Penulisan Kreatif 2015 Kelas 2NA Sekolah Menengah Clementi Town
#awakkatmane (Awak di mana?) Kamu akan diberi sepotong perenggan. Bincang dengan ahli kumpulan... Di manakah LATAR atau TEMPAT cerita ini SUDAH SEDIA?
Contoh 1 Hujan turun dengan lebatnya. Langit masih mendung. Awan hitam masih berkumpul. Sesekali terdengar dentuman guruh. Kilat sambar-menyambar. Daun pintu terhempas dengan kuat. Rasa gerun muncul di dalam hati. Angin yang bertiup kencang dan bunyi pohon-pohon yang ditiup angin semakin menakutkan aku. Tubuhku menggigil. Rasa takut dan dingin bercampur dalam diriku.
Contoh 2 Sudah sejam aku menunggu, namun masanya belum tiba-tiba lagi. Aku hanya memerhatikan keadaan sekelilingku. Suasana amat membingitkan. Suara tangisan bercampur dengan suara hilai. Ada yang bersalam-salaman sambil memohon ampun. Ada yang berpeluk-pelukan, seolah-oleh tidak mahu melepaskan orang yang dikasihinya pergi.
Contoh 3 Keadaan di situ sunyi sepi. Tiada seorang penghuni pun yang kelihatan. Sesekali terlihat seekor dua anjing liar berkejar-kejaran. Rumah-rumah telah roboh, yang tinggal hanya tangga-tangga batu
Apa yang akan kita pelajari hari ini?
Penulisan Kreatif 2015 Menulis pendahuluan jenis Pemerian Serta penggunaan metafora & Personifikasi
Objektif Pelajaran Mengenal pasti ciri-ciri pendahuluan jenis Pemerian. Mengenal pasti jenis gaya bahasa seperti Metafora dan Personifikasi Menggunakan Metafora dan Personifikasi di dalam pendahuluan jenis pemerian.
Nilai Yang ditekankan Menghormati pendapat rakan Kerjasama di kalangan ahli kumpulan
Penulisan Kreatif 2015 Pendahuluan Jenis Pemerian
Pendahuluan Sebuah Karangan Gambaran-gambaran / bayangan-bayangan cerita Bahasa (Kemahiran Bahasa) Idea / Isi (Kemahiran Teknik) KARANGAN
Pendahuluan Sebuah Karangan Pendahuluan cerita yang menarik dapat menarik perhatian pembaca (____________). Pembaca akan meneruskan pembacaan sehingga cerita selesai. Pendahuluan cerita yang menarik harus: _________
Pendahuluan Sebuah Karangan Ada 3 jenis umum: Laporan Dialog Pemerian
Laporan Menceritakan __________________________ ______________ Permulaan dengan laporan menggambar secara langsung suasana cerita. Ada kalanya, watak utama turut ditampilkan.
Contoh Laporan Pada hari sabtu yang lalu, Dina dan Dani telah pergi ke pasar. Suasana di situ sangat riuh-rendah dengan para pengunjung yang sedang tawar-menawar. Cuaca pada hari itu sungguh terik. Kami terus duduk menantikan bas yang belum kunjung-kunjung tiba.
Dialog Pendahuluan dengan dialog merupakan cara yang dinamik dan diminati oleh ramai pelajar. Melalui dialog________________________, penulis dapat menggambarkan perwatakan, memasuki cerita dengan ketegangan dan sebagainya.
Contoh Dialog “Faris!” teriakku. Mana surat kakak!” Adikku berlari lintang-pukang apabila mendengar teriakanku itu.
Pemerian Bermaksud memberi huraian atau ________ Memberikan gambaran jelas tentang sesebuah latar atau _________. Menerangkan _______ cerita sebelum masuk ke dalam cerita. Memasukkan pembaca kepada _________. Menimbulkan rasa _________
Tips Pemerian Gunakan 5 Deria: ________ _________ _________ (Dalaman) Titisan hujan jatuh bertaburan ke bumi. _________ Terdengar dentuman guruh. _________ (Dalaman) Rasa gerun muncul di dalam hati. _________ (Rasa Luaran) Tubuhku menggigil. Tanah yang keras kematu dan berduri itu terpaksa juga aku langkahi. Aroma harum adunan santan, rempah-ratus yang digaul mesra dengan ketulan ayam munggil lagi mengiurkan.
