Zakirah Yaakob Yau Su Han Nurul Sakinah Hashim

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA
Advertisements

SISTEM KARDIOVASKULER
LOADING.
Anatomi Sistem Kardiovaskuler
SISTEM PEREDARAN DARAH PADA MANUSIA
JANTUNG.
Matrissya Hermita Biopsikologi UG
FISIOLOGI JANTUNG Ayu Prawesti. M.Kep.
Hana Nurhidayati U ( 12) Danawira Dipta (25 ) Rais Tsaubana (29 )
SISTEM SIRKULASI DARAH
SISTEM PEREDARAN DARAH dan KARDIOVASKULAS
ANATOMI FISIOLOGI SISTEM KARDIOVASKULER
ANATOMI SISTEM SIRKULASI
Peredaran darah manusia
ANATOMI JANTUNG ETRI YANTI, SKp.
Puspita Dewi (17) Reka Indera Malis (18) Muhammad Nizar Rahman (29)
Alat Peredaran Darah Jantung Pembuluh Darah *Arteri *Vena *Kapiler.
WELCOME TO BIOLOGY WORLD Loading…………… Presented by Yuli Yanti.
ANATOMI & FISIOLOGI SISTEM CARDIOVASKULER
Anatomi Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
SISTEM PEREDARAN DARAH PADA MANUSIA
Sistem Peredaran Darah
SISTEM PEMBULUH DARAH MANUSIA
KELISTRIKAN JANTUNG IRMA NUR AMALIA, M.KEP.
Azmila IB Desi sarly M.keb
Sistem Kardiovaskular
Struktur Dan Fungsi Sistem Peredaran Darah
ANATOMI KARDIOVASKULER
Sistem peredaran darah pada manusia
1. Aktifitas listrik jantung
Histologi FKG Unair Surabaya
SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA
SISTEM KARDIOVASKULER
Klasifikasi , Kodifikasi Penyakit dan Masalah Terkait
SISTEM KARDIOVASKULER
ANATOMI FISIOLOGI JANTUNG
SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA
Tutik Fitri Wijayanti, M.Pd.
pembuluh darah & limfatik
PENYAKIT JANTUNG Chania Dwi Mentary
Jantung.
DI SUSUN OLEH : AMELIA LASIDO
ANATOMI JANTUNG BY: NS. MEI EKA W, S.KEP Jantung dan Ruang.
ANATOMI JANTUNG Ns. Mira Fajarina, S.Kep.
Anatomi Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
ARTERI | VENA | KAPILER | TEKANAN DARAH |
SISTEM PEREDARAN DARAH
BAB 4 SISTEM PERNAFASAN.
DI SEDIAKAN OLEH: SM (PA) ZAMRI BIN MAJID
Gaya Hidup Sihat Disediakan oleh; ABDUL LATIF BIN AHMAD
Masalah Obesiti Dalam Masyarakat Pada Hari Ini
Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal
ANATOMI FISIOLOGI JANTUNG
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
SISTEM PEREDARAN DARAH
SISTEM PEREDARAN DARAH
Sistem Respiratori DISEDIAKAN OLEH: ABDUL LATIF AHMAD
Rahsia Disebalik Senyuman
PEMAKANAN SIHAT Disediakan oleh : ASRINAH BINTI BUKARI.
JANTUNG PENGENALAN STRUKTUR DENYUTAN SALUR DARAH.
Faal Kardiovaskular FAIK AGIWAHYUANTO.
ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM KARDIOVASKULAR
ANATOMI JANTUNG.
BAB 4 SISTEM PEREDARAN DARAH By : Anna Laura Silaban, S.Si.
BAB 2: PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
Anatomi Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
Sistem otot Oleh : Muhammad Faris Hafiy bin Abdul Haris
Kardiovaskular Pulmonal 1 Pembuluh Darah Pada Jantung Kelompok :
Sistem peredaran darah ialah suatu sistem organ yang mempunyai fungsi untuk memindahkan zat ke dan dari suatu sel. Sistem ini juga berperan menjaga stabilisasi.
SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA. Tujuan Pembelajaran Mendeskripsikan alat-alat peredaran darah pada manusia Menjelaskan proses peredaran darah pada manusia.
Transcript presentasi:

Zakirah Yaakob Yau Su Han Nurul Sakinah Hashim JANTUNG Zakirah Yaakob Yau Su Han Nurul Sakinah Hashim

Ruang Jantung Atrium Kanan Menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh (deoxygenated blood). Atrium Kiri Menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru paru (oxygenated blood). Ventrikel Kanan Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru untuk pembersihan. Ventrikel Kiri Mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian tubuh.

Arteri, Vena dan Kapilari SISTEM KITARAN Kitaran Pulmonari Kitaran Sistemik Arteri, Vena dan Kapilari

KITARAN PULMONARI Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen (deoxygenated blood) ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen (oxygenated blood) dikembalikan ke jantung.

Peredaran Pulmonari Atrium kanan menerima darah daripada tisu badan. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui arteri pulmonari. Di paru-paru, pertukaran gas berlaku menyebabkan darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

KITARAN SISTEMIK Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung.

Peredaran Sistemik Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta. Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.

S I T E M K A R N

ARTERI, VENA & KAPILARI

ARTERI Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dindingnya tebal, berotot dan elastik supaya boleh menahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

VENA Salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar berbanding dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah. Vena yang terkecil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

KAPILARI Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Arteri, Vena dan Kapilari

Anatomi dan pengurusan jantung

Perikardium ialah selaput yang membungkus jantung Perikardium mengandungi sedikit cecair perikardial yang melincirkan pergerakan jantung dengan karung perikardial.

