Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN"— Transcript presentasi:

1 FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

2 Kaedah Penyelidikan Kaedah Penyelidikan merupakan cara penyelidik mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat penyelidikan pendidikan. Prinsip: Gunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat dengan kos yang minimum

3 Kaedah-Kaedah Penyelidikan Pendidikan
Penyelidikan Sejarah Penyelidikan Deskriptif Penyelidikan Penerokaan Penyelidikan Eksperimen Penyelidikan Ex Post Facto Penyelidikan Penilaian

4 Penyelidikan Sejarah

5 Kaedah Penyelidikan Sejarah
Sejarah memberi kefahaman tentang asal usul sesuatu kejadian pendidikan dan memberi perspektif tentang situasi pendidikan masa ini. Sesuatu peristiwa sejarah berlaku hasil interaksi pelbagai faktor atau pemboleh ubah. Kajian terhadap peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan yang telah berlaku secara objektif dan sistematik dengan tujuan untuk memberi perspektif baru terhadap sesuatu peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan.

6 Kaedah Penyelidikan Sejarah..
Penting bagi memberi perspektif terutama dalam keadaan krisis yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah lain. Penting bagi mengumpulkan serta menentukan fakta dan bukti secara sistematik dan objektif dan kesimpulan tentang peristiwa tertentu dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang dikumpulkan itu.

7 Kaedah Penyelidikan Sejarah..
Penyelidik tidak terlibat secara langsung dengan peristiwa, perkembangan atau pengalaman yang dikaji. Penyelidik hanya menentukan masalah, sumber bukti, dan membuat kesimpulan tentang peristiwa. Tidak ada masalah pengaruh di antara penyelidik dengan subjek yang dikaji.

8 Batasan Penyelidikan Sejarah
Penyelidik tidak mempunyai kawalan ke atas perlakuan dan persampelan peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan. Peristiwa telah berlaku, objek dan individu yang terlibat adalah khusus dan telah ditentukan, dan penyelidik tidak mempunyai peluang mengulangi peristiwa yang telah berlaku.

9 Langkah Penyelidikan Sejarah
Mengenalpasti masalah. Mengumpul bukti. Mengkritik bukti. Membentuk “hipotesis”. Mentafsir dan melapor.

10 1. Mengenal Pasti Masalah
Penyelidikan bermula apabila timbul persoalan tentang sesuatu peristiwa pendidikan yang telah terjadi. Justeru itu, pengenalpastian masalah mestilah mengambil kira faktor-faktor yang berkait dengan sesuatu peristiwa Perlu mengenal pasti dengan tepat masalah yang ingin dikaji.

11 2. Mengumpul Bukti Bahan rujukan sejarah:
Bahan bercetak: rekod, laporan, surat, buku, minit mesyuarat, surat pekeliling, autobiografi, wasiat, akta, enakmen, rekod kedatangan, kontrak, dll. Objek/benda: artifak, bangunan, peralatan, pakaian, filem, gambar, duit syiling, dll. Manusia: individu tertentu seperti informan yang pernah mengalami kejadian itu. Mengetahui di mana sumber berada.

12 Dua sumber utama bukti:
Sumber Asli/Primer/Pertama bukti yang berkait secara langsung dengan peristiwa seperti kesan tinggalan, artifak, saksi dan pemerhati yang menjadi perantara antara peristiwa dengan penyelidik. Menghasilkan maklumat asal tentang sesuatu peristiwa yang dikaji.

13 2. Sumber Kedua/Sekunder
merupakan bahan-bahan dan maklumat yang diperoleh dari sumber asli seperti laporan akhbar, mesyuarat, makalah jurnal, dan buku. Sumber sekunder ini menjadi perantara antara sumber asli dengan penyelidik Sumber sekunder bertindak sebagai pihak ketiga antara peristiwa dengan penyelidik Matlamat sumber sekunder adalah mendapatkan maklumat daripada sumber asli. Kebanyakan penyelidikan sejarah menggunakan sumber sekunder.

14 3. Kritikan Bukti Bukti dari sumber pertama dan kedua perlu diperiksa kesahihan dan kepentingannya dengan menilai maklumat dari sumber. Kritikan luaran Dilakukan bagi memeriksa kesahihan dan keaslian bukti. Teknik: pengesahan tulisan, tanda tangan, analisis kimia.

