SKP 2204 Hubungan Etnik PJJ Sem 2 2013-2014
SKP 2204 Sistem penilaian Ujian 1 = 30% Tugasan berkumpulan = 30% Peperiksaan Akhir = 40%
Pengajar Zaid Ahmad Ph.D Profesor/Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
E-mail - zaid_a@upm.edu.my SKP 2204 Rundingan E-mail - zaid_a@upm.edu.my Tel: 03-89467051 (pejabat) Sekiranya ingin bertemu saya di pejabat pada hari bekerja sila buat temu janji
SKP 2204 Tanggungjawab Pelajar Menghadiri pertemuan bersemuka Menghadiri ujian dan peperiksaan Menyempurnakan dan menyerahkan tugasan
SKP2204 Tugasan Rujuk panduan menyediakan tugasan (Akan dijelaskan diakhir kuliah)
SKP 2204 Pengenalan kursus Kursus wajib universiti Perlu ambil dan lulus sebagai syarat bergraduat PJJ menggunakan modul yang telah ditentukan
SKP 2204 Pertemuan bersemuka Unit 1-4 Unit 5-10 (Rujuk Modul)
SKP 2204 Ujian dan penilaian Ujian akan diadakan sebanyak dua kali Ujian 1 (liputan unit 1-4) Ujian akhir (liputan unit 5-10) Tarikh akhir hantar tugasan pada minggu kesepuluh pengajaran (tugasan hendaklah dihantar ke pusat pembelajaran masing-masing untuk direkodkan)
SKP 2204 Unit 1 Hubungan Etnik di Malaysia secara umum Kepentingan hubungan antara kaum yang harmonis Perpaduan nasional Ekonomi dan etnisiti Kursus/modul hubungan etnik di IPT
SKP 2203 unit 2 Konsep-konsep asas Konsep masyarakat Etnik, etnisiti dan etnosentrisme Ras dan rasisme Prejudis dan stereotaip Diskriminasi Konsep budaya Segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi, amalgamasi
SKP 2204 UNIT 3 Pluraliti dan masyarakat pluralistik Malaysia Latarbelakang Pluraliti budaya alam Melayu Kemuncak pluraliti – zaman kegemilangan Melaka Pembentukan masyarakat pluralistik zaman penjajah Masyarakat pluralistik pasca merdeka
SKP 2204 Unit 4 Pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia Latarbelakang Modernisasi – model pembangunan ekonomi Malaysia pasca merdeka Dasar-dasar awam dam hubungan etnik di Malaysia Ekonomi dan etnisiti di Malaysia Pertumbuhan ekonomi dan agihan Globalisasi, ekonomi Malaysia dan hubungan etnik
SKP 2204 Panduan penyediaan tugasan Nota: Pelajar boleh memilih mana-mana satu tajuk tugasan di bawah dan boleh mengubahsuainya dengan persetujuan pensyarah.
SKP 2204 Tajuk Tugasan 1. Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai suku dan etnik yang mendiami seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kenal pasti satu etnik di Malaysia dan jalankan satu kajian lapangan mengenai etnik tersebut.
SKP 2204 Sediakan satu laporan bertulis berbentuk dokumentari mengenai cara hidup serta sistem nilai yang diamalkan oleh komuniti tersebut dan buat penilaian sejauh mana proses integrasi nasional berjaya memupuk hubungan harmoni antara kaum di Malaysia
SKP 2204 Arahan Pelajar diperlukan menyediakan satu tugasan/esei berkumpulan bernilai 30% Ahli kumpulan terdiri daripada 4-5 orang Penulisan mestilah disediakan mengikut format dan teknik penulisan ilmiah yang standard. Segala petikan dan nukilan hendaklah diiktiraf dengan sewajarnya secara nota kaki (footnotes) atau nota hujung (endnotes).
SKP 2204 Satu senarai bibliografi/bahan rujukan yang lengkap hendaklah disertakan. Tugasan yang dihantar perlu mematuhi format berikut: Muka depan mengandungi tajuk tugasan, nama serta nombor matrik dan program pelajar dengan lengkap (jangan gunakan huruf atau nombor yang terlalu fancy)
SKP 2203 Isi kandungan (table of contents) dengan muka surat lengkap Dimulai dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup/kesimpulan
SKP 2203 Ditaip selang sebaris (double spacing) 12 font (arial atau times roman digalakkan) dengan margin sekurang-kurangnya 1 inci atas, bawah, kiri dan kanan Dijilid dan diedit dengan baik Bagi mengelakkan sebarang masalah sila pastikan tugasan dihantar/serahkan pada waktu yang ditetapkan.
SKP 2203 Panjang tugasan adalah antara 15-20 halaman tidak termasuk lampiran, jadual, diagram dan gambar-gambar (sekiranya ada)
SKP 2203 Tugasan hendaklah diserahkan/dihantar ke pusat masing-masing pada minggu ke 10
SKP 2203 Penilaian Penilaian dibuat berdasarkan struktur dan organisasi penulisan, penggunaan dan kepelbagaian sumber serta inisiatif dan kreativiti dalam mengemukakan penghujahan. Penilaian tambahan akan diberikan kepada tugasan yang ditulis dengan bersih dan teratur dan diedit dengan sebaiknya.
SKP 2203 Perhatian!!!! Ciplak (plagiarism) adalah jenayah akademik yang serius dan akan diambil tindakan mengikut peraturan yang terpakai di UPM. “Mengambil, mencedok atau menggunakan idea atau frasa orang lain melalui sebarang sumber sebagai idea atau frasa sendiri samada dengan sengaja atau secara cuai dengan tidak memberikan pengiktirafan sewajarnya (without a proper acknowledgement) adalah boleh dianggap jenayah ciplak (plagiarism)”.
SKP 2203 Oleh yang demikian sekiranya anda mengambil idea atau frasa orang lain dalam tugasan anda, pastikan dibuat pengiktirafan yang sepatutnya”
SKP 2203 Terima Kasih