Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA"— Transcript presentasi:

1 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 MINGGU 4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA

2 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 Faktor –faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa *Faktor –faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dapat dibahagikan kepada dua faktor utama: Faktor perseorangan Faktor alam sekeliling Faktor perseorangan Faktor alam sekeliling Kecerdasan Kesihatan Jantina Kedudukan sosio ekonomi Perhubungan dalam keluarga Kehidupan dalam rumahtangga Pengalaman am Kawasan tempat tinggal Rakan sebaya Media massa Pendedahan dan rangsangan

3 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 Kecerdasan Konsep kecerdasan kita sangat rapat hubungannya dengan ujian yang dibuat untuk mengukur kecerdasan. Hasil daripada penyelidikan , didapati hasil ujian kecerdasan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan berbahasa. Kemungkinan besar kecerdasan merupakan satu faktor yang penting dalam perkembangan penguasaan bahasa.

4 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 2. Kesihatan Kesihatan adalah amat penting bagi peringkat perkembangan penguasaan bahasa. Kalau seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit yang berlanjutan dalam masa dua tahun yang pertama, penguasaan berbahasa akan terganggu atau kebolehannya akan mundur daripada peringkat yang telah dicapai. Contoh: (Tempoh Pemerolehan Bahasa) (2 tahun – 6 tahun)

5 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 3. Jantina McCarthy (1954) telah merumuskan penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak Amerika yang berkulit putih menunjukkan kanak-kanak perempuan mempunyai sedikit kelebihan dalam penguasaan bahasa. Satu penyelidikan yang dibuat oleh Atan Long (1972) di kalangan kanak-kanak Melayu juga menyokong penemuan ini. Kanak-kanak perempuan didapati lebih dahulu bercakap berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan oleh kecepatan perkembangan mereka di dalam aspek lain. Perkembangan jasmani yang lebih cepat bagi kanak-kanak perempuan menghasilkan salutan myeline yang lebih cepat kepada urat saraf pertuturan mereka. Maka, alat pertuturan mereka lebih cepat berfungsi.

6 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 4.Sosio-Ekonomi Peringkat pekerjaan dan kedudukan ibu bapa mempunyai pertalian yang rapat dengan semua peringkat perkembangan penguasaan bahasa. Kanak-kanak dalam kelas atas dan pertengahan didapati bercakap lebih awal. Mereka lebih cepat berkebolehan untuk membentuk ayat dan mempunyai struktur ayat yang lebih matang berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya daripada kelas rendah. Pada segala peringkat umur dalam masa sekolah, didapati semakin tinggi kelas sosio-ekonomi kanak-kanak itu ,semakin banyak perbendaharaan kata yang mereka kuasai. Pertuturan mereka juga adalah lebih baik dan keadaan ini terus bertambah baik apabila kanak-kanak itu bertambah umurnya.

7 5. Perhubungan dalam keluarga
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA BBM5401 5. Perhubungan dalam keluarga Kanak-kanak dalam keluarga kelas atas dan menengah mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada orang dewasa. Perbualan antara kanak-kanak dengan orang dewasa lebih kerap berlaku baik ketika makan, mahupun pada masa lain seperti lepas sekolah dan lain-lain. Dalam kelas rendah pula keadaan agak berlawanan, iaitu masa makan terdapat pengasingan di antara kanak-kanak dengan orang dewasa, kurang perbualan dan kalau adapun hanya daripada pihak orang dewasa kepada kanak-kanak. Selain itu perasaan kasih sayang tidak diperlihatkan. Umur orang yang banyak berhubung dengan kanak-kanak mempunyai kesan tentang perkembangan penguasaan bahasanya. Semakin banyak kanak-kanak berhubungan dengan orang dewasa semakin baik perkembangan bahasanya.

8 6. Kehidupan Rumahtangga
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA BBM5401 6. Kehidupan Rumahtangga Permulaan pertuturan berbeza antara kanak-kanak yang dipelihara di rumah anak yatim dengan kanak-kanak yang dipelihara secara biasa. Biasanya kanak-kanak yang dipelihara di rumah anak yatim itu lebih lambat bercakap. Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang terhad jumlahnya dan kemahiran berbahasa y888ang kurang. Keadaan ini nampaknya disebabkan oleh keadaan yang menjemukan dan kekurangan rangsangan yang terdapat di dalam rumah anak yatim itu.

9 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 7. Pengalaman Pengalaman am baik dari segi kuantiti mahupun kualiti adalah amat penting dalam perkembangan penguasaan bahasa. Perjalanan dan lawatan mempunyai kesan yang merangsangkan terhadap pembinaan perbendaharaan kata.

10 8. Kawasan Tempat Tinggal
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA BBM5401 8. Kawasan Tempat Tinggal Kawasan tempat tinggal dapat mempengaruhi proses berbahasa kanak-kanak. Faktor ini meliputi kawasan tempat tinggal, iaitu sama ada kawasan bandar, pinggir bandar, desa atau pedalaman. Kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar, mengetahui lebih banyak kata nama yang berkaitan dengan alat elektronik, jenis kenderaan, pakaian dan sebagainya. Kanak-kanak di kawasan lain pula, mengalami perkembangan leksikal bergantung kepada lokasi tempat tinggalnya. Contohnya kanak-kanak yang tinggal di kampung akan lebih mengetahui jenis-jenis binatang, tumbuhan, serangga, peralatan bekerja seperti tajak, tanggala, cangkul, sabit dan sebagainya.

11 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 9. Rakan Sebaya Perhubungan dengan rakan sebaya boleh berlaku secara formal seperti di tadika atau secara tidak formal semasa kanak-kanak bermain sesama mereka. Komunikasi yang berlaku sewaktu bermain menyebabkan berlaku proses pengambilan perkataan sesama rakan sebaya.

12 FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
BBM5401 10. Media Massa Media massa atau alat sebaran am banyak mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Antara yang paling ketara ialah televisyen. Menonton televisyen memang digemari oleh kanak-kanak kerana sifat alat itu sendiri yang merangsang dua pancaindera, iaitu pendengaran dan penglihatan yang berlaku serentak.

13 11. Pendedahan dan Rangsangan
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA BBM5401 11. Pendedahan dan Rangsangan Kanak-kanak yang aktif bahasanya biasanya menerima rangsangan dan pendedahan melalui pergaulannya. Kanak-kanak yang banyak memperoleh bahasa mempunyai dorongan untuk berbahasa dan bersedia bekerjasama untuk menjayakan sesuatu komunikasi. Sekiranya tidak mendapat pendedahan, sukar bagi seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu bahasa. Kalau tidak ada pendedahan, maka penguasaan bahasa tidak akan berlaku (Abdullah Hassan, 1980:261). Lebih banyak pertuturan yang didengar, adalah lebih baik kerana pendedahan merupakan satu serangan kepada proses berbahasa. Kanak-kanak perlu diserang dan didedahkan sebanyak mungkin kepada pengaruh dan rangsangan linguistik dari persekitaran melalui pelbagai konteks seperti penglihatan, dan pendengaran dan perasa (Awang Mohd. Amin, 1979: 37).


Download ppt "FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google