E4161 – SISTEM KOMPUTER & APLIKASI UNIT 6 - PENGURUSAN
PENGURUSAN PERANTI I/O Mengendali kaedah komunikasi di antara proses dengan peranti I/O. 4 ciri-ciri perbezaan antara peranti-peranti: Kadar penghantaran data. Contoh : 2Mbyte/second - hard disk 15 byte/second - keyboard Unit penghantaran. Contoh : 1 blok bersaiz 512 byte - hard disk 1 aksara - monitor Operasi yang dibenarkan. Contoh : baca, tulis, carian - hard disk cetak, gerakkan kertas - printer Keadaan ralat. Contoh : ralat baca - hard disk out of paper - printer
STRUKTUR SISTEM I/O (1) – Arahan bahasa aras tinggi oleh program aplikasi ditukar kepada panggilan sistem (panggilan sistem tidak difahami oleh peranti). Ia dilaksana oleh OS. (2) – IOCS mengesah permintaan (panggilan sistem dari program aplikasi) dan melaksanakan pemprosesan awal dengan memberi arahan kepada pengendali (driver). (3) – Driver menukarkan panggilan sistem kepada arahan yang difahami oleh peranti. (4) – Pengawal peranti (I/O controller) sebagai antaramuka peranti dengan komputer.
PENGENDALI PERANTI (I/O DRIVER) Setiap peranti mempunyai driver yang berlainan. Bertanggungjawab melayan sebarang permintaan peranti mengikut giliran. Memberikan isyarat semafor iaitu ‘permintaan dilayan’ setelah layanan (operasi) selesai. Bertindak sebagai pengendali sampukan paras kedua. Mengenalpasti jenis sampukan dan memberi layanan terhadap sampukan tersebut. Setelah sampukan selesai dilayan, I/O driver juga akan memberi isyarat ‘operasi selesai’. Umumnya: I/O driver melaksanakan kitar berikut: Ambil BPIO dari giliran permintaan. Memulakan operasi input/output. Tunggu operasi selasai. Beritahu proses bahawa operasi selesai. Ulang
PROSEDUR I/O Panggilan sistem oleh BAIO (Basic Asynchronous Input Output). BAIO (aliran, mod , jumlah , semafor) Tugas: Memeta / menterjemah bilangan aliran kepada peranti yang bersesuaian. Menyemak dan memastikan semua parameter yang disediakan konsisten. Memulakan layanan kepada permintaan. BAIO boleh digunakan oleh beberapa proses dalam satu masa. Umumnya, BAIO akan melaksanakan perkara berikut: Lihat peranti yang berkaitan dari penghurai proses (PCB) Semak parameter Himpun (create) BPIO Letakkan BPIO ke dalam giliran permintaan. Berikan isyarat permintaan sedia (ada).
KONSEP TANPA PENIMBAL Anggapan : proses memerlukan 3x perpindahan data dari hard disk untuk selesai 1 permintaaan I/O
KONSEP SATU PENIMBAL
KONSEP DUA PENIMBAL
PERBEZAAN Tanpa penimbal Dengan penimbal Masa banyak digunakan untuk baca/pindah sepenuhnya Masa baca/pindah telah dapat dikurangkan Jumlah masa baca/proses = ada masa T dan P Jumlah masa baca/proses = sela masa M dan T Penghantaran data dari periferal ke pemproses Penghantaran data dari periferal ke penimbal, dari penimbal ke proses
SPOOLING Contoh : membarisgilirkan fail untuk dicetak. Biasanya digunakan apabila pemindahan data dilaksanakan di antara peranti berkelajuan tinggi dengan peranti berkelajuan rendah. Spooler – proses yang bertanggungjawab menggerakkan data dari hard disk ke peranti. Contoh : print spooler
SPOOLING Contoh : print spooler melaksanakan spool output Proses yang ingin mencetak akan membuka aliran (port) pencetak dan menentukan fail yang ingin dicetak di cakera. Kesemua output pada aliran (port) pencetak akan diarahkan kepada fail tersebut. Sekiranya terdapat proses lain yang ingin membuka aliran (port) pencetak yang sama, fail tersebut perlu tunggu dalam giliran. Print spooler akan mengambil fail daripada giliran dan menghantar kepada pencetak.