Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KATA ADJEKTIF.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KATA ADJEKTIF."— Transcript presentasi:

1 KATA ADJEKTIF

2 KATA ADJEKTIF Pendahuluan
Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Perhatikan contoh-contoh ayat yang berikut:

3 Kata Adjektif 1. Adik saya tinggi. 2. Ali sangat pandai.
3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Pendapatnya lain sekali. 5. Anaknya masih kecil lagi. 6. Malam ini gelap benar. 7. Reka bentuk rumah itu sangat lain. 8. Hasil-mahsul negara itu amat banyak. 9. Buah pokok durian itu banyak sekali. 10 Suaranya masih sungguh merdu sekali. Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan yang condong ialah frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat-ayat yang berkenaan. Perkataan-perkataan yang bergaris pula ialah bentuk kata adjektif yang menjadi inti frasa adjektif tersebut.

4 Kata Adjektif Hubungan kata adjektif dengan unsur-unsur keterangan dalam contoh-contoh ayat di atas adalah seperti berikut: FRASA ADJEKTIF Keterangan Kata Bantu Penguat Kata adjektif tinggi - sangat pandai baik sungguh lain sekali masih kecil lagi gelap benar sangat amat banyak masih sungguh merdu

5 8.2 Jenis Kata Adjektif Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut: kata adjektif sifatan atau keadaan kata adjektif warna kata adjektif ukuran kata adjektif bentuk kata adjektif waktu kata adjektif jarak kata adjektif cara kata adjektif perasaan kata adjektif pancaindera

6 8.2.1 Kata adjektif Sifatan atau Keadaan
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contohnya: baik lemah jahat kasar cerdik berani pandai takut gopoh sihat Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Budak baik selalu dipuji. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita. Anak guru itu amat cerdik. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.

7 8.2.2 Kata Adjektif Warna Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya: merah ungu putih kelabu biru hitam hijau kuning perang jingga Contoh pengunaannya dalam ayat: Baju merah itu kepunyaanku. Tubuhnya diselimuti kain putih. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu. Warna perang tidak begitu digemari orang. Warna biru kegemaran ibu.

8 8.2.3 Kata Adjektif Ukuran Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya: panjang rendah pendek tebal kecil nipis besar kerdil tinggi renek Contoh penggunaannya dalam ayat: Jambatan panjang itu baru siap didirikan. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi. Bilik kecil itu mudah diurus. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.

9 8.2.4 Kata Adjektif Bentuk Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya: bulat bengkok lonjong lurus bujur buncit bundar kempis leper lekuk Contoh penggunaannya dalam ayat: Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat. Bola ragbi berbentuk lonjong. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu. Gasing leper kesayangannya telah pecah.

10 8.2.5 Kata Adjektif Waktu Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya: baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk lambat silam awal Contoh pengguaannya dalam ayat: Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. Kanak-kanak suka makan makanan segera. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.

11 8.2.6 Kata Adjektif Jarak Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda sebagai penerang kata nama. Contohnya: jauh hampir dekat nyaris Contoh penggunaan dalam ayat: Rumah yang ditujui itu sungguh jauh. Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan rumah saya. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.

12 8.2.7 Kata Adjektif Cara Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya: cepat lincah deras gopoh laju jelas lambat sering perlahan selalu Contoh penggunaannya dalam ayat: Tindak balas orang tua itu sungguh cepat. Pengaliran air sungguh itu deras. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan. Orang lambat selalu rugi. Pemain lincah itu berasal dari utara.

13 8.2.8 Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya: rindu berahi benci ragu segan kasih suka sayang gembira Contoh penggunaannya dalam ayat: Dia amat rindu akan emaknya. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya. Dia segan sungguh dengan pemuda itu. Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan permainan itu.

14 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya: (i) Indera rasa: sedap pahit manis masin lazat tawar masam lemak kelat payau Contoh penggunaannya dalam ayat: Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai. Wajah perawan itu manis. Mereka akan menyediakan makanan lazat. Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam. Pisang muda kelat rasanya.

