APA ITU PSIKOLINGUISTIK?
Psikolinguistik merupakan suatu istilah ilmiah yang lahir sejak 1954, iaitu tahun penerbitan karya Charles E. Osgoog and Thomas A. Sebeok, yang berjudul Psycholinguistic, A Survey and Research Problem di Blomington. Ada beberapa ahli yang mengemukakan tentang apa itu psikolinguistik, antaranya ialah Emmon Bach mengutarakan bahawa, “psikolinguistik adalah suatu ilmu yang meneliti bagaimana para pemakai suatu bahasa membentuk, membangun atau mengerti kalimat-kalimat bahasa tersebut” (Bach, 1964: 64).
Ronald W. Langacker, “Psikolinguistik adalah pembelajaran mengenai behavior atau prilaku linguistik iaitu performansi atau perbuatan dan perlengkapan atau perkara psikologis yang bertanggungjawab atasnya” (Langacker, 1968). Lila R. Gleitman mengemukakan bahawa “Psikolinguistik adalah mengenai perkembangan bahasa pada anak-anak ; suatu introduksi teori linguistik kedalam masalah-masalah psikologis (Palmatier, 1972: 140), sedangkan dalam bukunya Abdul Chaer (2009), mengatakan bahawa psikolinguistik berasal dari perkataan psikologi dan linguistik.
Psikologi berasal dari dua kata iaitu psyche yang ertinya “jiwa, roh atau sukma, sedangkan logos bererti “ilmu”. Psikologi bererti ilmu jiwa. Linguistik secara umum diertikan sebagai ilmu bahasa atau ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya.
Psikolinguistik secara etimologi merupakan suatu ilmu yang berbeza, yang masing-masing berdiri sendiri, dengan prosedur dan metode yang berlainan. Namun keduanya sama-sama meneliti bahasa sebagai objek formalnya. Meski berbeza, psikologi dan linguistik tetap memiliki kerjasama baik secara langsung yang dimulai sejak 1860.
Heyman Seinthal, sebuah ilmu psikologi tidak mungkin dapat hidup tanpa sebuah ilmu bahasa, juga satu-satunya jalan untuk masuk kedalam akal manusia adalah melalui hukum-hukum asal bahasa dan bukan melalui pancaindera manusia (Chaer, 2009; 16-17).