Perikardium boleh dibahagikan kepada dua lapisan iaitu ; Fibrous pericardium   Serous pericardium Fibrous pericardium adalah lapisan terluar. Ia dibina daripada tisu penghubung. Berfungsi untuk melindungi jantung dan melekatkan jantung kepada struktur sekeliling.

Serous pericardium pula boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan, iaitu; Parietal serous pericardium (luar). Visceral serous pericardium (dalam) atau dikenali sebagai epikardium. Kedua-dua lapisan serous pericardium ini membentuk ruang yang dipanggil ruang perikardial dan merembeskan cecair perikardial.

ANATOMI JANTUNG Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang.  Jantung terletak di sebelah kiri dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g.

 Jantung terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan

Septum ialah dinding otot yang tebal dan berfungsi untuk; membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. 

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan, iaitu; Epikardium (luar) Myokardium (tengah) Endokardium (dalam)

PENGURUSAN JANTUNG Pengurusan jantung boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu; Pemakanan Senaman Gaya hidup Pengawalan berat badan

Pemakanan Pengambilan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan akan membahayakan kesihatan jantung. Makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi termasuklah telur, makanan bergoreng, dan makanan segera hendaklah diminimakan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi, kailan dan sebagainya. Dalam Islam – umat disuruh bersederhana dalam mengambil makanan

“Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (solat), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah Al-A’raf: 31) “Wahai orang beriman, makanlah daripada rezeki yang baik yang sudah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.” (Surah Al-Baqarah: 172)

Senaman Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Contohnya; joging, berjalan dan berbasikal Sebarang bentuk senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Senaman secara teratur dapat menurunkan tekanan darah.

Gaya Hidup Gaya hidup yang sihat - Amalan yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit bagi setiap sesi. Hindari pengambilan dadah dan alkohol. Dapatkan rehat yang mencukupi. Hal ini demikian kerana kesihatan ditentukan berdasarkan gaya hidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup. Ubahlah gaya hidup anda untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik.

Elakkan dari merokok. - Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Pengawalan Berat Badan Kegemukan sering mencetuskan risiko penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai dengan bentuk badan seseorang individu (BMI) Mereka yang memiliki berat badan berlebihan dan tidak bergiat aktif akan menyebabkan – kalori yang tinggi dalam makanan tidak digunaan. Kemudian lebihan makanan itu akan ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pada bahagian-bahagian tertentu seperti – paha dan perut.

ARTERI, VENA & KAPILARI Arteri Membawa darah beroksigen dari jantung ke tisu badan. Mempunyai dinding yang tebal. Tidak mempunyai injap kecuali pangkal aorta dan pangkal arteri pulmonari. Darah bertekanan tinggi. Darah mengalir dengan laju.

Vena Membawa darah terdeoksigen dari tisu badan kembali ke jantung. Mempunyai dinding yang nipis. Mempunyai injap. Darah bertekanan rendah. Darah mengalir dengan perlahan.

Kapilari Menghubungkan arteri dengan vena. Dindingnya setebal satu sel. Tidak mempunyai injap. Darah bertekanan paling rendah. Darah mengalir dengan sangat perlahan.

DEGUPAN JANTUNG

SEL PENGUNCUPAN & SISTEM KONDUKSI JANTUNG

Jantung mempunyai sistem intrinsik yang mana otot kardiak dirangsang secara automatik untuk mengecut tanpa memerlukan bekalan saraf daripada otak. Walau bagaimanapun, sistem intrinsik ini boleh dirangsang ataupun direncat oleh impuls saraf yang berasal daripada otak dan hormon.

Sistem ini terdiri daripada sekumpulan sel neuromuskular khusus di dalam myokardium yang memulakan dan mengalirkan impuls yang menyebabkan pengecutan jantung yang berentak

Nodus SA (perentak) Tersebar ke Nodus AV Bergerak melalui atrium menerusi laluan internodal Bergerak melalui berkas AV (berkas His) Tersebar ke Nodus AV Disampaikan ke seluruh ventrikel melalui serat purkinje

Nodus Sinoatrial (Nodus SA) sekumpulan sel khusus pada dinding atrium kanan berdekatan dengan bukaan vena kava superior. Bertindak sebagai perentak jantung kerana ia berfungsi untuk memulakan impuls.

Nodus Atrioventrikular (Nodus AV) Sekumpulan sel khusus yang terletak di dalam septum atrium berdekatan dengan injap AV. Biasanya ia dirangsang oleh impuls yang datang daripada miokardium atrium, namun berupaya untuk memulakan impuls pengecutan jantung tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding nodus SA.

Berkas Atrioventrikular (Berkas AV/His) Sekumpulan serat khusus yang berasal daripada nodus AV. Berkas AV ini melintasi cecincin fibrous yang memisahkan atrium dan ventrikel, kemudiannya membahagi kepada cabangan berkas kiri dan kanan pada bahagian atas septum ventrikel. Ia seterusnya berpecah kepada fiber purkinje di dalam miokardium ventrikel.

Struktur-struktur ini menyampaikan impuls daripada nodus AV ke bahagian apeks miokardium yang mana akan mencetuskan pengecutan jantung.

ELEKTROKARDIAGRAM (EKG)

Elektrokardiogram ialah rakaman aktiviti elektrik jantung. Elektrokardiogram memberi maklumat tentang : Kehadiran penyakit jantung iskemia Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau penebalan otot-otot jantung Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

Bacaan EKG

KITARAN KARDIAK

Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai “kitar kardiak”. Tindakan jantung terdiri daripada dua jenis : Mengecut (sistol) Pengenduran (diastol) Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium manakala sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel

Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves/cuspid valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam vebtrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atriovebtrikular tertutup dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium

aorta Pulmonary artery