15 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(ii) Indera Pandang: cantik buruk molek tampan hodoh comel lawa segak Contoh penggunaannya dalam ayat: Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik. Gadis molek itu anak Pak Hamid. Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia. Pemuda lawa itu berasal dari Perak. Perompak-perompak itu itu keluar dari rumah buruk itu. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu.

16 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(iii) Indera dengar: bising mersik merdu serak nyaring garau lunak Contoh penggunaannya dalam ayat: Bunyi bising itu datang dari biliknya. Penyanyi itu mempunyai suara merdu. Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring. Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun. Bunyi biolanya amat mersik. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka.

17 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(iv) Indera bau: harum tengik wangi semerbak busuk hanyir hapak hancing Contoh penggunaannya dalam ayat: Bedak sejuk itu harum baunya. Pemuda itu suka memakai minyak wangi. Bau busuk di kilang itu mengganggu kami. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak. Minyak tengik itu jangan digunakan Kawasan di perkarangan rumahnya sentiasa semerbak dengan bau bunga- bungaan. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir.

18 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(v) Indera sentuh: halus kesat licin lembap kasar lembut keras Contoh penggunaannya dalam ayat: Kain halus itu hasil tenunan tangan. Jalan licin di hadapan bangunan itu sering menyebabkan kemalangan. Papan itu kasar kerana belum diketam. Bancuhan simen itu telah keras. Jangan suka memakai pakaian lembap. Mereka menguli adunan itu sehingga lembut.

19 8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera
(vi) Gabungan indera: bersih (sentuh+pandang+bau) selesa (sentuh+pandang) tenteram (dengar+pandang) Contoh penggunaannya dalam ayat: Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar. Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram.

20 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut: kata adjektif tunggal kata adjektif terbitan kata adjektif ganda kata adjektif majmuk

21 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.1 Kata Adjektif Tunggal Kesemua kata adjektif yang terdapat dalam contoh-contoh di atas (8.2) terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal. Tegasnya, bentuk-bentuk kata adjektif yang demikian terhasil daripada bentuk kata dasar, iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan, atau tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. Kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama, dan menerima sama ada kata Bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur-unsur tersebut. Contohnya: Warna kuning digemari oleh kakaknya. Cara hidup seniman itu amat sederhana. Pada malam ini bulan sungguh terang. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat. Tidur anak kami nyenyak benar.

22 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.2 Kata Adjektif Terbitan Kata adjektif boleh juga terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan, iaitu yang berbentuk dengan imbuhan-imbuhan seperti awalan, apitan, dan sisipan yang digandingkan pada kata dasar itu.

23 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Awalan Kata Adjektif Awalan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ter- dan se-. (i) Awalan ter- Awalan ter- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar yang sememangnya jenis kata adjektif. Kata adjektif terbitan yang demikian berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Contoh: ter + kecil = terkecil ter + masyhur = termasyhur ter + panjang = terpanjang ter + merah = termerah ter + muda = termuda

24 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. Seniman termasyhur itu telah meninggal dunia. Sungai Rejang ialah yang terpanjang di Malaysia. Antara kain-kain merah itu, kain jenis sutera itulah yang termerah. Dalam kumpulan kami dialah yang termuda.

25 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(ii) Awalan se- Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif, apabila bergabung dengan kata-kata dasar, untuk memberi pengertian sama.Contohnya: se + tinggi = setinggi se + besar = sebesar se + pandai = sepandai se + indah = seindah se + buruk = seburuk Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya. Bangunan di situ akan didirikan sebesar bangunan kompleks Daya Bumi. Aminah tidak sepandai abangnya. Warna baju itu semerah darah ikan. Keadaan ekonomi negara tahun lalu tidak seburuk keadaannya sekarang.

26 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Apitan kata adjektif Apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-…an. (i) Apitan ke-…-an Gabungan apitan ke-…-an dengan satu kata dasar daripada jenis kata nama menerbitkan bentuk kata adjektif yang menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama yang diterangkan. Umumnya kata adjektif ini dihubungkan dengan sifat sesuatu bangsa. Contohnya: kebaratan kearaban kecintaan keindonesiaan kemelayuan Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Cara hidupnya sungguh kebaratan. Rupanya agak kecinaan. Pakaiannya terlalu kearaban. Gaya pertuturannya amat keindonesiaan. Sifat kemelayuannya begitu menonjol.