Contoh Pemerian Hujan turun dengan lebatnya. Langit masih mendung. Awan hitam masih berkumpul (Lihat). Sesekali terdengar dentuman guruh (Dengar). Kilat sambar-menyambar. Daun pintu terhempas dengan kuat. Rasa gerun muncul di dalam hati (Rasa). Angin yang bertiup kencang dan bunyi pohon-pohon yang ditiup angin semakin menakutkan aku. Tubuhku menggigil. Rasa takut dan dingin bercampur dalam diriku.
Imbas Kembali: Pemerian Bermaksud memberi huraian atau deskripsi Memberikan gambaran jelas tentang sesebuah latar atau setting. Menerangkan suasana cerita sebelum masuk ke dalam cerita. Memasukkan pembaca kepada Alam cerita. Menimbulkan rasa Saspens deskripsi setting suasana Alam Cerita Saspens
Tips Pemerian Gunakan 5 Deria: Lihat Dengar Rasa (Dalaman) Sentuh (Rasa Luaran) Hidu
Penulisan Kreatif 2015 Gaya Bahasa dalam Penulisan ; Metafora & Personifikasi
Gaya Bahasa dalam Penulisan ‘_______’ cara pengarang menggunakan bahasa untuk menyampaikan cerita. Mempunyai unsur-unsur _________ dan _________. Keindahan cerita yang digambarkan secara _______________. Dapat menggambarkan dan meninggalkan kesan dari segi __________________.
Gaya Bahasa Terbahagi kepada beberapa jenis: Simili Hiperbola _____________
Personifikasi Menggambarkan benda-benda mati atau tidak bernyawa seolah-olah memiliki ___________ ______________.
Contoh Personifikasi Laut ternganga luas Masa merangkak lalu Hati ini selalu memberontak Perlahan-lahan dikoyaknya mulut sampul surat itu Mentari telah jatuh tergelincir dari tempat bersemayamnya di puncak langit.
Metafora ____________________ secara perbandingan terus.
Contoh Metafora Abang benar-benar harimau dalam rumah Cikgu Hidayat menjadi singa yang mengaum lapar Cinta telah berputik di taman hati Diyana Kotak fikiran Aniq dipenuhi dengan seribu satu idea
Penulisan Kreatif 2015 Pendahuluan Pemerian menggunakan Metafora & Personifikasi
Arahan Setiap kumpulan akan menghasilkan pendahuluan jenis pemerian menggunakan Metafora dan Personifikasi Masuk ke lelaman padlet: Kumpulan 1 - http://padlet.com/norhidayat/kumpulan1 Kumpulan 2- http://padlet.com/norhidayat/kumpulan2 Kumpulan 3- http://padlet.com/norhidayat/kumpulan3 Kumpulan 4- http://padlet.com/norhidayat/kumpulan4
Imbas Kembali: Pemerian Bermaksud memberi huraian atau deskripsi Memberikan gambaran jelas tentang sesebuah latar atau setting. Menerangkan suasana cerita sebelum masuk ke dalam cerita. Memasukkan pembaca kepada Alam cerita. Menimbulkan rasa Saspens deskripsi setting suasana Alam Cerita Saspens
Tips Pemerian Gunakan 5 Deria: Lihat Dengar Rasa (Dalaman) Sentuh (Rasa Luaran) Hidu
Imbas Kembali Pelajaran Personifikasi Metafora Menggambarkan benda-benda mati atau tidak bernyawa seolah-olah memiliki sifat kemanusiaan. Memberi sifat sesuatu objek secara perbandingan terus.
Penulisan Kreatif 2015 Borang KWL
Kerja Individu Hasilkan sebuah pendahuluan jenis pemerian yang menggunakan metafora dan personifikasi berdasarkan soalan karangan naratif yang diberikan. Hantar melalui Forum di AsknLearn Tarikh Penghataran: 23 Februari 2015
Penulisan Kreatif 2015 Sekian…