MELAYU ISLAM BERAJA Menangani Isu Percemaran dan Permulihan Alam daripada Perspektif Al-Quran Zatil Ridh'wah Hj Darot.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Bab IV Tanggung Jawab Manusia Sebagai Khalifah dan Hamba Alloh SWT
Advertisements

BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM
TASAWWUR ISLAM II BAB: HUKUM JENAYAH DALAM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
Larangan Pergaulan Bebas dan Perzinaan
ISU-ISU KONTEMPORARI TITAS : KRISIS ALAM SEKITAR
19 Hadis nabi mengenai wanita.
Setiap menjelang tidur, aku berusaha membersihkan hatiku
Pertanggungjawaban pidana dalam islam
AKHLAQ TERHADAP ALAM DAN LINGKUNGAN
KELESTARIAN LINGKUNGAN HIDUP
TITIS OCTARY SATRIO D4 TEKNIK INFORMATIKA A
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
DIDIK ANAK AGAR JANGAN SOMBONG!
KEMULIAAN AL-QURAN.
19 Hadis nabi mengenai wanita.
Model Pembangunan Potensi Manusia
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
Bab 20: BERSUCI ASAS KEHIDUPAN UNIT 1: KONSEP BERSUCI
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
TAAT PADA ATURAN TAAT PADA ATURAN. QS. An – Nisa’ 4 : 59 Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara.
Wakaf UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
Diploma Pengajian Islam Andalus
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
BAB 1: MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM
Kepercayaan Kepada Tuhan
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk.
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
JUAL BELI SALAM Definisi
PELAJARAN 3 MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH.
BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
PELAJARAN 2 ISLAM & HAK MILIK.
Andalus Corporation Pte Ltd
Surah Al-Alaq Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
ISU GEJALA SOSIAL AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD FAIZ HUSAINI BIN AZLAN
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
AQIDAH UNIT 8 Kelas Bimbingan Dewasa.
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT
KARANGAN 8 ( Rujuk Super Skor m/s 104)
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
Sistem Sosial Islam Matlamat Sistem Sosial Islam
SENSE OF BELONGING MENURUT PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
Tafsir Surah Al-Layl.
Peka Terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Tajuk: Pembuangan Anak dan Merosakkan Harta Benda Kerajaan dan Awam
IHSAN TERHADAP BINATANG (Topik 7)
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
PENCEMARAN PERSEKITARAN
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
Topik 17 Menyayangi dan menghargai alam sekitar
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
Tuntutan Melaksanakan Tanggungjawab
Topik 19 Kemapanan Alam Sekitar
ISLAM MELARANG MENYEBARKAN
MENCARI RAHMAT RAMADHAN
e-khutbah.gov.my 1200 x 537 jpeg – images may be subject to copyright.
Andalus Corporation Pte Ltd
Andalus Corporation Pte Ltd
Transcript presentasi:

MELAYU ISLAM BERAJA Menangani Isu Percemaran dan Permulihan Alam daripada Perspektif Al-Quran Zatil Ridh'wah Hj Darot

Alam sekitar Di zaman globalisasi ini, isu alam sekitar menjadi topik perbahasan hangat dan global. Fenomena kemerosotan kualiti alam sekitar membabitkan air , udara , suara , haiwan dan tumbuh-tumbuhan . penyelesaian secara serius perlu dilakukan bagi memastikan keberlangsungan hidup dapat diteruskan .  Kita hendak mengetahui sejauh mana peranan al-quran dalam menangani isu- isu alam sekitar , juga mendalami gambaran al-quran dengan kemukjizatannya bagi menangani perosak-perosak alam sekitar serta menawarkan penyelesaian yang komprehensif .

Pencemaran air Isu pencemaran air merupakan suatu isu yang sering terpapar dalam akhbar- akhbar dan kadang-kadang ia menjadi isu utama dalam siaran televisyen. Walaupun isu ini sering diperkatakan oleh pihak tertentu sama ada oleh pihak pemerintah, pihak berkuasa tempatan, persatuan pencinta alam sekitar dan sebagainya, tetapi sekiranya ia tidak diberi kerjasama oleh orang ramai, lebih- lebih lagi oleh pihak industri, isu ini akan sentiasa timbul.  Pencemaran air yang sentiasa terjadi adalah melalui pencemaran sungai dengan sisa toksik, sampah sarap, sisa industri, najis haiwan dan sebagainya. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa, adalah tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita akan kehilangan sumber air minuman yang berkualiti di samping kita tidak akan dapat menikmati lagi keindahan sungai sepertimana dalam tahun-tahun 60an, 70an dan awal 80an. Apa yang perlu kita sedari ialah semua kejadian tersebut bukannya terjadi secara fitrah, tetapi ia terjadi melalui tindakan diri manusia itu sendiri. 