27 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Sisipan kata adjektif Kata adjektif terbitan dapat juga dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif, kata nama atau kata kerja dengan sisipan. Proses ini melibatkan empat jenis sisipan -em-, -el-, -er-, dan –in-. Bentuk-bentuk ini amat terhad dan tidak produktif sifatnya. (i) Sisipan -em- Sisipan -em- dapat menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu. Contohnya: guruh = gemuruh gilang = gemilang serbak = semerbak santan = semantan ketot = kemetot

28 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Bau bunga-bunga di taman tasik itu semerbak. Upacara gemilang itu menjadi lebih bermakna dengan bacaan doa. Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh. Nyiur semantan sudah boleh dibuat gulai. Pokok-pokoknya kemetot belaka kerana kekurangan baja.

29 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(ii) Sisipan -el- Sisipan -el- yang bergabung dengan beberapa kata dasar tertentu juga berfungsi menerbitkan kata-kata adjektif, seperti yang berikut: serak = selerak gembung = gelembung kebak = kelebak Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Bilik selerak itu kepunyaan abangku. Kulitnya jarang melecur itu gelembung. Kain layarnya kelebak dipukul angin.

30 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(iii) Sisipan -er- Sisipan -er- juga dapat bergabung dengan beberapa kata dasar untuk menerbitkan kata-kata adjektif, seperti berikut: kelip = ker(e)lip godah = gerodak Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Masjid itu dihiasi dengan lampu kerlip pada setiap malam Jumaat. Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh.

31 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
(iv) Sisipan -in- Setakat ini hanya terdapat satu sahaja kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sinambung. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Sastera Melayu moden ialah sastera sinambung daripada sastera Melayu lama.

32 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Kata Adjektif Ganda Kata adjektif ganda dapat diterbitkan melalui tiga cara, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak Penggandaan penuh Penggandaan penuh merupakan cara yang paling mudah, iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Contohnya: besar-besar tumpul-tumpul kecil-kecil bijak-bijak tinggi-tinggi hijau-hijau rendah-rendah kuning-kuning panjang-panjang merah-merah

33 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Kehadiran kata adjektif ganda dalam ayat adalah seperti yang berikut: Rumah di bandar itu besar-besar. Buah pokok durian itu kecil-kecil. Tinggi-tinggi bangunan di bandar itu. Pokok di kebun bunga itu rendah-rendah. Tali pengikatnya panjang-panjang.

34 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Kata adjektif daripada jenis gandaan penuh juga dapat menerima apitan ke-…-an bagi menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang menerima apitan ke-…-an ialah kata adjektif yang mendukung makna menyerupai sifat yang terkandung dalam kata dasarnya. Contohnya: kuning = kekuning-kuningan merah = kemerah-merahan malu = kemalu-maluan hijau = kehijau-hijauan gila = kegila-gilaan bodoh = kebodoh-bodohan Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Warna payungnya kekuning-kuningan. Mukanya kemerah-merahan kerana berjemur seharian. Sawah yang terbentang itu kehijau-hijauan. Anak itu kemalu-maluan apabila diusik. Mereka berlagak kebodoh-bodohan apabila disoal.

35 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Penggandaan separa Penggandaan separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata dasar diulang.Kata adjektif gandaan separa terhad jumlahnya dalam bahasa Melayu. Kata adjektif gandaan ini digunakan untuk membawa maksud penekanan pada kata dasar.Contohnya: besar-besaran gila-gilaan awur-awuran kecil-kecilan takut-takutan

36 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Kehadirannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Upacara sambutan hari kemerdekaan kali ini diadakan secara besar-besaran. Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya. Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya. Mak Minah berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga. Bayi itu dalam keadaan takut-takutan semenjak disergah oleh abangnya.

37 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Penggandaan berentak Kata adjektif gandaan berentak dihasilkan dengan menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar.Contohnya: kacau-bilau gilang-gemilang kontang-kanting lekak-lekuk titik-bengik porak-peranda kusut-masai kucar-kacir simpang-siur hiruk-pikuk

38 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: Rumah tangganya porak-peranda kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab. Pesta pada malam itu gilang-gemilang. Usahlah bertegang leher tentang perkara yang titik-bengik itu. Kejadian rompakan itu berlaku pada waktu malam yang gelap-gelita. Dia dijumpai dalam keadaan kusut-masai setelah sesat di hutan itu.

