LAPORAN Nama : ASRINA BINTI ROSLAN No. Matrik : A149244 Tajuk Drama : INSAFLAH SAYANG Peranan/Watak : MANGSA RAGUT 1
PENGENALAN Drama “Insaflah Sayang” yang kami lakonkan adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej dan nilai-nilai pengajaran kepda para audiens. Selain itu Drama ini juga memaparkan masalah-masalah sosial anak remaja pada masa kini, seperti pengaruh rakan sebaya dan pengambilan dadah. Watak utama bagi drama “Insaflah Sayang” ialah Pung Chun Chung (Louis), beliau berlakon sebagai Louis yang terpengaruh dengan ajakan teman wanitanya dilakonkan oleh Gan Hui Yee dan rakannya yang dilakonkan oleh Ng Su Rou, dimana watak Teman wanita dan rakannya mempengaruhi kehidupan Louis yang pada mulanya merupakan seorang pelajar sekolah yang baik dan cemerlang menjadi seorang peragut dan penghisap dada disebabkan menyahut cabaran daripada teman wanitanya. Selain daripada itu, konflik drama ini ditunjukkan dalam babak dimana kakak Louis dilakonkan oleh Nur Salihah binti Ghani menyedari bahawa orang yang meragut rakan-rakannya dilakonkan oleh Asrina Roslan dan Fatimah Tuzaharah Kamaludeen. Kakak Louis dengan ini memberitahu hal yang sebenar kepada ibu bapa mereka. Watak ibu bapa dimainkan oleh Noor Fitri Anilah binti Rosli dan Muhammad Rozaidi bin Omar. Keluarga Louis berharap Louis mengaku kesalahannya dan meninggalkan kegiatannya yang salah itu, Sehinggakan menimbulkan konflik yang berat dalam keluarga mereka dimana Louis lari meninggalkan rumahnya dan mula aktif dalam kegiatan pengambilan dadah bersama teman wanita dan rakannya. Pengakhiran cerita ini dapat dilihat apabila Louis tertangkap semasa menghisap dadah oleh polis. Louis dimasukkan ke dalam penjara, beliau mula insaf dan berasa dangat berasalag apabila melihat keluarganya melawat dirinya di penjara dan tidak menyalahkan dirinya mahupun memarahi dirinya sebab tertangkap menghisap dadah malah keluarganya memberi kata-kata semangat kepada beliau. Akhirnya Louis berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya. Nilai pengajaran yang kami cuba sampaikan adalah jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang mendorong kita melakukan perkara yang salah.
PENGLIBATAN AKTIVITI 1) Sesi dimana ketua kumpulan Ng Su Rou memberi penerangan tentang peranan dan watak setiap ahli kumpulan.
PENGLIBATAN AKTIVITI 2) Sesi dimana semua ahli kumpulan berkumpul di lokasi penggambaran dan penerangan tentang babak-babak yang akan dirakamkan.
PENGLIBATAN AKTIVITI
PENGLIBATAN AKTIVITI 3) Gambar semua ahli kumpulan yang dapat hadir dan memberi komitmen untuk menyiapkan drama “Insaflah Sayang”.
PENGALAMAN Pengalaman yang saya dapat ketika menyiapkan tugasan drama kami iaitu “Insaflah sayang” adalah saya dapat berkomunikasi dengan baik dengan ahli kumpulan saya, walaupun saya ketika itu kami baru berkenalan antara satu sama lain. Pada masa itu juga saya dapat menyuarakan pendapat dan memberi idea-idea untuk menyiapkan drama kumpulan kami dan saya sangat lega kerana semua ahli kumpulan saya menerima idea dan pendapat yang saya utarakan dengan baik. Ketika penggambaran dilakukan, saya masih kekok dan segan untuk berlakon dihadapan kamera buat pertama kalinya, tetapi disebabkan dorongan dan kata-kata semangat daripada ahli kumpulan yang lain saya dapat melakukannya watak saya dengan baik. .
REFLEKSI Semasa kami berada di lokasi penggambaran, saya sangat berterima kasih kerana semua ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik dimana semua ahli memainkan peranan mereka dengan jayanya malah ada sesetengah babak yang dipaparkan adalah lakonan spontan daripada ahli kumpulan kami., malah mereka sanggup meluangkan masa mereka walaupun ada diantara kami yang perlu menduduki peperiksaan pertengahan semester pada malam selepas penggambaran kumpulan kami. Walaupun kami telah menyiapkan drama ‘insaflah sayang’ dengan lancar, tetapi dari segi pemerhatian, drama ‘insaflah sayang’ masih lagi mempunyai banyak kekurangan di mana kami terpaksa menggunakan foyer Kolej Ungku Omar sebagai lokasi penggambaran dan kami hanya menggunakan kamera telefon bimbit untuk merakam setiap babak yang dilakonkan. Tugasan drama ini telah banyak membuka dimensi baru pemikiran saya tentang menyuarakan pendapat dan berlakon dihadapan kamera. Saya juga dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri, iaitu berkomunikasi dengan baik dengan ahli kumpulan dan berlakon.
KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah tugasan drama yang diberikan ini adalah satu tugasan yang penting dan baik, kerana ia dapat melatih kemahiran berkomunikasi yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran dilakukan dimana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Ini kerana tugasan drama ini telah memberi banyak pendedahan yang sewajarnya tentang selok-belok dalam berkomunikasi dan bercakap di hadapan orang ramai tanpa rasa gugup demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala tips-tips bagi berkomunikasi dan bercakap di hadapan orang ramai. Tugasan drama ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan yang mana lebih banyak terdedah kepada pergaulan dan berkomunikasi dengan orang ramai tetapi juga turut membantu saya memperbaiki cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada ahli kumpulan saya juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana diletakkan di dalam kumpulan yang mempunyai ahli-ahli yang sangat komitmen ketika melakukan sesuatu pekerjaan.