FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 6 Etika Pembangunan: Satu Disiplin Baru Dalam Ilmu Dan Sains Pembangunan.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL
Advertisements

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
MESYUARAT KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
PENCERAPAN KLINIKAL.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 7, 8, 9 dan 10 PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF HOLISTIK (seimbang, sepadu dan beradab)
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Kemahiran Mengendalikan Konflik
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
DSKP SEJARAH.
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
MODUL 7 KAUNSELING.
Latihan dan Pembangunan
5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Asas Psikologi & Kaunseling
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MEMBERI FOKUS KEPADA PELANGGAN
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
REKABENTUK PENGAJARAN
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
Etika dan Nilai Dalam Pembangunan
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
Penulisan Karangan.
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
SUKATAN PELAJARAN BAHARU STPM 946 PENGAJIAN PERNIAGAAN.
Etika dan Nilai dalam Pembangunan Unit 7
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 5 MANUSIA DAN PEMBANGUNAN:FUNGSI DAN PERANAN Menghuraikan dengan lebih mendalam perbincangan tajuk.
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 4 Etika dalam Pembangunan: Hubungkait dan Kepentingan.
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
Pengenalan Kajian Lapangan
PENGUKUHAN 1. Konflik Antarabangsa
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Latihan dan Pembangunan
Pembangunan dari perspektif holistik
Isu-Isu Semasa Pengenalan
Kemahiran Mengendalikan Konflik
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 930 SYARIAH.
BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan
BUDAYA ORGANISASI.
UNIT 1: ETIKA KOMUNIKASI DAN TEORI ETIKA
FEM 3301 Etika & Nilai Dalam Pembangunan Unit 2: Aliran Etika
Transcript presentasi:

FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 6 Etika Pembangunan: Satu Disiplin Baru Dalam Ilmu Dan Sains Pembangunan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Diakhir pembelajaran pelajar akan dapat:- menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan etika pembangunan menghuraikan relevansi disiplin ini dengan isu dan amalan pembangunan semasa

PENGENALAN Unit ini memberi fokus kepada perbincangan tentang etika pembangunan (development ethics). Perbahasan akan ditumpukan kepada huraian dan penjelasan tentang latar belakang yang mencetus dan seterusnya membawa kepada berkembangnya wacana tentang etika pembangunan.

PENGENALAN Ilmu atau wacana tentang pembangunan hanya bermula sesudah berlakunya revolusi industri dan secara khusus selepas perang dunia kedua. Pada ketika ini, kebanyakan negara terutamanya yang baru merdeka sedang melalui proses merangka dan melaksanakan agenda pembangunan masing-masing.

PENGENALAN Di pentas politik antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai badan induk yang mengiktiraf dan mengklasifikasikan negara-negara bangsa yang baru muncul kepada beberapa kategori seperti negara maju, negara sedang membangun dan negara mundur. Terdapat juga pembahagian yang berasaskan geo-politik seperti negara dunia pertama dan negara dunia ketiga, negara utara dan negara selatan dan blok barat dab blok timur.

PENGENALAN Oleh kerana negara-negara mundur dan negara sedang membangun sedang dalam proses membina keupayaan untuk membangun, maka agenda pembangunan merupakan sesuatu yang menjadi agenda utama bagi negara-negara ini. Atas sebab ini maka wacana pembangunan mengambil tempat sebagai wacana penting dalam proses pengkayaan ilmu dan pemerkasaan pengetahuan.

PENGENALAN Di Malaysia, wacana pembangunan menjadi landasan penting pembinaan tradisi ilmu di peringkat pengajian tinggi dan ilmu-ilmu sosiologi, antropologi, politik dan ekonomi mengambil tempat utama dalam kurikulum pengajian tinggi sejak 4-5 dasawarsa yang lampau.

PENGENALAN Namun demikian etika pembangunan, sebagai suatu wacana yang khusus masih agak baharu. Pengalaman negara-negara maju dalam mengendalikan agenda pembangunannya menimbulkan beberapa persoalan dan memerlukan penilaian semula. Ini kerana, terdapatnya kepincangan-kepincangan dalam proses memaju dan membangunkan masyarakat dan negara yang telah dialami oleh negara-negara maju. Isu-isu termasuk alam sekitar, masalah sosial, kemiskinan, ketidak seimbangan sosial, ketidak harmonian sosial dan sebagainya menghantui negara-negara yang dikatakan sudah maju itu.