39 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
8.3.4 Kata Adjektif Majmuk Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.Contohnya: merah jambu kuning langsat hijau daun muda remaja biru laut

40 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Baju kurung songket merah jambu kesayangan kakak dicuri orang. Ular yang dilihatnya kelmarin berwarna hijau daun. Dinding bahagian dalam rumahnya dicat dengan warna biru laut. Gadis berkulit kuning langsat itu telah memenangi peraduan fesyen kebaya. Fesyen terbaharu itu menjadi ikutan kaum muda remaja.

41 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Terdapat sejumlah kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan, iaitu terdiri daripada simpulan bahasa, seperti contoh yang berikut: panjang tangan besar kepala ringan tulang terang hati rabun ayam

42 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: Dia tidak boleh dipercayai kerana tabiatnya panjang tangan. 184.Kejayaan itu telah membuatnya menjadi besar kepala. 185.Ali dsukai ramai kerana ia ringan tulang. 186..Aminah sering diajar sesuatu perkara kerana dia terang hati. 187.Penglihatannya kurang baik pada waktu senja kerana beliau rabun ayam.

43 8.3 Pembentukan Kata Adjektif
Terdapat juga rangkaian kata adjektif yang sekali imbas seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya.Contohnya: riang gembira riang dan gembira tua muda tua dan muda miskin kaya miskin dan kaya cantik manis cantik dan manis panas terik panas yang terik Gabungan antara kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen-konstituen baharu dengan makna baharu.

44 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu: darjah biasa darjah bandingan darjah penghabisan

45 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
Darjah Biasa Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa, seperti dalam ayat-ayat yang berikut: Hidup keluarga itu sederhana. Malam ini bulan terang. Perangai pemuda kampung itu baik. Tubuh budak itu kurus. Laut tenang ketika waktu pagi.

46 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
8.4.2 Darjah Bandingan Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara yang berikut: bandingan yang sama: iaitu menggunakan kata-kata adjektif dengan awalan se-, seperti sebesar, setinggi, sepandai, secantik, sesedap. Contoh-contoh dalam ayat ialah: Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. Anak saya tidak setinggi anaknya. Fatimah tidak sepandai kakaknya. Gadis itu secantik puteri raja. Masakannya tidak sesedap masakan ibu.

47 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh juga bertukar ganti dengan perkataan sama, iaitu: sebesar boleh menjadi sama besar dengan setinggi boleh menjadi sama tinggi dengan sepandai boleh menjadi sama pandai dengan secantik boleh menjadi sama cantik dengan sesedap boleh menjadi sama sedap dengan

48 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
(ii) bandingan yang berbeza:iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang, yang berfungsi sebagai bandingan,seperti dalam contoh ayat-ayat yang berikut: Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad Murid itu kurang pandai daripada murid ini. Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya. Kedai syarikat itu lebih maju daripada kedai-kedai lain. Kami menang kerana lebih cekap daripada pasukan lawan.

49 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
8.4.3 Darjah Penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: se- + kata adjektif + gandaan + kata nama ter- + kata adjektif paling + kata adjektif kata adjektif + sekali ter- + { amat/sangat } + kata adjekti { amat / sungguh/sangat } + kata adjektif + sekali

50 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
(i) se + kata adjektif + gandaan + kata nama Contoh: sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung sekeras-keras batu sebaik-baik manusi secantik-cantik bunga

51 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
(ii) ter- + kata adjektif Contoh: terpandai tertinggi terbaik tercantik termasyhur (iii)paling + kata adjektif paling pandai paling tinggi paling baik paling lazat paling cerdik

52 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
(iv) kata adjektif + sekali Contoh: pandai sekali tinggi sekali baik sekali cantik sekali masyhur sekali Binaan ter + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali. terbesar sekali terpandai sekali

