PENGALAMAN DENGAN PERLAKSANAAN PROGRAM SARJANA DALAM TALIAN Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah Jabatan Fizik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur http://fizik.um.edu.my/cgi-bin/hitkat?wat
MSc dalam talian – Jarak jauh – pelajar bekerja – kebolehlenturan dari segi masa dan tempat Teknologi internet yang murah & mudah Sesuai utk pengajian berkursus Pelajar matang (telah melalui BSc secara hadir) MSc Fizik Gunaan (secara berkursus) – dalam talian 2002
PERTIMBANGAN DAN REKABENTUK UMUM Keterhadan lebar jalur talian komunikasi → keterhadan lebar jalur pengajaran-pembelajaran (trutm. masa sebenar) penyampaian utama: kuliah – simpleks - laman-laman web dgn kandungan yang ditentukan baik untuk pembelajaran berdasarkan hukum terdedah kepada perangkap 'pengajaran Powerpoint' (menarik tapi tak memberi kesan pembelajaran) boleh tambahkan kesalingtindakan dan pengemudian untuk baiki penyampaian termasuk mekanisme untuk menjejak ‘kehadhiran’ & untuk mengukur kefahaman dan/atau ‘perhatian’ teknologi yang memadai tapi mencukupi kandungan vs teknologi & pedagogi ← pelaburan minimal
perbincangan dwihala juga diperlukan – ditangani pada tiga paras: interaktif dalam masa sebenar - perbincangan dalam talian setiap minggu - Microsoft NetMeeting taksegerak berkumpulan dan terbebenang - menerusi perisian sembang/bincang - dibangunkan secara sepadu mel am - e-mel yg disepadukan kehadiran secara fizik di kampus juga diperlukan - waktu tertentu setiap semester minggu-minggu awal, pertengahan, dan akhir
REKABENTUK DAN PERLAKSANAAN PERISIAN Perisian sepadu: penyampaian kuliah (dwibahasa dibolehkan) (dengan penyediaan kuiz yang mengawal kemajuan; dengan arkib) perbincangan secara sembang berbebenang (dgn capaian e-mel) kemudahan notis - dibangunkan dalam Jabatan - berasaskan web - menggunakan skrip CGI diaturcarakan dalam C
Antaramuka web: keselamatan - kebenaran masuk - pengenalan dan katalaluan - juga sbd mekansime pengenalan pelajar(/pensyarah) - pemantauan, pemarkahan dan pengenalan dlm perbincangan Katalaluan - berkod kepada pelayan - menyukarkan pengintai. pelajar berdaftar - rekod - kursus yang diambil kedudukan semasa pelajar dlm siri kuliah sesuatu kursus markah diperoleh bagi kuiz di setiap akhir sesuatu kuliah alamat e-mel Pangkalan data - fail datar dan struktur (sub)direktori - wajar bagi bilangan pelajar dan kursus yang tidak besar keselamatan - subdirektori yang tersorok kepunyaan pengguna istimewa tidak terbuka kpd pehak lain. penamaan fail-fail yang dirujuk yg sukarkan
langkah untuk memberikan suasana kuliah (kehadiran) - meletakkan gambar pensyarah di kedudukan-kedudukan strategik melancarkan fail audio kuliah berkenaan secara automatik apabila kuliah berkenaan dimuaturunkan tiada ukuran keberkesanan langkah-langkah ini
Penghantaran kuliah web dikawal supaya pelajar melaluinya menurut susunan kuliah n kuiz objektif disediakan secara rambang dari bank soalan berjaya tidak berjaya betul dgn nisbah tertentu cuba lagi setelah suatu masa yang ditetapkan menghindari tekaan rambang bertubi kuliah n+1 kuliah-kuliah yang telah dilalui diarkibkan Pencapaian setiap cubaan direkodkan membolehkan penggunaannya dalam penilaian berterusan
modul perbincangan letakan letakan dipautkan dgn letakan merujuk dan letakan dirujuk jika ada - struktur bebenang e-mel penghantar juga diberikan disediakan klik e-mel pensyarah dan e-mel semua pelajar jika mahu hebah notis bagi setiap kursus notis am bagi semua pelajar semua kursus.
PENGALAMAN PERLAKSANAAN & PERJALANAN PROGRAM Pelajar harus lebih berdikari dibandingkan dengan peringkat sarjana muda / program hadir Lebar jalur yang tidak lumayan sukarkan penghantaran kandungan walaupun berjaya ke Sarawak! - kandungan grafik perlu diminimumkan (tidak perlu ‘perhiasan’!) - kandungan kuliah dipecahkan kpd bahagian-bahagian lebih kecil - audio dilancarkan automatik melambatkan muaturun teks asas - pensyarah cenderung kpd menghasilkan kandungan berbentuk pdf dan ppt - jelas dan menarik tapi mengambil masa lama untuk dimuaturun Kekangan lebar jalur bila perbincangan masa sebenar → pelajar memilih lokasi fizik yg berhampiran!
masalah yang utama: penghasilan kandungan oleh pensyarah - mengambil masa dan sumber yang banyak terutama subjek teknikal - visualisasi grafik Nisbah masa penyampai kpd masa penyediaan ~ 1:3 hingga 1:5 Ini alasan utama utk tidak meneruskan program secara dlm talian selepas sesi 2003/2004 kelebihan ketara: perbincangan yang aktif didapati dlm sesi perbincangan masa sebenar jika berbanding perbincangan di dalam kelas hadir (tapi ada juga yg sekadar 'pemerhati') Hipotesis: ‘keberanian’ mengambil bahagian ini tertimbul dari ‘topeng kerahsiaan diri’ yang dipakai di dalam alam siber (perbincangan taksegerak - tidak serancak spt yg diharapkan)
KESIMPULAN Teknologi telah digunakan untuk membantu penyampaian dalam program sarjana Fizik Gunaan di Jabatan Fizik Universiti Malaya tanpa mengubah asas pedagogi asal Perisian khas telah dibina bagi penyampaian dan perbincangan berasaskan web menggunakan CGI menerusi aturcara C menyimpan maklumat dalam fail datar Program berkenaan berjalan dengan jayanya dan telah membantu menghasilkan graduan