Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2."— Transcript presentasi:

1 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2

2 (3) Penggunaan ICT dalam P&P
Skop Perbincangan (1) Pengenalan (2) Manfaat (3) Penggunaan ICT dalam P&P (i) pengajaran = guru mengguna ICT (ii) Aspek pembelajaran = murid mengguna ICT

3 Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ?
(1) PENGENALAN Apakah Maksud Penggunaan ICT Dalam P&P ? Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran

4 Apakah Manfaat ICT dalam P&P? Sebagai contoh dalam pembelajaran Sains.
Guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran. Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

5 memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang memiliki pelbagai keupayaan. meningkatkan motivasi murid. membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). ✓ Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

6 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.

7 ✓ memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. ✓ meningkat kemahiran ICT.

8 Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang
(2.1) Untuk memperolehi manfaat mengguna ICT dalam P&P Sains, perkara berikut perlu diberi perhatian Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.  (Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh diguna dalam aktiviti pembelajaran)

9 (3) PENGUNAAN ICT DALAM P&P
Penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat dari 2 aspek, ( i ) Aspek pengajaran iaitu (guru mengguna ICT), dan ( ii ) Aspek pembelajaran ( murid mengguna ICT).

10 Dalam konteks pembelajaran , penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :
(Unit 1) ICT sebagai Alat Tutorial (Unit 2) ICT sebagai Alat Penerokaan (eksploratori) (Unit 3) ICT sebagai Alat Aplikasi (Unit 4) ICT sebagai Alat Komunikasi.  Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

11 (3.1) Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh Menggunakannya Dalam P&P Sains?
Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan.

12 (3.2) Bagaimana Menggunakan ICT Dalam P&P Sains?
Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

13 (Unit 1) ICT SEBAGAI ALAT TUTORIAL

14 Apakah maksud ICT untuk Pembelajaran Tutorial ?
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

15 Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

16 Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Tutorial
Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.

17 Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut:
mempersembahkan maklumat, membimbing, menyediakan / memberi latihan, dan menilai pencapaian

18 Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.

19 Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.
Sebelum para guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan: Ada perisian pendidikan yang sesuai.  Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid. Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.

20 Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunaan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)

21 Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT.  Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas) Penggunaan secara berkumpulan atau individu. Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.

22 Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai diguna dalam situasi berikut: ✔Kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan kemampuan pembelajaran yang berbeza. (Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer).

23 ✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti
✔ Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti. ( Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.) ✔ Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. (Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.) ✔ Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. (Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.)

24 (Unit 2) ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN (EKSPLORATARI)

25 Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan untuk : ✔ Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.

26 ✔ Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
✔ Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. ✔ Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

27 Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

28 Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada;- Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Penerokaan pemikiran kritis, penyelesaian masalah dalam masa sebenar (real-time), pengalaman pembelajaran dalam situasi yang nyata(praktikal) dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

29 Pelajar-pelajar di dalam kelas Sains boleh membuat penerokaan seperti merujuk kepada laman web NASA Kids di mana ia memberi pelbagai maklumat dalam bidang sains atau pun mana-mana laman web yang bersesuaian melalui internet. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji. 

30 Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.  Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan.  Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang

31 Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan ini?
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi: * pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan. * pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.

32 * Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.
* Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

33 Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. .

34 Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas
Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

35 (Unit 3) ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI

36 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?
ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran aplikasi apabila ICT digunakan sebagai medium bagi membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.  (Cth: Microsoft Word, Excel, Encarta dan CAD)

37 Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Aplikasi
Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses perkataan. 

38 Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.   

39 Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)  

40 Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?
Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang nyata(praktikal). Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid. Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

41 (Unit 4 ) ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

42 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Komunikasi?
ICT dikatakan sebagai alat komunikasi apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk melalui media elektronik diantara dua pihak.

43 atau kombinasi pelbagai mod.
Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut: teks grafik audio video atau kombinasi pelbagai mod.

44 Penggunaan ICT sebagai Alat Komunikasi
Terdapat empat teknik komunikasi melalui penggunaan ICT, iaitu:   - Teknik Seorang - Sendirian, - Teknik Seorang kepada Seorang, - Teknik Seorang kepada Ramai, dan - Teknik Ramai kepada Ramai.

45 Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi?
Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif. Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “peer group” yang bersifat global. Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.


Download ppt "PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google