53 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
Begitu juga binaan paling + kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali lagi sebab binaan ter-, paling, dan sekali masing-masing sudah membawa maksud darjah penghabisan misalnya: terbesar sekali terpandai sekali paling tinggi sekali paling baik sekali paling besar sekali

54 8.4 Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
(v) ter + { amat sangat } + kata adjektif Contoh: teramat pandai tersangat tinggi teramat baik tersangat cantik teramat masyhur (vi) { amat sungguh sangat } + kata adjektif + sekali amat pandai sekali sungguh cergas sekali sangat merdu sekali

55 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
KATA SIFAT - segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau keadaan - perkataan sifat terbahagi kepada dua iaitu: 1. Sifat nama – merupakan kata yang menerangkan sifat kepada nama. KATA ADJEKTIF - berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan dengan cirinya boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contoh : 1. Adik saya tinggi. 2. Orang muda itu baik sungguh. 3. Suaranya masih sungguh merdu sekali

56 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
Jenis kata sifat nama - dibahagikan mengikut makna dan sifat yang diterangkan i. yang menerangkan sifat jati contoh : hitam, puteh, tinggi, rendah ii. yang menerangkan banyak (a) banyak bilangan contoh : satu, suatu, beberapa, ramai (b) banyak kadar atau sukatan contoh : banyak, sedikit, separuh Jenis Kata Adjektif - kata adjektif digolongkan berdasarkan kriteria makna iaitu: i. kata adjektif sifatan atau keadaan ii. kata adjektif warna iii. kata adjektif ukuran iv. kata adjektif bentuk v. kata adjektif waktu vi. kata adjektif jarak vii. kata adjektif cara viii. kata adjektif perasaan ix. kata adjektif pancaindera

57 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
iii. yang menjadi petunjuk (a) penunjuk tentu contoh : ini, itu, begini, demikian (b) penunjuk umum contoh : lain, asing, barang, mana iv. Yang menjadi pencerita Contoh : tiap-tiap, masing-masing - dari segi penggunaan, sifat nama boleh digunakan sebagai; Bentuk kata adjektif - kata adjektif terdiri daripada bentuk-bentuk berikut: a. kata adjektif tunggal - terhasil daripada bentuk kata dasar iaitu tanpa gabungan dengan bentuk imbuhan atau proses penggandaan - kata adjektif tunggal mudah digunakan dalam ayat sebagai penerang kata nama dan menerima sama ada kata bantu dan kata penguat atau tidak menerima unsur tersebut. Contoh;

58 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
i. penerang kepada nama contoh : baju baharu ii. cerita kepada nama contoh : Baju saya baharu - penggunaan kepada penjenis dan pemadan bilangan (penjodoh bilangan), sifat nama membilang dikhaskan kepada pasangan masing-masing iaitu; 1. Warna kuning digemari oleh kakaknya. 2. Pada malam ini bulan sungguh terang. 3. Sumbangannya kepadamu masih kecil amat. b. kata adjektif terbitan - boleh terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan seperti awalan, apitan dan sisipan yang digandingkan pada kata

59 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
i. jika membilang manusia digunakan orang. ii. jika membilang binatang digunakan ekor. iii. jika membilang benda yang bulat atau berisi digunakan buah atau butir atau biji. iv. jika membilang benda yang panjang dan keras digunakan batang. v. jika membilang benda yang panjang lembut atau panjang lebar digunakan helai. dasar itu. Contoh; termasyhur kebaratan gemuruh seindah kemelayuan gemilang c. kata adjektif ganda - kata adjektif ganda diterbitkan melalui tiga cara iaitu; i. penggandaan penuh ii. penggandaan separa iii. penggandaan berentak

60 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
2. Sifat kata – kata yang menerangkan atau menunjukkan dari hal perkataan-perkataan lain selain nama. Jenis sifat kata - Sifat kata terbahagi kepada; i. sifat kata cara atau gaya - menerangkan gaya atau cara bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan d. kata adjektif majmuk - terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu kata adjektif majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contoh; merah jambu muda remaja hijau daun