15 600 manuskrip palsu (Berita Harian, 24 Jun 1997, p. 21)
LONDON, Isnin – Perpustakaan British mendapati lebih 600 daripada koleksi 15,000 manuskrip purba China miliknya adalah dokumen palsu yang dibuat pada abad ke-20, lapor Times, hari ini. Manuskrip palsu itu dikesan menggunakan kaedah baru untuk menguji keaslian, membolehkan pakar menganalisis kertas, dakwat dan pencelup tanpa merosakkan dokumen itu. Manuskrip asli mempunyai cat kuning – AFP.

16 Kritikan Dalaman dilakukan bagi menentukan tahap kepentingan bukti yang asli sebagai penghurai atau pendokong “hipotesis” penyelidik. Contoh: menilai sama ada sesuatu sumber itu merupakan sumber yang terbaik untuk dirujuk oleh penyelidik.

17 4. Membentuk hipotesis Hipotesis dibuat selepas bukti dikumpul dan dikritik kesahihan dan kepentingannya. Berasaskan bukti, penyelidik menjelaskan peristiwa dengan merungkai kaitan-kaitan tersembunyi, menghurai hubung jalin yang wujud, mengupas prinsip yang ada dan menerangkan mengapa dan bagaimana peristiwa itu berlaku secara logik.

18 Hipotesis biasanya berbentuk sebab-musabab.
Membentuk hipotesis…. “Hipotesis” yang dibina dijadikan asas untuk mendapatkan lebih banyak bukti; hipotesis penyelidik mungkin berubah mengikut bukti yang dikumpul. Penyelidik harus memastikan hipotesis yang dibentuk mempunyai liputan yang menyeluruh tentang masalah kajian. Hipotesis biasanya berbentuk sebab-musabab.

19 Hipotesis juga bertujuan:
Membentuk hipotesis… Hipotesis juga bertujuan: Menjelaskan sesuatu peristiwa Menyemak pelbagai aspek masalah yang dikaji Mengelaskan orang, benda, bidang, kawasan, dan masa atau zaman.

20 5. Mentafsir Dan Melapor Selepas pengumpulan bahan dan pembentukan hipotesis, penyelidik akan menafsir maklumat daripada bahan. Memerlukan kreativiti dan kebolehan untuk mengolah bahan. Penyelidik perlu memelihara ketepatan tafsiran berdasarkan bukti yang ada di samping menyampaikannya dalam bentuk yang menarik dan menyakinkan.

21 Mentafsir Dan Melapor…
Laporan harus dibuat secara menyeluruh mengikut bentuk V (umum-khusus). Penafsiran dibuat secara sistematik, mengikut kronologi atau topik atau gabungan kronologi dan topik. Harus menjelaskan pendapat yang berbeza-beza tentang peristiwa yang sama.

22 Keupayaan penyelidik memberi prespektif baru terhadap sesuatu peristiwa terserlah apabila beliau berupaya mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian-kajian lepas terhadap peristiwa yang sama. Dapatan perlu disebarkan bagi memperkukuhkan teori, pemahaman dan penghayatan terhadap sesuatu peristiwa.

23 Bacaan tambahan 1 Contoh 1 Bacaan tambahan 2 Contoh 2 Contoh 3

24 KAEDAH PENYELIDIKAN DESKRIPTIF

25 Kaedah Deskriptif Bermatlamat menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Sesuai untuk kajian penerokaan. Tiada olahan; penyelidik hanya mengandai dan tidak menentukan faktor-faktor kajian terlebih dahulu. Tidak bermatlamat menguji hipotesis.

26 Langkah-langkah Penyelidikan Deskriptif
Menyatakan masalah dengan tepat dan jelas. Menentukan populasi dan pemboleh ubah yang berkaitan dengan tepat dan jelas. Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah. Membentuk atau memilih alat bagi mengumpul maklumat.

27 Mengumpul data penyelidikan
Langkah-langkah… Mereka bentuk kaedah pengumpulan maklumat yang paling berkesan bagi mencapai objektif penyelidikan. Mengumpul data penyelidikan Menganalisis data dan maklumat serta membuat pentadbiran atau inferens. Melaporkan dapatan dan hasil kajian.