Itulah sebabnya para Malaikat berasa hairan apabila Allah SWT mengkhabarkan bahawa Dia ingin jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Kehairanan itu muncul kerana Malaikat sudah mengetahui bahawa sikap manusia yang dilengkapi dengan nafsu, di samping keimanan tetapi pada kebiasaannya nafsu akan mengatasi keimanan. Ini dapat dilihat dalam dialog antara Allah SWT dengan para MalaikatNya dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Dalam dialog antara Allah SWT dengan Malaikat sepertimana digambarkan dalam ayat di atas membuktikan bahawa Malaikat sudah mengetahui bahawa manusia itu adalah suatu jenis makhluk yang amat suka melakukan kerosakan, termasuk pencemaran alam sekitar. Maka tidak hairanlah sekiranya terjadi berbagai-bagai jenis dan bentuk kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia sepertimana yang berlaku pada hari ini.  Tidak hanya kerosakan dan pencemaran alam sekitar yang terjadi, malah pembunuhan, pencurian, perompakan, penyelewengan, penipuan, rasuah dan sebagainya sering terjadi tanpa henti. Itulah sebenarnya kerisauan yang diungkapkan oleh Malaikat dalam ayat di atas. Sebenarnya apa yang terjadi ini merupakan ujian dan dugaan bagi setiap manusia yang beriman. Sebab itulah Allah SWT memberi pula khabar gembira dengan nikmatNya di dalam syurga dan khabar menakutkan dengan azabNya di dalam neraka.

Semua ini adalah bagi kita dapat menilai dengan hati sanubari mana yang baik dan mana yang jahat dalam tingkah laku harian kita sepanjang kita berjalan meniti dan merentasi jambatan dunia ini dalam rangka bergerak menuju ke alam akhirat. Dengan nafsu yang ada dalam diri manusia itu, maka timbullah berbagai-bagai bentuk kerosakan di alam ini melalui sikap kepentingan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Segala hasil mahsul yang terdapat di atas muka bumi ini diterokai tanpa henti sehinggalah menjejaskan kawasan tadahan air yang akhirnya terjadilah pencemaran sungai.  Air sungai yang tercemar itu kemudiannya akan dibawa ke dalam laut. Apabila ia ke dalam laut, ia akan menjejaskan batu karang yang merupakan tempat pergantungan bagi berbagai-bagai hidupan marin. Pencemaran laut dan mendakan selut sama ada di sungai atau di laut boleh mengganggu ekosistem alam yang akhirnya kembali mengancam kehidupan manusia itu sendiri.

Semua itu terjadi melalui tindakan yang terbit daripada diri manusia sendiri. Ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. Dalam Islam, sebarang tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran air dikira sebagai suatu bentuk kesalahan. Kesalahan di sisi Allah SWT sudah pasti akan dihukum di akhirat kelak sebagai bersikap tidak amanah dan tidak menghormati alam sekeliling, dan tidak menganggapkan alam sekeliling itu seumpama tidak lain daripada diri sendiri. Sebenarnya alam dan diri kita adalah sama-sama makhluk. Alam bukan hamba kepada manusia. Ia sewajarnya diambil faedah secara saling hormat menghormati bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Digunakan manfaat sungai atau sumber air secara berhemah, bukannya membuat pencemaran atau dijadikan sebagai tempat melupuskan bahan-bahan berbahaya ke dalamnya. Adakah kita tidak mengetahui bahawa di dalam sungai itu terdapat puluhan malah ratusan atau ribuan makhluk Allah SWT yang sedang hidup atau menjadikan sungai sebagai penempatan mereka. Tiba-tiba kita mencemarinya dengan bahan-bahan toksik atau sisa industri berbahaya. Apakah perbezaan diri kita dengan makhluk yang hidup di dalam sungai itu? Berbezanya kita dengan mereka cuma dari sudut rupa bentuk sahaja, tetapi dari sudut roh tidak berbeza. 

