KBM 2 Aqidah Islamiah Bab 2 Proses Hari Kiamat
Tiup sangkakala pertama Tiupan sangkakala ini akan dilakukan oleh malaikat Israfil. Ia adalah tiupan yang panjang yang dapat menggoncangkan langit dan bumi serta menanggalkan segala hubungan (sendi) dan melepaskan semua ikatan yang mengikat susunan setiap bahagian alam yang rapi ini. 2007 Kbm 2/ Aqidah/ Bab 2 1
Pada waktu itu, keadaan alam semesta kembali seperti sebelum ALLAH menciptakannya. Lapan malaikat di antara makhluq-Nya yang dilindungi dari kegoncangan tersebut, mereka adalah: Jibrail,Mikail,Israfil, empat para malaikat membawa Arasy dan Malaikat Maut. 2007 Kbm 2/ Aqidah/ Bab 2 2
Setelah itu, ALLAH memerintahkan malaikat Izrail mencabut nyawa para malaikat yang lain itu. Kemudian ALLAH mencabut nyawanya. Demikian itu matilah semua makhluk yang berada di langit dan di bumi kecuali ALLAH. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 3
Tiupan sangkakala kedua Tujuannya iaitu untuk membangkitan semula semua makhluk ciptaan ALLAH. ALLAH menghidupkan malaikat Israfil dahulu. Apabila malaikat Israfil meniup sangkakala kedua, terbanglah semua roh ke jasad masing-masing. 2007 Kbm 2/ Aqidah/ Bab 2 4
Tujuan manusia di bangkitkan: Untuk mendapat pembalasan yang setimpal dan seadilnya dari ALLAH. Untuk disoal oleh ALLAH akan segala tanggungjawab. Untuk menghisab segala perbuatan kebaikan atau keburukan yang pernah dilakukan oleh manusia. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 5
Perhimpunan Setelah manusia dibangkitkan dari kubur,mereka di arah menuju ke padang Mahsyar. Golongan manusia pada masa itu tiga golongan: Golongan yang datang berjalan kaki. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 6
Golongan yang datang dengan menunggang kenderaan. Golongan yang datang berjalan dengan menggunakan muka mereka. Pada akhir zaman ini, banyak perbuatan manusia jelas menggambarkan apa yang akan berlaku di akhirat kelak seperti headstand. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 7
Manusia akan berkumpul dari Adam A.S sehinggalah manusia yang terakhir. Suasana di padang Mahsyar pada ketika itu amat panas kerana matahari sangat hampir dengan kepada manusia. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 8
Perhitungan Ia lebih dikenali dengan al-Mizan (timbangan) Tujuan al-Mizan: Menegakkan pengadilan Mahkamah ALLAH Melaksanakan pemeriksaan yang rapi(hisab) Membuktikan kebijaksanaan dan keadilan ALLAH. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 9
Cara-cara orang menerima `kitab amalan` Ada yang menerimanya dari sebelah kanan(tidak menghadapi kesusahan). Ada yang menerima dari sebelah kiri. Ada yang menerimanya dari sebelah belakang punggung mereka(memperolehi kecelakaan dan penyelasan). 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 10
Proses perhitungan ini merangkumi tiga perkara: Sesi soal jawab. Membaca catatan amal. Mendengar dan melihat rakaman gambar. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 11
Titian (Al-Sirath) Al-Sirath ialah suatu jambatan yang sangat panjang dan tajam sekali. Semua manusia akan melintasinya. Jambatan ini melintangi di atas neraka jahanam menuju syurga. Al-Sirath adalah lebih halus daripada sehelai rambut dan lebih tajam daripada sebilah pidang. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 12
Telaga (Al-Haudh) Setiap Nabi mempunyai sebuah telaga yang dapat diminum bersama dengan umatnya. Setiap manusia yang beriman akan dapat merasai minuman air telaga tersebut. Ini merupakan rahmat Allah khusus bagi mereka yang beriman, beramal soleh dan bertakwa. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 13
Sifat-sifat telaga(Al-Haudh) Nabi Muhammad S.A.W Panjangnya sejauh jarak perjalanan selama sebulan dan penjurunya semua sama. Airnya lebih putih dari perak, baunya lebih wangi dari kasturi dan jumlah bekas airnya sebanyak bintang-bintang di langit. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 14
Sesiapa yang meminumnya tidak akan haus selama-lamanya. Jaraknya antara `Adn hingga Ammam AL-Balqa`. Orang yang pertama mendatanginya ialah para fakir kaum Muhajirin. Yang tidak mendatanginya wanita-wanita yang senang kehidupannya. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 15
Tempat antara Syurga dan Neraka Ia adalah suatu tempat yang disediakan sebagai tempat sementara bagi `Ashabul A`raaf`. Mereka adalah golongan yang amal kebaikannya didapati sama berat dengan amal kejahatannya. Mereka akhirnya akan dimasukkan Syurga. 2007 Kbm 2/Aqidah/ Bab 2 16