ETIKA PEMBANGUNAN Dalam mana-mana wacana etika selalunya sebagai suatu subjek yang bersifat “subversif”. Ini kerana etika dalam banyak keadaan dilihat atau digunakan sebagai alat menguku dan kemudian “menghukum” sesuatu. Ini menjadikan etika dilihat sebagai suatu disiplin yang sering membawa imej “negatif” dan banyak mengadungi “larangan”. Selanjutnya, etika pembangunan sudah tentulah dilihat sebagai sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pembangunan.

ETIKA PEMBANGUNAN Etika pembangunan sebagai suatu sains merupakan suatu disiplin baru yang mula berkembang melalui beberapa tokoh semasa seperti Denis Goulet dan David Crocker. Oleh yang dalam menakrifkan etika pembangunan kita tidak dapat tidak harus merujuk kepada tulisan-tulisan mereka.

ETIKA PEMBANGUNAN Secara amnya etika pembangunan adalah penggunaan neraca etika dalam proses, cara atau kaedah dan matlamat pembangunan. Ini bererti proses memasukkan elemen etika dalam pemikiran pembangunan bagi membolehkan para perancang dan pelaksana pembangunan merancang dan melaksanakan pembangunan dengan berhemat dan berhikmat dan mengurangkan mudarat dan kesan negatifnya.

ETIKA PEMBANGUNAN Ini penting disedari kerana pembangunan sering berhadapan dengan dikotomi antara kepentingan pembangunan dan kesan negatifnya kepada manusia. Setiap manusia menghendaki pembangunan. Namun demikian apakah bentuk pembangunan yang sepatut dan sewajarnya dibangunkan? Bagaimanakah bentuk persekitaran yang sepatutnya diwujudkan?

ETIKA PEMBANGUNAN Setiap masa kita sering mendengan melalui media rungutan dan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat akibat kesan pembangunan yang dikatakan menyebabkan mereka hidup tidak selesa. Sekiranya ini berlaku, apakah ertinya pembangunan? Apakah segala implikasi negative yang mungkin timbul disebabkan kerja-kerja pembangunan itu harus diterima seadanya sebagai “collateral” kepada pembangunan

ETIKA PEMBANGUNAN Atas asas inilah maka disiplin etika pembangunan itu dikembangkan. Ini bertujuan memberikan landasan dalam bentuk teori dan praktis akan arah adan hala tuju pembangunan bagi membolehkan manusia hidup selesa dengan pembangunan yang berlandaskan etika. Bagi Denis Goulet, para ahli etika pembangunan pun sehingga kini masih lagi dalam proses memperkemaskan ruang teoretikal nya dan dalam masa yang sama terus menghasilkan tulisan dan pandangan bagi memantapkan lagi disiplin ini.

ETIKA PEMBANGUNAN Dalam konteks ahli politik atau pemerintah, disiplin ini adakalanya dianggap subversive kerana banyak mendedahkan perkara-perkara yang selalunya tidak disukai oleh mereka. Mungkin juga disiplin ini telah berkembang sebagai response kepada lerosakan yang telah berlaku dinegara maju di mana kebanyakan sumber alam telah diterokai atas nama pembangunan. Pembangunan seolah-olah menjadi satu kalimah yang memberikan harapan palsu kepada manusia, membangun untuk kemudiannya menempah kerosakan dan musibah.

ETIKA PEMBANGUNAN Isu-isu yang terdapat dalam banyak negara didunia, khususnya dunia ketiga yang melibatkan pendidikan, kemudahan asas, kemiskinan, kelaparan, ketidak adilan, dan segala macam masalah sosial dan kemanusiaan yang sedang dihadapi pada masa kini. Selain itu isu-isu lain seperti kerosakan alam, kepanasan dunia, bencana dan sebagainya adalah amat berkaitan dengan etika pembangunan. Atas asas ini maka tokoh-tokoh termasuk Goulet, Joseph Lebret dan Gunner Myrdal mengemukakan pandangan mereka bahawa pembangunan perlu dibahas dalam konteks dan kerangka moral dan etika.

ETIKA PEMBANGUNAN RUMUSAN Unit ini pada asasnya bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang disiplin etika pembangunan sebagai satu disiplin “baru” dalam sains pembangunan. Adalah diharapkan dengan pendedahan ringkas ini para pelajar dapat memperluskan bahan bacaan dan memperkukuhkan fahaman mengenai disiplin ini.