Pencemaran Udara- Bau Busuk, Asap, Debu Dan Habuk Kita telah mengetahui bahawa sebarang bentuk pencemaran alam sekitar amat dilarang oleh Islam. Pihak yang melakukan pencemaran boleh dikategorikan sebagai penjahat dan penzalim. Sebarang kezaliman terhadap alam sekitar yang mencakupi diri manusia sendiri sudah pasti balasannya adalah azab seksa yang amat pedih daripada Allah SWT.

Antara bentuk kezaliman terhadap alam sekitar ialah melakukan pencemaran bau busuk dan asap. Pihak yang paling hampir dengan pencemaran udara yang kita lakukan ialah jiran tetangga. Islam sangat menitik beratkan hubungan baik antara kejiranan. Allah SWT memerintahkan supaya manusia menghormati jirannya, di samping menghormati ibu bapa dan kaum keluarga. Ini digambarkan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggabangga diri”. (Surah al-Nisa': 36) 

Kita tidak boleh membuat kacau ganggu kepada jiran tetangga yang menyebabkan mereka tidak boleh hidup dengan selesa dan aman dalam kediaman masing-masing. Sampah sarap atau apaapa bahan buangan yang busuk tidak boleh ditempatkan berhampiran dengan rumah jiran. Jiran tetangga akan merasa tidak selesa dengan bau busuk tersebut, lebih-lebih lagi ketika hendak menjamu selera bersama ahli keluarga atau tetamu. Begitu juga perlu dikawal asap yang berlebihan sama ada yang wujud disebabkan pembakaran sampah atau daripada dapur memasak. Jika asap tersebut tidak dikawal dan ia berterbangan memasuki rumah jiran, sudah pasti penghuninya merasa tidak tenteram dan mereka tidak dapat hidup dengan selesa. Asap tersebut akan mengganggu sistem pernafasan dan penglihatan di samping ia boleh menyebabkan pakaian berbau busuk.

Tetapi, asap yang terbit daripada dapur secara tidak melampaui adat kebiasaan tidak dianggap sebagai kacau ganggu terhadap jiran, kerana ia dikira sebagai aktiviti keperluan harian. Walau bagaimanapun, jika ia melampaui batas, ia dikira sebagai kemudaratan yang keji (alTasuli 1991; Ibn Duwayyan 1984). Ini bermaksud bahawa jika kuantiti asap yang terbit itu banyak dan boleh mengganggu keselesaan kehidupan jiran tetangga, seharusnya gangguan daripada asap itu dihapuskan. Begitu juga dalam kes pencemaran debu atau habuk. Kemudaratan atau kacau-ganggu tersebut mestilah dihapuskan dengan apa cara sekalipun (al-Bahuti 1982). 

Pencemaran Bunyi Bising Sebarang gangguan bunyi bising terhadap ketenteraman dan keselesaan jiran tetangga amat dilarang oleh Islam. Gangguan melalui bunyi bising boleh terjadi sama ada secara menjerit-jerit, memasang radio dengan kuat, bermain alat-alat muzik seperti gitar, piano dan sebagainya secara tidak terkawal, dan lain-lain lagi. Kacau ganggu bising tidak boleh dilakukan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi di waktu malam, pada hari-hari tidak berkerja, atau ketika jiran tetangga dikunjungi oleh tetamu, atau ketika mereka sedang beristirehat dengan ahli keluarga, atau pada waktu itu anak kecil mereka sedang tidur dan sebagainya. Justeru, setiap individu harus memahami hak dan kewajipan terhadap jiran tetangga demi kesejahteraan bersama. 

Walaupun dalam undang-undang Islam pada dasarnya setiap individu diberi kebebasan menggunakan harta miliknya sepertimana yang dia kehendaki. Tetapi kebebasan itu bukanlah kebebasan mutlak tanpa sekatan. Jika daripada penggunaan hak milik tersebut mengakibatkan atau menyebabkan kemudaratan yang keji kepada jiran tetangga, pihak yang melakukannya mesti ditegah dan dihalang.  Sehubungan dengan kes gangguan terhadap jiran ini, Ibn Qudamah mengatakan bahawa “Seseorang itu boleh ditegah daripada menggunakan harta miliknya apabila penggunaannya itu boleh menimbulkan kerosakan atau kemudaratan terhadap jiran tetangganya." (al-Bahuti 1982)

 Selain itu, gangguan bunyi bising boleh juga berlaku melalui suara dan pergerakan binatang peliharaan yang ditempatkan berdekatan dengan rumah jiran. Akibatnya, jiran tidak dapat tidur dengan selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada pergerakan binatang itu, di samping gangguan bau busuk tahi dan air kencingnya (al-Tasuli 1991; Ibn Farhun 1884; al-Dusuqi t.t.). Pencemaran bunyi bising yang boleh mengganggu keselesaan orang ramai sewajibnya dihentikan demi kebaikan bersama. 