28 Bacaan tambahan 1 Bacaan tambahan 2 Bacaan tambahan 3 Bacaan tambahan 4 Bacaan tambahan 5

29 Jenis-jenis Penyelidikan Deskriptif
1. Kajian Kes 2. Kajian Tinjauan (survey) 3. Kajian Perkembangan 4. Kajian Susulan 5. Kajian Korelasi 6. Analisis Dokumen 7. Analisis Kecenderungan

30 1. Kajian Kes Kajian intensif terhadap unit kecil sosial.
Mengkaji pelbagai aspek berkaitan sesuatu fenomena secara terperinci. Tujuan untuk menyelesaikan masalah. Penekanan: pemahaman tentang persoalan mengapa unit sosial berkeadaan seperti sekarang, dan bagaimana perubahan tingkah laku disebabkan oleh pemboleh ubah berkaitan. Kelebihan: mendalamnya kajian. Kelemahan: pentakbiran mungkin pincang dan tidak boleh dibuat inferens terhadap populasi secara berkesan.

31 2. Kajian Tinjauan Mendapatkan maklumat umum dan penerangan terperinci tentang fenomena yang berlaku dengan tujuan menggunakan data untuk membuktikan situasi dan amalan yang wujud atau membuat perancangan yang lebih baik. Bukan semata-mata untuk memastikan status semasa tetapi juga menentukan kepadanan status dengan membandingkan dengan status piawai terpilih atau terkenal.

32 Aspek Tinjauan: Aspek tinjauan nyata (fizikal) contoh: bilangan pelajar, guru, sekolah, pendapatan keluarga dll. Aspek tinjauan tidak nyata (gagasan) contoh: minat, sikap, kecerdasan, konsep P&P, dll.

33 Bancian: maklumat dari seluruh ahli populasi.
Teknik tinjauan Bancian: maklumat dari seluruh ahli populasi. Bancian yang nyata: maklumat yang dihasilkan tepat dan boleh dipercayai. Bancian tidak nyata: maklumat tentang gagasan atau konsep daripada seluruh populasi lebih sukar dijalankan berbanding dengan bancian nyata kerana: sukar untuk mengkaji semua populasi, pengukuran gagasan atau konsep tidak boleh dilakukan secara langsung. Kajian bancian tidak nyata bergantung kepada sejauh mana alat kajian sebenarnya mengukur pemboleh ubah atau gagasan yang dikaji.

34 Tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji.
Tinjauan Sampel Tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji. Menggunakan teknik persampelan contoh: sampel rawak untuk mendapatkan sampel tentang pemboleh ubah nyata seperti bilangan murid dll. Nilai maklumat bergantung kepada persampelan. Jika persampelan rawak digunakan dengan berkesan, maklumat dapat digunakan untuk membuat inferens kepada populasi. Lebih bermasalah untuk mengukur pemboleh ubah tidak nyata.

35 Bacaan tambahan 1 Bacaan tambahan 2 Bacaan tambahan 3 Bacaan tambahan 4

36 3. Kajian Perkembangan Dua jenis kajian perkembangan iaitu longitudinal dan silang. Bertujuan mencerap dan mentafsir perkembangan unit sosial (perkembangan proses & sistem pendidikan). Faktor penting ialah masa (semakin lama semakin sahih bukti) dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam kajian.

37 i. Kaedah Longitudinal Mengkaji unit yang sama untuk satu tempoh yang lama contoh: kaji Tahun 1 hingga Tahun 6 Kumpul data dan maklumat (tingkah laku) subjek yang sama dari semasa ke semasa Oleh kerana subjek yang sama dikaji, faktor asal semua subjek adalah serupa, oleh itu perubahan yang berlaku adalah disebabkan oleh pemboleh ubah yang dikaji Masalah utama: kerjasama dan mortaliti subjek

38 ii. Kaedah Silang Mengkaji pelbagai tahap unit sosial pada masa yang sama dan menilai bagaimana proses / sistem itu berkembang (KBSR: kaji Tahun 1 hingga Tahun 6 pada masa yang sama). Masalah pemboleh ubah luaran antara tahap (wujud perbezaan yang disebabkan oleh faktor asal yang ada pada subjek). Ciri yang tidak kekal dalam populasi atau sampel. Pengaruh pemboleh ubah ekstranus.

