HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7 KESUSASTERAAN MELAYU HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7
SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7 Bab 7 ini mengisahkan perkahwinan raja Melaka dan Raden Emas Ayu di Majapahit. Namun tumpuan penceritaan lebih kepada percubaan-percubaan Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit ingin membunuh Hang Tuah. Pelbagai persiapan diadakan untuk menyambut perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Emas Ayu. Patih Gajah Mada memerintahkan seorang perajurit yang handal bermain tombak untuk membunuh Hang Tuah semasa majlis menghadap raja diadakan di peseben. Namun Hang Tuah mampu menghindar serangan perajurit dengan mudah. Untuk menutup tembelang, Betara Majapahit berpura-pura
berterima kasih dan memberi anugerah kepada Hang Tuah kerana jika tidak dibunuh, mungkin perajurit itu mengamuk naik ke peseban dan membunuh baginda. Muslihat Patih Gajah Mada itu dikhabarkan oleh Raden Aria kepada baginda Raja Melaka. Dengan sinis Hang Tuah menegaskan bahawa perajurit itu lawan yang mudah sahaja. Patih Gajah Mada tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Hang Tuah memohon pulang. Pada malam berjaga-jaga ke- 38, seorang perajurit yang terkenal dengan kehandalan kerisnya yang bernama Taming Sari dan keberaniannya mengamuk di luar pintu peseban. Sekali lagi, Hang Tuah dapat membunuh perajurit ini dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari yang sakti itu. Hang Tuah juga menyindir
Patih Gajah Mada sebagai pengecut yang membawa diri apabila berhadapanan dengan perajurit yang handal. Betara Majapahit memuji keberanian Hang Tuah dan memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah serta diberi kuasa memerintah Sungai Jemaja. Keris “Taming Sari” juga dihadiahkan kepadanya. Hang Tuah lima sahabat berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura setelah majlis perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu dilaksanakan. Sang Persata Nala mengajar pelbagai ilmu perajurit dan hulubalang kepada Hang Tuah berlima, terutama sekali Laksamana Hang Tuah. Sang Persata Nala juga meramalkan bahawa Hang Jebat akan memperolehi kebesaran tetapi akan mati kerana senjata. Ketiadaan Laksama Hang Tuah menimbulkan rasa kehairanan Patih Gajah Mada.Oleh itu, Laksamana Hang Tuah berbohong dengan mengatakan bahawa mereka berlima jatuh sakit.
PERISTIWA PENTING HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7 1. Mengisahkan perkahwinan raja Melaka dan Raden Emas Ayu di Majapahit namun tumpuan penceritaan lebih kepada percubaan-percubaan Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit ingin membunuh Hang Tuah. 2. Pelbagai persiapan diadakan untuk menyambut perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Emas Ayu. 3. Patih Gajah Mada memerintahkan seorang perajurit yang handal bermain tombak untuk membunuh Hang Tuah semasa majlis menghadap raja diadakan di peseben. 4. Hang Tuah mampu menghindar serangan perajurit dengan mudah.
5. Untuk menutup tembelang, Betara Majapahit berpura-pura berterima kasih dan memberi anugerah kepada Hang Tuah kerana takut jika perajurit itu mengamuk naik ke peseban dan membunuhnya. 6. Muslihat Patih Gajah Mada itu dikhabarkan oleh Raden Aria kepada baginda Raja Melaka. 7. Dengan sinis Hang Tuah menegaskan bahawa perajurit itu lawan yang mudah sahaja. Patih Gajah Mada tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Hang Tuah memohon pulang. 8. Pada malam berjaga-jaga ke- 38, seorang perajurit yang terkenal dengan kehandalan kerisnya yang bernama Taming Sari dan keberaniannya mengamuk di luar pintu peseban.
9. Sekali lagi, Hang Tuah dapat membunuh perajurit ini dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari yang sakti itu. 10. Hang Tuah juga menyindir Patih Gajah Mada sebagai pengecut yang membawa diri apabila berhadapanan dengan perajurit yang handal. 11. Betara Majapahit memuji keberanian Hang Tuah dan memberikan gelaran Laksamana kepada Hang Tuah serta diberi kuasa memerintah Sungai Jemaja dan Keris “Taming Sari” juga dihadiahkan kepadanya. 12. Hang Tuah lima sahabat berguru dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura setelah majlis perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu dilaksanakan.
13. Sang Persata Nala mengajar pelbagai ilmu perajurit dan hulubalang kepada Hang Tuah berlima, terutama sekali Laksamana Hang Tuah. 14. Sang Persata Nala juga meramalkan bahawa Hang Jebat akan memperolehi kebesaran tetapi akan mati kerana senjata. 15. Ketiadaan Laksama Hang Tuah menimbulkan rasa kehairanan Patih Gajah Mada. Oleh itu, Laksamana Hang Tuah berbohong dengan mengatakan bahawa mereka berlima jatuh sakit.
SENARAI WATAK-WATAK YANG TERDAPAT DALAM BAB 7 DI DALAM HIKAYAT HANG TUAH. 1. Hang Tuah 2. Raja Melaka 3. Raden Galuh Emas Ayu 4. Patih Gajah Mada 5. Seri Betara Majapahit 6. Hang Jebat 7. Beberapa perajurit suruhan 8. Raden Aria 9. Perajurit Taming Sari 10.Pengamuk 11. Tun Bija Sura 12. Tun Utama 13.Patih Kerma Wijaya 14. Sang Persata Nala 15.Beberapa watak sampingan.
LATAR TEMPAT YANG TERDAPAT DALAM BAB 7 DI DALAM HIKAYAT HANG TUAH. Negeri Majapahit Gunung Wirana Pura Peseban
SOALAN KONTEKS Maka Tuan Tuah pun melompat sera diparangnya dengan keris panjangnya, kena tubuhnya rebah tersungkur, tiada lut. Maka Taming Sari pun berbangkit bangun menari berdiri sert ditikamnya dada Tun Tuah; dipertubi-tubinya. Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri menyalahkan tikam Taming Sari itu. Maka segala orang banyak pun suka melihat Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari itu. Maka Tun Tuah fikir dalam hatinya: ‘Apa juga dipakainya maka tiada lut kuparang? Tetapi pada firasatku sebab kerisnya inilah maka ia tiada dapat ditentang lawan dan tiada lut kuparang tubuhnya ini. Jikalau demikian, apa juga kehendaknya? Baiklah kerisnya ini kuperdayakan.’
SOALAN KONTEKS Siapakah Taming Sari dan mengapa dia mengamuk di peseban penghadapan Betara Majapahit? 2. Apakah benar firasat Tun Tuah bahawa Taming Sari kebal kerana kerisnya itu? Ceritakan muslihat Tun Tuah seterusnya untuk memperdayakan Taming Sari. 3. Berjayakah Tun Tuah menewaskan Taming Sari? Pada hemat awda, mampukah peristiwa ini mengubah status dan kehidupan Tun Tuah? Jelaskan.
SOALAN PERBINCANGAN Pada pendapat awda, apa yang mungkin berlaku jika Laksamana Hang Tuah tidak berjaya mendapatkan keris Taming Sari itu?