Pencemaran Sampah Sarap Dan Bahan Berbahaya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 12 “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan”. (Muslim 1991) Rasulullah SAW secara umumnya melarang seseorang itu daripada melakukan kemudaratan atau kerosakan kepada jiran tetangga. Ini jelas tergambar dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah RA yang bermaksud: “Seseorang itu tidak akan masuk syurga jika jirannya tidak merasa selesa (aman) daripada tindakan-tindakan salahnya”. (Muslim 1991; Ibn Rajab 1995). 

Antara tindakan yang tidak baik di sisi Islam ialah membuang sampah sarap merata-rata atau tidak menempatkan sisa-sisa makanan di tempat yang sewajarnya di sekitar rumah yang menyebabkan persekitaran menjadi kotor, jijik dan tercemar. Bagi tindakan sedemikian, pelakunya dikira tidak beriman, sedangkan bagi seorang Islam, iman itu sangat penting dalam konteks hubungan individu dengan Allah SWT.  Sekiranya seseorang itu tidak beriman, bermakna dia seorang Muslim yang tidak sempurna. Sebab itulah Rasulullah SAW sangat menitikberatkan hal berkaitan dengan kebersihan sehingga baginda SAW bersabda yang bermaksud: Kebersihan itu adalah sebahagian dari iman.

Begitu juga undang-undang Islam sangat melarang seseorang itu daripada menempatkan atau meletakkan atau membuang atau membenar ditempatkan sebarang batu, kelikir, longgokan tanah, pasir atau lain-lain benda di atas jalan raya atau di sesuatu tempat perhimpunan awam tanpa kebenaran undang-undang. Jika tindakan tersebut dilakukan dan ia boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada orang lain, pemilik benda-benda itu bertanggung jawab (alHaskafi t.t.; al-Marghinani t.t.; Ibn Duwayyan 1984). 

Punca rosaknya alam sekitar Menukar ciptaan Allah. Ataupun dengan ibarat yang lain, menukar fitrah yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia seperti menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya. Zalim. Sama ada zalim itu kepada diri sendiri atau zalim kepada saudaranya ataupun zalim kepada alam sekitar. Meninggi diri. Perlakuan bongkak dan takabbur contohnya fir’aun. Mengikut hawa nafsu. Menjadikan manusia daripada seorang yang matang kepada haiwan yang sentiasa mengikut hawa nafsu, tidak ada baginya akal mahupun hati dan perasaan. Penyelewengan daripada keseimbangan alam. Perlakuan manusia yang terlalu melampau dan terlalu bermudah-mudah. Kufur dengan nikmat Allah. Manusia tidak menghayati nikmat yang diberikan, tidak mensyukurinya sepertimana yang sepatutnya.

Cara islam terkini dalam menjaga alam sekitar Pendidikan yang berterusan dalam setiap peringkat. Cara terbaik ialah dengan pendidikan pada peringkat perkembangan manusia daripada tadika, sekolah sehingga ke peringkat universiti. Adalah menjadi satu kewajipan menanam fikrah pentingnya menjaga dan merawat alam sekitar. Kesedaran dan pengetahuan kepada orang dewasa. Memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada orang dewasa dan masyarakat secara umum. Perlaksanaan denda. Memasukkan ke dalam undang-undang dengan mengenakan denda kepada sesiapa yang tidak mematuhi peraturan menjaga alam sekitar. Bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab. Bekerjasama dengan badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang khusus dalam penjagaan alam sekitar.

Tugasan- Persediaan untuk Bahas 2 kumpulan untuk membahaskan – 1 kumpulan terdiri daripada 4 pelajar. Kumpulan 1 akan menyokong tajuk: “Kebanyakan produk dipasaran sekarang memenuhi syarat dan garispandu jual beli dalam perspektif hukum Islam”. Kumpulan 2 terdiri akan membangkang tajuk: “Kebanyakan produk dipasaran sekarang TIDAK memenuhi syarat dan garispandu jual beli dalam perspektif hukum Islam”.

Struktur debat