39 4. Kajian Susulan Kaji susulan dilakukan terhadap perkembangan unit sosial selepas sesuatu olahan dikenakan ke atas subjek selepas sesuatu olahan diberi untuk tempoh tertentu. Bertujuan menilai keberkesanan program atau olahan contoh: menilai keberkesanan KBSR selepas lima tahun dilaksanakan

40 Mirip kajian perkembangan Menggunakan kaedah longitudinal atau silang
Kajian Susulan… Berbeza dengan kaedah longitudinal dari segi masa menjalankan penyelidikan Mirip kajian perkembangan Menggunakan kaedah longitudinal atau silang Mempunyai kelemahan seperti kajian longitudinal

41 5. Analisis Dokumen Menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang berlaku berasaskan maklumat di dokumen yang berkaitan. Contoh: analisis keperluan kewangan, kedatangan. Keberkesanan bergantung kepada kebolehan memilih dan menganalisis dokumen yang sahih dan sesuai. Mirip penyelidikan sejarah, oleh itu kelebihan dan kelemahan kajian sejarah.

42 Kajian sejarah: tumpu kepada peristiwa yang telah berlaku
Analisis dokumen… Perbezaan dengan penyelidikan sejarah: Kajian sejarah: tumpu kepada peristiwa yang telah berlaku Analisis dokumen: analisis fenomena yang sedang berlaku Contoh: analisis keperluan kewangan dan perbelanjaan sekolah berdasarkan dokumen berkaitan.

43 6. Analisis Kecenderungan
Bermatlamat menentukan kadar dan arah perubahan fenomena (proses atau sistem pendidikan) bagi menganggar dan menjangka tingkah laku atau perubahan yang akan berlaku pada masa hadapan. Contoh; keperluan pendidikan tahun 2020. Semakin banyak data bagi tempoh yang lama, semakin sahih atau mantap jangkaan. Anggaran tentang fenomena (keperluan pendidikan). Proses mendapatkan data bagi tempoh yang berlainan boleh dilakukan dengan menggunakan analisis siri masa.

44 7. Kajian Korelasi Mengenalpasti kaitan dan kekuatan antara P/U bagi menjelaskan sesuatu fenomena. Korelasi merujuk kepada sebarang jenis hubungan antara fenomena. Penekanan: penentuan sejauh mana atau darjah hubungan antara pemboleh ubah.

45 Kajian Korelasi… Membolehkan pengkaji menentukan variasi yang berlaku antara satu pemboleh ubah dan kaitannya dengan variasi yang berlaku pada satu pemboleh ubah lain. Data dianalisis menggunakan indeks korelasi (kaitan variasi antara pemboleh ubah ditentukan oleh pekali korelasi). Tidak boleh digunakan untuk kajian sebab-musabab.

46 Dua unsur pekali korelasi: i. Pekali positif (r): +ve; -ve
Kajian Korelasi…. Dua unsur pekali korelasi: i. Pekali positif (r): +ve; -ve Menjelaskan arah hubungan +ve: perkadaran seiras atau selari antara variasi dalam satu pemboleh ubah dengan satu lagi pemboleh ubah. Contoh: korelasi +ve antara jumlah masa belajar dengan markah ujian sejarah bermaksud sekiranya jumlah masa belajar bertambah, markah ujian sejarah juga meningkat dan sebaliknya.

47 Kajian Korelasi…. ii. Pekali negatif (r = –ve) menunjukkan perkadaran songsang antara variasi pada kedua-dua pemboleh ubah yang berkait. contoh: r = -ve adalah antara jumlah masa bermain dengan markah sejarah bermaksud jika masa main bertambah, markah sejarah mengurang.

48 Kajian Korelasi…. Nilai atau Saiz Pekali
Melibatkan saiz/magnitud pekali. Menunjukkan keteguhan hubungan antara dua pemboleh ubah. Nilai: antara sifar (0) dengan 1 (+/- ve) Nilai +1 : hubungan positif sempurna bagi variasi antara dua P/U. Nilai ‘0’ : tiada hubungan linear antara satu pemboleh ubah dengan satu pemboleh ubah yang lain. Hubungan dikatakan lemah apabila nilai pekali mendekati sifar dan dikatakan teguh apabila nilai pekali mendekati 1.

49 Rules of Thumb: Cohen (1988) 0.5 1.00 (kecil / lemah)
Kajian Korelasi…. Rules of Thumb: Cohen (1988) (kecil / lemah) (sederhana) (teguh / kukuh)

50 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google