JENIS-JENIS KALIMAH (dan alamat untuk mengenalinya)
Ini Jenis-jenis Kalimah
Kita sudah mengetahui jenis-jenis Kalimah TAPI bagaimana pula kita ingin mengenalinya???
Cara paling mudah mengenali jenis-jenis Kalimah adalah dengan MENGETAHUI MAKNANYA معنى
Tapi.. Jika kita tidak mengetahui maknanya, tiada cara lain kah?? JAWAPANNYA.. ADA
Alhamdulillah.. Ulama Bahasa Arab telah bantu kita Mereka menyebutkan bagi Ism, Fi’l dan Harf ada beberapa alamat asas. Dengan alamat-alamat itu, kita boleh mengenali jenis kalimah itu walaupun tidak tahu maknanya.
Ism (اسم) boleh dikenali dengan Boleh menerima tanwin (ـًــٍــٌـ) di akhir kalimah Contoh : رَجُلٌ atau كِتَابٌ “الْ” boleh masuk di awal kalimah Contoh : رَجُلٌ boleh digabungkan dengan الْ = الْرَّجُلُ Boleh didahului oleh Huruf Jar Contoh : رَجُلٌ boleh didahului dengan huruf Jar مِنْ رَجُلٍ atau لِرَجُلٍ
Ism (اسم) boleh dikenali dengan Boleh menerima baris bawah (ــِـ) atau (ــٍـ) di akhir kalimah (apabila berada di dalam ayat) Contoh : مِنْ بيتٍ بيت adalah Ism Ada Ta’ Marbutah (ة) di akhir kalimahnya Contoh : مَدْرَسَةٌ adalah kalimah Ism kerana memiliki Ta’ Marbutah di akhirnya
Fi’l (فعل) boleh dikenali dengan Boleh didahului قد pada sebelumnya Contoh : قَدْ أَفلَحَ الْـمُؤمِنُون أَفلَحَ adalah Fi’l kerana boleh didahului oleh قد Boleh didahului س atau سوف pada sebelumnya Contoh : سَيَدْرُسُ atau سَوفَ يَدْرُسُ يَدرُسُ adalah kalimah Fi’l kerana boleh didahului oleh س@سوف Boleh menerima baris sukun (ــْـ) di akhir kalimah Contoh : اِقْرَأْ atau اُكْتُبْ
Fi’l (فعل) boleh dikenali dengan Diakhiri dengan Ta Ta’nis Sakinah (تْ) Contoh : كَتَبـَـتْ adalah Fi’l kerana diakhiri dengan تْ
Harf (حرف) dikenali Jika tiada alamat Ism dan alamat Fi’l tadi padanya.
Saya ingin cadangkan (dan juga tegaskan) bahawa . . . Namun, sekali lagi Saya ingin cadangkan (dan juga tegaskan) bahawa . . .
Cara paling mudah mengenali jenis-jenis Kalimah adalah dengan MENGETAHUI MAKNANYA معنى
Maka, Perbanyakan hafalan kalimah Perbanyakan buka kamus Perbanyakan interaksi dengan teks arab
Masih ada perkara yang tidak jelas?? Tanya saya di kalghari07@gmail.com atau whatsapp 011-1220 8980 www.cintanahu.wordpress.com
Ingin belajar asas Bahasa Arab? Ikuti sepenuhnya di : Klik sini SESI ULANGKAJI ASAS BAHASA ARAB