Kata Nama Am
DEFINISI Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Manusia , orang: ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar Binatang: ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan Tumbuh- tumbuhan: pokok, betik, rumput, lalang Benda: pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku Tempat: pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
JENIS-JENIS KATA NAMA AM Kata nama am dapat dibahagikan kepada: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat Contoh: buku, meja, kawan, petani, sekolah, dan sebagainya
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. Contoh: cerita, tangisan, perayaan, kehendak dan sebagainya
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah (Pada akhir ayat) Gajah itu berbadan besar (Pada awal ayat)
Kata Nama Khas
DEFINISI Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a)benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah b)orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long c)binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil d)tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar: Manusia: Zaidi, Mei Fong, Subramaniam Binatang: Tompok (kucing), Jalak (ayam) Tempat: Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) Bangunan: Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) Judul buku: Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) Benda: Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)