Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Elemen Pengajaran yang Baik

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Elemen Pengajaran yang Baik"— Transcript presentasi:

1 Elemen Pengajaran yang Baik
PERANCANGAN PENYAMPAIAN PENILAIAN SEMAKAN REFLEKSI Objektif Pembelajaran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Rancangan Pengajaran Pengajaran Berasaskan Aktiviti Komunikasi Tumpuan & Perhatian Murid Pengurusan Bilik Darjah Bahan Bantu Mengajar Pengetahuan Kandungan Penilaian Secara Lisan Penilaian Secara Bertulis Kesimpulan Pengajaran Refleksi

2 Matrik Bimbingan Guru Tahap1 Tahap 2 Tahap 3
Tahap1 Tahap 2 Tahap 3 PERANCANGAN Perhatian & Tumpuan Murid Pengurusan Tingkah laku Murid Komunikasi Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Objektif Pembelajaran Rancangan Pengajaran PENYAMPAIAN Bahan Bantu Mengajar Kandungan Penilaian secara lisan Kesimpulan Pengajaran Refleksi Pengajaran PENILAIAN SEMAKAN REFLEKSI Penilaian secara Menulis / Kerja Rumah Guru mengenal pasti dan membincangkan objektif pengajaran dengan jelas dan spesifik (cth: hari ini kita akan belajar tentang perbezaan antara mamalia dengan reptilia) Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan objektif pengajaran dibincangkan bersama-sama murid serta dirujuki di sepanjang pengajaran dilaksanakan. Guru menyatakan satu topik umum bagi pengajaran atau menulis satu topik umum di atas papan hitam tanpa membincangkannya (cth: Klasifikasi binatang) Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dengan mematuhi struktur dan isi penting RPH secara keseluruhannya. Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dengan mematuhi semua isi penting RPH secara tekal . Pelajaran diasaskan sebahagiannya pada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dikaitkan dengan Rancangan Pengaran Tahunan (RPT) Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dengan aktiviti yang melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal atau penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lain Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dengan sekurang-kurangnya 2 aktiviti yang berbeza dan melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal , atau penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lain Pelajaran mengandungi aktiviti bersifat arahan yang dilakukan oleh murid serta dikaitkan dengan pembelajaran murid Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan tidak hanya membaca secara terus daripada buku teks Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan menggunakan pelbagai variasi tekanan, nada dan ketinggian suara yang berkesan untuk menarik tumpuan murid. Guru bercakap dengan jelas dan dapat didengari serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid Semua murid memberi perhatian dan maklum balas kepada soalan apabila ditanya Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan murid secara proaktif bertanyakan soalan serta berbincang lanjut dengan guru dan sesama mereka. Murid kebanyakannya memberikan perhatian walaupun pasif. Kebanyakan murid berkelakuan baik dan guru berupaya menangani murid yang berkelakuan buruk dengan hanya sedikit gangguan (cth: menyuruh murid keluar kelas) Kebanyakan murid berkelakuan baik dan guru menangani murid yang berkelakuan buruk tanpa gangguan (cth: dengan mengangkat tangan untuk senyap) Guru menangani murid yang berkelakuan buruk tetapi pada masa yang sama terpaksa menggangu pelajaran. Guru tidak mencapai Tahap 1 Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan menggunakan bahan bantu mengajar tambahan yang relevan, jelas serta menarik perhatian Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan sekurang-kurangnya satu BBM melibatkan interaksi murid (cth: menulis di atas kertas, membuat eksperimen) Guru menggunakan papan putih dan /atau projektor untuk menjelaskan konsep atau idea yang relevan dan perkataan /lukisan yang digunakan adalah jelas. Guru menepati topik pengajaran; tidak membuat kesilapan kandungan; dan mempunyai semua pengetahuan kandungan yang diperlukan oleh sukatan pelajaran untuk mengajar dengan berkesan Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan menggunakan pengetahuan kandungannya melangkaui sukatan pelajaran yang membantu murid mencapai objektif pengajaran. Guru menepati topik secara umumnya, tetapi membuat kesilapan isi kandungan atau memperlihatkan keraguan yang jelas dalam isi kandungan. Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan guru menyeimbangkan soalan dengan tahap keupayaan murid yang pelbagai Guru menyoal murid dengan soalan yang relevan selari dengan keperluan objektif pembelajaran serta berupaya mengenal pasti jawapan yang betul dan salah. Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan guru menggunakan soalan terbuka; berupaya memberi penjelasan kepada jawapan salah; dan memberi pengukuhan positif untuk jawapan yang betul Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan guru berupaya memberi penyelesaian kepada jawapan salah; dan memberi pengukuhan positif kepada jawapan betul dalam kebanyakan tugasan murid. Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan mengkhususkan tugasan dengan keupayaan murid yang pelbagai Guru menetapkan kerja kelas atau kerja rumah secara bertulis untuk menguji pencapaian objektif pembelajaran dan berjaya mengenal pasti jawapan yang betul dan salah oleh kebanyakan murid Pengajaran guru mencapai Tahap 1 dan berupaya memberikan kesimpulan termasuk hasil pembelajaran dan menjelaskan 3-5 isi utama yang telah dipelajari. Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan guru menerangkan sebab pelajaran yang berkenaan penting serta hubung kaitnya dengan pelajaran yang lain Guru mengakhiri pengajaran tetapi tidak mencapai Tahap 2 Guru mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kekuatan dan satu keperluan penambahbaikan. Pengajaran guru mencapai Tahap 2 dan guru berupaya untuk mencadangkan tindakan penambahbaikan. Guru dapat membuat pemerhatian secara umum mengenai pengajaran tetapi tidak mencapai Tahap 2


Download ppt "Elemen Pengajaran yang Baik"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google