61 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
ii.sifat kata masa - menerangkan masa iaitu bila berlakunya sesuatu perbuatan a) menentukan bila b) menentukan lama c) menentukan kali atau ulangan iii. sifat kata tempat - menerangkan di mana berlaku sesuatu perbuatan Contoh: Biarlah dia berjalan dahulu. - terdapat juga kata adjektif majmuk yang membawa maksud kiasan iaitu terdiri daripada simpulan bahasa. Contoh; panjang tangan ringan tulang terang hati - terdapat juga rangkaian kata adjjektif yang seolah-olah kata adjektif majmuk. Sebenarnya binaan ini terdiri daripada bentuk frasa dan boleh menerima penyisipan di antaranya. Contoh; riang gembira - riang dan gembira

62 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
iv. sifat kata sebab atau tujuan - menerangkan mengapa, kenapa Contoh: Mengapakah engkau lambat? v. sifat kata darjah atau kadar - menerangkan bagi menentukan darjah sifat atau darjah perkataan yang mengandungi makna sifat. Contoh: Hampir kena tua muda tua dan muda panas terik panas dan terik Kata adjektif dalam bentuk perbandingan - kata adjektif digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan iaitu; 1. darjah biasa - dapat digunakan bagi menunjukkan darjah biasa. Contoh; a. Hidup keluarga itu sederhana. b. Malam ini bulan terang. c. Laut tenang ketika waktu pagi.

63 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
vi. sifat kata penentu - menerangkan keadaan sesuatu perbuatan atau sifat itu benar atau tidak Contoh: Ia tentu datang. 2. darjah bandingan - digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara berikut, i. bandingan yang sama - iaitu menggunakan kata-kata adjektif dengan awalan se- seperti sebesar, setinggi, sepandai, secantik, sesedap. Contoh; a. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. b. Masakannya tidak sesedap masakan ibu

64 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
ii. bandingan yang berbeza - kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai bandingan. Contoh; a. Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad. b. Murid itu kurang pandai daripada murid ini.

65 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
3. Darjah penghabisan - penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan seperti berikut; i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama Contoh: Sepandai-pandai tupai Sebaik-baik manusia ii. yang + ter + kata adjektif yang terpandai yang tertinggi

66 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
iii. paling + kata adjektif Contoh: paling pandai paling baik iv. kata adjektif + sekali cantik sekali baik sekali v. yang + ter + (amat/sekali) + kata adjektif yang teramat pandai yang tersangat tinggi

67 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
Kata adjektif dan unsur keterangan - rangkaian frasa adjektif yang mengandungi satu kata adjektif dan beberapa unsur kata bantu dan penguat yang letaknya di hadapan ataupun di belakang kata adjektif. i. kata bantu + kata adjektif Contoh; masih kuat sudah sihat mahu cantik

68 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
ii. kata penguat + kata adjektif Contoh; sungguh cantik sangat baik agak kecil iii. kata bantu + kata penguat + kata adjektif belum terlalu lewat mahu benar pandai sudah amat jelas

69 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
iv. kata adjektif + kata penguat Contoh; besar sekali indah amat baik benar v. kata bantu + kata adjektif + kata penguat sungguh cinta akan tanah airnya sangat sibuk dengan pekerjaannya amat malas oleh sebab kejemuan

70 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
Persamaan - Kedua-dua buku memberi maksud yang sama tetapi istilag berbeza Perbezaan - Dalam Nahu Melayu Za’ba kata sifat terbahagi kepada dua iaitu sifat nama dan sifat kata. Sebaliknya dalam Tatabahasa Dewan sifat kata tidak wujud. - Dari segi jenis, Nahu Melayu Za’ba mengkategorikan kata sifat berdasarkan penggunaan dalam sifat nama dan sifat kata tetapi Tatabahasa Dewan mengkategorikan kata adjektif kepada 9 jenis.

71 Perbandingan Nahu Melayu Za’ba dengan Tatabahasa Dewan
Ulasan: Tatabahasa Dewan membuat pembahagian yang lebih terperinci berbanding dengan Nahu Melayu Za’ba. Sungguhpun begitu, Tatabahasa Dewan tidak memasukkan sifat kata dalam kata adjektif bagi menerangkan perkataan selain nama.


Download ppt "KATA ADJEKTIF."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google