaskan peluang untuk pekerjaan yang menawarkan cabaran dan kejayaan cemerlang sekiranya berjaya menyelesaikan cabaran tertentu. Antara contoh cabaran bermakna: penyelesaian masalah yang sangat sukar mengatasi para pesaing mewujudkan idea, produk atau keadaan yang sangat mustahil.
Tema 8: Gaya Hidup Menggemari situasi kerja yang membenarkan keseimbangan dan integrasi dengan keperluan diri, keluarga serta kerjaya. Menyukai fleksibiliti yang membenarkan integrasi semua aspek yang disebutkan di atas. Identiti individu adalah berkait rapat dengan gaya dan cara individu menangani kehidupan, situasi berkeluarga dan pembangunan diri. Adakalanya perlu mengorbankan sesetengah aspek kerjaya (contoh: peluang kenaikan pangkat yang memerlukan perpindahan lokasi yang jauh daripada keluarga)/
Tema Baru: ‘Internationalization Anchor’: Ditemui dalam dapatan kajian kualitatif ke atas para pengurus yang bekerja di anak-anak syarikat antarabangsa dan sering terlibat dalam perniagaan globalisasi. ‘Internationalization’ merupakan ‘anchor’ utama mereka di samping 2 atau 3 ‘career anchor’ lain.
‘Career Anchor’ dan Sistem Ganjaran Sistem ganjaran merangkumi komponen kewangan dan juga bukan kewangan. Adakalanya ganjaran berbentuk kewangan untuk memotivasikan pekerja meningkatkan kos tanpa memberikan impak yang diharapkan. Fokus terhadap ‘career anchor’ dan persekitaran tempat kerja mungkin dapat mewujudkan bentuk ganjaran bukan kewangan yang lebih berkesan bagi meningkatkan kepuasan kerjaya (Jiang dan Klein, 1999)